Pakaian anda terkena PETROL??? Pengalaman saya menghilangkan bau petrol dengan MUDAH dan PANTAS

4 comments
Ingat tak dalam cerita dodol di entry lepas saya ada cerita mengenai insiden semasa dalam perjalanan ke kenduri di Gerik?

Nak tau apa jadi?

Jom baca.. sampai habis tau!

Lokasi kejadian adalah di stesen Petron Gerik. ( mode CSI is ON) hehe~
Oleh kerana kereta banyak , jadi kami memilih pam di sebelah kiri kereta, padahal tangki minyak di sebelah kanan.

Hos minyak pulak tak boleh tarik jauh. Jadinya muncung hos tu masuk dari arah atas.menyongsang dari keadaan biasa mengisi minyak. Nak dijadikan cerita, minyak menyembur keluar sedikit dan terus terkena kain baju kurung dan sandal saya. Aduhaii.. Malu pun ada.

Bila hos tak cukup panjang.. hmm

Lagi best sebab saya tak bawak langsung baju atau seluar atau kain spare! Terbaikk! Memang kain yang terkena petrol tu cepat kering kerana ia meruap tetapi meninggalkan bau yang sangat kuat. Macam mana saya nak ke kenduri dengan baju bau petrol?? Stress sgt masa tu. Dalam kereta pun sure semua orang pening. Dah la ada Hanis & Hanna. Jika di basuh dengan air pun tak hilang bau, kain makin basah.

Spray sahaja, tak perlu bilas..


Masa tu la timbul idea nak cuba guna Basic H. Kebetulan baru beli pagi tu sebelum bertolak ke Gerik. Bubuh beberapa titik ke dalam botol spray dan saya ke bilik air untuk mengisi air. Dan kemudian saya spray ke kain dan sandal.
Ketika itu saya sendiri pun tak tau samada ia membantu atau tidak, tapi saya hanya menggunakan pilihan yang ada. Sebab saya tau, dengan Basic H tak perlu bilas pun takpe.

Bau petrol berkurangan dalam masa 10 minit


So selepas itu, saya pulak ambil giliran memandu hingga sampai ke rumah kenduri  yang mengambil masa tak sampai 10 minit rasanya. Sepanjang 10 minit itu, kami buka tingkap supaya tidak terkepung dengan bau petrol. Jangan buat main, memang boleh pengsan dan mengakibatkan maut jika menghidu bau petrol terlampau lama.

Bila sampai , saya tawakal je.. Cium sikit kain, masih bau. Hmm.. Tapi agak kurang berbanding awal-awal tadi. Mula-mula rasa macam tak nak turun dari kereta, tapi sebab dah sampai kan.. so turun la jugak. Mujur sepanjang di situ tiada yang menegur bau petrol. Hihi..
Selepas hampir sejam disitu, terus drive balik ke rumah opah di Sungai Siput. Dan kami tak perlu lagi bukak tingkap. Macam terlupa plak kain kena petrol.

Sebelum solat Maghrib, saya cuba hidu sedikit kain, ternyata dah takde bau petrol. Tapi rupa-rupanya saya tak perasan baju saya yang di bahagian bawah ada terkena sedikit petrol dan saya tak semburkan Basic H.

Hanya ketika itu barulah saya yakin yang Basic H membantu menyelesaikan  satu lagi masalah saya. Makin la saya suka dengan pencuci serbaguna yang super best ni. hihi.. saya tak sesuka hati nak puji kalau bukan dari pengalaman saya sendiri.

Oh, selepas itu baju tu saya cuci macam biasa je campur dengan baju-baju lain dalam mesin basuh. No problemo~

Kegunaan Lain Basic H


Basic H memang dikenali sebagai pencuci serbaguna tanpa bahan kimia merbahaya. 100% selamat untuk bumi. Kalau tuang basic H kat pokok bunga pun , bunga tu tak mati.  Haa.. punya la selamat kan? Kalau pokok pun tak mati, memang tak risau la kalau-kalau ada bahan kimia yang meresap melalui kulit atau bau yang dihidu dan sebagainya.

1 botol Basic H yang pekat ni boleh dibancuh dengan 48 gelen air dan kekal berkuasa menanggalkan segala kesan degil. Antara kegunaan Basic H yang saya sendiri lakukan adalah

  • Mengemop lantai ( tak perlu bilas)
  • Mencuci bilik air
  • Mencuci dapur yang berminyak
  • Menghilangkan kesan pen, marker, crayon di dinding dan lantai
  • Mengelap baby chair
  • Mengelap cermin
  • Menghilangkan kesan dodol pada seat kereta
  • Menghilangkan kesan coklat pada baju
  • Menghilangkan kesan minyak pada baju
  • Mengatasi masalah sinki tersumbat
  • Mencuci mainan anak-anak

Kelebihan Basic H berbanding pencuci lain


  • Nontoxic
  • Natural
  • Superconcentrated
  • Biodegradable surfectants 
  • No phosphates
  • Tiada bau bahan kimia yang tidak menyenangkan

Jom rasai sendiri pengalaman terbaik menggunakan Pencuci Serbaguna Basic H yang femes ini. Memang takkan kecewa. Paling penting, ia tidak mengandungi bahan kimia yang merbahaya. Lembut pada tangan namun berkuasa mencuci. Pilihan terbaik untuk setiap rumah.

Hanya beberapa titik basic H diperlukan untuk sebotol penyembur


Cara Membeli Basic H


Anda boleh membeli terus dengan Shaklee melalui eSell ataupun boleh juga dapatkannya melalui saya. Saya akan kongsikan puluhan lagi kegunaan Basic H di dalam kehidupan seharian kita.

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=19ab7b42f4f3f219104411c349a983c7

Jika anda berminat mengetahui lanjut mengenai kegunaan Basic H ini, tak perlu malu atau segan untuk menghubungi saya.

SMS/Whatsapp ke 0195537657
FB Page : Vitamagic Shoppe

Saya adalah Pengedar Sah Shaklee bagi kawasan Pandan Perdana, Maluri, Ampang & KLCC. Pengeposan ke seluruh Malaysia.

Hubungi saya bagi mendapatkan konsultasi eksklusif. Hanya yang terbaik untuk anda.

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

4 comments:

  1. nampak gaya kene spare la basih h dlm kete, utk lgkah berjaga2...tq 4 sharing..

    ReplyDelete
  2. wahh..berjasa betul basic h dalam keta ye..
    aritu dodol..ni petrol pulak..
    mmg terbaiklah!

    ReplyDelete
  3. terbaik!! lepas ni kalau baju tumpah minyak pun bolehla p sembur basic h ni..

    ReplyDelete
  4. perghhh...mmg minggu basic h la ni...hehe..good sharing!!

    ReplyDelete