Wednesday, November 26, 2014

6 TIPS Membakar Kalori Untuk Wanita Bekerja Dengan Usaha Minimum

Bagi wanita yang bekerja, tak mudah rasanya untuk kita pastikan pembakaran kalori setiap hari  lebih tinggi dari kalori di dalam makanan yang kita ambil. Nak join kelas aerobik seminggu sekali  waktu lunch break pun asyik terponteng je, apatah lagi nak ke gim selepas waktu kerja. Kalau lambat keluar dari pejabat nanti tersangkut dalam jammed pulak. Sudahnya langsung tak payah..

Dulu rasa badan macam ringan, sekarang nak melangkah pun rasa macam berat je.. Bila nak mula bersenam ni? Setiap hari kalau tak dapat kopi.. adoiii~ rasa macam lemah lesu je macam kakak manis ni..







Kalau anda masih tak tahu, sebenarnya ada cara yang mudah dan paling best tidak memakan masa yang banyak untuk membakar kita lebih kalori.

Nak tahu tak? Ada 6 Tips membakar kalori dengan mudah bagi wanita bekerja

1. Membeli Belah


Tiada wanita di dalam dunia ni yang tak suka membeli beli rasanya. Kalau yang dalam pantang pun sanggup membeli beli secara online sebab nak hilangkan gian. Semasa bershopping pun kita boleh membakar kalori sebenarnya. Paling efektif adalah semasa membeli barangan dapur bersama anak-anak di pasaraya.


Hanis yang selalunya duduk di celah-celah barang..
Aktiviti menarik dan menolak troli yang dipenuhi anak-anak dan barang dapur selama sejam boleh membakar 243 kalori ( berdasarkan berat individu 68kg). Itu belum lagi kalau tiba-tiba nak mengejar anak yang berlari ke sana ke mari. Haa! kan makin banyak kalori terbakar.

Kate pun pulangkan troli selepas guna.. hihi


Nak bakar lebih banyak? Jangan lupa hantarkan troli ke tempat asal setelah digunakan macam Kate Middleton.

2. Mengemas Rumah


Rutin Harian seperti mengemas rumah selama 26 minit boleh membakar 100 kalori. Menyapu lantai selama 30 minit boleh membakar 118 kalori, kalau mop sekali boleh bakar lebih sedikit iaitu 129 kalori. Bila dah bosan dengan susun atur perabot di ruang tamu, kerja-kerja menyusun atur tersebut boleh membakar 200 kalori. Banyak tu kan?

Buat ibu-ibu yang selalu mengeluh anak suka sepahkan mainan ( seperti saya ) , lepas ni anggaplah ianya aktiviti membakar lebih kalori. Ajak sekali anak-anak mengemas pun boleh. Banyak kalori terbakar tanpa perlu ke gim.

Jika ibu-ibu risaukan tentang bahan kimia di dalam pencuci lantai, cuba gunakan Basic H yang tidak mengandungi bahan kimia dan tak perlu bilas. Selamat untuk kanak-kanak dan bayi.

3. Menggunakan Tangga Selain Lif


Bagi kita yang tinggal di pangsapuri ataupun kondo, apa kata kita cuba untuk menggunakan tangga. Untuk permulaan, mungkin boleh keluar dari lif 1 atau 2 tingkat lebih rendah dan kemudian naik tangga. Selepas rasa agak selesa,  kurangkan lagi 1 atau 2 tingkat.

Untuk yang tinggal di rumah teres, boleh la gunakan taktik yang sama di pejabat ye. Setakat nak pergi hantar dokumen ke tingkat yang lain, lagi cepat rasanya jika menggunakan tangga. Opps! berhati-hati jika anda memakai high heels. Gunakan handrails sebagai langkah keselamatan.

Naik tangga sebagai aktiviti bersenam
Bila kita menaiki tangga dengan langkah sederhana, ia menggalakan otot di bahagian bawah badan untuk bekerja keras dan juga meningkatkan kadar degupan jantung.

Mana tau, jikalau terjadi lif rosak..anda tentu sahaja boleh naik ke tingkat sepuluh tanpa mengeluh.

Tak larat nak naik tangga sebab sakit lutut, mungkin ada boleh mencuba Set Sakit Lutut. Ramai yang dah kembali tersenyum dan boleh berlari tanpa rasa lutut longgar lagi

4. Menari Ketika Bersiap Ke Kerja




Sambil-sambil nak menggosok baju, mengeringkan rambut, melilit shawl dan sebagainya, apa kata kita pasangkan lagu-lagu kegemaran kita yang ada di dalam playlist iPod tu. Kalau ada lagu rancak, lagi syok rasanya untuk menari. Gerakkan badan ke kiri ke kanan, ikut irama.. nak nyanyi sekali pun boleh.Tapi jangan kuat sangat ye volume lagu tu, risau kena jerit dengan jiran pulak nanti. hehe~

5. Makan Sarapan Sebelum Memulakan Hari


Apabila kita mengambil sarapan, kita memberi isyarat kepada tubuh untuk membakar lebih kalori. Lebih baik sekiranya sarapan yang diambil adalah yang rendah lemak dan rendah kalori. Kalau bosan dengan sarapan yang sama setiap hari, cuba shake ESP yang dicampur susu segar dan buah strawberi. Bukan sahaja sedap, malah mengenyangkan! Paling best, ia sesuai untuk sesiapa yang sedang berdiet kerana ia tidak mempunyai kolesterol dan rendah kalori.

So yummy~ rasa macam nak buat sekarang je..


6. Parking di Tempat Yang Jauh


Seboleh-bolehnya kita kita akan cari parking yang paling dekat dengan pintu pejabat kan? hihi.. Lepas ini cuba tukar. Cari tempat yang jauh sedikit dan agak redup ( jika open parking). Bila nak balik di petang hari, tidak lah kepanasan bila masuk dalam kereta.

Biasanya saya hanya memakai sandals atau kasut bertapak rendah untuk berjalan dari kereta ke pejabat. Di bawah meja saya ada 3-4 pasang kasut dan high heels untuk digunakan di pejabat. Bila nak keluar lunch pun saya akan pakai kasut yang bertapak rendah. Langkah pun boleh la laju sedikit.Ye la.. nak berjalan ke KLCC tu boleh tahan penat kalau pakai kasut  tumit tirus setinggi 2 inci.

