Friday, November 17, 2017

Adakah anda termasuk dalam 10 Golongan Yang Perlukan Omega 3?


Ramai yang bertanya, kenapa Omega 3 selalu disarankan dan ada dalam pelbagai set kesihatan? So dalam entry kali ini, saya akan kongsikan serba sedikit tentang 10 golongan yang memerlukan Omega 3 atau secara spesifiknya Omegaguard.

1) Anda yang sedang berusaha untuk kurus. Sebabnya?

  • Omega3 sangat efektif  sebagai pemecah lemak. Ia juga mencetuskan hormon leptin yang membuatkan kita rasa kenyang. Jadinya, sekaligus mengurangkan keinginan kita untuk makan.

2) Penghidap kanser

  • Sifatnya sebagai anti keradangan sangat diperlukan bagi penghidap kanser dan juga membantu mengelakkan pertumbuhan sel kanser.

3) Pesakit jantung dan darah tinggi

  • Oleh kerana ianya boleh bertindak sebagai pemecah lemak, ia mampu untuk mengurangkan pemendapan lemak di saluran darah yang sering menjadi punca sakit jantung dan darah tinggi.

4) Ekzema, resdung & alergik

  • Menurut kajian, masalah alergik, resdung dan ekzema dapat dicegah dan diatasi dengan pengambilan Omega 3


5) Pesakit Gout

  • Kandungan omega 3 yang bertindak sebagai anti-keradangan membantu mengurangkan radang sendi dan sekaligus mengelakkan sendi dari bengkak yang biasa dialami oleh pesakit gout.


6) Sakit sendi

  • Sakit sendi terjadi disebabkan oleh keradangan di bahagian tersebut.  Omega 3 sangat membantu untuk mengurangkan keradangan di sendi.



7) Asma & lelah 

  • Omega 3 mengurangkan keradangan di saluran pernafasan dan paru-paru, maka ia dapat mengurangkan risiko mendapat serangan asma bagi dewasa dan kanak-kanak.


8) Batuk berkahak dan selesema


  • Pengambilan minyak ikan semasa batuk dan selesema dapat membantu untuk mencairkan kahak agar dapat dibuang dengan baik. Ianya sangat penting bagi mengelakkan kahak terkumpul di paru-paru.


9) Migraine, kebas kaki dan tangan 

  • Apabila pengaliran darah tidak lancar, kita mudah mendapat sakit kepala serta kebas kaki dan tangan . Omegaguard sangat efektif membantu untuk menggalakkan pengaliran yang lancar ke seluruh anggota badan.





10) Pelajar atau pekerja yang mahu meningkatkan daya tumpuan & fokus.

  •  Kandungan EPA & DHA di dalam Omegaguard yang tinggi cukup membantu untuk kita meningkatkan daya fikir dan menggalakkan sel-sel otak berhubung dengan baik.



Jika ada tergolong dalam 10 golongan ini, anda patut mendapatkan Omegaguard hari ini juga

Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi lanjut dan cadangan paling sesuai untuk anda.


Nur Fadhilah Yunus ( SID: 889805)
SMS/Whatsapp : 0195537657
FB : Nur Fadhilah
IG: by_fadhilah 
FB Page : Vitamagic Shoppe
Read More

Tuesday, November 14, 2017

Homestay Selesa paling dekat dengan Legoland

Sejak kami ada Annual Pass untuk Legoland,  kami mengambil keputusan untuk menggunakannya sebaik mungkin. So setiap kali ke Legoland, haruslah stay di sana sekurang-kurangnya 3 hari 2 malam. Namun disebabkan keadaan cuti encik suami yang tidak menentu dan sukar dijangka, jadi sukar nak booking Legoland hotel lebih awal untuk mendapatkan rate yang murah.

Premium Access Card


So, the next best choice adalah homestay yang berdekatan. Berdekatan maksudnya boleh jalan kaki je ke Legoland tu. So far option yang ada adalah Medini & Afinity Residency.. Maybe dalam setahun dua ni siap la bangunan kondo kat sebelah tu pulak. So, bila anak dah kepenatan nak rehat atau cuaca tidak mengizinkan..boleh balik rehat sekejap di homestay.

Biasanya kami akan booking homestay melalui AirBnB untuk mendapatkan booking confirmation yang meyakinkan. lagipun ada banyak pilihan homestay beserta gambar unit tersebut. Nak studio, nak apartment 1 atau 2 bilik.. scroll je dan pilih la mana yang disukai.

