Tuesday, December 23, 2014

Pengalaman Pertama Join Marathon di Twincity marathon Tanpa Pancit

For the first time in forever.. Ahad lepas saya berlari, eh, jogging di Cyberjaya dalam Cyberjaya Putrajaya Perdana Twincity Marathon. Since ni adalah kali pertama saya join, so haruslah kategori Fun Run je. Dekat tak dekat..5 km jugak la..

Malam sebelum tu dok discuss banyak kali dengan husband, dia nak follow ke tinggal kat umah je dengan anak-anak. Akhirnya pukul 11 malam baru decide untuk dia ikut. Sebabnya tak tau pukul berapa baru selesai berlari.. First timer la katakan.. Kalau tak sebab Master Lydzar yang ajak maybe tak terjebak jugak berlari sebelum matahari terbit ni.
I am a finisher at Cyberjaya Marathon

Matahari belum keluar, lampu jalan pun tak padam lagi.. semua peserta dah bersedia di garis permulaan. Elok je sebelum horn bunyi, lampu jalan padam. haha..memang on time la kan kiranya start pukul 7 pagi. So dengan lafaz Bismillah, kita lariiiiii~ 


Di belakang garis permulaan

Sebabkan kategori Fun Run kena berkumpul pada pukul 6.45pagi untuk stretching.. Pukul 5.55 kitorang dah keluar rumah. Set alarm pukul 5 pagi, cadangnya nak keluar pukul 5.30pagi sbb nak solat kat mana-mana hentian je. Masa nak kuar umah tu tetiba dah azan, so Solat la dulu then terus gerak. Hanis pun masa tu dah ready kat stroller.  Hanna je yang kehulu kehilir mengikut mama sebab risau kena tinggal. kihkih..

Alhamdulillah sampai kat sana sebelum 6.30 pagi. Allah permudahkan kami cari parking. Dapat yang dekat betul dengan stage. Since I am breastfeeding mum, so memang sepanjang perjalanan tu dah susukan hanna kenyang-kenyang. So bila sampai tu boleh pakai kasut then bersiap untuk berlari je la.

1st timer.. Fun Run

 Sebelum keluar rumah, dah alas perut dulu dengan Shake Energy Soy Protien + Fresh Milk dan sebagai bekalan tenaga. Alhamdulillah, sehingga pukul 9pagi pun perut masih rasa ok dan takde rasa berkeroncong.

Rich Family
Sebahagian dari keluarga Rich Family

Disebabkan saya memang tahu saya cepat dehydrated, so sebelum berlari saya minum Performance Drink dan saya bawa juga bekalan air tu sepanjang berlari(jogging). Tak minum banyak pun, ade la sekadar beberapa teguk untuk 2-3kali minum. Memang pihak penganjur ada sediakan air di 2 pitstop namun menyedari kemampuan diri sendiri so saya pilih untuk minum performance drink.

Marathon tanpa cukup training?


Antara kami berlima sayalah terakhir sampai ke garisan penamat. hihi.. Nak buat camne, skali je sempat training, tu pun pusing 3 round je kat Taman Pudu Ulu dekat rumah ni. Alhamdulillah takde la semput sangat rasanya,  walaupun memang dah mandi peluh.

Saya takde la redah je lari cari nahas kan.. telan la beberapa biji vitamin sebagai energy booster dan supaya jantung dapat mengepam darah dengan baik ke seluruh badan.Actually masa training tu dah test dulu dan hasilnya memang seperti yang dijangka. So kira tested and proven la.


Shaklee Effect
I segan nak posing sorang, cneo pun sama..so berduet la kami..hihi

 Kalau medalist Olimpik pun memang amalkan Energy Booster dan Performance Drink ni takkan la saya  yang amatur ni tak ikut. Yang penting selamat dan tanpa dadah.

 InsyaAllah lepas ni boleh la teruskan hasrat untuk sertai larian di dalam event yang lain pulak.Hujung minggu ni harapnya dapat la join geng budak sekolah naik Bukit Saga. Hihi.. Broga pun tak pernah sebenarnya.


Medal Marathon Cantik
Shaklee Effect kami, Rich Family~





So, kalau anda pernah menyimpan hasrat untuk menyertai marathon ataupun memanjat bukit namun risau badan tak fit, nafas pendek, cepat penat, cepat dehydrated maka anda harus mendapatkan Energy Booster dan Perfomance Drink ni segera.  Dapatkan dari saya dan saya kongsikan tips untuk mendapatkan kesan yang maksima.


 Hubungi saya di 0195537657 untuk mendapatkan Energy Booster anda hari ini ye supaya anda dapat join marathon tanpa pancit seperti saya dan rakan-rakan yang mungkin addicted selepas ni.

Nur Fadhilah Yunus ( ID: 889805) SMS/Whatsapp : 0195537657 FB : Nur Fadhilah FB Page : Vitamagic Shoppe


Read More

Saturday, December 20, 2014

Cara Buat Pisang Goreng Cheese Coklat Untuk Yang Baru Belajar Masak

Sejak balik dari KK beberapa bulan lepas asyik teringat-ingat pada Pisang Goreng Cheese itu. Ada jugak jumpa orang jual kat sekitar KL dan Ipoh ni tapi mahalnya melampau! Beli sekali sekala boleh la, tapi tak dapat la nak beli selalu kan.

So, saya google la resipi..tapi kebanyakannya tak cerita apa pisang nak guna. Saya memang failed bab pisang apa nak guna ni. Setelah beberapa kali cubaan, ada yg berjaya dan tidak. So sekarang boleh la nak berkongsi cara buat yang paling senang dan confirm jadi.

Bahan-bahan


1. Pisang Abu / Awak / Cavendish
Pastikan pisang dah warna kuning tp tak terlalu masak sebab nanti kalau goreng jadi lembik. Kalau masih hijau pulak nanti kelat.

2. Tepung goreng pisang - beli je cap apa pun kat pasaraya tu ok je. Saya pernah beli Adabi dan ada 1 lagi tak ingat cap kat tesco. Dua-dua hasilkan kerangupan yang berbeza. Kalau pandai campur sendiri tepung beras & tepung gandum lagi bagus..hihi

3. Secubit garam

4. Air

5. Sirap Coklat Hersheys





6. Mozzarela Cheese -diparut. Boleh beli yang siap diparut atau yang seketul dan parut sendiri

sirap coklat hersheys
Coklat ni best..hihi

Cara-cara penyediaan


1 - Hiris pisang - dibelah 2 atau hiris 3 secara menyerong bergantung kepada saiz pisang
2 - Bancuh tepung dengan air. Pastikan tidak terlalu cair kalau nak pisang tu jadi rangup. Bubuh secubit garam.
3 - Goreng dalam minyak panas. Bila dah bertukar jadi warna keperangan, balik-balikkan dan lepas tu boleh angkat.
4 - Tuangkan sirap coklat ke atas pisang panas.
5 - Taburkan parutan cheese

Yeay, siap untuk dimakan!

Option lain kalau taknak guna coklat adalah gula melaka. Kat Tesco ke Aeon pun ada jual. Yang ni kena parut.

Gula Melaka
Saya pernah cuba guna brown sugar tapi tak jadi sedap.. guna gula merah ni jugak yang terasa 'kick'! hihi~

Dan hasilnya...

Sedap dimakan panas-panas..

Selamat mencuba! Boleh la buat as appetizer atau minum petang di kala hujan lebat. hihi

Anak tiada selera makan dan sering sakit?


Nur Fadhilah Yunus ( ID: 889805)
SMS/Whatsapp : 0195537657
FB : Nur Fadhilah
FB Page : Vitamagic Shoppe
Read More

Friday, December 19, 2014

DIY : Homemade playdoh yang murah dan mudah

Si Hanis ni  kalau dapat main playdoh memang tak boleh duduk berjam-jam sampai keras punggung dan playdoh tu dikerjakannya. Tapi lepas tu tak reti pulak nak simpan balik, bersepah-sepah. Maka, bila dah keras dan hancur mama sapu je la masuk tong sampah.  Hari ini, sebab kesian Hanis asyik mintak nak main playdoh, so ku usahakan untuk buat sendiri playdoh.

Sebenarnya dah lama dah google, bahan pun dah beli. So apa lagi.. menguli tepung la hari ini..

Saya refer cara buat homemade playdoh ni di youtube tapi saya olah sedikit.

Bahan-bahan

4 cawan tepung gandum
2 cawan garam halus ( sebaiknya guna table salt)
1 cawan air
1 sudu kecil minyak jagung
2 Pewarna makanan ( pink & hijau )
 *boleh guna warna yang disukai
Pewarna untuk playdoh


Cara penyediaan

1. Gaul sebati garam dan tepung di dalam 1 mangkuk. Ketepikan

2. Sediakan 2 mangkuk lain

3. Titikkan pewarna pink, setengah cawan air dan separuh sudu kecil minyak kedalam mangkuk 1

4. Ulang langkah sama menggunakan warna hijau ke dalam mangkuk 2

5. Bahagikan campuran tepung kepada dua dan masukkan ke dalam mangkuk 1 dan 2

6. Gaulkan dan uli sampai sebati. Adunan akan rasa melekit pada awal-awalnya.

Jika perlu, Tambah beberapa titik minyak & air untuk mendapatkan kelembutan doh yang disukai tapi jangan terlampau lembut.

Jadi la sekuntum bunga..hihi
Kalau dah mengadap, memang tak bangun..

Pesan kat anak-anak jangan lupa simpan dalam bekas kedap udara selepas main ye.

Oh, si Hanna ada cuba juga nak masukkan playdoh ni dalam mulut tapi lepas tu cepat-cepat dia keluarkan balik. sebab teramatlah masin  rasanya. Kalau dia lalu telan pun tak risau sebab tiada bahan merbahaya.

Selamat mencuba!

*aktiviti ini boleh mengajak anak-anak berimaginasi dengan membentuk segala benda yang disekeliling juga menggalakkan perkembangan skil motor anak-anak.






Read More

Thursday, December 18, 2014

7 TIPS Buat Sale Melalui Instagram Untuk Usahawan Internet

Ramai yang ada akaun instagram tapi tak digunakan sepenuhnya ( mcm saya..hehe) Padahal ramai yang menjadikan Instagram lubuk duit dengan hanya berkongsi gambar.



Nak tau 7 Strategi menggunakan Instagram ?


#1 Lengkapkan Instagram Profile Anda


Dalam Instagram ada 1 page yang dinamakan "profile" khas untuk setiap pengguna Instagram. Melalui "profile", pelawat-pelawat boleh mengenali bisnes kita dengan lebih baik dengan melihat gambar-gambar yang kita pernah upload sebelum ini.

Sebelum kita post sebarang gambar, pastikan kita dah lengkapkan info berkaitan bisnes kita di bahagian "bio". So senang la nanti orang lain nak kenal kita sebelum mereka berminat nak klik button "follow".

#2 Anjurkan Contest


Instagram sangat popular digunakan sebagai platform membuat pertandingan gambar. Apa yang perlu dilakukan adalah meminta pelanggan-pelanggan membuat tagging pada gambar mereka menggunakan #hashtag yang anda tetapkan. Kemudian minta orang lain atau rakan-rakan mereka memberikan vote dengan cara klik "like" pada gambar mereka.

#hashtag adalah perkara yang penting di dalam instagram. Sebelum mengupload apa-apa gambar, cari dan semak dulu hashtag-hashtag yang telah digunakan dan mungkin berkaitan dengan gambar anda.

3# Ambil Gambar yang menarik dengan sudut yang unik


Terdapat berbilion gambar di dalam instagram. Amat sukar untuk membuatkan gambar anda menonjol. Terdapat banyak perkara yang anda boleh buat dengan cahaya, tetapi kaedah cepat untuk membuatkan foto anda lain dari yang lain adalah dengan mengambil gambar dari sudut yang unik.

Anda tidak memerlukan kamera DSLR yang mahal untuk membolehkan anda berjaya di dalam pemasaran menggunakan Instagram. Smartphone yang dimiliki cukup untuk anda menghasilkan gambar yang menarik. Apa yang penting adalah teknik semasa mengambil gambar. Luangkan sedikit masa untuk belajar dan membaca panduan mengambil gambar menggunakan telefon.

Dengan mengambil gambar yang cun, gambar produk anda akan menjadi lebih professional dan sudah pasti bakal pelanggan juga akan tertarik. Instagram juga menawarkan lebih 12  image filter automatic dan mempunyai kesan yang berbeza.

#4 Promosi secara Soft-Selling


Tujuan asal instagram diwujudkan adalan untuk bersosial dan bukan 100% untuk pemasaran. Promosi secara langsung akan menimbulkan rasa kurang senang terhadap penggunanya kerana mereka menggunakan instagram untuk bersosial. Ada sesetengah yang agak sensitif dengan aktiviti jual-menjual dan promosi secara melampau. Oleh itu cuba kurangkan ayat-ayat hard sell di dalam post. Berkongsi dari hati tentunya dapat menyentuh perasaan pengguna.

Anda cepat merasa penat dan letih menguruskan bisnes? Dapatkan Vitamin untuk diri anda hari ini..

#5 Post pada Waktu Puncak


Apabila anda membuat post di Instagram, anda perlu kaji dan perhatikan bilakh post anda mendapat like dan komen yang tinggi. Gunakan waktu tersebut apabila anda mahukan post anda mendapat capaian yang tinggi dari kalangan followers.

Dengan cara ini, anda akan dapat mengetahui bilakah waktu untuk membuat post yang benar-benar mendapat sambutan dari pengguna. Secara tidak langsung, anda akan dapat mempromosikan produk anda secara soft selling kerana terdapat aktiviti di dalam post anda.

#6 Balas Semua Komen yang Diterima


Hargai setiap pengguna yang telah sudi meluangkan masa mereka memberikan komen pada gambar-gambar yang anda upload di Instagram. anda perlu respon terhadap komen-komen dari pengunjung. Berikan penghargaan kepada semua pengguna yang telah memberi komitmen untuk Like dan komen post-post anda. Apabila anda membalas komen mereka, sekurang-kurangnya mereka akan asa dihargai.

#7 Berikan Follower "Kod Diskaun"


Topshop.com adalah merupakan sebuah gedung pakaian wanita dengan pengikut Instagram seramai 3 juta orang.

Mereka sentiasa mengemaskini Instagram mereka dengan gambar-gambar pakaian, aksesori dan juga pelanggan-pelanggan mereka. Kadang kala mereka juga akan mengupload gambar "kod diskaun" di Instagram mereka.

Disebabkan itu, bilangan follower mereka sentiasa meningkat dengan mendadak dan setiap gambar yang di post akan mendapat Like dan komen yang banyak sehingga puluhan ribu. Mereka benar-benar membina perhubungan dengan pengikut mereka.

Ini semua adalah cara yang baik untuk membina pengikut Instagram anda dan akan menggalakkan lebih ramai pelanggan datang berkunjung

Melihat kelebihan yang diceritakan, amatlah rugi jika kita mengabaikan teknik pemasaran melalui Instagram, memandangkan kini terdapat hampir 8 juta rakyat Malaysia yang memiliki smartphone dan hampir setiap smartphone boleh memuat turun aplikasi Instagram.

Belum ada Instagram? Mungkin inilah masanya untuk anda mempertimbangkannya. Selamat berjaya!


Sumber: Inspirasi Kejayaan Isu 18

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=78d69f40906679a976dc4d45cebffbe6

Nur Fadhilah Yunus ( ID: 889805)
SMS/Whatsapp : 0195537657
FB : Nur Fadhilah
FB Page : Vitamagic Shoppe

Read More

Wednesday, December 17, 2014

Muka Bebas Jerawat dan Flawless Buat Semua Pandang Tak Berkelip

Tak kisah lelaki atau perempuan, pasti tak terlepas dari masalah jerawat. Macam mamat ni, dah lebih 100 kali cuba nak usha awek korea ni tapi asyik tak dapat walaupun muka putih kemerah-merahan. Bukan sebab flawless tapi jerawat tumbuh melata. Awek ni pulak babyface, comel je.. memang tak pandang mamat ni kan.. tak nampak dah hensem tu kat mana.

lelaki berjerawat
hilang hensem bila muka penuh jerawat

Sorry.. i tak pandang kalau muka penuh jerawat :p
 Entry ini saya nak kongsikan kisah benar, khas untuk pembaca yang selalu runsing muka penuh jerawat. Dah habis beribu ringgit tapi tak nampak lagi rupa kulit yang bebas jerawat. Parut lama pun penuh.. :(

Penantian 7 tahun kini berakhir

Kisah seorang akak ni, yang terpaksa menanggung malu muka penuh jerawat gara-gara penggunaan produk yang salah. Walaupun dah berhabis banyak, namun kesannya makin teruk.

Dengarkan pengakuan dari akak ni yang sekarang ni kulit dah cantik, licin dan gebu.. jerawat sebijik pun takde.




Bila muka dah flawless gitu, baru la confident nak jumpa orang kan?

Kisah benar dari seorang adik yang bakal berkahwin tahun depan. Sejak saya kenal beliau beberapa tahun lepas memang mukanya tak pernah bebas dari jerawat. Kebanyakan masa mukanya memang di tutup dengan foundation yang tebal kerana tuntutan kerja yang memerlukan beliau berjumpa client.

Selepas bertunang 2 bulan lepas, beliau menyatakan hasrat untuk membeli vitamin untuk muka. Katanya, dia nak cantik sebelum kahwin. Ye lahh, taknaklah nanti suami terkejut, segan pulak dengan keluarga mertua. Takkan sepanjang masa nak kena bermekap di dalam rumah.

Oleh itu, saya mencadangkan beliau mengambil Vitamin C, Vitamin E, Alfalfa dan GLA kerana beliau juga mempunyai masalah hormon yang tidak stabil. Tak sampai sebulan beliau konsisten dengan 4 vitamin ni, saya dah dapat feedback yang sangat menggembirakan.

set cantik

 Parut pun makin hilang, jerawat baru pun dah tak tumbuh. InsyaAllah tak lama lagi beliau akan dapat muka yang bebas jerawat. Nak mekap untuk hari bahagia nanti pun jadi lebih senang kan?

Terujakan bila tengok aweks dahi licin. hihi.. bukan takat lelaki, perempuan lain pun pandang tak berkelip. hihi..

Macam Sarah ni, kulit cerah flawless pinkish.. eh, suka kan tengok dia. Kalau masa dia bagi talk, semua orang confirm bagi perhatian sepenuhnya. 

cantik semulajadi
Sarah, Nutritionist Shaklee

Nak tahu tak apa rahsia Sarah ? 

Tak jadi rahsia dah sekarang ni.. ni Sarah sendiri yang memberitahu kepada salah seorang SID apa yang dia amalkan untuk cantik cun melecun gini..
  • Vivix : Antioksidan dan anti penuaan terbaik. Hanya satu sudu kecil setiap hari
  • Vitamin C : Sustained release Vita C yang membekalkan badan dengan 100mg Vita C setiap jam selama 5 jam. Agar kulit lembut dan lembap. Juga merupakan agen anti-oksida
  • B Complex : Memberikan tenaga, mengurangkan stress.
  • Vitamin E :Mencerahkan kulit, memudarkan parut dengan cepat dan melindungi jantung. Setiap kapsul mengandungi 4000IU Vitamin E
  • Collagen: Menganjal dan menegangkan kulit serta membantu penghasilan sendi rawan
Katanya, yang paling penting adalah konsisten. Barulah awet muda gitu. Sekali pandang memang ingat student Uni mana la ni kan?

Namun, bagi yang rasa kurang komited untuk konsisten dengan vitamin yang banyak, boleh juga mengambil Vitamin C, Vitamin E dan B Complex. 

Hilangkan Whiteheads


Macam mana pulak kalau muka dah cerah, jerawat takde tapi hidung penuh dengan whiteheads?
Hari-hari tenyeh hidung tapi tak jugak hilang. Bila pegang hidung terasa kasar-kasar kan?

Menurut kawan saya Siera, setelah 3 hari menggunakan pencuci muka yang baru ni  Whiteheads dah hilang!

PERUBAHAN yang dirasai ?

- kulit rasa tegang yang tak pedih
- kulit lembab moist2 je
- whitehead hilang abiss
- kulit makin gebus gebas

1 tiub pencuci muka ni tahan lama tau. Lebih dari 6 bulan. So memang jimat la..

Lebih meyakinkan, pencuci muka ni memang selamat digunakan sebabnya..

  •  Tiada bahan kimia. 100% bahan semulajadi
  • 16 botanical plant 
  • Dermatology tested
  • Not tested on animal
  • 3 years research
  • Clinically tested

Pencuci muka tanpa kimia
1 tiub untuk kegunaan 6 bulan lebih




Sebenarnya saya dah lama sangat dok usha pencuci muka ni.. tapi macam lama lagi je nak tunggu Enfuselle ni habis. huhu~ bersabarlah wahai hati. Btw, Nutriwhite ni lebih sesuai utk kulit normal yang tiada masalah berminyak, kering atau berjerawat ye. Sebagai alternatif, eloklah gunakan Enfuselle.


Sebarang persoalan atau kemusykilan yang memeningkan kepala anda salurkan segera kepada saya, nak call boleh, nak SMS @ Whatsapp ke 0195537657 pun boleh. Kalau sekadar nak tanya dulu tengok apa yang sesuai pun digalakkan. InsyaAllah saya sedia menjawab persoalan anda.

 Ohh, istimewa untuk pelanggan saya je.. saya akan kongsikan cara pengambilan vitamin paling efektif untuk supaya jerawat cepat kecut dan parut pun cepat hilang dan macam-macam tips lagi untuk dapatkan muka flawless .


Apa lagi? Hubungi saya sekarang ye~ saya tunggu ni..


Nur Fadhilah Yunus ( ID: 889805)
SMS/Whatsapp : 0195537657
FB : Nur Fadhilah
FB Page : Vitamagic Shoppe


Read More

Saturday, December 6, 2014

Tonton dan Menang @ Mamamyraslove




Eh. betul ke ni? Yerp! betul.. sebenarnya saya bercadang nak bagi giveaway masa birthday last month tapi tak berkesempatan pulak nak arrange. So saya postpone ke bulan ini.

So untuk kali ini, syarat nak menang senang je..

Tonton 3 video di bawah dan jawab soalan mudah












 Dah ready nak jawab soalan?

Klik kat sini untuk menjawab 3 soalan mudah.

Amacam? Senang kan? hihi..

So sekarang ni anda boleh share contest ni kepada lebih ramai orang.. Tak kisah la melalui Facebook ke, blog ke, twitter ke..


 Contest ni dibuka sehingga 31 Disember 2014.

Nak tahu tak hadiah yang bakal dimenangi?


Pemenang Pertama : 1 botol Sustained Released Vita C yang bernilai RM92.50


Pemenang Kedua : 1 botol Alfalfa yang bernilai RM53.75 

Pemenang Ketiga : 1 tiub Herbal Blend bernilai RM27.00


Jangan lupa! Share kepada semua kawan-kawan dan kenalan yang ada ye..

Terima Kasih!

Read More

Wednesday, December 3, 2014

Mudahnya Menyusukan Bayi Pramatang Tanpa Mengganggu Ibu Berpantang

Susu ibu merupakan susu yang amat diperlukan oleh bayi pramatang untuk terus berjuang dan melawan sebarang jangkitan. Susu ibu adalah lebih mudah dihadam berbanding susu formula khas bayi pramatang. Ia mengandungi hormon semulajadi dan agen tumbesaran yang membantu si kecil membesar dengan kuat dan sihat.

Semakin awal bayi dilahirkan, semakin tinggi risiko untuk mendapat pelbagai komplikasi penyakit. Oleh itu, sangat penting bayi dibekalkan dengan nutrisi terbaik. Namun begitu, bagi kebanyakan ibu yang melahirkan bayi pramatang, susu masih tidak dapat dihasilkan.


Bayi pramatang memerlukan penjagaan rapi



Sebelum kita masuk ke bab yang lebih detail, jom dengar dulu bagaimana seorang ibu yang mempunyai anak pramatang berusaha untuk menyusukan anaknya..




Menyusu Anak Pramatang Memang Mencabar, Apa Yg Perlu BUAT? from iReach HD on Vimeo.


Secara umumnya..untuk memudahkan penjagaan bayi pramatang , ingatlah 5S: (sumber:theasianparent)

1. Sentuhan ibu
Sentuhan ibu merupakan faktor utama dalam memastikan bayi pramatang berada dalam keadaan stabil dan selamat. Dakaplah bayi rapat ke dada anda. Pergerakan ini bukan sahaja boleh menenangkan bayi, malahan ia juga boleh membantu merapatkan hubungan antara ibu dan anak.

Sentuhan kasih sayang yang amat bermakna


2. Suara ibu menenangkan jiwa
Suara ibu juga mampu membantu menenangkan bayi pramatang anda.
Cuba luangkan masa berbicara dengan bayi pramatang anda dan ucapkan kata-kata penuh kasih sayang kepadanya walaupun bayi sedang tidur.

Bisikan si ibu menenangkan bayi

3. Susu ibu paling sesuai
Susu ibu sudah terbukti secara klinikal mengandungi segala nutrien dan zat yang penting. Oleh itu, ia merupakan makanan terbaik bagi bayi pramatang. Sekiranya anda tidak dapat menyusukan bayi anda atas sebab tertentu, bincanglah dengan doktor anda segera mengenai sebarang alternatif terbaik bagi susu ibu.

4. Semak keadaan bayi
Bayi pramatang mempunyai keadaan fizikal yang lebih lemah berbanding bayi yang dilahirkan cukup tempohnya. Oleh itu, bayi pramatang sudah pasti akan mempunyai keperluan yang lebih mendesak. Sentiasa perhatikan perubahan bayi pramatang anda dan rujuklah pada pakar perubatan sekiranya berlaku sebarang perubahan ketara.

Biasanya, sekembalinya bayi pramatang dari hospital, mereka akan tidur sehingga 15 ke 22 jam sehari. Bayi pramatang biasanya tidak begitu menangis . Mereka akan lebih banyak menangis bila semakin hampir dengan tarikh sepatunya diahirkan.

5. Selitkan masa peribadi untuk ibu 
Pastikan anda sebagai penjaga utama bayi mempunyai masa rehat untuk diri sendiri. Kami di sini amat memahami intuisi ibu untuk menjaga bayi mereka dengan sesempurna mungkin, namun jika anda sendiri tidak bertenaga, masakan anda mempunyai tenaga yang cukup untuk menjaga bayi anda?
Apa yang penting, jangan lupakan bahawa anda telah berjaya melahirkan seorang lagi insan ke dunia ini. Jangan patah semangat dan terus berusaha demi anda dan juga bayi anda!

Namun, dalam entry ini saya hanya ingin menyentuh 2 perkara yang selalu menjadi dilema ibu
  1. Cara ibu mendapatkan susu dengan cepat 
  2. Cepat sihat dan kurus walaupun tak makan jamu semasa berpantang 

Cara ibu mendapatkan susu dengan cepat


Lebih cepat bayi mencapai berat minima yang ditetapkan iaitu 1.5kg, maka akan lebih cepatlah bayi akan dibenarkan pulang ke rumah. Ada yang hanya mengambil masa beberapa hari, namun ada juga yang sehingga berbulan-bulan kerana berat bayi yang sentiasa turun naik. 

Bayi pramatang kebiasaannya tidak pandai untuk menyusu secara terus ( direct breastfeeding), oleh itu ibu haruslah mengepam susu dan membekalkannya kepada pihak hospital. Mengepam juga adalah salah satu cara menggalakan penghasilan susu awal. Sekiranya mampu, boleh memilih untuk menggunakan cara double pumping yang dikatakan lebih membantu dalam menghasilkan susu yang banyak.


Menggunakan double pump membolehkan ibu mengepam sambil berehat


Bagi memastikan bekalan susu yang mencukupi, ibu mestilah sihat dan rajin mengepam setiap 3 jam. Ya, setiap 3 jam without failed. Apabila badan sihat, InsyaAllah tiada masalah untuk menghasilkan susu yang banyak. Jika ibu terlalu stress dan tak cukup rehat, penghasilan susu mungkin akan terjejas.

