Friday, September 16, 2016

Set Pantang Paling Popular Pilihan Ibu Muda

Bagi orang dulu-dulu, mereka mencadangkan ibu-ibu untuk minum air herba bagi mempercepatkan proses recovery selain bertungku & memakai bengkung. Ianya adalah amalan yang terbukti amat baik diamalkan bagi membantu badan cepat sembuh.

set pantang tanpa herba
Set Pantang Paling Top Pilihan Ibu Muda


Namun, kini ramai yang tak mampu nak menelan air herba kerana rasanya yang tidak berapa sedap , dan ada juga yang tak sempat nak pun nak prepare sebab baby masih di NICU.

Then, apa pilihan yang ada...Proses pemulihan badan mesti bermula di saat selepas kelahiran. Perlu makanan seimbang, minum air mencukupi, buah dan sayur wajib ada. Kita tiada pilihan untuk tunggu anak keluar ward baru nak start berpantang, atau tunggu anak dah tak kuning baru nak makan jamu. Badan kita takleh tunggu dik non! Kalau lambat , tu yang susah nak kurus, perut menggeleber, badan cepat rasa lesu, sakit-sakit badan , susu tak berapa nak meriah dan macam-macam lagi la..

Sebab itu, ramai ibu-ibu memilih set berpantang Shaklee. Ia lengkap dengan multivitamin & mineral yang diperlukan tubuh untuk luka cepat sembuh, badan kembali segar bertenaga, tidak stress, rahim cepat kecut, penghasilan susu ibu lancar & ibu dapat berehat dengan baik.

Dengan pengambilan set berpantang yang mudah diamalkan, tak kira keadaan apa pun insyaallah kita dapat sihat semula dengan cepat. Set berpantang ini sesuai diambil oleh ibu yang melahirkan anak pramatang, anak kena jaundis, bersalin pembedahan dan juga normal.

Tak percaya , tanya ibu2 yang ada pengalaman berpantang dengan set Pantang shaklee & set pantang lain.
Beza, memang berbeza! Saya sendiri pun dah merasainya..

Beli Set Pantang Premium Secara Online


Nur Fadhilah Yunus ( ID: 889805)
SMS/Whatsapp : 0195537657
FB : Nur Fadhilah
FB Page : Vitamagic Shoppe
Read More

TIPS Penting Bisnes di Facebook

Kita guna Facebook sebab nak tau update kawan-kawan , tapi dia ni berniaga plak.. Paling kita tak suka sangat tengok adalah hard sell. Hari-hari suruh kita beli barang jualan dia.   Sekali sekala ok lagi, tapi kalau itu je.. Naik muak pon hado !


So, bagi kawan-kawan yang buat online bisnes kena banyakkan soft sell, sharing santai2... Semua orang suka baca. Hari ni cerita lain, esok lain la pulak ye. Jangan pulak cerita sama je.

Pastu, taknak la hari-hari pun ayat sarcastic perli-perli orang. Tu dah bawak aura negative uols. Mak tak sukee tau. Nak berlawak tu sekali sekala ok la.

Paling penting , jadilah peniaga yang jujur. Kalau orang nak beli Nutriwhite sebab muka berjerawat, cadangkan la supaya dia jaga dari dalaman dulu. Barulah Nutriwhite tu nanti betul2 berkesan.

Last but not least , never ever kutuk produk atau Bisnes kawan-kawan okeh! Especially kawan yang baik dengan kita. Yang tak berapa baik pun toksah la ye.

Bila ada viral2 yang bunyi tak sedap tu, kalau kita nak tau sangat kebenarannya, apa kata pm kawan yang buat Bisnes tu dari kita share untuk mintak pendapat awam.

Ok uols~
Tu je untuk hari ni.

Jemput singgah kedai akak ye..


Kalau ade nak tanya pasal vitamin shekli yang terbaik di dunia ni, meh la kita sembang-sembang.
Akak jual vitamin sebab nak semua kawan2 sihat je. Supaya tak tercari-cari mana nak paling sesuai untuk long term.


Nur Fadhilah Yunus ( ID: 889805)
SMS/Whatsapp : 0195537657
FB : Nur Fadhilah
FB Page : Vitamagic Shoppe
Read More

Landmark Study Membuktikan Suplemen Shaklee Terbaik

Landmark Study


Roger Barnett meminta National Health and Nutrition Examination Survey (NHANES) untuk membuat kajian betul ke suplemen Shaklee ni best macam yang orang perkatakan. Dia taknak percaya semata apa yang orang kata. Sebagai orang bisnes, beliau mahukan facts.


Kenapa Mr Roger minta NHANES buat study ke atas suplemen Shaklee?


NHANES adalah satu badan survey di bawah National Centre of Health Statistic ( NCHS) yang dipercayai dan mempunyai reputasi yang tinggi dalam membuat survey berkaitan dengan status kesihatan dan nutrisi penduduk US.

Sebelum ni NHANES memang dah ada buat study pasal suplemen ni dengan mengkaji kumpulan pengamal vitamin vs kumpulan tidak mengamalkan vitamin dalam kehidupan harian.

So Mr Roger minta tambah lagi kumpulan iaitu pengamal vitamin Shaklee ( yang dah lebih 20 tahun). Menjadikan ada 3 group. Pengamal vitamin Shaklee vs Non Shaklee vs tak amalkan vitamin langsung.

Dan kemudian NHANES telah memilih institusi penyelidikan yang agak hebat iaitu University of California, Berkeley ( UC-Berkeley) untuk mengetuai study ni.

Study ini diketuai oleh DR Gladys Block iaitu Professor dalam bidang Epidemiologi & Public Health Nutrition.

