My Dream House

Leave a Comment
Setiap orang pastinya punyai impian untuk punyai rumah yang mengikut citarasa sendiri kan.Saya tak mahukan rumah yang super besar seperti istana, namun cukup punyai ruang yang luas untuk setiap keperluan dengan design yang moden & minimalist. 

 
Design yang simple namun functional


Bilik tidur yang luas beserta walk in closet yang besar

Bilik yang luas buat setiap orang anak. Setiap anak dibenarkan untuk memilih tema yang disukai masing-masing. Yang penting mesti kemas sendiri.

Bilik opis sendiri yang privacy dan punyai view yang cantik. Saya suka kalau dapat sentiasa melihat kehijauan pokok-pokok semasa membuat kerja. Rasa tenang je..

Bilik solat yang selesa untuk berjemaah sekeluarga

Ruang tamu yang luas untuk menerima kunjungan sahabat dan saudara mara. Adik beradik suami ada 6 orang, saya ada 5 beradik.. so kalau nak semua datang sekali tu memang kena luas betul kan?

Dapur yang selesa dan BBQ pit untuk encik husband.  (I tak rajin masak, so dapur ni his special area ) BBQ pit boleh la letak sebelah swimming pool, baru best nak poolside party gitu kann.. haha

Design dapur pulak saya serahkan sepenuhnya pada encik husband untuk pilih kelengkapan dan warnanya.

Bilik entertainment yang canggih & selesa. Dilengkapi dengan surround sound sytem, couch yang super comfy, bilik kalis bunyi. Fuhh, lakiku mesti suka sangat ni. Dia nak bukak volume kuat camne pun suka hati la kan. Sekarang ni asyik komplen je, ada speaker tapi takleh bukak kuat-kuat sebab takut ganggu jiran.

Dilengkapi camera cctv dan juga alarm system. Walaupun kita tahu perlindungan terbaik adalah dari Allah, namun kita tetap kena berusaha untuk menjaga keselamatan yang terbaik kita mampu lakukan.

Beserta swimming pool yang tak boleh dijenguk dari luar pagar ataupun rumah jiran. Barulah saya dan anak-anak dara boleh terjun ke swimming pool tu bila-bila masa tanpa perlu pakai tudung.

Ain't it awesome? ๐Ÿ˜‰

Biiznillah.๐Ÿ˜Š
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment