Monday, April 27, 2015

2015 Brainy Bunch Sports Day di Uniten

Bila hari sukan anak, rasanya anak ke mak ayah yang lagi excited? hihi.. Dari yang saya perhatikan dan rasakan sendiri, memang parents yang excited nak melihat anak tu bertanding kan?

She's so happy and excited
Namun di hari sukan brainy bunch, tiada yang kalah dan tiada pertandingan. Semua kanak-kanak gembira bermain. Saya tak berapa pasti berapa jumlah acaranya.. sebab ada masanya saya keluar dari dewan. Namun jika tidak silap , tidak lebih dari 5 acara.

Uniten dipenuhi bunting Sports Days
Hari Sukan Brainy Bunch ni saya rasa lebih sesuai dinamakan karnival sukan sebab 4 hari baru selesai. Ia melibatkan semua kampus di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Setiap hari ada dua sesi, pagi dan petang. Dan setiap sesi ada 6 campus yang terlibat. Kampus Pandan Indah termasuk dalam sesi petang pada 19 April.

Perarakan masuk wakil kampus
Setiap anak yang menyertai hari sukan dikenakan bayaran 100 ringgit. Hmm.. saya rasa agak mahal sebenarnya. Saya ingatkan daripada 100 tu dapat sepasang baju tshirt dan seluar, rupanya tshirt sahaja. Jika ia melibatkan kos peralatan, daripada pemerhatian saya..semua peralatan adalah yang sedia ada yang digunakan di kampus Brainy Bunch. Mungkin la kos sewa dewan yang agak mahal. 

Colour coded mengikut kampus.
Apabila mendaftar, setiap anak akan mendapat goodie bag yang mengandungi 2 bekas nasi lemak ayam, air mineral Brainy Bunch, badge I love Brainy Bunch dan tangan yang tepuk bercop Brainy Bunch.

Selepas meninggalkan Hanis bersama group kanak-kanak yang lain, saya join parents lain naik ke atas. Agak dikesali, saya dan Ahmad terpaksa mengangkat stroller menggunakan tangga. Si Hanna tidur plak tu. Actually ada lif, saya sendiri pun tak ingat pasal tu. Agak dikesali, tiada siapa pun yang memberi tahu boleh naik atas menggunakan lif. Saya nampak few parents yang juga mengangkat stroller naik tangga untuk ke tingkat atas dewan.

Majlis bermula dengan perarakan masuk wakil kampus, dan diikuti dengan semua anak-anak mengikut kampus masing masing. Setiap kampus mengenakan tshirt berlainan warna. Mudah untuk dikenali oleh ibu bapa dan aunties. Kanak-kanak playgroup memakai tshirt berwarna purple.

Setiap wakil kampus bergilir-gilir mengetuai bacaan Alfatihah, doa, rukun negara dan diikuti nyanyian lagu Negaraku, Lagu Negeri dan lagu sekolah.

Saya keluar sekejap selepas nyanyian lagu, dan masuk ke bawah dewan semasa kanak-kanak hampir selesai membuat persembahan menyanyi dan menari beramai-ramai lagu Lets Star Jump. Sukanya la kanak-kanak ni. hihi~



So selepas itu ucapan dan ada kemunculan Maskot Brainy Bunch, saya gunakan kesempatan tersebut untuk solat Zohor di surau. Dah makin selesa keadaan suraunya. Dulu masa saya masih student langsung tak selesa.. Syabas Uniten!

Kemudian terus la diorang ni bermain.  Hanis dapat main dua acara. Aunties dia tak kisah pun agaknya berapa acara anak-anak ni main.. haha


Lari naik atas bangku panjang, pastu kutip buah..
The sweet aunty Diyana with the kids
Game kedua yang hanis main
bola tu dah nak jatuh..hehe
Selesai anak-anak bermain, ada jugak games untuk parents. Oleh sebab masa tu Hanna dijaga oleh emak dan Ahmad, so saya pon join lah sekali. hihi. Kami menamakan group kami Durian. Game nya simple, namun memerlukan kepantasan. haha. apapun kami menang no 2. Saya dengar hanis jerit panggil mama bila nampak mama dia main. dia pun excited.

Semasa majlis penyampaian medal, semua anak-anak mendapat medal. Medalnya cantik dan nampak berkualiti. Walaupun anak-anak tu tak memahaminya, tapi kalau bagi yang murah nanti ada pulak parents yang complaint kan? hahaha~


Majlis berakhir sebelum jam 5 petang, ibu bapa dan warga BBIM sama-sama tolong bersihkan dewan sebelum keluar.

