Sunday, March 29, 2015

Resepi cucur jagung yang sedap dan lembut

Lama dah teringin nak buat cucur jagung ni, tapi asyik tak berkenan je tengok jagung kat pasaraya. Mujur mak ku rajin angkut jagung 5 tongkol naik bas. so pagi semalam, dapat la sarapan cucur jagung. ni versi I sendiri ye..

Selain dari waktu sarapan, cucur jagung sesuai dijadikan menu minum petang bersama suami dan anak-anak.
 
Sangat sedap dimakan semasa masih panas suam








Resepinya mudah je, kalau first time nak buat pun confirm jadik!

Bahan-bahan untuk Cucur Jagung Lembut

2 tongkol Jagung saiz sederhana ( Dihiris dan blend sebab mak I takde gigi. hihi)
2 biji Kentang ( dipotong dadu)
1 biji Bawang Besar ( saya kehabisan bawang besar, so ganti dengan 2 biji bawang kecil)
1 biji telur 
2 cawan tepung
1 cawan air sejuk peti ais
Garam secukup rasa

bancuhan tepung tidak terlalu cair atau pekat

Cara masak Cucur Jagung yang awesome

Masukkan hirisan Jagung, kentang, bawang, telur dan tepung di dalam mangkuk besar.
Gaulkan dan tambah air sedikit demi sedikit. Gaul adunan supaya sebati. Tahap kecairan bancuhan tu tak perlu terlalu cair dan tidak terlalu cair.
Kalau pekat sangat nanti keras. kalau cair jadi lembik. Kalau dah tercair, tambah je tepung sedikit ye.
Tambah garam mengikut rasa yang disukai. Rasa je sikit adunan tu masin ke tak. hihi
Panaskan minyak.
Sudukan adunan tepung ke dalam minyak panas. Api sederhana.  Kalau api kecik, nanti masuk minyak. cucur akan jadi terlalu berminyak.
Balik-balikkan cucur yang di dalam kuali. Goreng sehingga kekuningan.

Kalau menggoreng sambil ade sorang nak main air coway, sorang bukak peti ais memang colourful jadinya..hehe
Selamat mencuba!

Boleh la pekena dengan kopi atau teh o panas. Memang terangkat! haha



Masih tak kenyang? Pekena ESP la segelas. confirm kenyang sampai ke petang.



Salam hujung minggu~
Mamamyras




Read More

Thursday, March 12, 2015

Berhenti Merokok dan Jadi Awet Muda? Best gilerrr kan..

Pernah tak korang jumpa perokok tegar yang sudah berpuluh tahun menghisap rokok. Bermula sejak usia awal belasan tahun. Dari masa bercinta janji nak berhenti merokok, sudahnya sampai anak 3 pun rokok masih di tangan.  Anak pulak kerap kali sakit namun tak diketahui sebabnya dari asap rokok itu sendiri.

Nak berhenti tapi boleh ke? Boleh.


Bukan tak pernah cuba berhenti tapi keinginan untuk merokok tu terlalu kuat. Benda yang dah jadi habit selama berpuluh tahun, tentu tak mudah untuk dilupakan. Lihat bagaimana brader ni boleh berhenti dengan mudah dan jadi awet muda lagi tu..





Tips Berhenti Merokok dengan Mudah


1. Niat Kerana Allah

Allah dah haramkan perkara yang memudaratkan, rokok pun dah difatwakan haram. Bila kita niat untuk berhenti kerana Allah, InsyaAllah akan dipermudahkan.

Bagi isteri yang mahu suaminya berhenti merokok, pasang niat yang sama. Supaya imam kita menjadi suami yang lebih baik.

2. Dapatkan Sokongan dari keluarga dan rakan 

Nyatakan hasrat anda untuk berhenti merokok kepada keluarga dan rakan2. Bagi tahu mereka supaya selalu ingatkan anda. Beritahu kawan-kawan, anda mahu berhenti merokok. Cuba elakkan untuk mengikut kawan-kawan perokok semasa rehat.

