Friday, September 26, 2014

Saya berjaya VBAC! 6 tips mudah yang saya amalkan


Pengalaman bersalin anak pertama memang hampir membuat saya trauma, saya memang tidak bersedia untuk kena ceaser apatah lah lagi emergency ceaser. Tanpa saya ketahui itu lah akibatnya bila tak cukup knowledge dan terlalu percayakan Puan Gynae.

Saya terpaksa melalui Emergency C-Sect sebab slow progress. Doktor membuat keputusan untuk ceaser kerana air ketuban sudah pecah hampir 24 jam, saya demam sedikit dan saya baru ( sudah) 5-6cm dilated. Doktor tidak mahu mengambil risiko. Ok, tapi sejujurnya saya rasa doktor itu tidak mahu tunggu kerana jam dah pukul 9 malam. Dengan perasaan sangat sedih, setelah mohon untuk berbincang terlebih dahulu.. barulah saya tandatangan borang persetujuan pembedahan.

1 tahun 2 bulan selepas itu...

Selepas saya disahkan hamil anak kedua, saya nekad saya mahu bersalin secara natural. Minimal intervention, dan mungkin di rumah jika tak jumpa gynae yang supportive. Alhamdulillah, Allah Maha Mendengar, walaupun pada mulanya saya membuat monthly checkup di PCMC dan segalanya ok termasuklah HB, sugar level, kenaikan berat dan sebagainya. Doktor pada mulanya mengatakan saya boleh VBAC , namun ketika minggu 28 dan 30, beliau terus menyatakan keputusan untuk ceaser sekiranya kandungan saya tetap songsang .

Setelah mendapatkan nasihat beberapa orang yang lebih arif mengenai VBAC, saya terus membuat appointment dengan Dr Noor Fidak di Pusrawi. Ternyata beliau lebih terbuka dengan birth plan saya dan bersedia untuk membantu saya VBAC sehingga ke saat terakhir.

Jom saya kongsikan TIPS untuk VBAC


Cari Pakar O&G yang betul-betul memahami dan menyokong VBAC

Pakar O&G yang menyokong  VBAC tidak akan mudah atau cepat mencadangkan anda dibedah melainkan benar-benar perlu.Doktor ini akan biasanya akan ber setuju untuk minimal intervention, tak kisah tunggu walaupun anda overdue namun masih sihat. Sekiranya beliau tidak bersetuju dengan birth plan anda, lebih baik anda angkat kaki dan cari pakar O&G lain.


Gali ilmu mengenai proses kelahiran

 Ilmu tentang proses kelahiran ini selalunya jarang didalami. Kebanyakan bakal ibu lebih fokus untuk belajar mengenai Breastfeeding berbanding proses kelahiran. 

  •  teknik bernafas dengan betul ( ini saya tetap failed . hehe)
  •  cara kurangkan rasa sakit contraction (hot shower, berendam dalam pool, massage)
  •  cara natural utk cepatkan bersalin
  •  birth position yang betul
  •  join group yang support vbac seperti ICAN , GBG di Facebook 
  •  Berkawan dengan ibu-ibu yang berjaya VBAC
  •  Banyakkan membaca cerita ibu yang berjaya VBAC
Birth position yang perlu dielakkan jika anda cuba VBAC

Minum Raspberry Leaf Tea


Banyak sebenarnya kebaikan RLT ini. Ia membantu anda bersalin dgn mudah, anda perlu mula minum 1 cawan setiap hari bermula dari minggu ke 32. Jika anda penggemar teh hijau, anda tiada masalah untuk minum RLT setiap hari. 

Ini adalah bungkusan RLT yang dibeli di Justlife di Gardens, MidValley. Ianya daun rasberi kering yang loose  dan anda boleh agak sendiri banyak mana untuk dibancuh. 

Ada juga yang dijual dalam bentuk uncang yang boleh terus direndam.  Anda boleh dapatkannya di Malaysia Raspberry Tea Leaf Namun anda perlu berhati-hati agar tidak terbeli Teh Berperisa Rasberi ye. Kerana itu hanya mempunyai tambahan perisa. 

