Thursday, August 30, 2018

Apa Yang Kita Perlu Tahu Sebelum Pasang Implanon

Setelah lama difikirkan dan buat pertimbangan, akhirnya saya ambil keputusan untuk memasang implanon sebagai langkah pencegahan kehamilan. Walaupun dah decide tu, hati tetap gundah gulana sebenarnya. Sebab jarang orang nak bercerita detail bab ni kan?

Saya pening bab ni sejak dari 2 tahun lepas




Saya survey website LPPKN, tanya kawan-kawan sekolah, google dan sebagainya untuk ketahui what to expect.

Satu perkara yang baru saya tahu, boleh pakai implanon di Klinik Kesihatan atau Hospital Kerajaan. Tapi bukan semua klinik ada specialist tu, dan ada sesetengah tu quotanya mungkin dah habis.

Kalau nak confirmation kena bertanya ke klinik secara terus.

Akhirnya saya decide untuk buat appointment dengan Pakar O&G yang saya temui masa hamilkan Naufal. Appointment tu terus kata nak pasang implanon. Masa call tu, nurse tu dah bagi tau kos untuk implanon RM500, tambah dengan consultation fee.

Seram dengar harga tu kan.. tapi bila dicongak balik ianya sangat la berbaloi sebab boleh guna untuk 3 tahun.

Tibalah hari yang dijanjikan, saya pergi mengadap Puan Doktor . Cerita punya cerita, akhirnya decide untuk ambil injection Depo dulu.. sebabnya?

  1. Ubat dalam implanon ni sama jenis dengan suntikan Depo. Jadi elok dipastikan dahulu samada sesuai atau tidak.
  2. Dulu masa dalam pantang dah ambil suntikan Depo-Provera ni, tapi sebab masa tu belum habis nifas, so tak dapat dipastikan samada sesuai atau tidak.

Kalau tak sesuai, kena keluarkan balik implanon. Haaa kan dah rugi tu. Dah la mahal tau.

Macam mana nak tahu sesuai atau tidak pakai implanon?

Kalau period berpanjangan sehingga lebih 15 hari, itu tanda ubat tersebut tidak sesuai dengan kita

Namun kalau period normal, atau tiada period sehingga 2-3 bulan. Itu normal dan sesuai.Yes, its normal kalau kita period 2-3 bulan sekali. Tak ingat pulak macam mana nak justify.. tapi saya pernah tengok dalam video Live Dr Tan Ee Ping.

So, kalau tak sesuai dengan Depo atau Implanon macam mana?

Kita ada pilihan untuk makan pil perancang atau memasang IUCD. Menurut Dr Rosy, ianya tidaklah seseram yang selalu dicanangkan di media sosial.

Kalau nak pasang IUCD kena buat masa hari ke3 atau 4 haid. Sebab masa tu pintu rahim terbuka sedikit , so kurang la sikit rasa tak selesa nak masukkan IUCD tu.

Seandainya badan kita menunjukkan yang kita serasi dengan suntikan Depo, boleh teruskan dengan pemasangan Implanon selepas tempoh 3 bulan suntikan Depo.

Perkara Penting Sebelum Pakai Implanon


Ianya sangat penting tapi macam takde siapa yang sebut..

Pastikan kita tidak bersama dengan suami selepas haid habis sehingga hari kita memasang Implanon. Kalau nak ambil suntikan pun sama.

Masa Puan Doktor bertanya sejarah bila mula-mula datang haid selepas bersalin, bila tarikh period yang terakhir.. saya agak blur.. sebab anak dah 3, tak ingat dengan tepat setiap kejadian tu.

Paling terkejut, bila Dr tanya.. lepas dah period ni dah bersama dengan suami?

Dengan yakin saya jawab dah. Terkejut Puan Doktor sebab awal sebelum tu saya cakap saya masih belum habis period. Rupanya saya salah faham soalan, Dr tanya tentang period terbaru. kahkahkah

Hakikatnya memang tak la..   

Setelah selesai bersoal jawab, dan Doktor berpuas hati dengan pilihan kita.. so kena baring untuk scan.

Doktor nak check keadaan rahim  dan ovary untuk kepastian.  Alhamdulillah rahim dan ovari nampak sihat , dan tiada cyst.

So lepas tu dapatlah sedas injection kat punggung. Masa tu ok je lagi, lepas beberapa jam tu dah rasa agak sengal kat tempat cucuk tu. Masa nak tidur malam pun kena letak position betul-betul.. Tapi bila bangun pagi tu dah tak rasa apa dah.. hehe

Berapa harga suntikan Depo? 

Actually harga ubat tu tak mahal pun, lebih kurang RM50 je. Tapi dengan consultation fees dan lain-lain total charge jadi RM135. For me still ok lagi la. 

Effectiveness of the Depo & Implanon

Effective immediately, 99% effectiveness.. dengan syarat tak terlambat untuk next appointment selepas 12 minggu.