Semua keputusan study tu dibawah kuasa penuh Dr Gladys and her team. Semua result daripada study ni akan di publish secara telus tanpa mengira baik atau buruk kepada Shaklee.
(Sebab tu takde company suplemen lain berani buat study camni tau. Kira macam Mr Roger ni giler berani nak buktikan yang suplemen shaklee tu terbaik)

Seluruh fund untuk study ni diberikan oleh Shaklee. Sebagaimana kita sedia maklum Shaklee sememangnya tak pernah lokek nak berbelanja untuk menjalankan research terhadap produknya.
 

Selepas UC-Berkeley selesai dengan study tersebut, Mr Roger meminta pihak ketiga untuk review semula result study tersebut untuk mengelak mana-mana result yang tak tepat. So once dah ada 3rd party review ( peer reviewed publication) , takde sesiapa boleh argue keputusan study tu.

Apa result Landmark Study ni?


Kesuluruhan result adalah sangat mengejutkan!


Keputusan Landmark Study




Ternyata tahap kesihatan pengamal Shaklee adalah jauh lebih baik dari pengamal suplemen lain atau yang tidak mengamalkan suplemen. Dan pengamal vitamin brand lain berisiko tinggi mendapat Diabetes , Strok dan serangan jantung.

So, agak2 yang mana pilihan terbaik?

Tepuk dada tanya akal..


Changing Brands Can Change Your Life!~


Nur Fadhilah Yunus ( ID: 889805)
SMS/Whatsapp : 0195537657
FB : Nur Fadhilah
FB Page : Vitamagic Shoppe
Read More

Tiada Lagi Bersin Di Pagi Hari.. Magiknya!


Tiap-tiap pagi, mesti akan bersin yang bersambung-sambung pastu hidung tersumbat . Saya rasa happy sgt bila tukar kereta, suhu econ driver dan orang sebelah boleh setting lain2. Hahaha.
Setiap kali dalam kereta, husband suka pasang econ kuat tapi saya tak tahan. Hidung mula berair dan pastu akan tersumbat lagi.



Di opis pun macam tu jugak, kalau tetiba econ extra sejuk hari tu, memang terseksa sungguh rasanya.
Bila check dengan Doktor, katanya saya takde resdung.

Saya amalkan vitamin c sebab nak cegah dari mudah kena demam & selsema. Almaklumlah sendirian kena jaga anak2. Kalau saya selalu demam, takkan nak import Mak selalu kan?

Tak sangka plak, lama kelamaan hidung saya dah tak tersumbat walaupun setting Econ sama sejuk kat dalam kereta. Saya pun dah tak bersin setiap pagi. Eh, macam magik plak rasa. Nikmat nya rasa , tuhan je yang tahu. Huuuuu~

vitamin yang menyebabkan saya tak lagi bersin pagi-pagi.. nikmat sungguh rasanya


Memang saya sendiri tak sedar bila perubahan tu berlaku. Sebab takde niat dan tak berusaha pun untuk itu. Tapi dah terkena plak "side effects" vitamin C ni.

Ok la kan?
Harga Sebotol baru RM92.50. Bulan ni ada promosi tau uols~
Cepat dapatkan sebotol dua..

Nur Fadhilah Yunus ( ID: 889805)
SMS/Whatsapp : 0195537657
FB : Nur Fadhilah
FB Page : Vitamagic Shoppe
Read More

Dengan Shaklee, Saya Berani Berimpian!

Impian saya bersama Shaklee?

1> Kehidupan yang sihat .

Anak2, suami & seluruh ahli keluarga. Bila sihat, mudah untuk beribadah. InsyaAllah.

2> Masa untuk bersama keluarga.

Saya kini punyai masa untuk anak-anak, namun kehilangan banyak masa bersama suami. Kadang sedih, kadang jeles dgn org lain. tapi takpe, turn sy akan tiba nanti.

3> 3C (Cash , Car, Conference) .

Ini adalah apa yang Shaklee tawarkan kepada semua yang bersamanya. Limitless. Berapa banyak cash bonus yang kita mahukan, berapa banyak tiket international trip yang kita mahukan, kereta apa yang kita mahu shaklee bayarkan.
Kereta impian saya? Mini Cooper S . comel tapi lajuuuu~
Nak bawak anak-anak, suami , mak , MIL, FIL ikuti trip 6bintang Shaklee
Bonus yang saya mahukan? Biarlah rahsia .


4> Mencapai rank Master Coordinator

Sama seperti kebanyakan rakan lain, semuanya berimpian mahu menjadi Master Coordinator dan mempunyai empayar yang besar. tak dapat naik pentas amek master degree , dapat award master coordinator tiap2 tahun pun best kan?

5> Penuhi impian Mak

Bila mak senyum gembira, hati anak pasti rasa bahagia kan? Semoga tercapai hasrat mahu menunaikan impian mak. Apa impian mak? Semua anak-anak mak tahu.

"Believe in your DREAM!"

Nur Fadhilah Yunus ( ID: 889805)
SMS/Whatsapp : 0195537657
FB : Nur Fadhilah
FB Page : Vitamagic Shoppe
Read More

Dulu Alergik Kepada Hampir Semua Benda, Kini Langsung Tiada

Ini adalah kisah benar mengenai Tim Bowden yang telah merubah kehidupannya 360 darjah. Jom baca..

Dan kisahnya mengenai ALERGIK


Doktor mengesahkan yang Tim Bowden mempunyai Alergik kepada hampir semua benda.
Beliau terus mengambil keputusan untuk berhenti mengambil kesemua ubat, injection & spray yang membuatkan beliau lebih sakit dan rasa lebih teruk.

Beliau juga membuat keputusan untuk membela kucing. Giler kan? Dah la alergik pada semua benda, mesti la kucing pun tak boleh.. Kan?

Tim Bowden teringat pada Alfalfa yang beliau pernah ambil & Nutriferon yang pernah dibaca. So, beliau order 2 tu dan juga bela kucing.Dia tunggu je nak tengok apa akan jadi. Nothing!

Takde apa terjadi.
Takde bersin..
Takde hidung berair..
Takde rasa serba tak kena..
Dan takde lagi ubat-ubatan yang banyak kesan sampingan.


Beliau boleh je tinggal dalam rumah yang ada kucing tanpa ada kesan alergik. Beliau dah takde rasa kepenatan dan lemah atas sebab pengambilan ubat. Dan dah boleh tidur lena. Alergik beliau cuma datang bila beliau lupa ambil Alfalfa & Nutriferon.

Akhirnya beliau mengambil keputusan untuk berbisnes dengan Shaklee selepas banyak tahun melalui kehidupan yang super busy dan amat menekan. Beliau yakin inilah keputusan terbaik !

Siapa sangka kan?
Anda mahu mengubah kisah kehidupan anda.. Jom saya bantu..


Nur Fadhilah Yunus ( ID: 889805)
SMS/Whatsapp : 0195537657
FB : Nur Fadhilah
FB Page : Vitamagic Shoppe
Read More

Minuman Power Rendah Kafein Hilangkan Mengantuk Semasa Memandu

Buat kawan-kawan yang pulang ke rumah hari ni dan Esok ,

Berhati-hati di jalan raya.

Kalau mengantuk, berhenti rehat minum la cinch tea dulu okeh.

Untuk yang tak tahan banyak kafein, usah risau sebab kafein dalam Cinch tea cuma ada 9mg je berbanding secawan kopi yang ada 150mg kafein.

Sesuai bagi ibu Hamil, menyusu dan juga yang tak tahan pada kopi.

Rasa lebih ummpphh bila ditambah hirisan lemon

Nur Fadhilah Yunus ( ID: 889805)
SMS/Whatsapp : 0195537657
FB : Nur Fadhilah
FB Page : Vitamagic Shoppe
Read More

Tips Anak Gembira Kembali Ke Sekolah Selepas Cuti Panjang

Cuti Sekolah dah nak habis.. Yeay!

Biasanya 1st day sekolah ni , dramanya lebih sikit.

Tambahan plak badan penat sakan beraya pastu dok lama dalam jammed lagi.

So untuk mengurangkan drama swasta pagi Esok, dari hari ni kena bagi tau diorang cuti sekolah dah habis, Esok kena pergi school.

Biasanya saya akan cakap berulang kali sebab respon mula2 yang diterima bunyi mengecewakan..

" alaaa, tanak g school"

Kemudian disambung dengan penceritaan sequence of events..

"Esok Hanis Hanna school.
Malam ni tidur awal, Esok bangun awal, mandi, makan, pastu daddy anta g school, okeh ?"

So far ni memang cara untuk brainwash paling efektif. Hahaha~



Sebelum tidur nanti tanya siap2 diorang Nak makan apa untuk sarapan. Kalau diorang request benda yang takde , kena pandai2 la taichi menu lain yang ada. Yang penting mesti kenyang sebelum pergi school. Kalo takde idea sgt nak buat breakfast, bancuh je Mealshakes yang penuh nutrisi & mengenyangkan. Eh, yang penting, sedappp 😋

Bila perut kenyang baru la senang nak fokus kat sekolah.

Buat kawan-kawan yang masih dijalanan. Hati-hati ye . Tingkatkan kesabaran okeh

Selamat kembali ke rumah 😄



Nur Fadhilah Yunus ( ID: 889805)
SMS/Whatsapp : 0195537657
FB : Nur Fadhilah
FB Page : Vitamagic Shoppe
Read More

5 Tips Mengunjungi Rumah Terbuka Tanpa Naik 5KG Selepas Raya



Esok InsyaAllah kita akan menyambut Aidilfitri. Maka bermula Esok sehingga cukup sebulan banyak la jemputan ke rumah terbuka.

Kalau yang dah berjaya turun 5kg masa bulan puasa ni, mesti nak kasik maintain kan.
Cuba follow tips ni untuk elakkan berat naik semula di bulan raya nanti



1] Mulakan dengan Bismillah.

Orang kata kalo tak baca bismillah nanti share mkn dgn setan kannn.. Hehe. Tu yang jadinya korang makan tak hengat dunia.

2] Guna pinggan yang kecil

Ni cara paling efektif untuk control supaya korang tak amek makanan super banyak. Ye laa, bila open house ni memang banyak pilihan makanan kan, Pastu semua sedap2 plak tu. Rambang mata beb!

3] Elakkan air berkarbonat

Air berkarbonat ni tinggi gula dan kalori. Pastu dapat segelas bukan boleh stop. Mesti nak segelas lagi. Kalau rasa petang tu tak boleh nak bakar balik kalori tu, pilih air masak je la. Biasanya memang tuan rumah ada sediakan.

4] Berhenti sebelum kenyang

Walaupun korang memang tak tahan tengok semua makanan yang terhidang, cuba ingat yang raya ni sebulan. Banyak lagi open house nak pergi. Kena tinggal space utk merasa makanan kt Umah orang lain plak ye.

5] Bakar semua lemak2 makanan secepat mungkin

Haaa. Bukan suruh korang lari pusing taman yang confirm korang takkan buat tu, tapi ada cara lebih mudah. Korang telan je lecithin, Dia memang terer bakar sume lemak2 tu , supaya senang disingkirkan bila korang membuang. Kalau yang jenis ada masalah sembelit, kena la amek jugak Herblax. Confirm lawas 👍🏼

Ok uols!

Selamat Menjamu Selera di Rumah Terbuka. Semoga tak naik 5kilo lagi ye.

Nur Fadhilah Yunus ( ID: 889805)
SMS/Whatsapp : 0195537657
FB : Nur Fadhilah
FB Page : Vitamagic Shoppe
Read More
ESP

Perbezaan ESP dengan Soya Lain

Kenapa ESP Best berbanding soya lain?
.
Sebab Ia BEST!
.
Hahaha

Kegemaran ramai..

