Wednesday, January 28, 2015

Cara Tebus Mata Ganjaran Drypers Baby Club

Berita baik bagi pengguna lampin pakai buang drypers.Kini ibu bapa boleh menebus mata ganjaran drypers secara online.

Caranya mudah sahaja..

1. Lawati laman http://www.drypers.com.my/

2. Klik pada Drypers Baby Club
Klik pada Drypers Baby Club
3. Register sebagai ahli

Boleh juga login melalui akaun facebook
4. Isikan personal details dan anak-anak sehingga selesai.

Masukkan maklumat yang diminta

5. Untuk menebus mata ganjaran, klik pada Point Shop dan masukkan kod

Masukkan kod dan tekan Click to register code


Persoalannya.. di mana letaknya code dypers ni?

Code tersebut terletak didalam bungkusan, bahagian tepi pek Drypers ni. Belakang bahagian ada tulis saiz tu.

Kod untuk menebus point Drypers Club. *gambar dr fb

Bukan yang ni ye.. ramai yang dah kumpul ni kan. * gambar dr fb



Bila dan mencukupi points, boleh la redeem mana-mana toys atau diapers mini pack.
Point saya baru ada 510, so tak cukup la lagi nak redeem. hehe..

Kalau anak ada 2-3 orang yang guna Drypers, cepat sikit nak kumpul point.

Jadinya, sambil-sambil menggunakan lampin tu dapat la tebus jugak untuk hadiah diorang kan. Siapa tak sukakan barang percuma kan?

Kalau yang tak tahan sebab ruam lampin, boleh la cuba sapukan krim Herbal Blend yang tidak mengandungi paraben dan tanpa Steroid.

Ni la budak bijak yang guna Drypers sekarang


Kalau tahu ada kawan-kawan yang mempunyai anak kecil dan selalu memborong Drypers ni, kongsikan dengan mereka mengenai info ini ye.Mana tau, hadiah tu tetiba dia bagi kat anak kita pulak kan. lagi best!

Selamat menebus hadiah!

Love,
Mamamyras.

Read More

Thursday, January 15, 2015

Bento Mee Goreng Untuk Anak Ke Tadika

Bento ni dalam bahasa Jepun. Dalam bahasa Melayu adalah bekal. Sebenarnya tak fikir pun nak berbento ni, sebab kat tadika memang ada disediakan makanan semasa rehat. Tapi tetiba hanis ni boleh pulak request nak bawak itu ini ke tadika.. makanya, harus la mama turutkan. Gara-gara nak buat anak gembira ke tadika.

Paling haru, semalam hanis request nak bawak mee. hahaha~ memang jenuh la nak berperang kat dapur di subuh hari kan? Pukul berapa nak start masak ni? Mujur la jugak hanis request tu awal, so sempat la mama ni buat plan.. hihi

Persediaan Awal

Untuk menu dinner semalam, saya masak nasi goreng cina je. Dari sebelum maghrib tu saya dah keluarkan udang untuk defrost. So lepas solat maghrib, saya start la menggoreng nasi. Tapi, saya sediakan bahan extra cket.  Saya kupas sekali bawang untuk mee goreng hari ini. Udang pon saya kopek siap-siap.

Bawang merah & bawang putih yang siap ditumbuk saya simpankan dalam mangkuk bertutup. Udang & sotong pun saya bersihkan dan potong siap-siap dan simpan dalam bekas. Keduanya disimpan dalam peti ais. Tak perlu masuk freezer ye.

Bangun awal

Disebabkan ini kali pertama nak bangun awal sebab nak masak, saya sampai termimpi-mimpi! Dah tu asyik terjaga je risau terbangun lambat. Tapi akhirnya memang terlambat pun. hahaha. Saya plan nak bangun pukul 5. Sempat la nak update blog, tahajud dulu sebelum subuh. Sekali sedar2 dah pukul 5.35pagi daaa.. Makanya lps subuh terus la masuk dapur. Pung pang pung pang... 6.45 siap masak sekali dengan bancuh air ribena. Kemas dapur kejap pastu terus kejut Hanis dan Hanna.