3. Isteri Puji Suami 

Siapa yang tak sukakan pujian kan? Bila suami tidak merokok, tentu tiada bau busuk rokok. Berikan sedikit pujian "Wangi abang hari ni, takde bau asap rokok. Nak peluk pun best" Amacam? mesti laki lagi suka kan kan?

4. Minum Sirap Vivix

Vivix mengandungi polyphenol dan resveraterol yang dapat membantu membaiki sel yang rosak kerana rokok. Fungsi sebenar Vivix adalah untuk melawan radikal bebas yang juga anti penuaan. Sebab itu bila seseorang berjaya berhenti merokok dengan Vivix, penampilannya dan tahap kesihatan akan jadi jauh lebih baik. Sehingga hari ini ramai yang dah berjaya berhenti merokok dengan mudah dan selama-lamanya setelah mengambil Vivix.

Testimoni Berhenti Merokok dengan Sirap Vivix

Kini Suami saya bukan lagi seorang perokok
Sabar berdoa. BerusahaBerikan sokongan dan tidak putus asa beri semangat. Alhamdulillah kisi suami saya bebas dari rokok tanpa withdrawal symptom. Fizikal dia lebih sihat. Wajahnya makin kacak..he3..Memang tak nafikan, VIVIX bantu dia lepas dari rantai rokok. Tiada keinginan pada rokok..
Syukur.
Teramat bahagia dalam hati seorang isteri

Credit: Dietdietsihat

Nak Berhenti Merokok Hari Ini?

Berhenti merokok hari ini demi anak dan keluarga tersayang

Tiada isteri yang lebih bahagia bila suami tersayang bebas dari asap rokok. Jika anda betul2 tekad untuk berhenti merokok, teruskan niat anda dan dapatkan Vivix sekarang. Jika anda berada di sekitar Kuala Lumpur, saya akan COD kepada anda. Namun selainnya tetap akan dapat Vivix dengan cepat melalui courier. Sebarang masalah boleh terus rujuk pada saya di 0195537657.

Jika anda memilih untuk pembayaran melalui Kad Kredit, boleh terus klik pada link dibawah. Mudah caranya. Kemudian hubungi saya untuk dapatkan panduan khusus.


Cara beli Vivix Shaklee

Saya doakan anda berjaya menjadi bebas rokok dengan cepat dan selama-lamanya. InsyaAllah.



Salam Sayang,

Nur Fadhilah Yunus ( ID: 889805)
SMS/Whatsapp : 0195537657
FB : Nur Fadhilah
FB Page : Vitamagic Shoppe


Anda rasa artikel ini bermanfaat. Kongsikan kepada rakan-rakan dan saudara mara ye~
Read More

Seronoknya bermain di Hello Kitty Town dan The Little Big Club sampai Hanis Hanna Taknak Balik

Budak-budak mana yang tak kenal Hello Kitty? Mak budak pun sukakan Hello Kitty yang comel tu kan. Terletak di Nusajaya, Johor Bahru, Hello Kitty Town merupakan salah satu tarikan terbaru yang mesti dikunjungi jika kita mempunyai anak-anak.

Bulan lepas semasa saya membawa Hanis Hanna berjumpa daddy di Pasir Gudang, kami sempat ke Hello Kitty Town yang  berdekatan dengan Puteri Harbour. Bagi orang luar Johor, sila gunakan Waze untuk ke sana ye kerana mengikut pemerhatian saya memang tak nampak signboard. Saya beruntung kerana adik ipar saya bekerja di JB dan pernah berjalan-jalan di kawasan tersebut, jadi agak mudah bagi kami sampai ke sana. Perjalanan dari Pasir Gudang ke Hello Kitty Town mengambil masa tak sampai sejam dengan kereta dengan adanya hiway baru.