.
[1] ESP adalah soya yang terbaik dan diproses dengan teliti dalam suhu yang rendah bagi mengekalkan Protien dan tanpa menggunakan alkohol seperti kebanyakan soya lain bagi mengekalkan kandungan isoflavone . Ianya adalah soya Non-GMO yang tidak diubah secara genetik.
.
[2] ESP mengandungi kesemua 9 asid amino yang diperlukan badan namun tidak boleh dihasilkan oleh manusia. Ianya sangat penting bagi keseimbangan fungsi badan.



ESP..bukan sekadar soya

.
[3] Setiap hidangan membekalkan 14gm Protien tanpa kolesterol dan renda lemak. Ia juga rendah indeks glisemik dan membantu kita kenyang lebih lama. Pilihan terbaik bagi anda yang sedang berdiet.
.
[4] Setiap canister 850gm ESP dihasilkan dari 30kg soya!
.
Amacam?
Best kan?
.
Jom dapatkannya hari ini!



Nur Fadhilah Yunus ( ID: 889805)
SMS/Whatsapp : 0195537657
FB : Nur Fadhilah
FB Page : Vitamagic Shoppe
Read More

6 Tips Keselamatan Balik Kampung

Bila cuti je semua nak balik kampung.. Nah simple tips untuk pastikan perjalanan yang selamat di musim raya.

1- Rancang perjalanan anda

Cuba elakkan waktu kemuncak jika boleh. Ikut saranan waktu perjalanan yang ditetapkan. Atau kalau rasa mampu untuk drive di waktu orang lain tak berada di hiway, ok gak tu.

2- Rehat jika penat

Musim raya ni, tempoh masa perjalanan mungkin akan bertambah daripada biasa. Kalau badan dah rasa tak larat, mata dah ngantuk ... Berhenti rehat di tempat yang selamat. Kalau boleh tukar driver lagi cun. Atau boleh juga bancuh Cinch Tea bagi mata lebih segar & boleh fokus pada pemanduan.

3- Pastikan kenderaan dalam keadaan baik & selamat

Kalau yang dah lama tak servis, elok lah hantar pergi servis. Rasanya banyak service centre buat promosi sekarang ni. Make sure angin tayar cukup, air wiper dah diisi, minyak hitam dah diganti, wiper boleh lap cermin dengan baik, semua lampu berfungsi dengan baik. Semua dah ok? Alhamdulillah, pandulah dengan berhemah.

4- Tingkatkan kesabaran

Semua orang puasa ni, jadi kena lebih bertolak ansur, hormat pengguna jalan raya yang lain. Jangan jadi road bully!

5- Bagi anak makan kenyang2

Ni kalau anak yang tak puasa la. Make sure diorang kenyang sebelum bergerak balik kampung. Dalam kereta pun spare finger food dan air.
Ohhh.. Cuba elakkan yang banyak bahan perasa & gula tau , untuk elakkan diorang jadi hyper.
InsyaAllah perjalanan akan lebih aman 😅

6- Berdoa sebelum memulakan perjalanan

Yeahh.. Dah usaha macam-macam kan. Selebihnya kita kena la letakkan pengharapan pada Allah semoga perjalanan kita lancar, mudah dan selamat. Amin

Selamat balik kampung!





Nur Fadhilah Yunus ( ID: 889805)
SMS/Whatsapp : 0195537657
FB : Nur Fadhilah
FB Page : Vitamagic Shoppe
Read More

3 Tips Mudah Tampil Berseri Semasa Raya

Semua orang ...
LELAKI & PEREMPUAN, DEWASA & KANAK
Semuanya nak tampil cantik berseri masa raya kan?

Cuba follow 3 tips mudah ni ye
 

🌸 Banyakkan minum air masak 


Ia membantu pelawasan, memudahkan pembuangan toksin dalam badan. Kebanyakan organ badan juga memerlukan air untuk berfungsi dengan baik.
Bila badan dah kurang toksin & organ2 berfungsi dengan baik, ia terpancar jelas pada wajah.

🌸Tidur yang mencukupi dan berkualiti


Walaupun kita sibuk dengan pelbagai persiapan raya, pastikan kita dapat tidur yang nyenyak sekurang-kurangnya 6 jam sehari. Ia amat penting bagi membenarkan badan kita berehat.
Kalau tak cukup tidur, badan jadi penat, muka jadi kusam.

🌸 Tingkatkan pengambilan Vitamin C


Vitamin C adalah salah satu vitamin yang tinggi antioksida. Amalan mengambil vitamin C dapat meningkatkan sistem imun tubuh dan juga mencantikkan kulit.
Nak efek yang cepat, boleh ambil sehingga 2000mg sehari.Namun pastikan ianya dari sumber semulajadi seperti Sustained Released Vita C Plus.

Selamat mencuba!


Nur Fadhilah Yunus ( ID: 889805)
SMS/Whatsapp : 0195537657
FB : Nur Fadhilah
FB Page : Vitamagic Shoppe
Read More

Raya Dulu vs Raya Sekarang

Raya dulu vs Raya sekarang

Teringat lagi masa raya dulu..

Ikut Mak & famili konvoi ke rumah saudara mara.Ada setengah tu tak kenal pun, Mak je la kenal. Takde istilah tinggal kat rumah tengok tv je or layan FB 😁

Bila kat rumah opah, pergi round rumah2 jiran kutip duit raya . Hahaha.
Bila tuan rumah tu tanya anak siapa ni?
Jawapan paling senang...
"Cucu haji Meor.. 😅"




Raya sekarang ni, jauh sikit la merantau.
Ikut giliran samada beraya rumah Mak ataupun mertua.
Takleh nak sendu2 sangat sebab Raya ke3 mesti akan merentas negeri balik ke rumah Mak/mertua pulak.