Kalau kita berjaya amalkan 6 cara mudah ni, kurang lah sedikit rasa serba salah sebab tak sempat nak ke gim tu..

Jika anda sering mengalami sakit belakang ketika membongkok atau sakit punggung semasa duduk, anda mungkin mengalami masalah sama seperti Puan Ida.




Untuk mendapatkan hasil pembakaran kalori yang lebih efisyen, saya mengamalkan pengambilan Lecithin setiap hari. Ia terbukti meningkatkan metabolisma dan membakar lebih kalori. Memang berpeluh-peluh kalau ambil lecithin sebelum mengemas rumah.

Jom lah cuba dan kongsikan kepada rakan-rakan!

Nur Fadhilah Yunus ( ID: 889805)
SMS/Whatsapp : 0195537657
FB : Nur Fadhilah
FB Page : Vitamagic Shoppe

Read More

Wednesday, November 19, 2014

Resipi Bihun Singapore yang mudah dan disukai kanak-kanak sampai tambah 3 kali


Jikalau anak  anda jenis yang memilih makanan dan anda dah bosan asyik ulang resipi yang sama sahaja setiap hari, anda boleh cuba memasak bihun singapore yang disukai ramai ni. Bukan setakat anak-anak saya, anak-anak saudara, opah, makcik & mak saya pun suka! Memang akan bertambah 3 kali.Setiap kali masak confirm tak cukup.

So rasanya baiklah saya kongsikan resipi ni… mudah sangat, 10 minit pun boleh siap masak. ( I memang suka masak yang cepat je.. Hehe)


Sumber gambar: Potret Kasih

Bahan-bahan

1/3 Bihun 
3-4 sudu olive oil
5 ulas Bawang putih - dicincang
1 biji Telur
100 gm Hirisan ayam
1/4 batang Carrot yang dicincang atau diparut kasar
Serbuk lada hitam (ikut selera)
Serbuk lada sulah ( ikut selera)
Garam secukup rasa

Cara-cara masak

1 - Rendam bihun dalam air panas
2- Panaskan minyak
3 - Tumiskan bawang putih sehingga keperangan
4 - Masukkan hirisan ayam, masakkan hingga bertukar menjadi warna putih
5- Masukkan sedikit air panas
6 - Masukkan hirisan carrot, kacau. 
7 - Masukkan bihun yang telah ditoskan, tambah air jika bihun masih belum cukup lembut
8 - Masukkan serbuk lada hitam, lada sulah dan garam
9 - Pecahkan telur, kacau hingga hancur
10-Gaul rata telur dengan bihun. Masak hingga air kering. Siap untuk dihidang!

Notakaki..
Jika tiada ayam, boleh juga diganti dengan seafood atau daging atau meatball
Boleh juga ditambah tomato jika suka.
Bihun Singapore sesuai dimakan semasa Sarapan ataupun Makan Malam.

Tips Kak Mah:
Sediakan jadual menu sepanjang minggu untuk menjimatkan masa di dapur. Tak perlu setiap hari fikir apa nak masak hari ini. Barulah boleh spend masa untuk merias diri pulak kan? hihi

Jika anak masih tak suka makan, cuba berikan anak anda suplemen. Nak tahu apa yang sesuai, Whatsapp saya di 0195537657,  saya share macam mana saya buat anak saya yang picky eater jadi makan bertambah-tambah dengan gembira.

Selamat mencuba!


Nur Fadhilah Yunus ( ID: 889805)
SMS/Whatsapp : 0195537657
FB : Nur Fadhilah
FB Page : Vitamagic Shoppe


Read More

Tuesday, November 18, 2014

Suami komen payudara kendur seperti nenek! Tapi umur baru 30..

Sentappp mak!
Walaupun dalam nada gurauan tapi mesejnya jelas, terang dan nyata. Ianya seolah-olah memberi hint yang payudara kita dah tak tegang dan anjal seperti baru berkahwin dahulu. Siapa yang nak disalahkan dalam hal ini? Anak lahir selang setahun, dan setiap anak tu diberi susu badan. Breast yang dulukan tegang dan mantap kini makin melayut dan kendur. Malunya rasa bila ditegur oleh suami..rasa macam tak cukup kain nak sorok muka.

Mujur jugaklah kita cepat terasa bila suami bagi komen tu , boleh la jugak kita usahakan. Daripada tetiba nanti suami salahkan kita bila terkantoi main kayu tiga... tak cukup air mata nangis nanti rasanya.

Jom dapatkan payudara macam Che Ta! hihi..

Kenapa payudara kendur?

Ada beberapa sebab yang biasa dan kadang-kadang kita tak tahu atau tak ambil kisah namun ramai wanita yang mengalaminya.. nak tau? baca sampai habis ye..

Kenaikan atau penurunan berat secara mendadak

Payudara adalah bahagian badan yang sensitif dengan perubahan mendadak kenaikan atau penurunan berat badan. Bagi kita yang mengandung, paling tidak harus naik 10 kilo kan? Lepas bersalin bila amalkan Set Berpantang Supermom dalam masa 3 bulan cuti tu dah kurus ramping, perut pun kempis.
Jika kita berdiet sehingga berat turun 10 kilo dalam 2 minggu, itu namanya perubahan mendadak.  Kita akan kehilangan muscle dan sebahagian lemak di dada, dan payudara pun akan kendur..

Pemakain coli yang tidak sesuai

Berapa kerap kita menukar coli? Setahun sekali.. atau 2 tahun sekali? Sebaiknya tukar coli setiap 3-4 bulan atau jika didapati coli makin longgar atau terlalu ketat. Pastikan bahagian belakang tidak terangkat. Jika kita memakai coli dan saiz cup yang betul, coli kita takkan kelihatan seperti gambar dibawah.

ini tanda anda kena tukar coli anda

Cara memakai coli yang betul untuk elak payudara melayut
Bagi ibu yang masih menyusukan dan memakai nursing bra juga wajib memilih saiz dengan betul. Saiz coli semasa baru bersalin mungkin lebih besar dari waktu anda mula bekerja setelah cuti bersalin 3 bulan.

