Sunday, May 31, 2015

8 Langkah Mengemas Beg Supaya Muat Banyak Baju

Entry ini khas untuk kaki travel yang selalu pening nak mengemas beg sebab selalu rasa tak muat. Cara kemas beg paling cool dan senang ni saya terjumpa kat FB. Rasanya kalau tak tulis kat blog confirm lepas ni tak jumpa dah. kan? Jom kita cuba supaya semua baju mak ayah dan anak-anak muat dalam satu luggage.


1. Mula-mula, asingkan baju.Untuk pakaian nipis seperti tshirt, blouse dan selendang, lipat dua dan gulungkan. Bukan sekadar lipat macam nak simpan dalam almari ye :)

Kalau travel ke tempat yang perlukan kita bawak jaket, lipat dua dan kalau yang labuh tu, lipat sikit bahagian kaki ikut saiz beg.


2. Untuk pakaian dalam, masukkan seluar dalam kedalam bra dan masukkan dalam satu beg atau uncang kecil. Sebaiknya beg yang lembut dan mudah dibentuk macam uncang kain atau beg plastik. Tujuannya supaya pakaian dalam tersebut senang disumbat didalam beg dan tiada insiden seluar dalam jatuh tergolek bila tiba-tiba kita kena bukak beg di airport :)

3. Susunkan gulungan baju dan selendang di dalam beg. Kalau risau gulungan terbuka atau nak gulungan lebih kemas, letak rubber band di dua penghujung gulungan baju.


4. Bila dah penuh satu lapisan, letakkan seluar, skirt seperti di dalam gambar.


5. Susun lagi satu lapisan gulungan baju . Jika tidak penuh, letakkan uncang pakaian dalam atau stokin bagi memastikan lapisan baju jadi sekata.


 

6. Kemudian, susunkan jaket di bahagian atas.


7. Ok, bila dah letak jaket dan baju sejuk tu, lipatkan kaki seluar ke atas jaket. Dengan cara ini kita dapat mengurangkan kedutan pada seluar.


8. Dan akhir sekali, selitkan stokin , tali pinggang dan charger telefon, camera dan segala aksesori di celah-celah ruang yang ada.


Taraaaa! dah siap. percayalah.. lebih banyak baju boleh masuk jika kita susun mengikut cara ini. Dan lagi best, tak perlu bawak iron.. kihkih. Bukan semua hotel ada sediakan iron kan..




Selamat mencuba dan selamat bercuti!

Jika sering mengantuk semasa memandu, dapatkan tips best di entry sini ye~

Salam Sayang,
Ilah @ Mamamyras~


Jika anda rasakan tips ni sangat cool,  kongsikan kepada rakan-rakan dan saudara mara ye~

Nur Fadhilah Yunus
SMS/Whatsapp : 0195537657
FB : Nur Fadhilah
FB Page : Vitamagic Shoppe

Read More

Saturday, May 30, 2015

Cara Paling Mudah Hilangkan Darah Kering Tanpa Peluntur

Bagi wanita, memang biasa kesan darah melekat pada seluar dalam bila datang haid. Bila tengah heavy, sampai bocor kat katil. Saya dulu siap lapik dengan kain batik, lipat tebal-tebal. Tidur pun tak boleh lasak sebab takut bocor kena cadar.

Adik saya dulu.. selalu sangat bocor. Hadoii..tiap kali period je bocor.. Tiap-tiap malam pulak tu... Sampai tilam tu kena dibuang. Mujur la tilam nipis je. Bila dah bocor, dia lapik je dengan kain pastu tidur je. Sila jangan ikut ye, itu sangat tidak hygienic.  Mak terkejut sangat bila tengok tilam bertompok-tompok.

Kalau darah terkena pada baju, mesti kena bersihkan cepat. Kalau lambat, memang susah sangat nak hilang. Ada pulak tu, jenis kain yang sampai dah basuh berpuluh kali pun ada jugak lagi tompokan darah tu.

Baru-baru ini, tiba-tiba hidung hanis berdarah. Bila jumpa doktor, tiada yang serius katanya.. darah tu sebab luka dia korek. Bila ada luka ni, hidung jadi lebih sensitif kan. Senang sangat nak terbersin. Paling risau kalau darah tu terpercik kat baju.

Kerisauan ku menjadi realiti.. Hanis ni bila bersin, dia akan menunduk. So darah tu tersembur tu direct kena baju.. hahahadoi. Masa tu pulak baru je masuk kereta selepas jumpa doktor. Dan baju yang dia pakai adalah baju sekolah. Terbaik.

Dah malam kot, baru la teringat nak ambil baju dia.. sekali dengan kain pelikat daddy Hanis yang kebetulan saya guna untuk lapik bantal dia.. sebab sarung bantalnya basuh, takde sarung bantal lain..

Kain pelikat tu..memang habis berdarah. Risau gak, boleh hilang ke tak.. Apa pun tawakal je, rendam je kain tu dengan baju hanis dalam sinki. Titik sikit Basic H2. Pastu biar semalaman.

Esoknya, lepas hantar hanis ke tadika, baru la ku bilas baju dan kain tu.. tengok memang dah takde kesan darah. Clean and clear. Tak macam pernah kena darah. Air dalam sinki tu ada bau darah. Baju dan kain tu terus ku masuk dalam mesin untuk basuh macam biasa.

Kain pelikat yang berlumuran darah
Maybe sebab ni jenis kain cotton, so senang sikit kesan darah tu nak hilang. Masa baju Hanna kena darah dulu, baju dia jenis kain dull satin.. yang tu kena gosok-gosok sikit dengan tangan baru hilang. Tak perlu guna peluntur, kain pun selamat..

Kesan darah kering mudah hilang selepas 1 rendaman sahaja

Nota: warna baju nampak lain sebab pencahayaan..

Memang terasa sangat, sejak gunakan Basic H2 ni, kalau setakat yang terbocor kat tilam tu, spray je dengan larutan Basic H2, berus sikit memang bersih terus.

Bila dah jadi ibu, lagi la berguna pencuci serbaguna ni. Untuk basuh kasut sekolah pon senang sangat tau.

So, saya sangat la rekemen pada setiap wanita terutamanya golongan ibu untuk menyimpan sebotol Basic H2 ni di rumah. Best giler lahhhh.. Semua kerja membersih jadi mudah sangat.

Ibu-ibu yang belum ada lagi Basic H2 ni, Whatsapp je saya di 0195537657. Nanti saya akan poskan dengan segera. Banyak sangat lagi cara penggunaaan Basic H2 yang saya nak kongsikan, memang awesome sangat terutamanya bagi golongan ibu.

Apa yang penting, sangat berkesan dan Jimattttt!~

Salam Sayang,

Nur Fadhilah Yunus ( ID: 889805)
SMS/Whatsapp : 0195537657
FB : Nur Fadhilah
FB Page : Vitamagic Shoppe

Read More

Friday, May 29, 2015

8 Perkara Yang Mempengaruhi Kadar Metabolisme Tubuh

Ramai yang selalu cakap yang metabolisme mereka rendah, sebab itu badan makin gemuk. Namun ramai juga yang tak tahu apa perkara yang menyebabkan kadar metabolisme menaik atau menurun.

Mungkin dulu kita aktif bersukan, sebab itu kadar metabolisme menjadi tinggi.. banyak tenaga yang yang digunakan. Sekarang kerjanya duduk di hadapan komputer dari 8 pagi hingga 5 petang. Kadar metabolisme semestinya akan berkurang.



Bagi wanita yang tidak Hamil, kadar metabolisme ( Resting Metabolisme Rate) adalah di antara 1000-1400Kcal. Manakala bagi lelaki, kadar metabolisme yang normal adalah diantara 1500-2000Kcal. Lebih tinggi dan berat seseorang, maka lebih tinggi kadar metabolisme yang sepatutnya.

Jom tengok apa penyebab kadar metabolisme seseorang menjadi tinggi atau rendah..
  1. Orang yang lebih berotot mempunyai kadar metabolisme yang lebih tinggi. Jika sekadar hilang lemak tapi otot tidak bertambah, ia tidak merubah apa2.
  2. Semakin meningkat usia seseorang, makin menurunlah kadar metabolisme beliau. Sebab itu ada orang yang walaupun tabiat pemakanan sama tidak berubah untuk tapi makin menggemuk.. hihi
  3. Kadar metabolisme boleh menurun disebabkan oleh faktor genetik.
  4. Tinggal di tempat yang bersuhu rendah meningkatkan kadar metabolisme. Berbanding dengan orang yang tinggal di tempat yang bercuaca panas seperti KL, mereka yang tinggal di London memerlukan lebih usaha untuk bergerak. Sebab itu kadar metabolisme mereka lebih tinggi.
  5. Tabiat makan dengan kerap dalam saiz hidangan yang kecil membantu meningkatkan metabolisme
  6. Ibu Hamil mempunyai kadar metabolisme yang lebih tinggi disebabkan oleh hormon ibu hamil.
  7. Pengambilan suplemen boleh meningkatkan kadar metabolisme. Cuba Cinch Energy Tea untuk pilihan yang semulajadi. Sangat sesuai dijadikan hidangan minum petang.
  8. Crash diet atau diet mendadak boleh meningkatkan kadar metabolisme. Namun ianya hanya untuk sementara.  

Semoga bermanfaat! Jangan lupa share kepada rakan-rakan ye~

Salam sayang,

Nur Fadhilah Yunus ( ID: 889805)
SMS/Whatsapp : 0195537657
FB : Nur Fadhilah
FB Page : Vitamagic Shoppe

Read More

Wednesday, May 20, 2015

Kenyataan Rasmi Shaklee Berhubung Viral Alfalfa Penyebab Kematian Pelajar Nursing di Ipoh


Tentu anda pernah terbaca kisah pelajar nursing yang meninggal kononnya disebabkan makan pelbagai produk suplemen kan? Apapun doktor sendiri telah mengesahkan bahawa punca kematian tiada kaitan dengan suplemen.

Cuma saya suka untuk menasihatkan dan mengingatkan diri sendiri agar berhati-hati memilih produk di pasaran. Bukan sekadar melihat kepada testimoni dan mahukan kesan yang cepat tanpa melihat kandungan dalam produk tersebut.

Tidak mengapa untuk berbelanja lebih sedikit bagi memastikan ianya benar-benar selamat. Oleh itu, pilih produk yang dihasilkan berdasarkan kajian dan penyelidikan yang terperinci.

Sehubungan dengan kejadian yang telah berlaku, Shaklee mengambil inisiatif untuk membuat kenyaataan rasmi.


Kenyataan Rasmi Shaklee


Sebarang persoalan, boleh hubungi nombor yang tertera di dalam kenyataan.

Apapun, semoga ia menghilangkan keraguan kita semua. Saya sendiri dan keluarga dah makan bukan setakat Alfalfa tapi berbelas jenis suplemen Shaklee sejak hampir 3 tahun lalu.

Kami yakin, ianya selamat dan tidak memberikan kesan sampingan yang buruk kepada kesihatan kecuali membuatkan saya lebih muda. kihkih~

Salam sayang,
 Mamamyraslove


Read More

Monday, May 18, 2015

6 Tips Mengurangkan Bengkak Susu dengan Cepat

Bengkak susu dan Ibu Menyusu dah jadi macam kawan baik kan. Setakat ni, belum pernah saya jumpa mana-mana ibu menyusu yang tak pernah kena bengkak susu. Saya sendiri dah banyak kali kena bengkak susu sampai demam.

Ingatkan itu dah kira pengalaman paling teruk, rupanya ada kawan saya sampai kena operate buang nanah yang disebabkan oleh kelenjar susu yang tersumbat. Mendengar cerita dia tu memang scary.

Jom baca lebih lanjut, cara untuk mengurangkan bengkak susu

bengkak susu

6 Tips Mengurangkan Bengkak Susu


1. Tambah kekerapan direct feeding sehingga payudara betul-betul kosong

2. Jika bayi menolak, cuba untuk pam. Walaupun susu tidak keluar dengan banyak, ia meransang pengeluaran susu dari kelenjar susu yang tersumbat.

3. Tuam bahagian yang sakit dengan botol susu yang diisi air panas

4. Lakukan urutan menggunakan sikat dari arah pangkal payudara ke nipple. Atau lakukan urutan seperti di dalam gambar.
atasi bengkak susu
Urutan mengurangkan bengkak susu


5. Letakkan kobis sejuk di dalam coli. Ia memberi efek mengurangkan bengkak. Elakkan dari menutupi bahagian nipple. Tidak digalakkan untuk diletakkan lebih dari sejam kerana boleh menyebabkan penghasilan susu berkurang.

6. Ambil Lecithin dalam jumlah yang disarankan. Ia mampu melancarkan pengaliran darah dan menggalakkan pengeluaran susu dari kelenjar yang tersumbat.

Lecithin menjadi teman baik ibu-ibu Breastfeeding


Bengkak Susu tidak boleh dibiarkan berlarutan kerana boleh menyebabkan nanah dan hanya boleh dibersihkan melalui pembedahan.

Pembedahan membuang nanah

Jika ia berlaku, ibu perlu mengambil antibiotik bagi mengelakkan jangkitan. Sepanjang tempoh Pengambilan antibiotik ,ibu tidak boleh menyusukan bayi.

Mahukan alternatif yang lebih natural bagi antibiotik? Nantikan next entry ya.
Atau hubungi saya di 0195537657 untuk mengetahuinya segera.




Read More

Sunday, May 17, 2015

Apa yang Bestnya Bisnes Shaklee berbanding yang lain?

Banyak sangat MLM dan kat Malaysia dan terlalu banyak peluang perniagaan terbuka luas untuk kita semua. Namun daripada yang beribu tu, kenapa saya dan anda perlu pilih Shaklee.

Jawapan kepada keraguan anda ada disini


Harus diingat setiap bisnes ada peluang dan cabaran yang tersendiri. Mungkin kita memilih untuk membuka kedai dobi dengan modal RM30k dan setiap hari pelanggan tak pernah putus sebab semua orang nak basuh baju kan? Namun cabaran lain yang datang, mesin rosak, pelanggan tak ambil baju , baju pelanggan rosak dan sebagainya.

Atau mungkin kita lebih suka untuk menjual produk dengan brand sendiri seperti kebanyakan artis lakukan sekarang.  Jom kita tengok apa yang bestnya bisnes networking ni berbanding yang lain.




Tak Perlu Cipta Produk

Untuk memulakan bisnes dengan brand sendiri, bermakna kita perlu cipta produk tersebut kan?
Tahukah anda, proses untuk membangunkan suatu produk itu sangat sukar? Sebagai contoh jika kita mahu menjual tudung dengan brand sendiri. Kita perlu membeli kain berkodi-kodi bagi mendapatkan harga murah, mengupah tukang jahit, memastikan jahitan setiap tukang jahit menghasilkan kualiti yang sama, perlu fikir marketing plan dan bermacam lagi. Kalau kualiti tak sama, nanti customer pulak akan complaint kan?

Oleh sebab itu, kebanyakan peniaga memilih untuk outsource proses pembuatan produk dan kemudiannya di berikan label brand sendiri dan dijual dengan harga 2-3 kali ganda. Maksud outsource disini adalah sebagai contoh, mana-mana jenama kosmetik dan penjagaan diri. Brand ABC minta kilang losyen untuk hasilkan losyen yang dicampur ektraks halia, susu kambing dan kurma. Kemudian terus dilabel mengikut brandnya tanpa betul-betul mengetahui samada selamat atau tidak produk yang dihasilkan.

Ataupun bagi company besar yang mempunyai brand hebat yang menjual pakaian, mereka akan mendapatkan membeli dari pembuat yang diketahui tahap kualitinya dan dilabelkan dengan jenama mereka . Setelah itu, dijual dengan harga 2-3 kali ganda semata-mata kerana telah di labelkan.

Bagi pakaian, tidaklah menjadi kerisauan untuk digunakan oleh sesiapapun kan? Hanya harganya sahaja yang lebih. Namun bagi produk kesihatan ataupun kosmetik, tidak hairanlah jika pemilik label sendiri pun tak berani nak menggunakan produk yang dijual.
 
Menariknya Shaklee, kita jual produk yang kita sendiri pakai tanpa rasa risau atau serba salah produk tersebut selamat atau tidak. Shaklee mempunyai team R&D dan Saintis yang menjalankan ribuan ujian berterusan ke atas setiap produk yang dihasilkan. Semata-mata bagi memastikan ianya betul-betul selamat untuk jangka masa panjang. Kumpulan Leaders yang layak menyertai Global Conference tahun lepas berpeluang ke HQ Shaklee di California dan berjumpa sendiri dengan para Saintis Shaklee.

Komited. 300Juta USD dilaburkan demi anda.


Oleh itu, kita tak perlu bersusah payah nak fikir untuk hasilkan produk untuk dijual. Mudahkan?

Dari kesihatan sehinggalah keperluan rumah
Kenapa Shaklee?

Tak Perlu Kedai dan Modal


Bagi membolehkan kita mula berniaga produk Shaklee, hanya perlu mendaftar keahlian seumur hidup sebanyak RM69 ( termasuk GST) dan terus boleh berniaga. Kita tak perlu memiliki booth atau kedai atau modal yang besar. Apabila mendapat order dari customer,  kita hanya perlu membuat order terus kepada Shaklee samada melalui sistem online atau ke mana-mana branch di seluruh Malaysia.

Suami saya dah banyak kali tercetus idea untuk pelbagai bisnes, namun bila dikira-kira modal dan keuntungan, memang rasa tak berbaloi. Nak kena sewa tapak kedai, upah pekerja, melatih pekerja, pekerja berhenti dan cari lagi yang baru, latih lagi, marketing, dan segala macam benda.

Akhirnya, saya cakap dengan suami..takpe bang, saya buat bisnes Shaklee je la, dok umah jaga anak-anak, hantar amek anak ke sekolah sendiri, bulan-bulan dapat untung dan bonus, kumpul point utk free trip, cukup setahun amek award. Hati pun senang takde nak fikir pasal modal dan kerugian.


Tak risau customer nak saman


Banyak sangat isu timbul customer nak saman company yang jual produk suplemen sebab menyebabkan diorang mendapat penyakit. Tiap-tiap tahun, mesti ada dengar cerita yang lebih kurang sama berulang kali.

Dengan Shaklee, memang tak risau.. kalau customer nak complaint apa-apa, boleh bagi je email ke customerinquiry@shaklee.com.my. Jika ada laporan doktor yang menyatakan dia dapat penyakit tu sebab makan suplemen Shaklee, lampirkan sekali laporan tu. Nanti email tu akan disampaikan kepada saintis Shaklee untuk dijawab. Pihak pengurusan tertinggi akan menghubungi customer tersebut sendiri.

Setakat ini, walaupun selalu dihujani pelbagai isu.. Semuanya selesai dengan baik. Cikgu Mary yang kecoh tahun lepas konon-konon GLA penyebab dia mendapat Cyst, sekarang senyap je. Saintis Shaklee pun dah keluarkan kenyataan berkaitan.
Perbezaan Shaklee yang sangat menjaga kualiti

Semua produk yang dikeluarkan Shaklee telah pun lulus ujian klinikal yang dijalankan. Bukan sekadar 1 ujian, namun beribu ujian. Di Malaysia sendiri, Shaklee dah bertapak selama 30 tahun. Ramai penjual Shaklee yang turut mengamalkan vitamin-vitamin Shaklee ni berpuluh tahun dan Alhamdulillah mereka masih sihat dan tahap kesihatan mereka jauh lebih baik dari rakan seusia.

Ok... sekarang saya nak share 3 lagi tawaran yang disediakan Shaklee untuk semua

Cash Bonus


Bagi setiap Shaklee Independent Distributor (SID), Shaklee menawarkan pelbagai jenis insentif. Salah satu yang paling mudah untuk dicapai adalah Cash Bonus bermula RM 23 apabila mencapai minimum UV 150, sehingga ratusan ribu ringgit. Bukan sekadar bonus jualan sehingga 21% nilai jualan, malah terdapat juga bonus kepimpinan sehingga 6 level. Tiada istilah mengkayakan upline,  kerana siapa yang berusaha dia confirm dapat yang setimpal. Nak kenaikan bonus berapa pun tiada yang menghalang.

Semua orang layak dapat bonus.


Tidak seperti kebanyakan MLM lain, yang mana downline boleh naik rank sehingga menjadi Master Coordinator yang berpendapatan sekurang-kurangnya 5 angka setiap bulan walaupun upline masih di level Supervisor dengan pendapatan 2 ribu sebulan. Adil bukan?

Convention


Setiap SID yang efektif sebagai leader secara automatik akan mengumpul point kelayakan untuk menyertai trip percuma ke luar negara ataupun ke National Conference berdasarkan jumlah point yang terkumpul. Tidak kira walau apapun rank seseorang, asalkan cukup point.. dapatlah join. Kesemua kemudahan yang disediakan bertaraf 5 bintang. Bukan sekadar bilik penginapan, malah duit poket dan luggage juga diberi percuma bagi yang menyertai trip ke luar negara. Bukan setakat itu, pelbagai surprise disediakan.

Best kan.. dapat pergi FREE lagi besttt


Bagi Muslim, boleh memilih samada untuk menyertai International Trip ke Italy (2015) ataupun umrah dan ziarah. Walaupun saya belum cukup point, namun keterujaan tu memang terasa sangat. huhu~  Takpe, saya tengah berusaha untuk Global Conference di US 2016.

Apalagi yang best semasa convention selain dapat award? Kalau tanya pada yang pernah pergi.. sehari pun tak cukup nak bercerita uolss~

Car Bonus


Berbeza dengan syarikat MLM lain, Shaklee tidak menghadiahkan kereta. Namun Shaklee memberikan Bonus Kereta dan terpulang kepada penerima untuk memilih kereta disukai ataupun menggunakan Bonus tersebut untuk kegunaan lain. Bayangkan.. guna kereta secara percuma.. company bayar tiap-tiap bulan. best kannnn?

Ehemm, saya dah nampak bayang dah kereta apa nak beli dengan duit Car Bonus nanti.. InsyaAllah. Doakan saya ye.. Amin.

My Dream Car. Comel je kan.. ahaks~

Support Group yang sangat awesome

Saya amat bersyukur, saya berada di dalam business support group yang sangat-sangat awesome. Bukan sekadar 1 level, malah sehingga 4 level dan semuanya sangatlah supportive. Saya bermula dengan Zero, dan Alhamdulillah mereka yang lebih berpengalaman tak pernah lokek berkongsi ilmu.
"Help Others to Help Others", itulah salah satu moto yang sangat terkesan di hati saya. Kini ia menjadi tanggungjawab saya untuk membantu anda supaya anda dapat membantu lebih ramai orang untuk sama-sama berjaya.

Lebih awesome, di dalam support group ini.. upline kami sangat bermurah hati untuk memberikan pelbagai hadiah dan insentif menggunakan duit poket mereka sendiri. Antara yang terbaru, kepingan emas 999 sebanyak 3 gram dan Iphone 6 plus 128GB. Bersinar-sinar mata kan. :)

Dulu saya skeptikal dengan MLM...


Dulu saya agak skeptikal untuk menyertai bisnes MLM sebab banyak yang maaf saya katakan menipu. Produk tidak berkualiti, lebih kepada head hunting, bonus besar cuma upline je boleh dapat dan bermacam lagi. Yuran penyertaan pula sangatlah mahal. Kalau sekadar nak jadi ahli, bayar murah.. insentif kurang. Jika nak jadi pengedar atau stokis, mesti beli pakej ribuan ringgit..insentif yang dijanjikan juga lebih.

Saya ter'join' Shaklee pun dulu sebenarnya sekadar untuk mendapatkan harga yang murah. Produknya sangat bagus dan berkesan. Dan hanya selepas itu, barulah saya bercadang untuk menyebar kebaikannya kepada orang lain. Tiada yuran tambahan, tiada pakej yang mahal. Yuran RM 65 ( dulu tiada GST) yang saya bayar itulah sahaja yang melayakkan kita bergelar SID. Kalau sekadar nak makan sendiri pun boleh, tapi kalau dah boleh jana pendapatan lebih... kenapa nak tolak, kan?
Shaklee di dunia
Shaklee kini di 8 Negara

100 tahun Shaklee dah bertapak di US, lebih 20 tahun di Malaysia.. jika tidak kerana kualitinya yang sangat tip top, mesti dah berkubur dah Shaklee ni kan. Pengguna Shaklee yang dah 20 tahun tu mesti dah alami sakit kritikal kesan pengambilan produk untuk jangka masa lama. Namun, sehingga kini belum ada satu pun produk Shaklee yang ditarik balik lesen KKM ataupun disahkan sebagai punca seseorang mendapat penyakit. Makin sihat, makin handsome, makin muda adalah! ahaks~

Sebenarnya banyak lagi perkara yang syok sangat sampai walaupun ada yang offer untuk jual brand sendiri pun saya reject! haha~

Saya 24jam suri rumah, buat bisnes ni part time

Kalau korang betul-betul nak jana puluhan ribu ringgit, jom! saya bantu anda! Nanti saya akan kongsikan lagi segala macam tips dan kesyokkan bisnes Shaklee ni. Ramai orang dah kenal kan? Senang sebenarnya nak jual.. So apalagi? Whatsapp saya, Mentor Bisnes Anda di 0195537657.

Fast Action Fast Result~

Salam Kejayaan,


Nur Fadhilah Yunus ( ID: 889805)
SMS/Whatsapp : 0195537657
FB : Nur Fadhilah
FB Page : Vitamagic Shoppe
Read More

Monday, May 11, 2015

Peluang Keemasan Untuk Mendapat VITAMIN PERCUMA

Siapa taknak Vitamin percuma? Rugi rasanya kalau siapa yang menolak bila ada orang nak bagi Vitamin Percuma. Bulan ni, saya nak bagi anda semua Multivitamin yang Pertama dihasilkan di dunia ni. Sebotol Vitamin ini berharga RM88.75 dan saya nak bagi percuma kepada semua orang.

Vitamin Percuma
Multivitamin Percuma

Cara Mudah untuk mendapat Vitamin percuma


Beli mana-mana Set Vitamin di bawah ini dan mendaftar sebagai ahli (RM69) anda akan terus mendapat Vitalea percuma disamping pelbagai diskaun tambahan yang lain.

Set Healthy Fitness 

 Khas bagi semua yang ingin tampil kurus sihat dan fit di Hari Raya yang akan tiba 2 bulan lagi. Bagi yang bercita-cita nak pakai kebaya ke,kurung moden ke,  kemeja slim fit ke.. haaa.. memang ini lah pilihan terbaik

Kurus dalam masa 2 bulan


Set Healthy Fitness terdiri daripada

  • 2 Cinch Shake ( untuk membina otot dan membuang lemak)
  • 1 Cinch Energy Tea ( untuk tingkatkan metabolisme)
  • 1 Vitalea ( multivitamin & multimineral keperluan tubuh semasa berdiet)
  • 1 Lecithin ( Fat Emulsifier)
  • 1 Herblax ( detoks usus bagi membuang segala lemak tak saki baki yang tertinggal di usus)

Tawaran Istimewa dari kami

  1. Diskaun Tambahan 5%
  2. PERCUMA Vitalea berharga RM88.75
  3. Pulangan wang tunai sebanyak RM36 terus ke akaun anda
Jumlah penjimatan apabila membeli Set Healthy Fitness : RM140.16. Cukup untuk beli sepasang lagi baju raya kan?

Apa kata pengguna Cinch?

Yang penting, lemak tu yang hilang..bukan otot

Pengguna Cinch di US
Baru dua bulan amek cinch.. kurang 4 saiz dah



Set Healthy Young Living

  • Tawaran harga istimewa bagi Produk No 1 di USA dan Malaysia. 
  • Sangat terkenal dengan kandungan Resveraterol dan Polifenol yang bertindak sebagai Chemopreventive agent
  • Membantu ramai lelaki kacak berhenti merokok dengan mudah
  • Meningkatkan tahap kesihatan ibu ayah ramai orang yang menghidap diabetes daripada dipotong kaki
  • Membantu ramai wanita dan lelaki yang mahu kelihatan muda jelita tanpa diketahui usia sebenar
  • Membantu mengatasi pelbagai penyakit kronik - kanser, buah pinggang bocor, jantung dan lain lain
  • Antioksidan terbaik melawan segala radikal bebas yang menyebabkan penuaanan dan kerosakan organ dan sel badan
  • Mengelakkan terjadinya Alzheimers


Berhenti Merokok Dengan Cepat untuk Selama-Lamanya from iReach HD on Vimeo.
Vivix Shaklee
Berhenti merokok mudah dengan Vivix



Tawaran Istimewa dari kami..

  1. Diskaun tambahan sebanyak 5 %
  2. PERCUMA yuran keahlian bernilai RM69
  3. PERCUMA Vitalea yang berharga RM88.75
  4. PERCUMA Penghantaran terus ke pintu rumah anda 
  5. Pulangan wang tunai sebanyak RM36 terus ke akaun anda

Jumlah penjimatan apabila membeli Healthy Young Living : RM243 . WOW! Boleh beli sepasang kasut Clarks. :)

Healthy Postnatal

  • Formulasi khas bagi Ibu yang baru melahirkan anak dan menyusu badan.
  • Membantu proses penyembuhan bagi ibu bersalin normal dan juga ceasarean
  • Menggalakan penghasilan susu ibu
  • Membantu merapatkan vagina dan mengecutkan rahim
  • Memberi kecergasan untuk ibu sepanjang berpantang
  • Mengelakkan terjadinya sembelit yang menjadi mimpi ngeri ibu berpantang
  • Mengelakkan kekejangan kaki, sakit belakang dan gigi patah kerana kekurangan kalsium
  • Membantu untuk mendapatkan semula berat badan ideal seperti anak dara 


Amalan Pantang Selepas Bersalin Elak Mimpi Ngeri Sakit Sembelit from iReach HD on Vimeo.

healthy postnatal
Set Berpantang dan Menyusu yang Puan Khadeejah amalkan

Apa yang ada di dalam set ini?

  • 1 Vitalea
  • 1 Energizing Soy Protien
  • 1 Alfalfa Complex
  • 1 Omegaguard
  • 1 Sustained Release Vita C Plus
  • 1 Ostematrix 


Kurus Selepas Bersalin Sampai Turun 20kg! Wow! from iReach HD on Vimeo.

Tawaran Istimewa dari kami..

  1. Diskaun Tambahan 5%
  2. PERCUMA Vitalea berharga RM88.75
  3. Pulangan wang tunai sebanyak RM36 terus ke akaun anda
Jumlah penjimatan apabila membeli Set Postnatal : RM136.45 . Dapat la beli 4 bungkus Drypers Mega Pack kan..

Healthy Prenatal


 Nutrisi lengkap bagi Ibu Hamil yang semestinya mahukan kehamilan yang sihat, kelahiran tanpa risiko tinggi dan anak yang sihat. Disarankan oleh kebanyakan Pakar O&G.

Kelebihan Set Healthy Prenatal

  • Mengurangkan risiko kelahiran bayi pramatang
  • Mengurangkan risiko kecacatan spina bifida
  • Mengelakkan Ibu dari mendapat diabetes semasa hamil
  • Menggalakkan perkembangan bayi yang sihat dan cerdas
  • Membantu mengekalkan berat badan yang ideal semasa hamil
  • Mengelakkan kejang kaki, gigi rapuh, sakit pinggang
  • Membantu masalah pedih ulu hati  atau heartburn 
  • Membantu menaikkan HB
  • Mengelakkan dari terjadinya anemia semasa hamil seperti puan Aya di dalam Video


Anemia Ibu Hamil ni Dah Warded Pun Degil - Nasib Kakak Garang from iReach HD on Vimeo.

Kehamilan sihat
Pilihan yang disokong oleh Pakar O&G

Apa yang ada di dalam set ini?

  • 1 Vitalea
  • 1 Energizing Soy Protien
  • 1 B Complex
  • 1 Omegaguard
  • 1 Sustained Release Vita C Plus
  • 1 Ostematrix

Ini bukan auta, namun benar belaka... Puan Ainul yang hamil dan amalkan set kehamilan ini kuat untuk memanjat Candi Borobodur..


Ibu Hamil Kuat Boleh Naik Flight & Panjat Candi Borobudur! Fuyooo! from iReach HD on Vimeo.

Tawaran Istimewa dari kami..

  1. Diskaun Tambahan 5%
  2. PERCUMA Vitalea berharga RM88.75
  3. Pulangan wang tunai sebanyak RM36 terus ke akaun anda
Jumlah penjimatan apabila membeli Set Prenatal : RM136.45. Boleh beli kelengkapan bayi kan...


So amacam.. menarik kan?
 

Namun jika anda mahukan suplemen untuk kulit..
atau nak beli suplemen untuk anak yang selalu demam dan tiada selera makan..
atau nak hadiahkan mak ayah suplemen sebab sakit lutut..
atau nak beli set kesuburan untuk diri sendiri dan suami..
atau nak cari set penjagaan wajah yang tiada bahan kimia merbahaya?

atau nak dapatkan mana-mana produk Shaklee..

Anda layak mendapatkan Vitalea PERCUMA ( bernilai RM88.75) apabila mendaftar keahlian dengan hanya membayar RM69.

Lebih menggembirakan, jika selama ini anda terfikir-fikir dan tercari-cari peluang side income yang tak perlukan modal yang besar, memang inilah masa dan cara yang terbaik.

Setiap pendaftaran keahlian sepanjang Mei sehingga Oktober, layak menyertai Program Young Entrepreneur System (YES) yang memberikan anda lebih banyak insentif dan bonus tambahan sehingga 50%.  Saya yang tengok detail program YES ni pun jeles okeh. Sebab hanya untuk yang baru mendaftar je uolsss~

Cara mudah untuk mendapatkan produk yang anda perlukan? Whatsapp je di 0195537657.

 Jika anda nak sembang-sembang sebab runsing berat tak turun-turun majlis kahwin lepas raya , cepat-cepat hubungi saya hari ni ya!

 Salam Sayang,

Nur Fadhilah Yunus ( ID: 889805)
SMS/Whatsapp : 0195537657
FB : Nur Fadhilah
FB Page : Vitamagic Shoppe

Read More