Kalau dulu tadah je mintak duit raya, sekarang kena la menghulur pulak. 😊

Kalau dulu preparation tu baju, kasut & tudung sendiri je.. Sekarang vitamin untuk anak2 & suami pun kena fikir. Imun kanak2 ni rendah, bila berjumpa dengan ramai orang kena la kita berjaga2 kan. Takkan nak berkurung dalam bilik jer. Ye dakk?

Dulu main belasah je nak makan & minum suka hati sampai buntat. Sekarang ni beringat dah sikit. Bila dah rumah ke 3 tu, husband hulur air masak je tanak bagi dah wife Dia minum air manis banyak2. 😁

Paling nostalgic, dulu dok menunggu je posmen hantar kad Raya sekarang semua pakat hantar kat whatsapp je. Tu pun Ade yang main forward je ayat best dari member lain kannnn 😂

Hahaha.



Nur Fadhilah Yunus ( ID: 889805)
SMS/Whatsapp : 0195537657
FB : Nur Fadhilah
FB Page : Vitamagic Shoppe
Read More

Vitamin Wajib Semasa Travel atau Balik Kampung

Selain baju sendiri dan anak-anak, vitamin adalah benda penting yang mesti dibawa sekali semasa travel ataupun balik kampung.




Mak menyusu wajib bawak vitamin asas Vitalea , B Complex & Vita C. Kalau tak nanti badan lembik tak larat sejam sekali nak susukan anak.

Phytocol bekal encik husband yang dah tak sabar nak menikmati juadah raya. Sebelum kolesterol mencanak naik, kena la halang Dia masuk kan. Tapi makan tetap kena berpada2 la jugak.

Lecithin wajib bawak kot2 tetiba kena bengkak susu. Mau nanges tak beraya dok dalam bilik tak pergi mana-mana. Fat emulsifier ni terbaik pecahkan lemak2 makanan yang dimakan tuuu...

Peppermint Ginger teman baik mama yang risau perut masuk angin bila makan tak menentu masa raya.

Bila balik kampung, biasanya ada la nyamuk kan. So bila sapu Herbal Blend, nyamuk pun tak datang hinggap. Kalau ada yang kena gigit nyamuk tu pun boleh sapu untuk hilangkan gatal.

Chewable Vita C & Nutriferon untuk Hanis Hanna tingkatkan imuniti badan dari virus2. Mama pun amek juga supaya dapat bagi pada Naufal 😉

Cinch tea tak boleh lupa supaya tak mengantuk masa memandu nanti!

Dan sebelum tidur mama kena telan Ostematrix supaya dapat tidur lena, hilang sakit2 badan & elakkan sembelit .

Bila dah namanya raya, muka mesti tempek mekap kan. Senang sangat nak cuci mekap bila guna gentle action makeup remover ni. Pastu cuci dengan gentle deep foaming cleanser yang lembut untuk semua jenis kulit.

Banyak kan nak kena pack?
Takpe, mana yang boleh nanti kita masukkan dalam pill box. Boleh jimat ruang 😉

Okeh, Hanis dah bising ajak mama buat rainbow cookies.

Korang share la apa korang bawak masa balik kampung ..


Nur Fadhilah Yunus ( ID: 889805)
SMS/Whatsapp : 0195537657
FB : Nur Fadhilah
FB Page : Vitamagic Shoppe
Read More

Mom's First Aid

Sejak jadi mak ni, 2 benda ni wajib ada kat rumah dan dimana-mana sahaja.


Keperluan setiap ibu


👉🏻Herbalblend

Sangat-sangat membantu bila badan anak tiba-tiba panas atau naik ruam gatal.
Hanya dengan sapuan nipis , ruam jadi tak gatal.. Panas badan cepat je turun.
Kalau tangan mama melecur kena minyak panas, sapu je losyen ni, rasa sejuk je, takde mengelembung.
Kena gigit nyamuk? Sapu je hilang la gatal tu 😉

👉🏻 Nutriferon

Immune booster ni teman baik mama bila anak atau suami atau diri sendiri tiba-tiba rasa nak demam atau selesema.
Balik kampung atau pun travel, tak syok la kalau tetiba demam kan? InsyaAllah bila cepat2 up kan imuniti badan, demam tak singgah lama.
Juga sebagai langkah pencegahan dari virus2 yang mudah merebak.

Anda seorang ibu?

Apa yang ada dalam first aid kit anda?
Ce share.. 😊



Nur Fadhilah Yunus ( ID: 889805)
SMS/Whatsapp : 0195537657
FB : Nur Fadhilah
FB Page : Vitamagic Shoppe
Read More

Idola Saya Di Dalam Bisnes

Terima kasih buat Mami Sue & Master Lydzar yang tak pernah berputus asa memberi semangat, tunjuk ajar, ilmu yang sangat-sangat berharga.


Idola Bisnes Saya


Sue adalah junior saya di Uniten, mengenalkan produk Shaklee yang best ni dan kemudiannya membuka pintu untuk saya mula berbisnes dengan Shaklee.

Master Lydzar saya kenali melalui Sue. Pertemuan pertama kami di The Chicken Rice Shop @ Curve. Kira macam pertemuan santai2 gitu.. Dan lepas tu, tak terkira dah berapa banyak kelas , gathering & aktiviti yang kitorang selalu jumpa.

Walau banyak turun naik dalam bisnes ni, mereka berdua tak pernah serik memberikan peluang untuk saya terus maju dan berjaya.

Disamping 2 orang upline yang dah tak sabar menantikan saya naik rank, seorang lagi Business Idol yang saya kagumi adalah Master Lyna Noh.
Pendekatan beliau banyak membuka hati dan mata untuk melihat Bisnes dari sudut yang berbeza. Bukan semata-mata duit dan keuntungan.