Kalau implanon pun sama jugak. Jaminan 99% untuk 3 tahun. Cukup masa kena keluarkan tau. Lepas tu boleh pakai yang baru ataupun tukar cara lain. 


Eh, dah terbanyak cerita pasal depo plak.. haha. Sebab dah jadi prerequisite sebelum pakai implanon kan.

Ada je orang yang tak test dengan suntikan depo sebelum pakai implanon, tapi apa yang jadi lepas tu kena redha je la.

Semoga usaha dan niat kita untuk perancangan keluarga ni dimanfaatkan sepenuhnya untuk fokus pada perkara yang penting seperti pendidikan anak-anak dan kemaslahatan hubungan suami isteri.
InsyaAllah.

Kalau nak guide lanjut kena rujuk pakar la ye, tapi kalau nak cari vitamin untuk suami isteri boleh contact saya.










Read More

Wednesday, August 29, 2018

Tips Pemakanan Semasa Berpantang Supaya Tidak Sembelit



 Selepas bersalin, kebiasaan para ibu akan mula berpantang. Selain dari amalan bertungku, berbarut, dan memakai stokin , ibu berpantang turut mengikut amalan pemakanan pantang yang agak strict sehingga kadangkala menyebabkan ibu kena sembelit.


Kalau ikut amalan berpantang dari nenek moyang kita, segala macam makanan sihat tak boleh makan. Air pun kena dicatu. Sudahnya jadi la segala macam masalah pula yang datang.

Luka jahitan lambat baik, susu tak cukup,  sembelit lagi tu..

Aduhhh

2-3 hari selepas bersalin memang takut nak membuang




Ramai ibu yang berpantang takut untuk membuang kerana risau luka jahitan terbuka. Ditambah pula dengan diet yang ketat, kekurangan serat dan air, memburukkan lagi keadaan.

Selepas bersalin anak kedua, saya dibekalkan dengan ubat pelembut najis semasa discharge dari hospital. Malangnya ubat tersebut cuma berkesan sekali sahaja. Untuk seminggu selepas itu, saya langsung tidak dapat membuang. 

Mulalah sakit kepala, emosi terganggu dan sebagainya. Sudahlah luka agak besar (2nd degree tear).. lagilah saya gerun.

Entah kenapa, tiada siapa menasihatkan apa buah yang sesuai dimakan. Sebab katanya dalam pantang segala macam buah tak boleh dimakan dengan pelbagai alasan. Yang ini sejuk, yang ini berangin, yang itu nanti kembung. Ahh sudah.. serabut pulak.

Tiada lagi trauma

Untuk mengelakkan trauma sembelit berulang kembali, saya dah menyediakan senarai makanan yang boleh dan tidak boleh diambil semasa berpantang anak ketiga.

Ye lah, bukannya senang nak berpantang dengan 2 orang lagi anak yang masih kecil.

Buah Naga dan Buah Oren penyelamat keadaan

Semasa berpantang anak ketiga, saya berkenalan dengan Buah Naga yang juga dikenali sebagai dragon fruit. Rasanya yang masam manis sangat membuka selera. Selalunya saya makan separuh biji sekaligus..

Paling saya suka, buah naga merah. Semasa awal pantang, saya tak simpan buah dalam peti ais. Ataupun saya keluarkan awal sedikit sebelum dimakan. Sebabnya kita tak boleh makan buah sejuk kan.. Mahu setahun kena ungkit dengan Mak kalau kita buat camtu..hehe

Buah Naga memang sangat-sangat membantu untuk lawas. Kadang tu awal pagi lagi dah dapat panggilan alam. Cuma jangan terkejut bila lihat warna najis yang kemerahan. Warna buah tu memang power tau. Seriously, tak perlu berkerut nak meneran.. hehe

Selain itu, saya juga makan buah oren. Saya tak suka oren sebenarnya, sebab kadang tu masamnya melampau. 


Sehinggalah saya jumpa buah oren yang manis. Namanya Valencia. Kalau kat Seremban2 ni, selalunya saya beli di Aeon sebab kat Mydin takde. Rasanya masam manis, sedap. Sebiji memang tak cukup. Berebut pulak dengan anak-anak

Wajib minum air masak

Dan yang paling penting, mesti minum air masak yang banyak. Kita ni ibu menyusu, lagi la kena minum air mencukupi. Kalau tak macam mana badan nak hasilkan susu mencukupi.

Secawan air masak setiap 2-3 jam sangat membantu mengelakkan sembelit

Usah percaya dengan mitos yang mengatakan rahim kembang kalau minum air banyak. Minumlah segelas air setiap  2-3jam. Ia juga membantu kita cepat kurus tau.

Disebabkan dalam pantang saya tak boleh minum air sejuk, tapi cuaca pulak agak panas.. so saya campurkan air Coway yang sejuk dengan yang Room temperature.Sedap je lalu kat tekak.. hehe

Kalau anda mengamalkan pengambilan jamu semasa berpantang, lagi la perlu minum air masak. 