Amek masa 10 minit jugak la, baru Hanis ready nak bangun. Siap kena berdukung lagi ke bilik air.

Lepas mandi, saya tanya Hanis.. nak makan mee ke koko crunch? ( sbb malam td dia cakap nak makan koko crunch) so dia jawab koko crunch. Tapi taknak buh susu.. hihi

So dah buh koko crunch, saya amek la mee untuk diri sendiri dan suap Hanna. Sekali Hanis pun mintak mee jugak.. Mujur la memang masak lebih. haha~

Lambat ke Tadika

Punya la melayan Hanis makan, kasik vitamin C & Omegaguard dulu lepas makan tu. Akhirnya 8.10pagi baru keluar rumah. Tunggu lif lambat pulak.. makanya 8.25pagi baru sampai tadika. takpe la hanis, yang penting perut dah kenyang kan? baru la boleh belajar dengan baik nanti..

Hanis kata.. sedappp~

Mee Tak Habis, Jadi Rezeki Mak Buyung


Pukul 12 tengah hari, jemput hanis dari tadika dan terus ke Wangsa Maju. Saje la nak lunch ngan adik sekali nak ke Branch Shaklee kat situ. So, kitorang decide untuk makan di Dapur Penyet. Bila check bekal hanis dalam beg ada lagi balance tak habis.. sebabkan punya la lama nak dapat makanan,  si mak buyung dan budak balik tadika ni beroperasi menghabiskan mee goreng tu semua. haha. Lagi sedap dari mee goreng mamak katanya.

Alhamdulillah puas hati kan bila makanan yang kita buat habis dimakan. Langsung lupa dah penat nak kena bangun awal pagi tu.. hihi.

Esok kita buat sandwich la pulak kot.. senang sikit nak prepare. hihi~

*entry ni takde gamba mee yang bekalnya. I lupa la nak amek di pagi hari..

Love,

Mamamyras
Read More

Tuesday, January 13, 2015

Suplemen Wajib Bagi Setiap Wanita Selepas Bersalin

Bagi setiap wanita yang pernah bersalin, amal digalakkan mengamalkan Alfalfa. Bukan saja-saja nak rekemen tapi sebab saya sendiri dah amalkan selepas melahirkan anak kedua dulu dan dah rasa sendiri kesannya yang sangat la awesome.

Kebetulan minggu lalu, saya ditugaskan untuk membuat presentation mengenai Alfalfa: The King of Herbs.

Banyak info baru yang saya jumpa dan betapa berkhasiatnya Alfalfa ni bagi seorang wanita, especially yang dah beranak. So, alang-alang dah buat nota.. saya share la jugak kepada pembaca lain.. dapat jugak info baru kan.

Didalam entry ini saya sharekan..
  • Apa itu Alfalfa?
  • Manfaat dan Kebaikan Alfalfa kepada Wanita
  • Kebaikan Lain
  • Cara Pengambilan Alfalfa
  • Perbezaan Alfalfa Complex Shaklee
  • Harga Alfalfa Complex

Apa itu Alfalfa?


Sejenis tumbuhan yang mempunyai akar sepanjang 6 meter yang mampu menyerap mineral di dalam tanah  yang tidak dapat diserap oleh tumbuhan lain.

Ok, antara dua ni.. yang mana Alfalfa?




Kedua-duanya adalah Alfalfa, namun didalam tempoh kematangan berbeza. Yang macam taugeh tu, muda lagi..

Manakala dalam gambar kedua adalah Alfalfa yang matang . Yang ni baru boleh ada akar panjang.

Nak tahu apa kandungan dalam Alfalfa?


Alfalfa kaya dengan pelbagai vitamin A,B6,D,K, karbohidrat, fiber, calsium, phosphorus, zat besi,kalium, silikon magnesium,sodium dan lain-lain. Haa.. banyak kan zat yang terkandung dalam alfalfa ni?