Sampai Awal


Kami Sampai di Kota Iskandar lebih kurang jam 11 pagi. Actually masa tu pun dah agak panas terik dan parking hampir penuh namun kereta masih tak putus-putus masuk ke kawasan tersebut. Kalau lambat susah sikit la nak parking. Di luar bangunan tu memang besar2  ada banner Hello Kitty. So kalau nampak tu memang tak salah tempat la kan.

Semasa saya pergi bulan lepas, kawasan sekitar masih dalam construction, jadi agak berhabuk sedikit. Sejujurnya, kurang signboard di situ. Dah sampai pun agak terkapai2 nak cari mana satu pintu masuk. Tapi sebab nampak macam ada kaunter kat dalam tu, so masuk je dan terus beli tiket.


Harga Tiket Hello Kitty Town & The Little Big Club


Saya amat menyarankan agar pengunjung membeli tiket kombo yang berharga RM85 (pemegang mykad). Harga untuk dewasa dan kanak-kanak sama. Namun yang bawah 3 tahun, percuma. So hari tu saya bayar RM216.75 setelah ditolak diskaun 15% bagi pemegang kad Miles Petron.

Untuk maklumat promosi terkini, boleh rujuk ruangan promo di website rasmi sanrio hello kitty. Antara promosi yang menarik adalah bagi pemegang boarding pass Malindo Air, boleh dapat 30% diskaun. So kalau anda ke JB dengan menaiki flight, jangan lupa bawa boarding pass tersebut ye.

Semasa di kaunter, saya bertanya berapa lama masa yang diperlukan untuk mengunjungi kedua2 tempat tersebut, pekerja tersebut memberi tahu 3 jam. Tapi rupanya tak cukup 3 jam bila membawa kanak-kanak ke situ..huhu. kami keluar dari situ pukul 5 petang. 

Aktiviti di Hello Kitty Town & The Litte Big Club

Hello Kitty Town berada di tingkat 1, manakala The Little Big Club bersesuaian dengan namanya mengambil 2 tingkat di atasnya. So kiranya TLBC tu memang lagi luas dan lebih banyak aktiviti.  HKT lebih sesuai untuk gegirl je..kalau budak lelaki rasanya tak berkenan pun nak masuk.. mujur anakku gegirl je..

Di Hello Kitty Town..

Tea Cup Ride - Cawan yang berpusing2.. Hanis takut, nangis2 taknak naik pada mulanya..dan bila dah naik tu pun nak cepat2 turun..huhu

Dream Photo Garden - tempat bergambar dengan Hello Kitty dan Daniel dan lain2. Maskot2 ni keluar pada masa2 tertentu je. Dan dengan outfit berbeza2, so bila nampak hello kitty yang kat situ, cepat2 la pergi bergambar. Saya cadangkan ambil la gambar dengan camera sendiri..sebab kalau posing berpuluh kali dengan cameraman kat tempat tu, kita kena beli gambar tu dan harganya agak mahal.

the little big club
Sekeping gambar yang diprint berharga RM35 beserta frame.
Black Wonder - Misi Menyelamatkan Hello Kitty dan Daniel. Tempatnya agak gelap, hanis nanges2 nak keluar. hadoii~ si Hanna rilek je macam takde perasaan. Bila masuk kat tempat ni, akan diberi lampu minyak tanah untuk mendapatkan clue di 5 tempat. Bila dah dapat clue, last skali bagi password di kaunter untuk print report.

Kitty House - Macam masuk rumah hello kitty, dari ruang tamu, ke dapur ke bilik air, ke bilik tidur semuanya penuh dengan barangan hello kitty.  Memang membuatkan hanis teruja kat sini. Kat dalam ni pun ada cameraman. So posing la cantik2 ye..
hello kitty house
Koleksi beg dan aksesori Hello Kitty

Purrfect Stage - Pentas Hello Kitty buat show, jadual aktiviti boleh dirujuk pada jadual yang diberikan semasa membeli tiket. Fun show tapi tak pandai nak sing along sebab tak biasa dengar lagu2 Hello Kitty..hihi. apepun hanis hanna memang fokus betul la kat situ.
pastikan tak terlepas show ye..

