Friday, October 30, 2015

Pengedar Sah Shaklee di Sendayan

Tercari-cari pengedar sah Shaklee di Sendayan yang dapat memberikan panduan lengkap cara pengambilan vitamin dan sentiasa mempunyai stok untuk keperluan terdesak? Usah risau, mulai November 2015 anda boleh mendapatkan stok vitamin Shaklee daripada saya , pengedar Shaklee Berdaftar di Sendayan.

InsyaAllah bulan November ini saya akan mula tinggal di Taman Nusari Bayu 3, betul-betul di belakang Nusari Biz yang femes kat Sendayan tu kan? Jadi, sekiranya anda tinggal di Nusari Bayu, Nusari Aman ataupun Seremban 2 bolehlah mendapatkan stok vitamin anda melalui saya.

Pengedar Shaklee Sendayan
Salam Perkenalan dari saya~ Kalau ada terjumpa tu tegur2 ye..


Almaklumlah, di Negeri Sembilan ni tiada branch Shaklee kan? Yang paling dekat pun di Sri Rampai, KL ataupun di Sunway, PJ. So, anda tak perlu bersusah payah untuk ke KL untuk mendapatkan vitamin Shaklee. Hanya hubungi saya, Fadhilah di 0195537657. InsyaAllah anda takkan perlu tunggu lama kerana saya sentiasa mempunyai ready stock dan akan anda akan dapat konsultasi & panduan lengkap yang terbaik.

Lagipun, dapatlah saya berkenalan dengan lebih ramai warga Seremban dan khasnya penduduk Sendayan kan?

Untuk info lanjut tentang promosi terkini, jom like FB Page saya Vitamagic Shoppe. Bulan November ini, Likers bertuah akan dapat menang hadiah best tau! So jom ajak kawan-kawan dan sedara mara untuk like page saya ni ye~

Shaklee Seremban
Jom Like!


Semoga kita berjumpa lagi. InsyaAllah

Ingat semulajadi, Ingat Shaklee~

Nur Fadhilah Yunus ( ID: 889805)
SMS/Whatsapp : 0195537657
FB : Nur Fadhilah
FB Page : Vitamagic Shoppe
Read More

Mengenali saiz lori untuk pindah rumah supaya anda tak salah pilih

Awal bulan hari tu kami telah pun memindahkan sebahagian besar barang dari rumah KL ke Sendayan. Dengan confident, kami mintak lori 1 tan. sebab fikirkan yang tiada perabot-perabot besar ikut sama berpindah.

Yang paling tak tahan.. encik suami cadang nak pindah barang guna Triton bapak dia je. muahahaha~ Dan bila dia tengok lori tu penuh dengan barang, baru dia cakap.. Tak sangka banyak betul barang kita.

Ok, berbalik kepada cara nak mengenali saiz lori yang diperlukan. Sebenarnya mudah je. Punya la selama ni tak bagi perhatian pun sebab takde kaitan kan. Cuba tengok pada info yang ditulis di pintu lori. Kat situ ada tulis dah lori tu berapa tan. Tapi kalau rasa confuse jugak macam saya, saya share panduan paling senang nak tau saiz lori yang sesuai.



Selama ini saya menyangkan lori 2 tan itu adalah 1 tan. Rupanya salah. Lori ais yang kecik tu sebenarnya 1 tan okeh! Tokei yang menjawab telefon masa encik suami nak booking lori tu pon takde pulak cakap apa-apa. Dia cuma tanya, " You nak lori berapa tan? 1 tan? 2 tan atau 3 tan ? "

Panduan memilih saiz lori untuk pindah rumah


Lori 1 tan 
Sesuai untuk kegunaan memindahkan barang orang bujang. Contohnya korang dok bilik sewa, so ada katil, almari , meja dan barang-barang dalam kotak.

Lori 2 tan
Sesuai untuk kegunaan untuk memindahkan barang keluarga kecil dengan perabot yang sedikit dan barang-barang lain. So macam baru ni, kami guna lori 2 tan. Perabot yang ada cuma rak buku Ikea, Meja tulis Ikea, Storage Box Kayu Ikea dan Katil Budak Ikea. Lain-lain semua barang di dalam kotak dan bungkusan plastik hitam.

Lori 3 tan
Sesuai untuk memindahkan barang dan perabot dari satu apartment. So kalau korang rasa barang dalam rumah tu penuh, boleh pilih lori saiz ini.

Lori 5 tan
Sesuai untuk memindahkan barang dari 1 rumah teres 2 tingkat atau keluarga dengan anak lebih dari 3 orang. Memang dulu setiap kali mak kena pindah, kitorang guna lori 5 tan. Percaya atau tidak, lori tu memang penuh. Punya la banyak barang. kihkih.

Cas lori sewa


Sebenarnya saya tak tau berapa cas yang berpatutan. Encik suami pon cuma call 1 nombor berdasarkan flyers di dalam mail box. Memang kami tak sempat nak survey betul-betul. Biasanya itu kerja saya. Masa encik suami call untuk booking lori 1 tan bersama 2 pekerja dan 1 driver, casnya RM350. Tapi sebenarnya orang lori tu datang dengan lori 2 tan, dan dia kata kalau lori 1 tan tak muat semua barang kami, maka kena la kami bayar untuk lori 2 tan. Pada mulanya tokei tu mintak RM700. Huk huk.. so mintak2 kurang dapat la RM550 yang ku rasa mahal jugak sebab rumah kami sekarang ni ada lif dan rumah di sendayan pulak rumah teres.  Dah la tol ke seremban baru RM7.40. Tol untuk pergi balik RM14.80. So rasanya kalau kena cas RM700 untuk lori 2 tan memang tak berbaloi.



Disebabkan kami buat keputusan untuk pindah pindah dalam masa 5 hari , so semuanya jadi tak terancang. Hari isnin petang encik suami dapat info dari opis kena sign on kapal pada hari Sabtu, so hari rabu kitorang pergi booking gril dan hari jumaat pindah barang. Walaupun rumah belum ada gril, tawakkal je la.

So pengajarannya, kalau korang nak pindah rumah.. pilih saiz lori yang betul dan survey dulu harga sewa lori. Call je beberapa syarikat lori sewa atau google je lori sewa murah. Kos untuk call tu lagi murah dari kena bayar lebih pada lori sewa.

Doakan proses perpindahan yang masih di tahap 70% ni berjalan lancar ye.

Oh ye, walaupun saya berpindah negeri..sebarang order untuk anda di KL dan sekitar masih saya terima ye. Usah risau, poslaju kan ada.. ataupun saya akan wakilkan agen lain untuk COD jika urgent.

-Mamamyras-
Read More