Kenapa Hanis pakai seluar warna hijau sama dengan warna baju? Itu sebenarnya kebetulan yang terpaksa. Hanis dengan jayanya pergi pijak terjatuh di lopak air disebelah kereta sewaktu kami baru nak keluar. Seluar sukannya kotor dan basah. Bajunya kotor sedikit. So mama terpaksa naik semula ke rumah untuk basuh baju dia. Seluar yang habis basah lencun tak dapat nak diselamatkan lagi, so pakai je la seluar lain yang ada.

Hanis happy, hanna lagi excited berlari kesana kemari
Semua anak-anak gembira mendapat medal
Sempat la selfie dengan anak-anak

"Mama buat apa ni??? "
The aftermath.. masuk kereta terus tidur

Apapun majlis berakhir dengan baik tanpa sebarang insiden. Semua kanak-kanak nampak gembira walaupun ada la beberapa orang yang nampak taknak berenggang dengan parents dan ada juga yang muntah2.. namun kulihat aunties begitu sabar melayan anak-anak ini.

 Terima kasih kepada penganjur, aunties dan uncles ( diorang ni tak panggil teacher) dan parents . Dalam ramai-ramai ibu bapa yang hadir, saya terjumpa kawan sama belajar Uniten dulu. haha~ tak sangka betul dah 8 taun tinggalkan Uniten, boleh balik ke sini bawak anak-anak.
 
Hanis masuk kereta je, ngap beberapa keping biskut coklat dan terus tertidur.. Saya memandu terus ke Yong Tau  Foo Desa Pandan untuk mengisi perut. Walaupun hujan super lebat, tapi tak putus-putus pelanggan masuk ke kedai tu.

Moga daddy dapat join Sports Day tahun depan dan Graduation Day hujung tahun nanti!






Read More

Tuesday, April 21, 2015

Atasi Sembelit ! Berapa kerap anda patut membuang setiap hari??

Berapa kerap perlu berak setiap hari? Haha . don't get me wrong. Soalan ni wajib kita fikirkan. Berak setiap hari adalah wajib jika kita nak kekalkan badan yang sihat. Just imagine..kita makan 5-6 kali sehari, tapi takkan nak peram 2-3 hari baru buang. Makanan yang kita biar kat meja pun akan basi dan busuk lepas 2 hari kan?

Sembelit? Usah dibiarkan

Apa berlaku jika kita tidak membuang setiap hari?


Bakteria jahat akan mempunyai lebih masa untuk membiak. Sistem imunisasi terpaksa bekerja keras untuk mengawal bakteria tersebut. Hati pula menjadi lebih terbeban untuk detoks segala toksin yang dihasilkan oleh bakteria-bakteria jahat tersebut. Tanpa kita sedari, badan kita akan menjadi lemah dan cepat letih.

Bila kita tidak membuang beberapa hari, perut rasa kembung dan sebu,  sakit pinggang dan mudah cramp. Paling tak tahan, bau badan dan kentutnya. Kalau dia kentut dalam lif, memang rasa nak keluar time tu jugak walaupun belum sampai tingkat yang kita nak pergi.

Jika anda mengalami sembelit teruk sehingga tidak ke toilet sehingga 2 minggu, segeralah bertindak. Usah dibiarkan kerana ianya bukanlah petanda yang  baik.

Sama seperti jika kita membiarkan sampah di dalam tong sampah selama beberapa hari, kesannya terpaksalah kita membersihkan ulat-ulat yang merayap dan menggelikan tu. Baunya? urghhh! memang boleh membuatkan semua orang lari.

Jika berlarutan, tubuh kita akan mencari alternatif untuk mengeluarkan toksin melalui organ detoks lain seperti kulit. Mungkin ramai yang tidak sedar, namun itu adalah sebahagian besar punca jerawat yang tidak surut-surut di muka dan badan.

Bagi kanak-kanak, mereka mungkin akan mengalami trauma sehingga menyebabkan mereka tidak mahu makan atau minum. Seperti mana pengalaman seorang ibu yang mempunyai anak sembelit teruk.




Anak Sembelit Teruk Sampai Kena Seluk Tangan Nak Korek

Makanan yang membantu pelawasan dan juga mengelak sembelit bagi dewasa dan kanak-kanak


Bagi mereka yang mengalami masalah sembelit, amat digalakkan untuk minum air yang cukup dan mengambil makanan tinggi serat dan yang membantu pelawasan. Semasa proses penghadaman, serat perlu bekerjasama dengan air supaya dapat bergerak melalui sistem penghadaman dengan lancar.

Manakala makanan seperti jagung, barli, epal, pear, buah beri dan sitrus tidak dihadamkan namun berfungsi menolak dan membersihkan usus. Kerjanya seolah2 jentolak yang membersihkan usus supaya tiada sisa yang tertinggal.

Makanan yang tinggi serat terdiri daripada kekacang dan beberapa jenis sayuran dan buah-buahan termasuklah lobak , timun dan zukini.

Bagi kanak-kanak yang sukar untuk makan buah-buahan dan minum air masak, saya mencadangkan agar mereka diberikan Mealshakes yang tinggi dengan serat. Saya sendiri memberikan Hanis dan Hanna Mealshakes setiap hari bagi mengelakkan mereka mengalami sembelit.

Dewasa yang sering sembelit, boleh cuba untuk mendapatkan suplemen yang dapat membantu pelawasan dan tidak mengganggu perut.

Detoks untuk kesihatan yang lebih baik


Jika kita sering sembelit, badan rasa selalu penat dan lemah, mudah mendapat jangkitan kuman, makan amat digalakkan untuk membersihkan usus, hati dan darah dari segala toksin yang terkumpul.
Toksin yang terkumpul sejak sekian lama tersebut jika dibiarkan mungkin akan menyebabkan pelbagai jenis penyakit yang boleh sepatutnya boleh dielakkan. Mencegah lebih baik dari merawat kan?

Manfaat Detoks kepada lelaki dan wanita


Detoksifikasi adalah salah satu cara untuk membuang semua toksin yang telah terkumpul di dalam darah, hati dan usus. Ternyata detoks mempunyai banyak kebaikan dan amat digalakkan untuk semua oleh sebab amalan pemakanan kita yang tidak sihat, pengambilan ubat-ubatan dan pencemaran udara di sekitar kita.

Mencegah kanser..

Organ seperti hati dan perut akan mula berfungsi dengan lebih baik. Apabila selesai proses detoks, badan akan terasa lebih ringan dan bertenaga.

Oleh kerana detoks juga membuang segala radikal bebas, sistem pertahanan badan akan menjadi lebih baik dan risiko untuk kita mendapat kanser akan berkurangan. Lebih penting, detoks membuatkan proses peredaran darah menjadi lebih lancar.

Detoks menjadikan kita lebih produktif

Toksin dan radikal bebas yang terkumpul dia dalam badan sebenarnya memberi kesan kepada fungsi otak. Sebelum detoks, kita mungkin menghadapi masalah sukar tidur, keletihan melampau, dan tidak dapat fokus bila membuat sesuatu kerja.

Selepas badan kita bebas dari toksin dan radikal bebas, secara perlahan-lahan kesemua masalah tersebut akan hilang. Kita akan mendapat tidur yang nyenyak dan boleh lebih fokus dengan kerja atau belajar.


Gaya hidup lebih sihat..

 Manfaat yang lebih besar namun jarang dapat dilihat oleh ramai orang adalah perubahan gaya hidup.
Sepanjang proses detoks, kita boleh merasakan kesan positif pada fizikal dan mental . Perkara inilah yang akan membuatkan kita lebih gembira dan secara tidak langsung akan menyebabkan kita tidak suka kepada perkara yang menyebabkan badan kita bertoksin.

Sebelum ini mungkin kita kerap makan makanan segera, merokok, jarang bersenam. Namun setelah kita merasa bestnya badan yang ringan selepas proses detoks, mesti kita akan berfikir panjang sebelum memilih makanan dan mungkin membuatkan kita mengambil keputusan untuk berhenti merokok.


 Cara mudah untuk detoks

Blend semua untuk dijadikan minuman detoks
Kita mungkin pernah  pelbagai minuman detoks yang dicadangkan. Ada yang dalam bentuh teh, campuran physilium husk dan bermacam lagi. Pernah ada seorang fitness coach datang memberi ceramah tentang penjagaan berat badan dan berkongsi resipi minuman detoks. Punya la rajin saya salin tapi akhirnya tak buat pun sebab payah nak carik segala bahan tersebut. hehe~


Minuman untuk mengempiskan perut

Alternatif lain yang lebih mudah dan spesifik adalah rangkaian produk di dalam Set Detoks Shaklee.
Alfalfa pilihan terbaik untuk membuang toksin di dalam darah, DTX Complex menggalakan kesihatan hati, dan Herblax membersihkan usus dari segala mendapan yang terkumpul sejak sekian lama.

Secara peribadi, saya telah mencuba sendiri Alfalfa dan Herblax.Kesannya memang hebat. Setelah beberapa bulan saya mengamalkan alfalfa, bau badan hilang, masalah eczema juga berkurangan disamping manfaat lain yang saya dapat kerana menyusukan Hanna.

Bagi Herblax, ia sangat membantu saya lawas. Bertindak seolah-olah seperti julap lembut. Sangat membantu pada hari yang saya sukar membuang sejak beberapa bulan kebelakangan ini. Bagi orang yang sedang berdiet untuk kurus, pengambilan herblax sangat membantu untuk perut yang kempis.