Wishful Studio - Buat sendiri necklace untuk dibawa balik dan ada tempat untuk mengambil gambar menggunakan costume Hello Kitty. Actually ada satu lagi ruangan untuk buat cookies tapi lama sangat nak tunggu turn, hanis hanna dah lari..hahaha

Cinnamorol Cafe - Budak2 ni kan cukup masa akan kelaparan, so ada la tempat untuk mengisi perut. Kat sini tiada makanan berat, hanya popcorn, aiskrim, biskut dan lain-lain.. Harga agak mahal sedikit.

Aiskrim yang menjadi pilihan hati
Playland - Yang ni saya tak ingat apa nama tempatnya tapi budak2 bukan main syok lagi main kat dalam ni. Basically ada floating ball, dan lain2 yang menggunakan pressure dan angin dan vacuum. memang fizik lah. Nak explain pun tak pandai. Saya tak dapat A fizik SPM dulu. hihi

Di The Little Big Club, hanis cepat je menghilang..semua benda dia nak main kecuali helicopter dan bus ride sebab dia gayat.

Angelina's Dance Studio - Kanak-kanak diberi kostume dan boleh belajar simple step untuk menari dan sebelum bersurai boleh bergambar dengan Angelina. 

Dapat bergambar tu memang suka sangat dah..



The Little Big Club's Stage - Dari masa ke masa akan ada show. Biasanya ada announcement yang show akan bermula dalam masa 15 minit, 10 minit dan 5 minit. So ramai2 akan duduk di depan stage menunggu show bermula. Kami sempat menonton Barney dan Thomas je. Masa Barney tu Hanis memang suka sangat sebab dia selalu dengar lagu2 Barney. Hanna pun bukan main lagi sama2 menari ikut rentak..walaupun tak pandai..hihi


Show sepenuhnya dalam bahasa Inggeris. Suara barney pun sama..

Barney's Yard & Barney's Playhouse - Kanak-kanak boleh membuat aktiviti sendiri di dalam playhouse atau menonton video yang sedia terpasang. Parents yang kepenatan boleh duduk di kerusi yang empuk. Saya hampir2 tertidur sebelum mengambil gambar ini semasa duduk kat bean bag. 


Tekun si Hanna menonton Barney



Bob's Can Do Crew & Bob The Builder Play Structure - Kitorang spend masa paling lama kat sini. Hanis seronok memanjat, main slide yang tinggi ( ok mama pun join main slide) haha. Hanna suka sangat dengan blocks. Bina dinding menggunakan blocks dan kemudian nanti sebelum siap ada la budak yang datang rempuh. hihi
The Little Big Club
seolah-olah jadi Bob The Builder
Pingu's Igloo - Banyak game kat dalam ni, tapi hanis hanna duduk kejap je dalam ni sebab diorg banyak tak cukup ketinggian dan besar untuk main. Lebih sesuai untuk kanak-kanak sekolah rendah.

Sodor Playground - Playground yang lebih sesuai untuk budak yang 3 tahun keatas sebab mak ayah susah nak monitor kalau yang macam hanna. Banyak memanjat2 kat sini. Tapi ada banyak sofa dan kerusi urut ogawa untuk parents berehat dan tidur. Penat kan mengikut anak-anak main . Diorang masuk kereta baru tidur.

Knapford Station Thomas Train Ride - Satu family boleh naik train. 3 kali pusing la jugak.. h

Mc Bunn Cafe - Terletak di tingkat 3, satu-satunya kafe yang menyediakan makanan berat. Sepinggan chicken chop berharga RM15, set sepinggan nasi dan lauk paprik katanya, air botol berperisa strawberi / anggur beserta  mainan Thomas pun ada dijual, tapi tak ingat pulak harga..huhu

Selain itu banyak lagi ride lain seperti bumber car yang memerlukan ketinggian minimum 110cm, helicopter dan bus ride yang hanis gayat so tak dapat la naik walaupin makngahnya teringin.. hihi