Kalsium & Magnesium

Dua jenis nutrien ini sangat membantu saya untuk mengelakkan dari sembelit. Najis akan jadi lembut, menyokong pergerakan usus yang sihat, menguatkan otot di bahagian dubur dan sekaligus mudah untuk membuang.

Oleh itu saya mengamalkan pengambilan Ostematrix, iaitu pil kalsium yang lengkap dengan magnesium. Selain dari membantu mengatasi sembelit, ia juga sangat bermanfaat bagi ibu terutamanya ibu yang menyusu.

Amalkan Ostematrix supaya tidak lagi takut sakit semasa membuang



Selain itu, sebagai tambahan kepada amalan pemakanan sihat dengan menu eat clean , saya juga mengambil beberapa suplemen lain untuk topup lagi keperluan nutrien. Bukannya apa, cuma nak badan cepat sihat, luka cepat baik, bertenaga dan emosi pun tenteram.

Alhamdulillah, dengan asbab itu, berat badan pun cepat je kembali seperti sebelum bersalin dan tiada pula masalah-masalah lain yang timbul semasa dalam pantang. Susu badan cukup, anak membesar dengan sihat.

So, jika mommies mengalami masalah sembelit semasa pantang, lekas-lekas cuba kesemua tips yang saya dah kongsikan ini ye.

Selamat berpantang!

Jangan lupa share entry ini kepada  rakan-rakan jika anda merasakan ianya bermanfaat ya..

Terima kasih kerana sudi membaca.

Sebarang persoalan boleh whatsapp saya di link berikut. 
http://Fadhyunus.wasap.my/

Fadh Yunus ( SID: 889805)
Call / Whatsapp : 0195537657 
FB : Nur Fadhilah
IG: fadh_yunus
FB Page : Vitamagic Shoppe











Read More

Saturday, August 18, 2018

Tips Mengelakkan HFMD Untuk Panduan Ibu Bapa

HFMD outbreak di Malaysia telah bermula sejak bulan lepas. Beberapa minggu lepas kita digemparkan dengan berita kematian seorang kanak kanak disebabkan jangkitan organ dalaman akibat HFMD.

Jadi HFMD ni bukanlah sekadar sakit biasa biasa. Sangat mudah berjangkit dan boleh menyebabkan kematian jika tidak dikawal. Kita sebagai orang dewasa malah most of us adalah parents kepada anak anak yang sedang membesar sangat perlu ALERT dengan HFMD outbreak ini.

Say NO to HFMD!

Apa yang perlu kita buat agar terhindar dari jangkitan HFMD?

1. Pastikan amalkan kebersihan di dalam dan luar rumah

2. Elakkan membawa keluarga especially anak kecil dikawasan crowded dan terbuka dimana mungkin ada anak-anak yang berpenyakit ini ada disana 😅

3. Amalkan teknik mencuci tangan sampai bersih yang betul dan kerap. Bagi anak yang bersekolah, boleh juga bekalkan mereka dengan hand sanitizer.


4. Tingkatkan sistem imun tubuh ahli keluarga dengan beberapa produk vitamin seperti Mealshake, Multivitamin, Vitamin C,Vivix dan Garlic.

Nutrien penting untuk menguatkan sistem imun

5. Bersihkan dan disinfect dahulu permukaan/peralatan yang kita nak guna ketika berada diluar seperti troli pasaraya, babychair, bangku public dan sebagainya dengan mengelap menggunakan tisu basah yang boleh membasmi kuman seperti dettol atau spray basic H yang telah dilarutkan dalam air. Sentiasa bawanya bersama jika keluar.
Mudah dan murah je uols

6. Elakkan menyentuh muka dan anak anak dengan tangan yang tak dicuci bersih

7. Mandikan dengan gentle wash Shaklee baby, dan sapukan krim Herbal Blend 

Bahan pencuci tanpa kimia merbahaya . Bye bakteria dan virus




8. Pastikan baju dibasuh bersih dengan Get Clean Laundry Wash juga.

Semoga usaha kita dapat membantu mengelakkan ahli keluarga kita dan anak anak dari HFMD.

Namun sekiranya ada simptom dan disahkan sebagai HFMD, boleh berikan anak-anak dan ahli keluarga vitamin yang menguatkan sistem imun. Bila sistem imun kuat, virus cepat dapat dilawan.


Jangan lupa share entry ini kepada  rakan-rakan jika anda merasakan ianya bermanfaat ya..

Terima kasih kerana sudi membaca.

Sebarang persoalan boleh whatsapp saya di link berikut. 
http://Fadhyunus.wasap.my/

Fadh Yunus ( SID: 889805)
Call / Whatsapp : 0195537657 
FB : Nur Fadhilah
IG: fadh_yunus
FB Page : Vitamagic Shoppe


Read More