Semoga Allah membalas jasa insan-insan hebat ini atas segala usaha dan jasa mereka untuk melahirkan lebih ramai usahawan Shaklee yang berjaya.



Nur Fadhilah Yunus ( ID: 889805)
SMS/Whatsapp : 0195537657
FB : Nur Fadhilah
FB Page : Vitamagic Shoppe
Read More

Hadiah Yang Saya Mahu Berikan Buat Emak Tersayang

Ini adalah impian saya.

Mohon kawan-kawan yang membaca , Amin kan ye

Mak dah beberapa kali menunaikan Umrah & sekali Haji. Malah pernah tinggal disana semasa kanak-kanak. Namun, jauh disudut hati Mak mahu menjejakkan kaki ke Tanah Suci lagi.





Bilik yang selesa dengan view masjidil haram

Besar impian saya untuk menghadiahkan Mak trip Umrah 5 Bintang.  Mengenangkan usia Mak yang dah mencecah 70 tahun ini, biarlah dapat merasa tinggal di hotel yang betul2 bersebelahan Masjid agar tak perlu Mak berjalan jauh. Dapat menaiki flight dari madinah ke Jeddah yang jauh lebih selesa berbanding bas yang memakan masa seharian.


Sepanjang masa dapat melihat Kaabah


Semoga Mak diberikan kesihatan yang baik dan Impian ni dapat saya laksanakan dalam 2 tahun ini , InsyaAllah.

Amin 😊



Nur Fadhilah Yunus ( ID: 889805)
SMS/Whatsapp : 0195537657
FB : Nur Fadhilah
FB Page : Vitamagic Shoppe
Read More

Thursday, September 15, 2016

Cara Mudah Untuk Tingkatkan Sistem Imun Badan

"Kenapa sibuk-sibuk nak kuatkan sistem imun ni?. Kalo sakit nanti makan je la ubat.. "

Tapi kan...
Kalo sistem imuniti badan kita kuat, InsyaAllah mudah untuk melawan penyakit yang cuba untuk singgah.

Anak-anak kecil selalunya mudah untuk dapat jangkitan kuman & virus sebab sistem imuniti badan mereka still dalam development stage.

Maka, sebagai ibu bapa menjadi tanggungjawab kita untuk membantu mereka. Kurangkan makanan tinggi gula dan kuatkan perisai pertahanan badan mereka.

Interferon adalah salah satu sistem pertahanan badan yang bertindak menghalang virus dari menduplikasi dengan cepat. 


Mahukan yang lebih asli, kunyah je biji labu 😉

 





Bahan utama Nutriferon

Sumber interferon semulajadi yang mudah diamalkan semestinya dari Nutriferon. Diperbuat dari Biji Labu, Biji Plantago, Bunga Safflower & Bunga Japanese Honey suckle.

Ianya diformulasi oleh Pakar Immunologi Dr. Yasuhiko Kojima setelah 40 tahun penyelidikan.

Dewasa & kanak-kanak sesuai sangat mengambil Nutriferon bagi meningkatkan sistem imuniti tubuh.

Mencegah itu kan lebih baik mengubati 😉



Nur Fadhilah Yunus ( ID: 889805)
SMS/Whatsapp : 0195537657
FB : Nur Fadhilah
FB Page : Vitamagic Shoppe
Read More

Resipi Pasta Sup Yang Cepat Disediakan

Resepi Masak Cepat & Mudah

Lumrah bila kerja dari rumah, kerja2 rumah kena buat cepat2. Termasuklah aktiviti masak-memasak ni..

Ini lah masakan saya bila nak cepat!


Pasta Sup yang digemari anak-anak 😆
 

sekali hadap je.. confirm habis dan berebut anak-anak ni makan
 

Resipi Pasta Sup


Bahan-bahan


Bawang merah dihiris
Bawang putih dihiris
Pasta @ makaroni
Kentang di potong dadu
Carrot di potong dadu
Daging @ ayam dihiris
Kiub ayam ( jika suka)
Daun thyme kering
Daun Basil kering

Cara-cara masak

1- Tumis bawang merah & bawang putih macam biasa
2- masukkan ayam @ daging ( Protien)
3- tuang air panas sikit
4- masukkan pasta, kentang& carrot. Tambah la air sampai semua hapuih. Eh, ape perkataan lain eh?
5- masukkan sedikit daun thyme & basil. Ni Kalo takde pun takpe . Bila buh ni rasa sedap cket la
6- last sekali buh la kiub ayam. Biasanya saya tak letak garam dah sebab kiub tu dah masin.
7- tutupkan periuk dan tunggu je semua tu lembut. Siap 🤗


Selamat Mencuba!


Nur Fadhilah Yunus ( ID: 889805)
SMS/Whatsapp : 0195537657
FB : Nur Fadhilah
FB Page : Vitamagic Shoppe
Read More

Idea Guna Semula Bekas Vitamin

Oh botol vitaminku...

Memang sayang je rasa nak dibuang. Sudahnya memang terkumpul la semua botol2 vitamin ni. Botol & bekas vitamin ni elok2 belaka.

Pastu masa pindah, terpaksa buang.

Ni start kumpul balik.. 😁

Apa yang boleh dibuat dengan botol2 ni?



Pelbagai kegunaan semula bekas vitamin

Aktiviti anak-anak


Hanna suka menyusun botol2 ni.. Sejak dari kecil suka sangat dia main dengan botol-botol vitamin ni.
Sambil-sambil susun tu dia mengira 1 2 3..
 

Ok la tu kan, untuk develop motor skill dia 


Bekas simpanan tepung, gula dan keperluan di dapur


Hari tu masa baru pindah, tak jumpa plak bekas tepung yang lama.. Haa terus amek botol ESP ni. Muat2 je nak simpan sebungkus tepung 1 kilo.
 