Posisi tidur mengiring

Jika anda jenis yang tidur tanpa coli dan suka tidur dalam posisi mengiring, payudara anda akan lebih cepat mengendur. Ini kerana kurangnya support kepada payudara.  Tidur terlentang adalah alternatif yang baik atau pakailah sleeping bra yang tidak mempunyai wire namun masih memberi support.
Haa..tidur meniarap lagi la tak digalakkan ya.


Atasinya sekarang!


Walaupun suami dah memberikan komen yang pedas, belum terlambat untuk kita mengubah persepsi suami. Takmo la nanti suami kita jadi macam suami Mah pulak... Naudzubillah.
Jom tengok macam mana caranya, mudah dah boleh dibuat dirumah je.

 

Senaman payudara


Terdapat beberapa cara senaman yang boleh membantu kita membina muscle di dada dan seterusnya membuatkan breast menjadi lebih mantap. Senaman ni diajar oleh cikgu aerobik saya di pejabat. Sukar untuk kami tidak percaya apabila melihat sendiri susuk tubuh cikgu yang mantap walaupun berusia melebihi 40 tahun. Kalah badan anak dara..

Senaman yang diajar mudah sangat untuk dibuat.

  1. Berdiri tegak, angkat kedua tangan kehadapan dan silangkan kedua tangan seperti dalam gambar.
  2. Genggam lengan kanan dengan tangan kiri dan genggam lengan kiri dengan tangan kanan.
  3. Tolak/gerakkan genggaman tangan dengan kuat sedikit ke arah siku
  4. Tukar posisi tangan.

Senaman untuk payudara, saya minta anak jadi model.


Ulang sehingga 50 kali setiap hari untuk mendapatkan hasil yang mantap. Makcik dan akak- akak dalam kelas aerobik tu, kalau bab senaman yang ni semua buat bersungguh-sungguh. hehe..
Kalau korang masih ragu-ragu, boleh refer kat video ni. ada juga ditunjukkan cara secara detail.





 sumber : youtube

 

Urutan sendiri di rumah

Dengan cara urutan juga kita boleh meransang agar payudara kembali mantap.
Kita boleh melakukan urutan sendiri sendiri ataupun meminta bantuan suami yang memberikan komplen.. hihi.. Caranya mudah sahaja..

1 - Letakkan tapak  tangan di sebelah luar payudara dan tolak perlahan-lahan ke tengah
2 - Ulang 10-15 kali
3 - Letakkan tapak tangan di sebelah bawah payudara dan tolak perlahan-lahan ke atas
4 - Ulang 10-15 kali

Suplemen untuk payudara


Selain daripada membuat senaman dan urutan, kita juga perlu membekalkan payudara dengan kolagen agar kulitnya lebih cepat tegang dan lembut. Bagi suami, payudara tu kan seolah-olah tempat untuk ditakluki. Lagi disukai bila payudara mantap dan gebu. Tak perlu la sampai buat pembedahan untuk membesarkan payudara pulak, itu dah nampak sangat tipunya.

Protien juga salah satu nutrisi yang diperlukan untuk untuk mengelakkan payudara menjadi labuh sehingga boleh diselak ke belakang macam shawl.  haha.. itu la perumpamaan yang kawan saya bagi bila saya share mengenai senaman di atas di dalam group whatsapp.Protien seperti diketahui ramai mudah didapati melalui daging dan kekacang, tapi awas kandungan kolesterol di dalam daging.

Sumber protien yang saya sarankan adalah Energizing Soy Protien (ESP) yang tidak mengandungi Kolesterol dan kaya dengan asid amino penting untuk tubuh. Kesan dari pengambilan ESP secara berterusan bukan sahaja membuatkan payudara lebih anjal malah kulit juga makin cerah dan berseri-seri.

Selamat mencuba ye kawan-kawan. Sebelum tidur nanti boleh la minum kolagen bersama ESP ye.
Kalau belum ada ESP dan kolagen boleh hubungi saya di 0195537657, saya boleh poskan cecepat..jangan risau.
Nak tak kalau saya bagi tahu ada cara untuk anda jimat lagi sehingga 30%?
Hubungi saya cepat-cepat sebelum suami anda terus memerli baikk lagi.. 

Nur Fadhilah Yunus ( ID: 889805)
SMS/Whatsapp : 0195537657
FB : Nur Fadhilah
FB Page : Vitamagic Shoppe


Read More

Sunday, November 16, 2014

Kentut vagina sewaktu bersama buatkan keinginan suami selalu terbantut. Atasinya sekarang.

Sebelum beranak, pengalaman di dalam bilik tidur memang hebat. Sampai tak cukup katil dibuatnya. Namun, disangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Selepas bersalin anak pertama, suami Siti selalu hilang selera bila bersama.

Siti makin risau, daripada 2 kali seminggu kini hanya 3 kali sebulan suaminya mengajak untuk bersama. Itu pun ada saja aksi 'terkentut' yang membantutkan mood suaminya. Siti takut lama kelamaan suaminya 'makan luar' kerana tidak puas.


cara atasi kentut vagina
Mood hilang kerana terkentut semasa bersama


Siti perasan keadaan ini hanya terjadi selepas dia beranak. Adakah sebab dia tak berpantang betul-betul macam yang disuruh emaknya. Siti akui dia tidak dapat berpantang dengan ketat , hanya sempat berbengkung dan bertungku untuk 2 minggu pertama semasa emaknya ada bersama. Selepas itu, dia hanya berpantang makan. Mungkin agak terlambat untuk menyesal kerana anaknya kini dah pun berusia 5 bulan.

Siti tekad untuk mencari jawapan kepada dilema yang membelenggu dirinya. Kini barulah dia tahu , apa yang dialaminya itu adalah Kentut Vagina. Ia disebabkan lantai pelvik yang lemah dan ada bahagian yang makin longgar setelah dia melahirkan anak. Bukan Siti seorang malah ramai rupanya yang pernah mengalami masalah sama.

Lebih membuatkan Siti resah, dia 'terkentut' bukan setakat waktu bersama , ada kalanya waktu solat pun terasa ada bubble angin keluar melalui faraj. Tapi tiada bau.

Bila ditanya ustazah, Siti lega kerana ianya tidak membatalkan solat kerana angin tersebut adalah udara disekeliling yang masuk ke dalam faraj. Ia biasanya terjadi semasa atau selepas melakukan hubungan kelamin dan juga semasa duduk selepas sujud dalam solat.