Manfaat dan Kebaikan Alfalfa Kepada Wanita


Sebenarnya, jika nak disenaraikan..memang banyak.. namun saya akan kongsikan secara berdasarkan pengalaman sendiri dan kenalan saya..

Alfalfa sebagai milk booster

Saya terjebak dengan suplemen dan spesifiknya Shaklee adalah dengan set penyusuan yang terdiri dari ESP, Alfalfa, B Complex, Vitamin C, Vitalea dan Ostematrix. Alfalfa secara sendirinya adalah penggalak susu atau juga disebut sebagai milk booster. Saya mula mengambil Set penyusuan sebelum bulan puasa kerana saya risau penghasilan susu akan drop bila berpuasa. Alhamdulillah, walaupun tidak dapat lebih banyak namun saya dapat kekal mendapat 10oz di dalam setiap sesi mengepam di pejabat.


Mengetatkan Miss V

Bagi Puan Siti, pengalaman melahirkan anak kedua secara normal adalah suatu pengalaman yang manis. Namun begitu, beliau agak risau melihat bahagian alat sulit yang mengembang. Tambahan pula, Siti mengalami koyakan tahap kedua semasa melahirkan. Dahulu, beliau langsung tidak risau kerana anak sulungnya dilahirkan secara pembedahan.

Oleh sebab Siti bercita-cita untuk menyusukan anaknya sehingga umur 2 tahun, jadi Siti tidak boleh mengambil sebarang jenis herba. Mujur dia mencuba Alfalfa, susu banyak, suami pun tersenyum je..

cara mengetatkan faraj

Menganjalkan payudara


Dulu pakai coli cup C, lepas beranak dan menyusukan anak 2 tahun terus jadi cup B? Suami pulak syok je perli.. Tak terasa ke?

Kalau dibiarkan, bukan takat jadi cup A, langsung ke melayut. Macam nenek la plak kan.
Nak bagi up balik? boleh cuba senaman yang saya ada ceritakan di dalam entri ini. Nak hasil lebih awesome sampai suami pandang tak lepas, harus dapatkan Alfalfa & Collagen Powder sekarang.

Menghilangkan Keputihan


Ramai yang menganggap keputihan bagi wanita adalah perkara biasa. Namun jika dibiarkan, ia boleh menyebabkan jangkitan kuman di bahagian dalam alat sulit wanita. Pemakaian seluar dalam yang bersih, menukar panty liner dengan kerap adalah amalan kebersihan yang amat penting.

Jika keputihan yang dialami mengeluarkan bau, agak-agak suami sanggup tak nak bersama?  Itu sebenarnya tanda anda mengalami masalah keputihan yang serius dan mesti dirawat segera.

Lagi Kebaikan Mengambil Alfalfa


Selain dari kebaikan alfalfa yang saya ceritakan di atas, Alfalfa juga mempunyai khasiat seperti berikut..

-Membantu masalah pencernaan dan detoks. Sangat disarankan bagi sesiapa yang mempunyai masalah sembelit namun mempunyai masalah gastrik.

-Menurunkan keasidan tubuh. Apabila keasidan dalam tubuh tinggi, badan mudah mendapat pelbagai penyakit. Paling mudah untuk dikenali adalah jerawat yang sukar untuk hilang.

- Efektif menghilangkan retensi air dalam tubuh. Kebiasaanya ibu mengandung mempunyai masalah retensi air @ water retention yang menyebabkan badan kelihatan seolah-olah dipam. Pengambilan Alfalfa selepas bersalin juga membantu mengurangkan retensi air dengan cepat.

-Alfalfa mengurangkan eczema dan alahan. Oleh kerana sifatnya yang juga anti-histamine, ia sangat membantu bagi mengurangkan kerengsaan kulit yang disebabkan oleh eczema dan alahan.

-Mengurangkan gejala PMS dan menopause.
-Mengurangkan keradangan sendi dan otot
-Menghilangkan bau mulut dan bau badan
-Menurunkan asid urik di dalam darah
-Menurunkan kolesterol jahat LDL


Cara Pengambilan Alfalfa

Kita mempunyai beberapa pilihan untuk mengambil alfalfa

1- ambil 10 biji sekaligus
2- 3 biji 3x sehari selepas makan. Alfalfa bersifat larut lemak, oleh itu ia akan menyerap lemak dari makanan yang kita makan.
3- Dilarutkan di dalam air panas sebagai teh. Boleh juga tambahkan peppermint ginger untuk rasa yang lebih enak.


mengetatkan miss V

Siapa yang TIDAK BOLEH ambil Alfalfa

  1. Pesakit SLE
  2. Pesakit Psiriosis
  3. Pesakit dan Ibu yang menyusukan bayi G6PD
  4. Ibu mengandung
*bagi pesakit auto-immune lain, anda dinasihatkan agar mendapatkan konsultasi lanjut terlebih dahulu.

Perbezaan Alfalfa Complex Shaklee


 1) Alfalfa Complex dibuat dari daun alfalfa matang yang bermutu tinggi yang ditanam di California, USA yag kaya dengan pelbagai jenis zat.

2) Ditanam tanpa pestisid, racun kulat, bacteriosides, hormon sintetik dan bahan kimia.

3) Mempunyai akar tunjang 6meter ke bawah mampu menyerap pelbagai zat mineral daripada mendapan di dalam tanah.

4) Tiada silica gel (Perbezaan vitamin organik bukan sintetik/tiruan)

Harga Alfalfa Complex

Alfalfa Complex mempunyai 2 saiz dengan harga yang berbeza. Berikut adalah harga pasaran bagi Alfalfa.

Saiz:  330 biji
Harga : RM53.75

Saiz: 700 biji
Harga: RM 97.50 

Nak beli Alfalfa dengan harga lebih murah? Hubungi saya di 0195537657.

Demi kesejahteraan rumah tangga, semestinya setiap wanita nak berikan yang terbaik termasuklah untuk diri sendiri. Bertindak sekarang dan dapatkan Alfalfa hari ini juga. Anda pasti gembira setelah mencubanya sendiri.

Nur Fadhilah Yunus ( ID: 889805)
SMS/Whatsapp : 0195537657
FB : Nur Fadhilah
FB Page : Vitamagic Shoppe
Read More

Saturday, January 3, 2015

Pemenang Giveaway Tonton dan Menang

Ramai yang dah ternanti-nanti siapa la pemenang bertuah tu kannn..

First of all, saya nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2015 dan Salam Maulidur Rasul. Jom kita banyakkan berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Alhamdulillah hari ini berkesempatan untuk mengadap laptop lepas Hanna tidur... hihi.. kalo tak memang jari dia je la yang laju menaip. Bijak terlebih.. tak macam umur setahun 5 bulan pulak.

Ok2.. back to real topic..

Disebabkan semua yang join contest ni bijak belaka, dan jawapan semua betul.. Maka terpaksa la saya gunakan kaedah undi berdasarkan nombor penyertaan dan saya mintak Hanis cabut yang pertama, kedua dan ketiga..

Sebelum saya umumkan pemenang, saya nak ucapkan terima kasih banyak-banyak sebab sudi luangkan masa menyertai contest ni. Tak kira menang ke tak, next time join lagi ye..

Nak tau tak siapa yang bertuah?

Pemenang Ketiga yang bakal memiliki Krim Pelbagai Guna Herbal Blend adalah..


Pemenang Kedua yang bakal memiliki sebotol Alfalfa adalah..


dan yang paling bertuah.. untuk mendapat sebotol Vitamin C adalah..

.
.
.



Tahniah dan terima kasih diucapkan ye.. Moga dapat manfaat dari hadiah tersebut.

Mohon Whatsapp saya di 0195537657 untuk saya poskan hadiah kalian.


Read More