Esok ni nak buat cookies lagi, dah standby bekas ESP untuk simpan cookies. Elok kedap udara. 

Bagi yang rajin, boleh juga tukar balutan bekas tu dengan kertas yang lebih cantik dan dibubuh label. 

Sesuai dijadikan tabung


Bekas2 PD & Mealshakes pulak sangat sesuai dibuat tabung syiling. Terus asingkan ikut nilai 10, 20 & 50 sen. Senang bila nak kira & dihantar ke bank. Saiz tu elok2 je, bila penuh pun tak berat sangat.





Juga sebagai pasu kecil..


Sekarang ni tengah nak kumpul lagi bekas-bekas ESP dan PD untuk dibuat pasu kecil untuk tanam serai, halia dan sayur-sayur. Jimat duit dari kena beli pasu kann..💐


Kalau uols ada bekas-bekas ni, jangan dibuang tau.. boleh guna semula .


Nur Fadhilah Yunus ( ID: 889805)
SMS/Whatsapp : 0195537657
FB : Nur Fadhilah
FB Page : Vitamagic Shoppe
Read More

My Dream House

Setiap orang pastinya punyai impian untuk punyai rumah yang mengikut citarasa sendiri kan.Saya tak mahukan rumah yang super besar seperti istana, namun cukup punyai ruang yang luas untuk setiap keperluan dengan design yang moden & minimalist. 

 
Design yang simple namun functional


Bilik tidur yang luas beserta walk in closet yang besar

Bilik yang luas buat setiap orang anak. Setiap anak dibenarkan untuk memilih tema yang disukai masing-masing. Yang penting mesti kemas sendiri.

Bilik opis sendiri yang privacy dan punyai view yang cantik. Saya suka kalau dapat sentiasa melihat kehijauan pokok-pokok semasa membuat kerja. Rasa tenang je..

Bilik solat yang selesa untuk berjemaah sekeluarga

Ruang tamu yang luas untuk menerima kunjungan sahabat dan saudara mara. Adik beradik suami ada 6 orang, saya ada 5 beradik.. so kalau nak semua datang sekali tu memang kena luas betul kan?

Dapur yang selesa dan BBQ pit untuk encik husband.  (I tak rajin masak, so dapur ni his special area ) BBQ pit boleh la letak sebelah swimming pool, baru best nak poolside party gitu kann.. haha

Design dapur pulak saya serahkan sepenuhnya pada encik husband untuk pilih kelengkapan dan warnanya.

Bilik entertainment yang canggih & selesa. Dilengkapi dengan surround sound sytem, couch yang super comfy, bilik kalis bunyi. Fuhh, lakiku mesti suka sangat ni. Dia nak bukak volume kuat camne pun suka hati la kan. Sekarang ni asyik komplen je, ada speaker tapi takleh bukak kuat-kuat sebab takut ganggu jiran.

Dilengkapi camera cctv dan juga alarm system. Walaupun kita tahu perlindungan terbaik adalah dari Allah, namun kita tetap kena berusaha untuk menjaga keselamatan yang terbaik kita mampu lakukan.

Beserta swimming pool yang tak boleh dijenguk dari luar pagar ataupun rumah jiran. Barulah saya dan anak-anak dara boleh terjun ke swimming pool tu bila-bila masa tanpa perlu pakai tudung.

Ain't it awesome? 😉

Biiznillah.😊
Read More

Ada Apa Dalam Beg Doremon Mama

Alhamdulillah selamat sampai ke rumah petang tadi. So malam ni kena buat aktiviti memunggah & mengemas beg ni. Buang resit2, tisu2 yang terselit dan simpan syiling masuk tabung.

Bila namanya beg doremon mama, memang macam2 la ada kan.. Ini la handbag, ini juga la diaper beg.


Beg yang penuh dengan keperluan anak-anak


Beg ni best sebab banyak poket2 kat belah dalam .
Setiap poket tu tempat khas 1 barang. Diapers Naufal & Hanna, baju spare, topi, beg bedak&lipstick, wallet dan juga suplemen.

Ada jugak terselit tu pen untuk mama , getah rambut & sikat anak-anak dara ni 😁

Sebabkan abeg dah agak penuh, suplemen yang ringan diisi adalah Nutriferon dan Cinch Tea.

Cinch tea tu penyelamat bila mengantuk masa drive. Campur je dgn air sejuk @ panas @ lemon tea, segar la balik mata. Mak2 BF pun boleh minum tau sebab cuma ada 9mg kafein je dlm 1 sachet berbanding secawan kopi yang ada lebih kurang 150mg kafein.

Nutriferon plak langkah awal kalau2 sesiapa tetiba kena selesema ataupun demam. semalam encik husband sakit perut dok berulang ke toilet pun I bagi Nutriferon ni. Tengok lepas tu takde dah ulang alik ke toilet.

Ni la beg doremon mama.. 😁

Beg korang ada apa plak?
Read More

Pencuci Serbaguna Yang Diyakini Mama

Mama dan ramai kawan-kawan dah sedia maklum yang Basic H ni pencuci organik tanpa bilas pelbagai guna. Setiap rumah wajib ada ni, terutamanya yang punyai anak-anak kecil.


pencuci organik
Pelbagai kegunaan basic H


So setiap hari memang takkan lepas dari menggunakan basic H . Ada je keperluan dari pagi sampai ke petang. Kerja-kerja mencuci jadi senang tau.

Bangun pagi, anak bocor kat tilam jangan susah hati. Bukak semua cadar, spray je tilam. Biarkan kering.

Bila bagi anak makan, nasi bersepah-sepah usah dimarah. Dia tengah belajar nak makan sendiri tu. Ambil kain , spray je basic H, lap. Siap.

Dapur yang berminyak pun senang sangat bila dicuci dengan basic H. Tak sempat berpeluh, bersih berkilat dah segala periuk dan dapur.