Salah satu cara untuk mengatasi masalah ini adalah dengan melakukan senaman kegel. Ia dikatakan dapat membantu menguatkan lantai pelvic yang lemah.

Senaman Kegel atau kemutan mudah dilakukan pada bila-bila masa. Sambil membaca ni pun kita boleh lakukan. Jom cuba 4 langkah mudah ini ye..

1- Tahan nafas
2- Kemutkan bahagian faraj seolah-olah sedang menahan kencing, tanpa kecutkan abdomen.
3- Lepaskan selepas kiraan 3-5 saat, rehat 3 saat.
4- Ulang sehingga 10-15 kali.

Senaman ini amat digalakkan untuk dilakukan 3 sesi sehari. Sambil tengok tv atau membuat kerja pejabat pun boleh tanpa disedari sesiapa.

Sekiranya saluran faraj telah menjadi terlalu longgar, pembedahan boleh dilakukan untuk mengecilkan kembali saluran faraj.Pembedahan ini dikenali sebagai 'pelvic floor repair'.

Siti beruntung kerana dia cepat bertindak untuk mengelakkan keadaan menjadi semakin serius. Selain dari senaman Kegel, Siti turut berikhtiar dengan mengambil suplemen. Siti tekad untuk mengembalikan pengalaman honeymoonnya dulu dan tidak sanggup untuk menjalani pembedahan.

Siti telah mencuba Alfalfa Complex yang sememangnya dikenali sebagai Kacip Fatimah moden dan perapat. Dia sedari, masalah Keputihan yang pernah dialaminya dulu hilang.

Bagi menghangatkan lagi mood di kamar, Siti turut mengamalkan GLA Complex yang juga mengawal selia hormon di Estrogen & Testosteron di dalam badan . Selepas sebulan, suaminya asyik memuji Siti. Sampai suaminya asyik memujuk Siti untuk bersama hampir setiap malam!

Kini Siti boleh tersenyum lega. Dia tidak lagi melalui pengalaman yang memalukan itu. Dia perasan, aturan haidnya juga lebih teratur, kulit terasa lebih lembut berbanding dahulu. Solat juga boleh dilakukan dengan sempurna tanpa was-was dan risau lagi.

Jika anda mengalami masalah yang sama seperti Siti, hubungi 0195537657 sekarang, melainkan anda rela suami anda terus membawa diri.

Ada lagi kisah yang saya nak kongsikan sebenarnya tapi agak secret. Hanya untuk wanita yang benar-benar sayangkan suami dan keluarga.


Jom nikmati lebih penjimatan sehingga 30% bagi ahli. 

Berminat untuk menjadi ahli? Hubungi saya sekarang..

Nur Fadhilah Yunus ( ID: 889805)
SMS/Whatsapp : 0195537657
FB : Nur Fadhilah
FB Page : Vitamagic Shoppe



Read More

Tuesday, November 11, 2014

Cara berjimat Ketika Melancong Tanpa Membazir Membeli Air Mineral Mahal

Berapa harga sebotol air mineral di Langkawi? RM3 untuk yang bersaiz 1.5liter kan? Biasanya jika melancong bersama 5 orang ahli keluarga, memerlukan 3-4 botol air mineral setiap hari. Jika melancong 3 hari atau 5 hari, cuba anda buat kira-kira.

Itu kalau di Langkawi, kalau di Pulau Tioman, Redang dan lain-lain? Lagi mahal rasanya..
Habis tu macam mana nak berjimat? 



Kalau anda nak tahu apa secret weapon saya untuk berjimat ketika travel.. Baca sampai habis ya.

Sepanjang 2 bulan suami bercuti ni, hampir separuh daripadanya dipenuhi dengan Kursus Wajib. Kalau tak hadir kursus tak boleh naik pangkat. So, nak tak nak kena la hadir jugak. Kursus bukan sehari dua pulak tu. 3 x 5 hari dan 1 x 3 hari. Ok, yang 3 hari tu suami pergi sorang tak bawak kami anak beranak.

Cuba agak berapa botol air mineral yang dibeli sepanjang Kursus 1 minggu? ( suami kursus, bawak isteri dan anak-anak)

15 botol 1.5liter.

Itu tak termasuk botol kecil yang diberi kepada suami di dalam kelas.

Itu kisah kami yang mengikut suami berkursus. Dan semasa kami melancong ke Kota Kinabalu baru-baru ini, kami membeli kira-kira 10botol air mineral. Walaupun payah, tetap kena minum air mencukupi, sebab kami taknak dehydrated. Nanti tak larat pulak nak berjalan.Rugi travel jauh-jauh.

Di rumah, suami dah pasang kan penapis  air Coway . So memang senang la, takyah susah-susah nak masak air atau simpan air dalam peti sejuk. Kan best kalau boleh angkut penapis air tu ke mana-mana.. Hihi.. Takde la membazir beli lagi air mineral.

Sebabkan dah syok dengan adanya penapis air coway yang tak boleh nak ubah tu, sampai terlupa yang saya pernah membeli jag penapis air awal tahun lepas. Masa mengemas dapur hari tu, baru la terjumpa balik. Syok bukan main lagi la rasanya. So, untuk Kursus minggu ni, boleh berjimat yeay! Tak perlu lagi beli air mineral banyak-banyak. Kurang la sikit beban nak angkut ke bilik kat tingkat 4.

Inilah rupanya jag penapis air yang ringan, mudah dibawa ke mana-mana, nak guna pun senang, tak guna elektrik ataupun bateri. Jag ini diperbuat dari plastik standard BPA-Free

Mula-mula dulu memang di pandang enteng oleh suami sebab dia kata leceh, kena tadah air, tunggu air di tapis baru boleh minum. Tapi, bila saya tunjuk kira-kira  harga 1 liter air yang ditapis tu hanyalah RM0.14,  barulah dia setuju. 

Sebelum saya beli dulu, saya dah kaji siap-siap dah, betul je jag air ni boleh tapis segala klorin, plumbum dan bendasing dan bahan pencemaran lain yang terkandung dalam air pili? Namun tidak menghilang kan zat dan mineral baik. 


