Thursday, August 30, 2018

Apa Yang Kita Perlu Tahu Sebelum Pasang Implanon

Setelah lama difikirkan dan buat pertimbangan, akhirnya saya ambil keputusan untuk memasang implanon sebagai langkah pencegahan kehamilan. Walaupun dah decide tu, hati tetap gundah gulana sebenarnya. Sebab jarang orang nak bercerita detail bab ni kan?

Saya pening bab ni sejak dari 2 tahun lepas




Saya survey website LPPKN, tanya kawan-kawan sekolah, google dan sebagainya untuk ketahui what to expect.

Satu perkara yang baru saya tahu, boleh pakai implanon di Klinik Kesihatan atau Hospital Kerajaan. Tapi bukan semua klinik ada specialist tu, dan ada sesetengah tu quotanya mungkin dah habis.

Kalau nak confirmation kena bertanya ke klinik secara terus.

Akhirnya saya decide untuk buat appointment dengan Pakar O&G yang saya temui masa hamilkan Naufal. Appointment tu terus kata nak pasang implanon. Masa call tu, nurse tu dah bagi tau kos untuk implanon RM500, tambah dengan consultation fee.

Seram dengar harga tu kan.. tapi bila dicongak balik ianya sangat la berbaloi sebab boleh guna untuk 3 tahun.

Tibalah hari yang dijanjikan, saya pergi mengadap Puan Doktor . Cerita punya cerita, akhirnya decide untuk ambil injection Depo dulu.. sebabnya?

  1. Ubat dalam implanon ni sama jenis dengan suntikan Depo. Jadi elok dipastikan dahulu samada sesuai atau tidak.
  2. Dulu masa dalam pantang dah ambil suntikan Depo-Provera ni, tapi sebab masa tu belum habis nifas, so tak dapat dipastikan samada sesuai atau tidak.

Kalau tak sesuai, kena keluarkan balik implanon. Haaa kan dah rugi tu. Dah la mahal tau.

Macam mana nak tahu sesuai atau tidak pakai implanon?

Kalau period berpanjangan sehingga lebih 15 hari, itu tanda ubat tersebut tidak sesuai dengan kita

Namun kalau period normal, atau tiada period sehingga 2-3 bulan. Itu normal dan sesuai.Yes, its normal kalau kita period 2-3 bulan sekali. Tak ingat pulak macam mana nak justify.. tapi saya pernah tengok dalam video Live Dr Tan Ee Ping.

So, kalau tak sesuai dengan Depo atau Implanon macam mana?

Kita ada pilihan untuk makan pil perancang atau memasang IUCD. Menurut Dr Rosy, ianya tidaklah seseram yang selalu dicanangkan di media sosial.

Kalau nak pasang IUCD kena buat masa hari ke3 atau 4 haid. Sebab masa tu pintu rahim terbuka sedikit , so kurang la sikit rasa tak selesa nak masukkan IUCD tu.

Seandainya badan kita menunjukkan yang kita serasi dengan suntikan Depo, boleh teruskan dengan pemasangan Implanon selepas tempoh 3 bulan suntikan Depo.

Perkara Penting Sebelum Pakai Implanon


Ianya sangat penting tapi macam takde siapa yang sebut..

Pastikan kita tidak bersama dengan suami selepas haid habis sehingga hari kita memasang Implanon. Kalau nak ambil suntikan pun sama.

Masa Puan Doktor bertanya sejarah bila mula-mula datang haid selepas bersalin, bila tarikh period yang terakhir.. saya agak blur.. sebab anak dah 3, tak ingat dengan tepat setiap kejadian tu.

Paling terkejut, bila Dr tanya.. lepas dah period ni dah bersama dengan suami?

Dengan yakin saya jawab dah. Terkejut Puan Doktor sebab awal sebelum tu saya cakap saya masih belum habis period. Rupanya saya salah faham soalan, Dr tanya tentang period terbaru. kahkahkah

Hakikatnya memang tak la..   

Setelah selesai bersoal jawab, dan Doktor berpuas hati dengan pilihan kita.. so kena baring untuk scan.

Doktor nak check keadaan rahim  dan ovary untuk kepastian.  Alhamdulillah rahim dan ovari nampak sihat , dan tiada cyst.

So lepas tu dapatlah sedas injection kat punggung. Masa tu ok je lagi, lepas beberapa jam tu dah rasa agak sengal kat tempat cucuk tu. Masa nak tidur malam pun kena letak position betul-betul.. Tapi bila bangun pagi tu dah tak rasa apa dah.. hehe

Berapa harga suntikan Depo? 

Actually harga ubat tu tak mahal pun, lebih kurang RM50 je. Tapi dengan consultation fees dan lain-lain total charge jadi RM135. For me still ok lagi la. 

Effectiveness of the Depo & Implanon

Effective immediately, 99% effectiveness.. dengan syarat tak terlambat untuk next appointment selepas 12 minggu.

Kalau implanon pun sama jugak. Jaminan 99% untuk 3 tahun. Cukup masa kena keluarkan tau. Lepas tu boleh pakai yang baru ataupun tukar cara lain. 


Eh, dah terbanyak cerita pasal depo plak.. haha. Sebab dah jadi prerequisite sebelum pakai implanon kan.

Ada je orang yang tak test dengan suntikan depo sebelum pakai implanon, tapi apa yang jadi lepas tu kena redha je la.

Semoga usaha dan niat kita untuk perancangan keluarga ni dimanfaatkan sepenuhnya untuk fokus pada perkara yang penting seperti pendidikan anak-anak dan kemaslahatan hubungan suami isteri.
InsyaAllah.

Kalau nak guide lanjut kena rujuk pakar la ye, tapi kalau nak cari vitamin untuk suami isteri boleh contact saya.










About Fadh Yunus

Ibu kepada 3 orang anak. Pernah bekerja di salah sebuah syarikat Oil dan Gas selama 7 tahun dan kini memilih untuk terus berimpian dan menjadi suri rumah berpendapatan dengan Shaklee.

You Might Also Like

0 comments:

Post a Comment