Bila nak cuci baju yang anak pakai pergi kenduri weekend lepas, geleng kepala tengok comotnya. Dengan kesan gris, daki & darah semuanya lengkap. Sapukan basic H, rendam sekejap. Nanti gosok2 sedikit baju dah bersih macam baru.

Tiba-tiba tengok lantai luar ade "hasil" yang ditinggalkan kucing jiran mana ntah. Titik je basic H dalam sebaldi air , jirus ke lantai dan berus je. Tak perlu bilas dah setel. Memang confirm takkan ada kesan sabun tertinggal pada tiles.

Eh, comot pulak handbag ni. Sejak beli tak pernah cuci 😂
Spray je dengan basic H, berus guna berus gigi lama. Senang je daki2 kotoran tu hilang.

Balik dari jalan2, anak makan dodol dalam kereta. Sedar tak sedar merata di calitnya dodol ke serata seat kereta. Kalau takde basic H ni, mungkin jari2 halus tu dah kena jentik. Cuci dengan basic H, senang sangat.. Dodol hilang, seat bersih balik macam baru beli kereta semalam. Hehe

Haa?! Ada lagi yang nak dicuci?


Basic H kan ada..

Boleh guna tanpa was-was sebab ianya tak ada bahan kimia mahupun toksik. Tuang kat pokok pun jadi baja ni. Semut pun tak datang tau.

Kalau nak tau kisah saya hilangkan bau petrol pada baju masa nak pergi kenduri , boleh baca kat sini.

Kalau dah tak sabar nak guna Basic H yang best ni, almaklumlah cuti sekolah dah nak habis ni macam-macam nak dibersihkan..
Cepat2 whatsapp saya , bukan saya tolong basuh rumah tapi saya ada basic H untuk anda 😁


Nur Fadhilah Yunus ( ID: 889805)
SMS/Whatsapp : 0195537657
FB : Nur Fadhilah
FB Page : Vitamagic Shoppe
Read More

Set Suplemen Yang Paling Saya Sayang

Kenapa saya sangat pada Mighty 3 Gems ? Jom baca bagaimana ia membantu saya ibu muda yang sedang gigih menyusukan anak.




Mighty 3 Gems yang best!


June 2012 , kira-kira sebulan lagi ketibaan Ramadhan berlaku insiden stok EBM penuh peti ais hilang sekelip mata. 😭😭😭

Layu, longlai, sedih, speechless mengenangkan anak yang masih breastfeed sepenuhnya. Kerisauan susu merudum bila berpuasa buatkan saya jadi susah hati.

Saya mula mencari alternatif samada memberikan susu formula, ataupun mendapatkan Ibu susuan untuk Hanis kerana 

mengikut plan asalnya saya perlu meninggalkan Hanis untuk tempoh 2 minggu kerana tuntutan kerja.

Maka, tempoh masa yang ada digunakan sepenuhnya untuk kembali membuat stok EBM.
Antaranya adalah mencari milk booster. So masa tu saya beli trial pack untuk Breastfeeding bersama Mighty 3 Gems ni. Memang tak banyak soal, dah seller kata camtu, saya folo je.

3Gems ni terdiri dari Protien soya tanpa kolesterol dan rendah indeks glisemik . Bagi badan kita bertenaga & kenyang lebih lama.

Pastu ada Mealshakes yang membekalkan kesemua nutrien yang diperlukan badan.

Dan tak lupa Performance Drink yang rasa macam Oren Tang. Minuman isotonik tanpa gula dan gas yang mengekalkan bendalir dalam badan supaya kita tak dehydrated.

First time minum ESP , mak aihh kembang tekak den. Tapi demi anak, ku telan jugak la. Macam2 variasi cuba. Setiap pagi wajib amek sebelum ke opis.

Ditakdirkan tuhan, business trip saya dibatalkan. Fuhh. Walaupun lagi payah dan mencabar nak buat secara remote, tapi dah bos kata gitu.. Ikut je la.

Dan sepanjang bulan puasa , memang inilah menu wajib saya. Tak pernah missed kecuali hari yang terbabas tak bangun sahur 😁

Tiap2 hari gigih pam. Waktu subuh wajib buat tandem nursing dan di opis pam 2x sehari. Balik dari opis, terus direct feeding.

Amazingly, dari zero kemudiannya saya berjaya memenuhkan semula peti ais dengan EBM. ☺️

Tu kisah masa BF anak sulung, dan sampai sekarang memang inilah juga menu wajib sahur saya. Cuma bezanya, sekarang ni direct feeding je.

Ohh.. Lagi pun pun 3Gems ni cepat je nak sediakan. 5 minit pun boleh setel sahur. Kalo dulu kembang tekak, sekarang ESP bancuh plain dengan air suam pulak yang jadi feveret ai 😘😘😘
Siap boleh buat overnight oat lagi tau 😁

Masa anak kedua, macam tak percaya je punya bertenaga, bole ke bazar ramadhan sambil carry dia dan pimpin kakaknya sendirian. Ntah mana datang energy.

Bukan Ibu BF je boleh minum 3Gems ni, Sesiapa yang rasa mahukan sahur yang express tapi dapat kekal bertenaga sepanjang hari memang inilah pilihan terbaik.

Sejujurnya rasa sejak tengok EBM dah penuh peti ais & boleh berpuasa tanpa rasa penat melampau, memang terus tangkap cintan dengan 3 Gems ni.

Bersungguh I cerita dengan uols ni.. Hehe 😁

Uols pun kena cuba tau.
Meh roger I kalau nak cuba ye.. Whatsapp je ke 0195537657.



Nur Fadhilah Yunus ( ID: 889805)
SMS/Whatsapp : 0195537657
FB : Nur Fadhilah
FB Page : Vitamagic Shoppe

Read More