Friday, September 26, 2014

Tips Mudah Membaca Al-Kahfi

Assalamualaikum dan Salam Jumaat.


Adakah anda terasa payah nak habiskan bacaan Surah Al Kahfi? Apa kata cuba tips mudah ini. Mudah-mudahan kita diberi kesempatan untuk melazimi Al-Kahfi setiap hari Jumaat.

Kelebihan membaca alkahfi pada hari jumaat

Terima kasih kepada seorang sahabat yang share tips ini. 

Apa kelebihan membaca Al-Kahfi pada hari Jumaat?


Berikut adalah beberapa hadith mengenai kelebihan membaca Al Kahfi pada hari Jumaat



 Imam Ahmad berkata :”Daripada Abi Darda’ daripada Nabi SAW, baginda telah bersabda: “Sesiapa menghafaz sepuluh ayat daripadanya permulaan surah al-Kahfi,maka terhindar daripada Al-Dajjal.”
 [ Riwayat Muslim,Abu Daud,Al-Nasa'i,Al-Tarmizi daripada Qatadah ]


Imam Ahmad berkata : ”Daripada Abi Al-Darda’i, Nabi SAW bersabda : “Sesiapa membaca sepuluh ayat akhir daripada surah Al-Kahfi,maka terhindar daripada fitnah Al-Dajjal.”
 [ Hadis Riwayat Muslim dan Al-Nasa'i ]


Daripada Muaz Ibnu Anas Al Juhani daripada bapanya daripada Nabi SAW bersabda : ”Sesiapa membaca awal dan surah Al-Kahfi, maka jadilah baginya cahaya daripada kepala hingga kakinya dan sesiapa yg membaca keseluruhannya,maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi.”
 [ Hadis Riwayat Ahmad ]


Daripada Umar berkata: Nabi SAW telah bersabda : ”Sesiapa yg membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Utknya cahaya dihari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat.”
 [ Hadis Riwayat Ibnu Katsir]



Daripada Abi Said Al Khudri berkata:”Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka dihamparkan utknya daripada cahaya antara dia dan bait Al Atiqa.”
 [ Hadis Riwayat Ibnu Katsir]
 
Daripada Mandhur Ibnu Zaid, Khalid Al-Juhani dari Ibnu Al-Hussien dari bapanya daripada Ali Marfu’an:”Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat,maka dia dihindari daripada fitnah selama lapan hari,dan jika Al- Dajjal muncul,maka terhindar dia daripadanya.”
 [ Hadis Riwayat Ibnu Katsir]

Daripada syukbah daripada Abi Hashim dgn isnadnya.sesungguhnya Nabi SAW bersabda : ”Sesiapa membaca surah Al-Kahfi sebagaimana ia diturunkan,jadilah cahaya utknya dihari kiamat.”
 [ Hadis Riwayat Ibnu Katsir]

About Fadh Yunus

Ibu kepada 3 orang anak. Pernah bekerja di salah sebuah syarikat Oil dan Gas selama 7 tahun dan kini memilih untuk terus berimpian dan menjadi suri rumah berpendapatan dengan Shaklee.

You Might Also Like

2 comments:

  1. Alhamdulillah.. tq for sharing kak, moga bermanfaat kepada kita semua in shaa Allah :)

    ReplyDelete