Risau jugak saya, harga jag tu bukan setakat seringgit dua.. So kena la kaji betul-betul. Dah la masa tu guna duit sendiri pulak tu. Lagi la I berkira. Hihi

So bila dah study, buat perbandingan, kira harga dan segala bendalah barulah kita beli. Dengan harga yang dibayar tu, terasa macam tak percaya dengan kualiti kebersihan air yang ditapis. Plumbum yang biasanya tak dapat ditapis oleh kebanyakan penapis air pun boleh dihilangkan. Selain itu, ia juga boleh Menapis lebih dari 50 bahan pencemaran di dalam air yang boleh membahayakan kesihatan.

Lebih meyakinkan bila ianya diiktiraf oleh WQA ( Water Quality Assosiation). Maknanya bukan setakat syok sendiri je la water filter ni dihasilkan.



Macam mana nak tahu bila nak kena tukar filter? 


Itulah kegunaan meter automatik pada penutup jag. So kita confirm dapat minum air yang bersih, bebas dari pencemaran bila dah ditapis guna penapis air ni.

1 filter tu mampu menapis sehingga 80gelen air dengan efektif. Bila meter tu dah tunjuk nombor berwarna merah, tukar lah filter. Kalau kita konon-konon nak jimat, melambat-lambat kan tukar tu, kita bukannya tipu jag tu tapi tipu diri sendiri. ( ini idea suami kononnya takmo tuang air ikut bahagian yang ada meter tu) hehe

Selain dari kita yang suka travel, rupanya jag penapis air ni pun boleh digunakan oleh student yang tinggal di asrama dan tiada kemudahan water filter. Bila adik saya kat Unimap tu sebut barulah saya terfikir kelebihan jag penapis air ni dibuat dalam rupa bentuk macam ni.

So, kalau kita tak suka rasa was-was dengan kebersihan air yang diminum bila travel,  risaukan bahan tercemar dalam air yang kita guna untuk bancuh susu anak, itu maknanya kita mesti dapatkan Set Jag Penapis Air ni. Dengan harga mampu milik untuk set permulaan, semua orang boleh memilikinya. Lepas ni duit yang kita selalu guna untuk beli air mineral boleh lah masuk dalam tabung anak-anak.

Hubungi saya di 0195537657 bagi mendapatkan Get Clean Water Pitcher anda hari ini juga. 


Read More

Sunday, November 9, 2014

Pengalaman Beraya di atas Kapal dan bershopping di Jepun

Bukan kapal cruise dan semestinya bukan kapal pelayaran mewah. Tengok kali pertama pun dah terasa macam diri sendiri adalah semut yang melihat kereta Mini Cooper S. Itulah Puteri Zamrud 1, kapal LNG milik MISC.

Aidilfitri 2011, adalah raya pertama saya setelah bergelar seorang isteri. Rasa macam tak sanggup kan, nak beraya tanpa suami. So kami ambil keputusan untuk saya mengambil cuti 2 minggu agar dapat beraya di atas kapal.*tapi ter extend lagi 2 minggu... hihi.


Puteri Zamrud 1

Persediaan awal sebelum menaiki kapal


Bukannya mudah nak ikut sebuah kapal belayar dari satu negara ke negara lain. Banyak prosedure dan syarat yang perlu dipatuhi.

1- Passport dengan tempoh minima 6 bulan sebelum expired. Ini adalah syarat biasa untuk sesiapa yang travel ke luar negara.

2- Suntikan vaksin sebagai perlindungan agar tak mudah dijangkiti wabak di negara dilawati. Oleh kerana jadual perjalanan kapal mungkin berubah, jadi saya perlu mengambil beberapa suntikan. Kos ditanggung sendiri.

3- Memohon cuti. Oleh kerana saya telah menggunakan cuti yang agak lama semasa cuti kahwin pada bulan 5, maka baki cuti saya hanya tinggal beberapa hari. Saya terpaksa memohon untuk meminjam cuti dari tahun 2012 bagi mencukupkan bilangan hari. Bukan senang pulak tu, borang tu kena dapatkan approval Business Services Manager, Boss No 2 dalam Malaysia. Fuhhh~ Borang tu 5-6 kali diperbetulkan ayatnya agar jelas dan tepat. Alhamdulillah, selepas 1 pembetulan kecil oleh BSM terus dapat approval. Lega mokcik .

4- Booking Flight . Oleh kerana kapal yang dinaiki oleh suami hanya mengambil Gas di Bintulu, jadi saya perlu terbang ke sana sebelum boleh menaiki kapal. Urusan tiket kapal terbang diuruskan sepenuhnya oleh syarikat suami.

5 - Semak jadual perjalanan KLIA Transit. Untuk memastikan saya tidak terlepas masa yang ditetapkan.

Hari Travel ke Bintulu


Flight ke Bintulu adalah pada pukul 10.55 pagi. Jadi saya perlu berada di KLIA sebelum jam 8.55pagi. Oleh itu masa terbaik untuk keluar dari rumah adalah jam 7 pagi.
Dari rumah, saya ambil teksi terus ke Stesen ERL di Bandar Tasik Selatan dan terus mengambil ERL ke KLIA.

Ini kali kedua saya travel bersendirian , jadi saya sudah boleh agak masa yang diperlukan untuk sarapan sorok-sorok dan berlegar-legar di KLIA. Baru la fefeeling travellers tegar kan? Oleh kerana ketika itu adalah bulan puasa, jadi saya tak boleh makan secara terbuka di restoran. Tak pasal-pasal kena naik van jenazah pulak nanti. So, saya beli di KFC dan makan di dalam surau.

Tiba di Bintulu, saya dengan selamber tak hulurkan passport di kaunter imigresen. ( Sape suh encik suami tak brief awal2 kan? hehe) Bila keluar, dah nampak nama saya ditayangkan menggunakan kertas A4. Terus masuk Van dan bergerak terus ke pelabuhan. Rasanya ambil masa 45 minit dari Airport ke Pelabuhan.

Sebelum tiba di kawasan pelabuhan, driver tu dah pesan siap-siap..Tak boleh amek gambar. Ok fine. Henfon pun tak boleh digunakan. Kena turun kan pos pengawal, tandatangan buku rekod, masuk balik dalam van dan terus ke parking yang paling dekat dengan kapal

Dah sampai tu, driver tu tak cakap pun mana satu kapal yang saya kena pergi. Padahal ada 2 kapal kat situ. Dengan terhegeh-hegeh menarik luggage sambil rasa tercengang dan teruja tengok kapal besar tu buat pertama kalinya, saya jalan je la ke kapal yang disebelah kanan. Jarak nak kena jalan tu 700 meter rasanya. Dengan jayanya, Encik Suami tak tau pun bini dia dah sampai.Macam mana nak bagi tau dia ni? Takkan nak pandai-pandai panjat tangga kapal yang 90 darjah tu.  Mujur la tak pakai heels. Kalau tak, mau kena perli baikk sampai bercucu cicit..