Homestay bertema Hello Kitty


Kali pertama kami stay kat sana, kami pilih homestay yang bertemakan Hello Kitty di ruang tempat tidur anak-anak. Oh, dalam bilik air pun ada kelengkapan mengikut tema Hello Kitty. Memang excited sangat si Hanis & Hanna tidur di katil mereka.

Tingkap di bilik master pun terus je dapat view Legoland. Unit yang dilengkapi aircond, bath tub, dapur yang lengkap,  TV yang besar beserta DVD player sangat memuaskan hati. Design rumah pun sangat cantik.

Master bedroom

Hall

Bilik Hello Kitty



Homestay 2 bilik & Homestay 1 bilik


Kali kedua kami kesana bersama keluarga encik suami, kami mengambil 2 unit apartment. Ramai beb, so haruslah ambil dua unit. Homestay 2 bilik tersebut tersedia mesin basuh tau. So boleh basuh baju sendiri kemudian kalau nak cepat keringkan je guna dryer di DIY laundry di bawah aparment tersebut.

Manakala di dalam homestay 1 bilik pula, tiada mesin basuh mahupun bath tub, namun tersedia tilam tambahan dan juga Sofa Bed yang selesa. Jadinya, Hanis & hanna tido je di sofa bed.. hehe.

Ketiga-tiga unit homestay tersebut adalah diuruskan oleh host yang sama iaitu Danny & Jo. Bezanya mereka dengan host lain adalah, tiada cas pembersihan dikenakan. Jimat la sikit kan.. So, sebelum kita check out mesti pastikan semua sampah dibuang di bilik sampah dan keadaan rumah dalam keadaan super kemas seperti masa check in. Senang je tu beb..

Dan bagi setiap unit, akan dapat akses ke parking di basement yang dijaga sepanjang masa oleh pakgad. Rasanya memang secure la.. InsyaAllah.

Bagi uols yang baru rasa nak cuba-cuba guna Airbnb, dun worry.. takde isu la nak kena tipu ke apa.
Boleh klik di bawah ni untuk korang mula guna ye.. siap boleh dapat credit percuma untuk first timer..

Kalau uols nak cari homestay yang berdekatan Legoland , tulis  je Legoland sebagai destinasi.. pastu pilih yang dia tulis sebagai walking distance. Dan kami sangat-sangat rekemen korang cuba unit yang dimiliki oleh Danny & Jo. Memang puas hati.

Tempah Homestay menggunakan airbnb


p.s: To Danny & Jo, should you read this.. dont forget to let us stay 1 night for free  ( hahaha)
(entry ni tak berbayar tau... sekadar pendapat peribadi semata-mata)

Makan di Medini Mall
View dari  Master Bedroom. Medini mall tu banyak kedai makan

Untuk sarapan, ada hari yang encik husband tapau roti canai dan ada juga hari yang anak-anak bangun awal dan kami breakfast di sana sebelum masuk ke Legoland. Harganya memang agak mahal sedikit la.. kalau uols rajin boleh je driver ke luar cari tempat makan lain. Kami tak rajin.. haha

Lunch takyah risau dah, memang kami makan dalam Legoland je.. itupun selalunya late lunch sebab breakfast tu kadang dah lewat, so lambat la sikit laparnya.. lagipun kami memang ada selit2 biskut (dan air kotak milo) dalam beg.. hehe. Air masak pun bawak 2 botol.. tapi bukan guna botol mineral tu tau, guna la bekas air macam Rubbermaid tu.. tu memang boleh bawak. Kami memang angkut bekas air shaklee je.. sonang

Dan untuk dinner, masa yang anak-anak tak pengsan (selepas seharian di Legoland) kami jalan-jalan cari makan. Jangan risau, tak jauh pun nak keluar dari area Nusajaya ni. Masa hari yang diorang pengsan, encik husband tapau je nasi ayam.

Kita jalan dengan kanak-kanak kan, kena la fleksibel sikit.

Jadi, diharapkan dengan sedikit perkongsian ni, boleh jimat sikit air liur den nak cerita setiap kali ada kawan yang bertanya .. wakakaka .. (gurau jek wehh) .

Almaklumlah, kita ni pun makin hari makin lupa..so bila tulis kat sini senang nak rujuk balik di masa hadapan.

Selamat bercuti ke Legoland. Serius memang best. Setakat sehari confirm tak puas.

dengan pesanan tambahan, kalau kaki korang lenguh berjalan seharian jangan lupa telan Ostematrix lebih sikit sebelum tidur.

Sukakan entry ini?
Jom share!




Read More

Tuesday, November 7, 2017

5 Sebab Penuaan Awal Kulit Wajah yang ramai tidak sedar

Penuaan atau aging adalah proses semulajadi yang memang akan berlaku pada setiap orang. Tiada siapa yang boleh menghalang penuaan daripada berlaku. Penuaan berlaku pada semua sel, tisu dan organ kita.

Apabila perubahan akibat penuaan berlaku, fungsi dalam sistem tubuh juga turut terganggu.

5 Sebab Penuaan Awal Kulit Wajah





Bila penuaan mula berlaku?

Kebiasaannya proses penuaan @aging mula berlaku ketika kita berusia 30 tahun. Namun jangan terkejut jika kita lihat tanda-tanda penuaan pada orang yang berusia 20an.

Ada orang yang berusia 63 tahun namun kelihatan seperti 40an, dan ada juga yang sebaliknya. Itulah yang dikatakan awet muda.

Pelbagai faktor dikaitkan dengan keadaan tersebut. Menurut penelitian Unilevel Research & Development Center, stress dengan kerja dan tidur yang tidak mencukupi merupakan antara penyebab utama wajah kita kelihatan 25 tahun lebih tua dari usia sebenar.

Secara umumnya ada 5 faktor paling utama dan agak biasa bagi kita

1) Stress

Selalu kita dengar orang kata " Jangan cepat marah nanti cepat tua". Mungkin kita agak pelik apa perkaitan stress dengan marah kan? Kita ingat itu hanyalah sekadar kata orang tua-tua sahaja.

Namun sebenarnya, bila kita marah dengan sepenuh perasaan, kita dalam keadaan stress. Dan stress ini la yang menyebabkan kolagen di kulit kita menjadi semakin lemah. Bila struktur kolagen kita lemah, kulit akan kehilangan keanjalan, berkedut dan tidak tegang.

2) Merokok

Kandungan nikotin dan bahan kimia lain di dalam asap rokok menyebabkan terjadinya radikal bebas . Nikotin juga membuatkan sel-sel kulit kehilangan cecair, menjadikan ia tidak mampu untuk lock kelembapan pada kulit. Bila kelembapan kulit semakin kurang, kulit akan kelihatan kusam, kering dan juga kasar.

Merokok juga boleh melambatkan proses penyembuhan luka di kulit. Jika seseorang mempunyai masalah jerawat ataupun jerawat batu, dan merokok pula, makin susah la jerawat tersebut akan hilang.

Keadaan ini juga sama bagi secondary smoker. So, jika anda mahu jerawat anda cepat baik.. jauhkan diri dari asap rokok kerana kesannya terhadap anda adalah berganda lebih teruk daripada kesan terhadap smoker itu sendiri.

Apabila seseorang merokok, pendedahan haba secara direct pada kulit secara berterusan akan menyebabkan keanjalan kulit semakin berkurangan.

Ia jugak menyebabkan  aliran oksigen ke wajah berkurangan. Aliran darah di dalam arteri dan kapilari darah menurun, dan menyebabkan sel kulit kita bermasaalah dan menjadi mati. Apabila sel bermasaalah, prestasi membran sel juga turut berkurangan dan menjadi semakin lemah. Oksigen amat diperlukan sel bagi melawan radikal bebas yang merosakkan sel kulit setiap hari.

3) Persekitaran yang kotor dan tercemar

Selain dari asap rokok, udara yang tercemar dan persekitaran yang kotor boleh menyebabkan keradangan di kulit. Amalan pembersihan kulit  amat perlu dilakukan sebaiknya terutamanya bagi yang berkulit sensitif ataupun sedang mengalami masalah jerawat.

Jika kulit tidak dibersihkan dengan baik, sangat mudah untuk kotoran terperangkap sekaligus menimbulkan pelbagai masalah kulit. Apabila kulit bermasalah diluar, ia bermaksud sel-sel kulit juga mengalami kerosakan dan menyebabkan tanda penuaan lebih jelas kelihatan.

4) Pemakanan tidak seimbang

Amat penting bagi kita untuk mengambil pemakanan seimbang setiap hari. Pengambilan makanan manis dan gula berlebihan juga boleh menyebabkan penuaan awal. Gula putih dikatakan antara penyumbang utama kepada masalah gula dalam darah yang tinggi.

Jika kita dapat mengurangkan pengambilan gula putih, kita akan mendapat kesan awet muda 5-10 tahun lebih muda. Ianya kerana makanan manis dan gula boleh menyebabkan keradangan kulit dan pengoksidaan  kulit.

Pengambilan gandum secara berlebihan juga boleh menyebabkan berlakunya Glycation, iaitu proses yang berkaitan dengan pembentukan AGE Protein. Penimbunan AGE protein boleh berlaku akibat pengambilan gandum yang terlalu banyak. Apabila AGE menimbun, ia membuatkan kita menjadi lebih tua.Sebab itulah pesakit diabetes akan kelihatan lebih tua dari usia sebenar mereka.

Makanan yang terlebih bakar atau hangit seperti satay, roti bakar, makanan berkerak juga tidak elok dimakan kerana ia mengandungi unsur karsinogen dimana ia mengandungi acrylamides yang boleh menyebabkan kanser dan mencepatkan penuaan.

5) Terdedah kepada sinar matahari

Sinar UV dari matahari  menyebabkan wajah kita lebih terdedah dengan garisan halus, kedutan dan juga pigmentasi. 

Dalam jangka panjang, pembentukan dan pengumpulan pigmen melanin yang rosak di bawah lapisan kulit ini menyebabkan wujudnya tompok-tompok gelap pada kulit wajah. Ia bermula secara perlahan-lahan atau berperingkat dan makin jelas apabila kita melepasi usia 30-an. Sebab itu jeragat atau pigmentasi ini sering dikaitkan dengan tanda- tanda penuaan walhal ia sudah pun berada di bawah lapisan kulit sejak usia remaja lagi.

Oleh itu, tidak kira sama ada kita berada di dalam bangunan atau di luar , pemakaian pelindung UV adalah suatu kemestian . Lebih muda usia kita mula memakai pelindung UV , lebih baik kesannya kepada kulit kita.

Antioksidan melambatkan penuaan

Suka atau tidak, kita tidak dapat menghentikan penuaan. Kita semua akan mengalami penuaan. Kulit akan jadi berkedut, garisan halus mula kelihatan pada wajah, kulit menjadi kendur dan kusam.

Namun kita masih boleh berusaha agar penuaan dapar diperlahankan ataupun dengan kata lain berlaku dengan lebih sihat. Caranya dengan mengurangkan atau sebaiknya mengelakkan diri daripada 5 perkara yang menyebabkan penuaan ini.

Selain itu, kita juga boleh amalkan pengambilan antioksidan seperti Vivix. Vivix mengandungi resveraterol yang mampu mengatasi kesemua keadaan yang disebutkan diatas.

Cara Vivix Membantu Menghalang Penuaan

  • Resveraterol bertindak dengan cara meningkat metabolisme badan sekaligus mempercepatkan pembakaran lemak di dalam badan. Apabila lemak berkurang, tanda-tanda penuaan juga akan semakin berkurang.
  • Resveraterol juga membantu melambatkan pembentukan AGE protein yang menyebabkan sel kulit menjadi lemah.
  • Anggur muskat yang merupakan bahan utama Vivix dapat membantu melindungi sel dan membaiki semula sel yang rosak akibat radikal bebas kesan dari 5 sebab diatas. Apabila sel kulit kembali pulih dan sihat, keanjalan kulit dapat dikembalikan.
  • Vivix bertindak dengan cara menyingkirkan toksin dan bahan cemar di dalam badan kita, sekaligus menjadikan kulit kita lebih sihat dan kurang kedutan
  • Resveraterol di dalam Vivix juga boleh membantu menurunkan kadar gula didalam darah
Kualiti Vivix yang tiada tandingan


testimoni pengguna tegar Vivix


Jom kita halang penuaan awal dengan mengamalkan pengambilan antioksidan seperti Vivix. 

Dapatkan Vivix secara online dengan membeli melalui eSell 

beli vitamin secara online
Beli Vivix Secara Online


Atau hubungi saya untuk mengetahui cara membeli Vivix dengan lebih murah! 


Nur Fadhilah Yunus ( SID: 889805)
SMS/Whatsapp : 0195537657
FB : Nur Fadhilah
IG: by_fadhilah 
FB Page : Vitamagic Shoppe
Read More

Saturday, November 4, 2017

Senaman Kempiskan Perut untuk Ibu Lepas Bersalin

Masalah perut buncit selepas bersalin di kalangan ibu agak biasa kita lihat. Bukan taknak dapatkan body anak dara yang selim, namun pelbagai cabaran dilalui semasa berpantang dan kadar metabolism badan yang makin menurun menyukarkan lagi untuk menghilangkan perut buncit.

Bila dah beranak kecil, nak ke gim atau sertai aktiviti senaman diluar mungkin agak sukar terutamanya bagi suri rumah yang 24jam tidak berpisah dengan anak.

So, apa kata cuba senaman ringkas untuk perut buncit yang sesuai dibuat dirumah tanpa perlu berjauhan dengan anak .

 


Senaman sebegini tidak perlukan masa yang lama dan pakaian sukan pun, pakai baju kita duduk di rumah pun ok.. tapi jangan la pakai baju kelawar pulak ye. Ada yang terkoyak pulak nanti .. hehe



Jika rasa sangat sibuk uruskan rumah, cuba ambil masa 5-10 minit selepas bangun pagi ataupun sebelum tidur. 

 


Ataupun, jika anda sukakan yang lebih thrills.. boleh juga ikut senaman atau aerobics di YouTube atau di TV. Ada banyak video senaman yang mudah diikuti .

 


Sebaiknya, senaman perlu dilakukan setiap hari atau sekurang-kurangnya 3kali seminggu. Kurang dari tu? Maybe tak kan dapat la result yang kita impikan..

Jika konsisten, dalam masa 3 bulan pun dah boleh nampak dan rasa badan lebih fit dan perut yang lebih kempis.

Bantu Pembakaran Lemak dengan Lecithin

Untuk menggalakkan lagi pembakaran lemak, boleh juga mengambil Lecithin sebelum bersenam. Lecithin berfungsi sebagai pengemulsi lemak. Ia menguraikan lemak kepada molekul yang kecil agar mudah dibuang.

Kandungan kolina di dalam Lecithin adalah rahsia keberkesanan lecithin dalam menguraikan lemak dan membakar kalori secara efisyen.

Maka, bila ditambah Lecithin di dalam diet harian , usaha kita untuk mendapatkan perut yang kempis akan lebih cepat.

Keistimewaan Lecithin 
Shaklee Lecithin diperbuat menggunakan sumber semula jadi daripada kacang soya.

 


Tingkatkan Metabolism dengan Cinch Tea

Apabila usia kita menginjak ke 30an, kadar metabolisme badan kita semakin menurun. Penurunan kadar metabolisme bererti tenaga kita juga makin berkurang berbanding semasa usia kita 20 tahun. Ia juga bermaksud pembakaran kalori seharian kita semakin berkurang.

Oleh itu, bagi meningkatkan lagi metabolism tubuh yang semakin menurun dan bagi meningkatkan tenaga seharian, amat digalakkan untuk mengambil Cinch tea yang merupakan campuran eksklusif teh hijau, putih dan merah, serta taurina  agar kita sentiasa segar dan cergas. 

Setiap jenis teh ini mempunyai banyak manfaat kepada kesihatan kita selain ianya yang juga antioksidan yang baik.

 


Cinch Tea sangat sedap dinikmati pada bila-bila masa, panas atau sejuk.

 

Keistimewaan Cinch Tea
Mengandungi taurina, ia dikaji secara meluas untuk meningkatkan kepekaan dan tenaga.
Pek mudah untuk satu hidangan.
Bebas gluten, tanpa tambahan pengawet, pewarna atau perasa tiruan.


Tips tambahan :
Ambil Lecithin sebelum anda memulakan aktiviti senaman atau sebelum melakukan aktiviti fizikal. Anda pasti akan bermandi peluh yang lebih banyak dari biasa. 

Jom! Mulakan rutin senaman untuk mendapatkan perut kempis seperti anak dara hari ini juga.

Dan segera dapatkan Lecithin dan Cinch Tea bagi membantu anda untuk kurus dengan lebih cepat . Hubungi saya sekarang ye.

Nur Fadhilah Yunus ( SID: 889805)
SMS/Whatsapp : 0195537657
FB : Nur Fadhilah
IG: by_fadhilah 
FB Page : Vitamagic Shoppe

Read More