Wednesday, August 29, 2018

Tips Pemakanan Semasa Berpantang Supaya Tidak Sembelit



 Selepas bersalin, kebiasaan para ibu akan mula berpantang. Selain dari amalan bertungku, berbarut, dan memakai stokin , ibu berpantang turut mengikut amalan pemakanan pantang yang agak strict sehingga kadangkala menyebabkan ibu kena sembelit.


Kalau ikut amalan berpantang dari nenek moyang kita, segala macam makanan sihat tak boleh makan. Air pun kena dicatu. Sudahnya jadi la segala macam masalah pula yang datang.

Luka jahitan lambat baik, susu tak cukup,  sembelit lagi tu..

Aduhhh

2-3 hari selepas bersalin memang takut nak membuang




Ramai ibu yang berpantang takut untuk membuang kerana risau luka jahitan terbuka. Ditambah pula dengan diet yang ketat, kekurangan serat dan air, memburukkan lagi keadaan.

Selepas bersalin anak kedua, saya dibekalkan dengan ubat pelembut najis semasa discharge dari hospital. Malangnya ubat tersebut cuma berkesan sekali sahaja. Untuk seminggu selepas itu, saya langsung tidak dapat membuang. 

Mulalah sakit kepala, emosi terganggu dan sebagainya. Sudahlah luka agak besar (2nd degree tear).. lagilah saya gerun.

Entah kenapa, tiada siapa menasihatkan apa buah yang sesuai dimakan. Sebab katanya dalam pantang segala macam buah tak boleh dimakan dengan pelbagai alasan. Yang ini sejuk, yang ini berangin, yang itu nanti kembung. Ahh sudah.. serabut pulak.

Tiada lagi trauma

Untuk mengelakkan trauma sembelit berulang kembali, saya dah menyediakan senarai makanan yang boleh dan tidak boleh diambil semasa berpantang anak ketiga.

Ye lah, bukannya senang nak berpantang dengan 2 orang lagi anak yang masih kecil.

Buah Naga dan Buah Oren penyelamat keadaan

Semasa berpantang anak ketiga, saya berkenalan dengan Buah Naga yang juga dikenali sebagai dragon fruit. Rasanya yang masam manis sangat membuka selera. Selalunya saya makan separuh biji sekaligus..

Paling saya suka, buah naga merah. Semasa awal pantang, saya tak simpan buah dalam peti ais. Ataupun saya keluarkan awal sedikit sebelum dimakan. Sebabnya kita tak boleh makan buah sejuk kan.. Mahu setahun kena ungkit dengan Mak kalau kita buat camtu..hehe

Buah Naga memang sangat-sangat membantu untuk lawas. Kadang tu awal pagi lagi dah dapat panggilan alam. Cuma jangan terkejut bila lihat warna najis yang kemerahan. Warna buah tu memang power tau. Seriously, tak perlu berkerut nak meneran.. hehe

Selain itu, saya juga makan buah oren. Saya tak suka oren sebenarnya, sebab kadang tu masamnya melampau. 


Sehinggalah saya jumpa buah oren yang manis. Namanya Valencia. Kalau kat Seremban2 ni, selalunya saya beli di Aeon sebab kat Mydin takde. Rasanya masam manis, sedap. Sebiji memang tak cukup. Berebut pulak dengan anak-anak

Wajib minum air masak

Dan yang paling penting, mesti minum air masak yang banyak. Kita ni ibu menyusu, lagi la kena minum air mencukupi. Kalau tak macam mana badan nak hasilkan susu mencukupi.

Secawan air masak setiap 2-3 jam sangat membantu mengelakkan sembelit

Usah percaya dengan mitos yang mengatakan rahim kembang kalau minum air banyak. Minumlah segelas air setiap  2-3jam. Ia juga membantu kita cepat kurus tau.

Disebabkan dalam pantang saya tak boleh minum air sejuk, tapi cuaca pulak agak panas.. so saya campurkan air Coway yang sejuk dengan yang Room temperature.Sedap je lalu kat tekak.. hehe

Kalau anda mengamalkan pengambilan jamu semasa berpantang, lagi la perlu minum air masak. 

Kalsium & Magnesium

Dua jenis nutrien ini sangat membantu saya untuk mengelakkan dari sembelit. Najis akan jadi lembut, menyokong pergerakan usus yang sihat, menguatkan otot di bahagian dubur dan sekaligus mudah untuk membuang.

Oleh itu saya mengamalkan pengambilan Ostematrix, iaitu pil kalsium yang lengkap dengan magnesium. Selain dari membantu mengatasi sembelit, ia juga sangat bermanfaat bagi ibu terutamanya ibu yang menyusu.

Amalkan Ostematrix supaya tidak lagi takut sakit semasa membuang



Selain itu, sebagai tambahan kepada amalan pemakanan sihat dengan menu eat clean , saya juga mengambil beberapa suplemen lain untuk topup lagi keperluan nutrien. Bukannya apa, cuma nak badan cepat sihat, luka cepat baik, bertenaga dan emosi pun tenteram.

Alhamdulillah, dengan asbab itu, berat badan pun cepat je kembali seperti sebelum bersalin dan tiada pula masalah-masalah lain yang timbul semasa dalam pantang. Susu badan cukup, anak membesar dengan sihat.

So, jika mommies mengalami masalah sembelit semasa pantang, lekas-lekas cuba kesemua tips yang saya dah kongsikan ini ye.

Selamat berpantang!

Jangan lupa share entry ini kepada  rakan-rakan jika anda merasakan ianya bermanfaat ya..

Terima kasih kerana sudi membaca.

Sebarang persoalan boleh whatsapp saya di link berikut. 
http://Fadhyunus.wasap.my/

Fadh Yunus ( SID: 889805)
Call / Whatsapp : 0195537657 
FB : Nur Fadhilah
IG: fadh_yunus
FB Page : Vitamagic Shoppe











About Fadh Yunus

Ibu kepada 3 orang anak. Pernah bekerja di salah sebuah syarikat Oil dan Gas selama 7 tahun dan kini memilih untuk terus berimpian dan menjadi suri rumah berpendapatan dengan Shaklee.

You Might Also Like

0 comments:

Post a Comment