Nasib baik ada pondok yang betul-betul kat sebelah kapal berlabuh. Tak lama tu baru la encik suami turun dari kapal.

Selepas memanjat tangga 90 darjah yang tinggi giler tu baru sampai ke dek. Petang tu keluar balik ke bandar Bintulu, mencari jajan2 bekal 2 minggu. Padahal atas kapal tu segala jenis makanan ado. sajeee cuci mata.

And the journey begins..


Keesokan harinya, bila kapal mula berlayar, terputus la segala hubungan komunikasi dengan orang-orang di daratan. Kemudahan telekomunikasi yang ada hanyalah telefon satelit yang dicas 10USD untuk 20 minit call dan juga email yang servernya selalu down. Disebabkan lg sehari je nak raya, so saya pun merajinkan diri sama-sama menghias lounge ikut tema raya. Masa tu jugaklah sebenarnya saya belajar membuat ketupat.


Kami baru 1st time belaja buat ketupat

Di pagi raya, memang takde la takbir raya..tapi pagi-pagi lagi encik suami dah turun ke Lounge untuk Solat Sunat Aidilfitri. So lepas tu baru la kami sama-sama ke Lounge untuk beraya! Makanan memang tak kalah. Ketupat, rendang, sate, kek,kuih raya, nasi minyak semua ada...  tanpa perlu nak berpeluh2 di dapur, dah siap terhidang. Kelasss gitu kan?

 Lepas dah makan, kita bergambar! sama la kan kalau beraya kat rumah pun kan? Biasanya lepas tu kita berjalan ke rumah sedara mara, kat atas kapal tu kte beraya ke Bridge di dek 6. 1 benda yang saya belajar hari tu adalah macam mana arah perjalanan kapal ditentukan. Selama ni saya tau drive kereta dan basikal je, motor pun failed. So lepas ni boleh la memasang cita-cita nak ada kapal layar pulak kan! InsyaAllah.
Gamba ni kalau hantar kat Utusan best gak kan?





So, apa lagi aktiviti di Hari Raya di tengah laut? Main lah, apa lagi! Disamping sebagai aktiviti menghilangkan stress dan penat bekerja, kira macam aktiviti untuk bonding la jugak. Atas kapal yang tak sampai 40 orang pun, memang boleh kenal semua orang. Saya join jugak sebagai pemerhati dan tukang gelak.
Game pukul bantal

Dah puas main segala macam game termasuklah terjun kolam yang diisi air laut, malam tu ada pulak karaoke dan live band. So kira agak happening la jugak, dapat la juga mengubat hati masing-masing yang rindukan kampung halaman dan orang-orang terchenta.





Segala makanan raya semua ada!
Selepas 7 hari di lautan, kapal berlabuh di Jepun. Yeay, shopping time! Dalam masa 24 jam kapal discharge gas tu la, anak-anak kapal ni ambil peluang berjalan-jalan makan angin. Pergi la mana pun asalkan tak terlepas trip balik ke kapal malam tu jugak. Masa tu memang excited tak terkata, dapat jugak jejak kaki ke Negara Matahari Terbit. Freee pulak tu!

Visiting pass
Dah puas shopping, makan dan jalan-jalan so balik la ke kapal. Kami naik 1st bus keluar dan last bus balik ke kapal. Esok paginya kira-kira jam 10 pagi, kapal belayar semula ke lautan untuk kembali ke Bintulu.


Aktiviti Harian...



Sepanjang beberapa hari kat atas kapal, aktiviti utama saya adalah marathon menghabiskan semua drama korea, movie, novel, majalah. Pagi2 suami akan turun ke pergi kerja, bila rehat dia hantarkan sarapan ke bilik. Lunch dan dinner barulah saya join encik suami lunch di lounge. Sempat jugak saya belajar membuat sushi, menebar roti canai dan membuat pizza. Tu semua aktiviti waktu malam di galley.

Bila berkesempatan, lepas suami habis kerja pukul 5 kami bermain pingpong atau lepak-lepak layan cornetto yang diambil sendiri di peti ais sebesar bilik sebelah galley. hihi~ Bab makanan memang heaven. Lunch hari ahad selalunya akan makan makanan barat, chicken chop ke, sirloin steak. Hassle free. Duduk makan je. Tapi kenapa ntah, berat badan sama je walaupun sebulan ku dok makan tidur kat sana. hihi~

Crew ID

Kepada bakal-bakal isteri Deck Officer @ Engineer kat kapal, kalau korang nak merasa makan angin FREE ke luar negara, lepas kahwin tu ikut je la laki korang. Tambahan pulak kalau time raya husband kena kerja, pergi je amek pengalaman beraya kat sana. Keluarga kat kampung sure lagi teruja kita balik bawak souvenirs. Nanti dah beranak pinak memang takde chance la nak ikut. Kena tunggu anak dah besar, boleh la kot nak tinggalkan 2 minggu. Itu pun kalau korang tak kerja la kan. Kalau setakat buat Shaklee dari rumah macam I takde masalah la kan setakat nak bercuti 2 minggu tu. Eh, sebulan pun takpe! hihi~





Read More

Thursday, November 6, 2014

Kenapa bertukar dari ASTRO & Streamyx kepada UNIFI?

Dah lama dah kami dok berfikir-fikir.. tapi asyik terhenti sebab saya hantu TV. Kalau tukar Unifi nanti takde HBO, takde citer Korea, takde itu dan ini. Ye laa, kebanyakan channel Astro dah conquer. Tapi akhirnya, encik suami terus mendaftar di internet dan semalam Unifi dah pun terpasang di rumah. Untuk 24 jam ini, kami masih puas hati dan tiada komplen. Gambar pun lagi cun weh! ( ke I je yg perasan?)