Pengambilan vitamin dan makanan tambahan merupakan pilihan yang selamat dan mudah berbanding mengambil jamu kerana bayi pramatang adalah sangat sensitif. Shaklee mempunyai pilihan suplemen yang sesuai bagi ibu yang menyusukan bayi pramatang. Ia membantu menggalakan penghasilan susu disamping badan yang sihat dan bertenaga.

Harus diingat bahawa ibu mesti mengamalkan tahap kebersihan yang tinggi semasa proses mengepam dan menguruskan susu. Seorang kawan saya yang melahirkan anak kembar pramatang pernah disuruh untuk membuang susu yang dipam kerana doktor risaukan susunya telah tercemar. Alangkah sedih rasanya apabila susah payah si ibu mengepam disia-siakan.

Namun begitu, sekiranya ibu masih tidak mampu membekalkan susu yang mencukupi, mungkin boleh dipertimbangkan untuk mendapatkan bekalan susu daripada ibu susuan. Harus diingat bagi Muslim bahawa ibu mestilah mendapatkan persetujuan suami dan memastikan si anak menjaga hubungan baik dengan ibu susuannya sehingga dewasa.

 Cepat sihat dan kurus walaupun tak makan jamu semasa berpantang


Kebanyakan ibu yang melahirkan bayi pramatang terpaksa 'melupakan' keperluan untuk berpantang kerana desakan hati yang risaukan perkembangan bayi di NICU. Walaupun mungkin tak sampai 30 minggu didalam kandungan, tak sanggup rasanya jika sicomel anugerah terindah tidak mendapat sokongan sebaiknya.

Apabila terpaksa berulang alik ke hospital setiap hari, sudah pastinya si ibu tidak dapat berehat secukupnya. Dah la susah hati sebab asyik teringatkan anak di hospital, luka jahitan pun masih terasa perit. Kalau yang kena czer, nak bangun dari katil pun rasa nak menitik air mata. Sakit di tempat pembedahan ditambah dengan sakit rindukan anak di hospital.

Bagi setiap ibu yang baru bersalin, semestinya keinginan untuk kurus seperti sebelum mengandung membuak-buak. Tapi disebabkan terpaksa berkejar ke hospital, nak bertungku pun terpaksa curi masa, apatah lagi nak berbengkung dan bertangas. Apa pilihan yang ada? Kalau tak sihat nanti siapa pula nak berulang alik ke hospital?

Oleh itu, saya amat bersetuju dengan pilihan yang dibuat oleh Puan Hidayah dengan memilih Set Berpantang dan dilengkapkan lagi dengan set penyusuan. Semata-mata kerana anak tersayang. Satu perkara yang akan membuatkan ibu berpuas hati kerana ia juga membantu ibu untuk kembali langsing dan perut pun kempis macam anak dara.

Tempoh berpantang adalah tempoh paling ideal untuk kurus dengan cepat. Jika tidak dapat nak melilit bengkung bertali panjang, cuba dapatkan bengkung moden yang menggunakan zip. Penggunaannya mudah dan tak perlukan bantuan orang lain. Selain dari bengkung, secara peribadi saya menyarankan ibu memakai girdle panjang sekurang-kurangnya 8 jam sehari. Kalau susah nak pakai waktu siang, pakai waktu malam pun boleh. Nak kesan lagi cepat, pakailah 24 jam.

Memakai girdle panjang membantu ibu cepat kurus

Besar harapan saya agar coretan ini dapat membantu ibu yang sedang resah kembali tersenyum. Jangan sedih, jangan stress.. nanti susu kurang.. hihi.

Buat suami dan ahli keluarga lain, berikan sokongan sepenuhnya buat si ibu untuk melalui fasa peralihan ini tanpa merasa trauma.

Bagi mendapatkan Set Berpantang dan Penyusuan bagi bayi pramatang dengan segera, boleh hubungi saya di 0195537657 pada bila-bila masa. Saya akan hantarkan dengan segera tak kira di hospital mahupun di rumah.

Nur Fadhilah Yunus ( ID: 889805)
SMS/Whatsapp : 0195537657
FB : Nur Fadhilah
FB Page : Vitamagic Shoppe


Read More