Bahaya perut buncit yang selalu diabaikan

Buang segala toksin di dalam darah dengan Alfalfa

Untuk kesihatan hati yang lebih baik

Julap lembut yang membantu pelawasan

Bertindak sebagai pelembut najis bagi yang sembelit

Masih ragu-ragu untuk detoks? Ibu yang menyusukan anak juga boleh detoks. Tiada istilah toksin akan keluar melalui susu kerana kelenjar susu bukan organ detoks.

Rasakan sendiri perbezaan yang dialami setelah anda detoks. Sembelit tiada, jerawat hilang, badan pun terasa lebih ringan. Saya mahu kongsikan bermacam lagi tips untuk mengelak sembelit bagi anak-anak, namun ianya istimewa untuk pelanggan saya sahaja.

Nak beli Online?

Beli Set Detoks secara Online

Klik di logo Buy Now untuk membuat pembelian secara online. Dan hubungi saya  untuk mendapatkan panduan pengambilan vitamin yang betul ya.

Jika anda mahukan konsultasi eksklusif tentang masalah sembelit dan detoks , cepat-cepat hubungi saya hari ni ya!

Salam Sayang,

Nur Fadhilah Yunus ( ID: 889805)
SMS/Whatsapp : 0195537657
FB : Nur Fadhilah
FB Page : Vitamagic Shoppe


 Kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan dan saudara mara jika anda rasakan ianya bermanfaat. Mereka mungkin akan berterima kasih kepada anda.
Read More

Tuesday, April 14, 2015

Nak Kurus kena ambil ESP ke Cinch?

Ramai yang tertanya-tanya nak ambil ESP ke Cinch untuk kurus? Almaklumlah, bulan lepas promo ESP, bulan ni promo Cinch pulak. Lagi best, lecithin si pembakar lemak tu pon promo jugak. Confirm ramai la yang kurus raya nanti kan?

Boleh ke nak kurus dalam masa 3 bulan?


Kelebihan Cinch Shake


Cinch Shake mempunyai 3 perasa yang sedap. Saya dah cuba sendiri Cinch Caffe Latte, memang sedap macam minum kopi stabak. Paling penting, Cinch mengandungi Leucine yang sangat penting bagi mengelakkan badan menggeleber selepas dah kurus dan juga elakkan kesan YoYo yang sangat ditakuti orang yang sedang berdiet.

Berapa kandungan Leucine di dalam Cinch Shake?

Kalau korang tau tu confirm la korang kerja dengan Shaklee. hihi~
Sebabnya jumlahnya dirahsiakan bagi menjadikan ianya unik dan istimewa.

Adakah Cinch sesuai dijadikan Meal Replacement?


Ya, Cinch sesuai dijadikan pengganti sarapan atau lunch ataupun dinner. Ia adalah protien yang dilengkapi dengan 24 jenis vitamin dan mineral serta serat. Minum satu tumbler tu waktu pagi, confirm kenyang sampai tengah hari.

Minum ESP untuk Kurus?


ESP bersesuaian dengan namanya iaitu Energizing Soy Protien, membekalkan tenaga segera dan berpanjangan. Ia mengandungi 14 gram protien , 5 vitamin B, 500mg kalsium dan 9 Asid Amino Penting yang badan kita tak dapat hasilkan. ESP juga mengandungi Leucine namun ianya hanyalah sedikit.

Minum ESP Kenyang

Berdasarkan pengalaman sendiri dan rakan-rakan, bila bancuh 3 sudu ESP bersama susu segar memang cukup mengenyangkan dan bertenaga. Oleh sebab itu ramai juga yang mengamalkan ESP untuk kurus.

So ESP ke Cinch untuk Kurus?


Untuk kesan terbaik, semestinya Cinch yang diformulasi khas bagi orang yang sedang berdiet. Bila kita berdiet, jisim lemak tidak berkurangan namun jisim otot yang berkurangan. Itu yang jadinya, bila stop je diet, badan pun membelon semula.

Ibu Menyusu Juga Boleh Kurus

Bagi Ibu menyusu, amat digalakkan untuk diambil bersama ESP kerana ia membekalkan tenaga dan mengandungi asid amino perlu.


Nak Kurus dalam Masa 3 bulan


Untuk konsultasi lanjut mengenai suplemen untuk kurus tanpa kesan YoYo, hubungi saya di 0195537657. Saya akan sertakan sekali bermacam-macam tips hebat untuk kurus.Anda pasti tampil cantik dan kurus di Hari Raya nanti.

set kurus shaklee
Kurus Secara Sihat dalam masa 3 bulan
Read More