Sebelum balik jangan lupa membeli belah di souvenir shop ye.. di situlah mama kena pow CD hello kitty yang berharga RM49. Untuk mama, beli la beg comel yang hanis pun boleh guna.. dan yang wajib dibeli apabila travel adalah fridge magnet. Penuh dah fridge tu.. hihi

Disebabkan dah kenyang, so kitorang singgah la jugak Lat's Place utk jenguk2 amek gambar. Tak sangka hanis buat pose begini tanpa disuruh. Ish ish
 
Special pose by Hanis

Last but not least.. saya share lagi beberapa gambar yang sempat saya capture..

pss.. ni salah satu huruf dlm password utk selamatkan hello kitty
muka takut je dlm Black Wonder tu..


dapur Hello Kitty..geramm aihh

Bilik Tidur Hello Kitty



nampak tak bola terapung???
Di Barney's yard..


Cubaan nak jadi Bob The Builder..hihi



Berpuluh kali hanis panjat dan main slide ni


Hello Thomas!



InsyaAllah next time boleh pergi lagi, memang sesuai untuk parents yang mempunyai bayi dan lebih prefer taman indoor. Baby selesa tak berpanas, abang kakaknya boleh berlari bermain seharian kerana surau, bilik air, nappy change juga disediakan. Parents je kena bersabar mengikut anak.. huhu

Pesanan Mamamyras


Oleh kerana jumlah pengunjung yang ramai, saya amat menggalakan agar ibu bapa membuat persediaan dan memberikan extra protection kepada anak-anak. Tingkatkan sistem ketahanan tubuh agar tidak mudah mendapat jangkitan virus daripada pengunjung lain. Saya akan pastikan anak2 konsisten mengambil Chewable Vitamin C dan Minyak Ikan Omega3 bagi meningkatkan sistem imun badan seminggu sebelum pergi kemana-mana tempat yang mempunyai risiko.  Lebih baik beringat sebelum kena kan..

Untuk dapatkan Vitamin untuk kanak-kanak, boleh hubungi saya di 0195537657. Saya akan berikan penjelasan khusus cara pengambilan dan lain. Penghantaran segera ke seluruh Malaysia.

Selamat bergembira!~

Salam sayang,
Mamamyras.
Read More

Wednesday, March 4, 2015

Hilangkan Mengantuk Tanpa Kopi.. Boleh Ke?

Kopi memang sinonim dengan mengantuk, di pejabat ramai yang minum kopi sebab nak elak mengantuk dan mahu fokus dengan kerja yang menimbun. Hampir semua pejabat rasanyaada menyediakan mesin pembancuh kopi untuk staf. Memang kaw-kaw pekat kopinya.  Taknak bagi staf tidur kan..hihi

anda begini bila tiada kopi?

Dipejabat saya dulu, setiap tingkat ada pantry dan mesin kopi, namun ramai yang mencadangkan untuk membuka outlet Starbucks di tingkat bawah untuk mengurangkan masa berjalan ke outlet terdekat di Convention Centre. Rasanya staf EM lah customer tetap di outlet SB tersebut. Punya la ramai 'hantu' kopi ni kan?

Sejak bergelar siswi, saya yang sebelum tu bukan kaki kopi pun terjebak. Bila nak stay up je memang bancuh kopi, kadang kadang menjadi tapi bila badan terlalu penat lentok jugak kat buku.


atau tetap lentok walaupun dapat kopi?


Teringat ex-jiran saya ada bercerita, beliau akan bangun setiap hari jam 4 pagi dan membancuh secawan Cinch Tea supaya bertenaga nak membuat kerja dan bertahajud, walaupun selalunya hanya boleh tidur jam 12 malam kerana anak-anaknya jenis yang tidur lewat. Perkara baik harus diikut kan?

Cinch tea juga sesuai untuk mengandung yang mahu mengurangkan pengambilan kopi seperti yang dilakukan oleh Puan Maria yang cergas sokmo! Sebelum ini, beliau sukar fokus dengan kerja kerana sering mengantuk, namun ianya berubah setelah mengamalkan Cinch Tea.





Doa Menahan Mengantuk

Apabila kita berniat untuk bangun malam atau mahu menahan mengantuk semasa memandu, kita juga perlu berdoa kepada Allah. Suka untuk saya kongsikan doa yang disarankan oleh Hafiz Amri di dalam blognya iaitu sepotong Ayat Quran di dalam Ayat Qursi.


Potongan ayat tersebut berbunyi..




” LA TAKKHUDZUHU SINATUW WALA NAUM…”

(maknanya: “[DIA – ALLAH] TIDAK MENGANTUK DAN TIDAK TIDUR”)
(Sepotong ayat daripada ayat Qursi)



Melalui pengalaman saya sendiri yang mempunyai gastrik, Cinch tea tidak menyebabkan perut saya berangin. Alhamdulillah. Saya pernah terpaksa memandu pulang dari Ipoh ke KL pada pukul 11.30malam setelah seharian berkenduri di rumah emak kerana mahu mengelakkan kesesakan trafik di PLUS setelah habis cuti raya cina. Badan memang penat, namun saya perlu memaksa diri untuk pulang kerana esoknya Hanis bersekolah. Jadi sebelum bertolak, saya minum segelas Cinch Tea sejuk dan berdoa Allah permudahkan perjalanan kami.

Alhamdulillah, walaupun trafik sesak di beberapa tempat sebelum R&R namun saya sampai di rumah pada Jam 2.30 pagi. Saya pemandu yang berhemah ye..hihi

Kelebihan Cinch Tea


Diperbuat daripada campuran 4 jenis teh:-
  • Matcha Green Tea :  Sebagai metabolisme booster, fat burner dan antioksidan yang tinggi
  • Red Tea : Mengandungi polifenol iaitu antioksidan yang kuat yang mampu mencegah kanser dan agen penghalang merebaknya tumor.
  • White Tea : Juga dikenali sebagai teh hijau bayi yang mempunyai kandungan antioksida yang lebih tinggi berbanding teh hijau
  • Rooibos Red Tea : Tumbuhan unik yang berasal dari Afrika Selatan, kaya dengan sebatian polifenol-antioksidan.

Perbezaan Shaklee

  • Ditambah dengan taurina - bagi meningkatkan tenaga dan ketahanan badan
  • Pilihan alternatif terbaik bagi menggantikan kopi, soda atau manisan untuk kekal cergas
  • Tanpa gluten, tiada perisa tiruan, pewarna dan bahan pemanis
  • Zero Calorie
  • Kandungan kafein yang sangat rendah


Bagi anda yang merasa sukar untuk celik mata dan fokus tanpa kopi, anda kini mempunyai alternatif. Boleh la cuba Cinch Energy Tea Mix hari ini ye. Ia tidak mengganggu penyerapan kalsium kepada tulang. Takde la risau gigi patah atau tulang reput semasa muda ni.

Cinch Tea yang tidak mengandungi gula namun boleh membuatkan kita bertenaga dan fokus dengan kerja atau pemanduan. Memang best! Saya minum pagi tadi pukul 4 pagi, menyiapkan kerja, uruskan anak ke tadika, pos ESP 6 botol, lunch kat beli barang anak kat luar dan sehingga pukul 9 malam ni belum sempat lagi nak lelap dan rasa macam banyak energy lagi. hihi.

Bagaimana Nak Dapatkan Cinch Tea?


Mudah je..Whatsapp saya( Ilah) di 0195537657.  Jika anda berada di sekitar KL, InsyaAllah saya akan hantarkan kepada anda. Jika diluar KL, usah risau.. Poslaju kan ada.. Pos hari ini, esok sampai :)


Salam Sayang,

Nur Fadhilah Yunus ( ID: 889805)
SMS/Whatsapp : 0195537657
FB : Nur Fadhilah
FB Page : Vitamagic Shoppe
Read More