Bukannya wajib pun nak potong Astro tapi buat apa nak bayar lebih, rumah pun kecik. TV pun ada 1 je.Masa untuk tengok TV pun limited sekarang ni. Takmo la redundant. Membajirrrr! Bak kata Encik yang datang pasang Unifi semalam, Saluran Hypp TV ni tak best sangat la, Internet je heaven. Mau taknye.. Kalau dah amek yang 10MB mana tak berdesup laju mendownload movie.

Astro-zombies


6 Alasan kenapa kami bertukar!


  1. Bila hujan je, siaran Astro terganggu. Sampaikan Si hanis pun dah tau, kalau tetiba tv jadi gelap ada tulisan kat bawah tu, hujan la maknanya. Takyah tengok kat luar pun tau dah.
  2. Bayar mahal tapi asyik ulang cerita sama je. Sampai saya dah boleh hafal dialog dalam cerita Hi-5 tu. Bukan 1 channel je gitu tapi hampir semua. Dalam sehari 2 -3 kali ulang cerita sama je.
  3. Internet Streamyx ni selowwww macam siput. Ya Rabbi, memang stress kalau nak tengok youtube pun loading bukan main lama. Bayar dah 110 tapi macam tu jugak.
  4. Guna streamyx tak boleh download guna torrent. Terbantut 1 aktiviti encik suami sewaktu cuti.
  5. Line internet senang kena curi. Ni la risiko dok kat apartmen ni, ramai pulak tu yang makin bijak nak curi line kan.
  6. Jimat la sikit. Sebelum ni bayar Streamyx RM113.15 + Astro ( Service Pack 1) RM143. Guna Unifi jimat RM56 ringgit, dapat speed yang laju giler.
 Cukup la 6 alasan ni, kalau bagi 10 nanti semua risau ada yang terpengaruh terus nak tukar Unifi hari ini jugak.

Lagipun I kan dah tak cukup masa layan tv, internet laju lagi penting wooo~ 
Buat masa ni belum sempat explore lagi berapa banyak saluran tv yang ada ni. Masa go through semalam, few astro channel pun ada jugak.

Kalau tak cukup duit nak beli internet laju, jom buat side income dengan Shaklee! awesome beb!

Read More

Anak selalu sakit, Ibu selalu cuti .Apa nak buat?

Cuti sekolah dah nak mula tapi anda hampir kehabisan cuti. Cuti tahunan 21 hari tu habis sebab EL 2 hari sebulan. Duit pun dah banyak berhabis membeli segala macam jenis ubat. Tapi setiap bulan sama tetap kena EL jugak sebab pihak taska tidak membenarkan anak yang tidak sihat dihantar ke taska.

Bila anak sakit, memang si ibulah yang biasanya akan mengambil EL @ Emergency Leave kan?  Namun jika berlarutan demamnya, terpaksa pula bergilir-gilir dengan si Ayah. Si ibu di pejabat tak senang duduk memikirkan anak di rumah. Tanpa sedar, cuti tahunan hanya tinggal 3 hari. Itupun nanti nak simpan kalau anak tak sihat lagi bulan ni dan bulan depan. So bila masa nak bercuti bersama anak-anak ni?




Jom saya kongsikan apa sebab utama kanak-kanak mudah jatuh sakit cara mengatasinya.. Nak tahu? teruskan membaca.

Sebelum tu, jom kita dengar apa kata dua orang ibu tentang  anaknya selalu sakit



3 Sebab kanak kanak mudah jatuh sakit


  1. Kanak kanak sering terdedah kepada persekitaran yang tidak bersih. Mungkin kita telah mengajar anak supaya membasuh tangan sebelum makan namun apabila mereka bermain dengan kanak-kanak lain, kuman mudah berjangkit. Sekiranya anak kita mempunyai sistem pertahanan badan yang lemah, kuman mudah menjangkiti dan penyakit pun datang. Bila mereka tidak sihat, selera makan akan berkurang dan badan akan makin lemah.


 2. Kesibukan ibu bapa bekerja banyak menyumbang kepada pemakanan kanak-kanak  yang kurang seimbang. Dalam satu minggu, mungkin 2-3 kali akan kita akan membawa anak-anak ke KFC atau MarryBrown, membuat pesanan Pizza Hut dari rumah ataupun memasak sosej dan nugget sebagai snek atau sarapan. Mereka mungkin kenyang namun pernah tak kita terfikir tentang keperluan nutrisi mereka yang sedang membesar. Semakin kerap kita memberikan makanan yang telah diproses, semakin kurang nutrisi yang diberikan, namun kalorinya mungkin sangat tinggi dan tidak sesuai dengan mereka.



3. Rasa macam tak lengkap jika kita tak membelikan iPad untuk anak-anak kan? Kita merasakan mereka layak mendapatkannya kerana kita bekerja keras siang malam kerana mereka. Saya pun telah terperangkap dalam jerat gadget ini. Apabila Tab rosak, saya belikan iPad. Kononnya supaya anak saya tidak mengganggu saya membuat kerja dan mereka dapat belajar menggunakan iPad. Lama kelamaan anak saya seolah-olah tidak mempedulikan mainan yang berkotak-kotak. Masanya lebih banyak dihabiskan dengan iPad. Bila dah asyik dengan iPad, semestinya dia tak bergerak aktif. Bila dipanggil pun kadang-kadang tak dengar.

Kita merasakan yang kita sudah pun memberikan yang terbaik untuk mereka, rupanya kita meletakkan sebelah kaki mereka ke dalam senarai pesakit di klinik. Jika dibiarkan berterusan, bukan setakat seorang anak menjadi pengunjung tetap klinik, malah kesemua anak kita pun juga mungkin turut sama.

Cara mengatasi anak selalu sakit


Saya sendiri runsing dan kerap berfikir kenapa dahulu anak sulung saya kerap demam. Pada mulanya saya beranggapan yang ianya adalah perkara biasa bagi kanak-kanak. Hampir setiap bulan saya akan EL kerana Hanis demam. Bila dah demam, kuat pulak memerap. Ternyata sangkaan saya kurang tepat. Jadi saya mula membuat perubahan dalam jadual seharian.

Lebih aktiviti fizikal, kurang iPad

 

4 kali seminggu, saya akan bawa anak saya bermain di taman samada Indoor ataupun outdoor. Saya biarkan dia berlari, melompat dan bersosial dengan kanak-kanak lain. Pada mulanya memang agak mengambil masa, kadang-kadang sampai sejam dok menunggu anak bermain. Bila dah makin kerap, 15 minit pun dia dah cukup buat dia balik dengan happy. Tiada lagi meronta-ronta berguling di lantai.

Rancang menu makanan seminggu


Walaupun saya kini suri rumah, namun kesibukan setiap hari kadang-kadang membuatkan saya tak sempat berfikir apa nak masak. Beberapa bulan lepas saya terjumpa 1 tips supaya dapat memasak dengan cepat. Setiap hari Ahad, rancang menu Breakfast, Lunch, Dinner dan juga snek. Saya tuliskan di black board dan gantung di fridge, so senang nak refer. Nak shopping barang dapur pun mudah. Saya dah cuba, dan memang boleh siap masak kurang dari 30 minit. Bila buat camni, memang kurang membeli makanan segera.


Bekalkan makanan tambahan kepada anak-anak

 

Walaupun setiap hari kita memasak untuk anak-anak, namun kita tetap tidak mampu mengawal ketepatan nutrisi yang mereka dapat. Jika anda pernah membaca entry saya sebelum ini mengenai suplemen yang dicadangkan oleh Doktor Pakar Kanak Kanak kepada Hanna yang berumur setahun, anda mesti dah tahu. Sehingga ke hari ini, usianya 1 tahun 3 bulan, saya rasa hanya sekali Hanna pernah demam. Sangat berbeza dengan kakaknya yang dulu sangat kerap demam. Padahal Hanis juga minum susu badan sepenuhnya sehingga usia 1 tahun 2 bulan. Ternyata antibodi Hanna lebih kuat dari Hanis. Sehingga ke hari ini, setitik pun paracetamol tak pernah masuk ke mulut Hanna. Bila dia selsema, saya hanya pastikan dia diberikan vitamin C & Omega setiap hari. Alhamdulillah, bijak pun bijak. Sel-sel otak dia berhubung baik la tu..



Anda juga boleh mencuba tips tambahan yang sangat simple macam kacang putih

  • Tukar bahan pencuci rumah berasaskan kimia kepada bahan organik jika anak mempunyai alahan/asma. Anda boleh mencuba Get Clean sebagai alternatif.
  • Buka tingkap rumah setiap hari bagi memastikan udara di dalam rumah sentiasa bertukar. Barulah dapat udara yang bersih.
  • Semasa anak demam atau selsema, anda boleh cuba meletakkan sehiris bawang merah di dalam  bilik atau ruang tamu. Ia mampu menyerap bakteria & virus penyebab demam.



Agak-agak tahun depan boleh tak guna cuti anda untuk percutian indah di tepi pantai? Bukan setakat sekali, 2-3 kali setahun pun mungkin berlebih lagi cuti tu kan. Kalau ada bajet lebih, nak ke luar negara pun boleh.

Lepas ni boleh la cuba tips-tips yang saya kongsikan tu ye. Jika anda tak tahu di mana nak dapatkan suplemen untuk anak-anak, boleh hubungi saya di 0195537657. Nanti saya cadangkan yang mana paling sesuai untuk anak anda.

Salam Sayang,

Nur Fadhilah Yunus ( ID: 889805)
SMS/Whatsapp : 0195537657
FB : Nur Fadhilah
FB Page : Vitamagic Shoppe


 Kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan dan saudara mara jika anda rasakan ianya bermanfaat. Mereka mungkin akan berterima kasih kepada anda.

Read More

Tuesday, November 4, 2014

Investment untuk sihat sehingga 40 tahun lagi dengan membayar RM1.63 setahun

Berapa yang korang bayar untuk insurans, kad medikal dan takaful? Ada tak yang serendah RM1.63 setahun?  Kalau unit trust lagi la mahal kan? Tapi anda sanggup melabur untuk jaminan masa depan.




Tahu tak yang pelaburan dalam kesihatan sendiri dan keluarga boleh diperolehi dengan pelaburan yang kurang dari RM2 setahun? Caranya adalah dengan semudah bertukar dari ubat-ubatan sintetik dan mengandungi drugs kepada vitamin yang diperbuat dari sumber semulajadi iaitu Shaklee.

Dan semestinya untuk melabur, anda perlu mendaftar sebagai ahli. Barulah mendapat ROI yang tinggi kan?

Dalam entry ni, korang akan tahu salah satu cara untuk daftar sebagai ahli yang paling mudah.

1 - Walk In ke mana-mana 1 daripada 7 Branch Shaklee, Isi borang order produk, ambil no giliran dan bila di Kaunter bagi tau yang anda mahu mendaftar sebagai ahli.

2- Beli borang keahlian RM3 , isi dan kemudian serahkan sekali dengan borang order produk.
Ruang Maklumat Penaja, boleh isikan dengan maklumat berikut

Nama : NUR FADHILAH YUNUS
No Telefon : 0195537657
Shaklee ID : 889805

Siap!

Anda cuma perlu membayar RM65 untuk keahlian seumur hidup! Kalau umur anda baru 25 tahun, dan rajin pulak makan suplemen, InsyaAllah paling kurang anda menjadi ahli selama 40 tahun. Yuran setahun lebih kurang RM 1.63 je. Takde rasanya yang lagi murah dari ini kan?

Semasa di branch, korang boleh terus consult dengan Nutritionist tentang cadangan produk bersesuaian dengan anda.

Contoh:
Masalah Ekzema
Kolesterol tinggi
Jerawat
Tona muka tak sekata
...
dll

Dan lepas tu, korang whatsapp je ke nombor 0195537657, boleh sambung konsultasi. Kalau terlupa cara makan ke, waktu paling baik nak makan vitamin, tips2 lain pun boleh dapat.

Kalau korang memang berminat memperbaiki taraf kesihatan tanpa ubat batuk dan paracetamol, memang terbaik dah pilihan untuk jadi ahli.Jimat pun jimat. Awet muda pun dapat. Best ke best?

Kalau korang tak sempat ataupun tinggal jauh dari branch, korang wassep je ke 0195537657. Saya boleh tolong daftarkan. Cuma korang kena bayar RM10 untuk pengeposan Membership Kit. Jimat duit minyak dan tol korang kan?

Usah berlengah, daftar hari ini untuk ROI yang lebih besar. Kalau daftar tahun depan, ROI tinggi jugak tapi mungkin anda dah kena bayar bil hospital ribuan ringgit. Nauzdubillah.




Read More