Raspberry Tea Leaf dibeli di Justlife

Rawatan dari Chiropractor

Dapatkan rawatan dari chiropractor yang khusus untuk ibu hamil. Saya mencadangkan Dr Twink Lim di Bangsar Chiropractor yang mahir dalam memberikan rawatan kepada ibu mengandung. Antara rawatan yang diberikan adalah membetulkan urat dan saraf bagi memastikan signal yg diberikan otak diterima oleh rahim dan vagina semasa proses bersalin.( ini bahasa mudah saya bercerita) sekaligus mengelakkan poor progress.

 Massage di tempat luka pembedahan

Luka pembedahan lama..boleh menyebabkan anda dibedah lagi kerana bahagian tersebut telah mati @ stiff. Ia menyebabkan message / signal dari otak tidak dapat disampaikan dengan baik agar sistem peranakan bersedia untuk mengeluarkan bayi.

Cara mudah yang boleh diamalkan adalah dengan membuat urutan tempat luka czer secara membulat ( circular motion)  dengan menggunakan ibu jari dari satu hujung ke hujung lain bagi melembutkan bahagian tersebut. Jika anda perasan, tempat czer itu agak keras/ stiff kan? Dengan melakukan urutan 5-10 minit setiap hari, ia akan kembali kepada keadaan sedia kala, kecuali masih kelihatan segaris parut.

Amalkan suplemen semulajadi

Kedua-dua gynae yang saya jumpa amat bersetuju dengan vitamin yang saya amalkan tanpa saya ambil walau sebiji vitamin dari hospital.
Sepanjang mengandung , saya amalkan Set Hamil Shaklee berserta ESP untuk memberi tenaga dan bekalan nutrisi yang mencukupi untuk bayi dan ibu sepanjang hari.
Alhamdulillah , ternyata ESP membantu mengawal kadar gula di dalam darah. Walaupun hampir setiap hari saya mengambil sarapan berkalori dan bergula tinggi, bayi saya tidak terlalu besar dan  saya tidak mendapat GDM.

Sepanjang tempoh kehamilan juga saya tidak pernah mengalami cramp / kekejangan di waktu malam. Jika dahulu saya sering merasa pedih ulu hati dan perlu tidur secara duduk semasa trimester ketiga, alhamdulillah saya dapat tidur dengan selesa sehingga ke hari bersalin sepanjang kehamilan kedua.

Lebih bermakna, saya masih bertenaga untuk bercuti ke Gold Coast selama 5 hari bersama makcik dan sepupu saya dan juga Hanis semasa kandungan mencecah 6 bulan. Kami tidak menyewa kereta namun hanya menggunakan bas untuk bergerak dari satu tempat ke tempat lain.

Tak kurang hebatnya akak ni..pregnant pun bole panjat Candi Borobodur.. hihi




Pengambilan vitamin semulajadi juga adalah permulaan bagi tumbesaran bayi yang sihat dan bijak.
Pastinya semua ibu bapa mahukan anak yang sihat dan bijak kan?

Jika anda betul-betul berhasrat untuk VBAC, saya amat mencadangkan pengambilan vitamin dari sumber semulajadi bagi membekalkan keperluan vitamin harian ibu mengandung. Hubungi saya segera di 0195537657 untuk dapatkan vitamin anda hari ini juga.

Bila badan sihat, InsyaAllah mudah untuk bersalin secara semulajadi.


Nak beli Shaklee dengan kad kredit/debit ? 

Klik di bawah dan anda boleh membeli melalui sistem eSell.
Pastikan anda menghubungi saya untuk mendapatkan panduan cara makan vitamin yang betul.

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=2da25054a079d631e04b67bb7d7b5bd6

Nak beli Shaklee dengan harga yang murah? 

Jom daftar keahlian! Hanya RM 65 (+ RM 10 untuk pos kit keahlian) untuk keahlian seumur hidup. Anda akan menikmati penjimatan 15%-30% apabila membeli dengan harga ahli.


Salam Sayang,

Nur Fadhilah Yunus ( ID: 889805)
SMS/Whatsapp : 0195537657
FB : Nur Fadhilah
FB Page : Vitamagic Shoppe


 Kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan dan saudara mara jika anda rasakan ianya bermanfaat. Mereka mungkin akan berterima kasih kepada anda.
About Fadh Yunus

Ibu kepada 3 orang anak. Pernah bekerja di salah sebuah syarikat Oil dan Gas selama 7 tahun dan kini memilih untuk terus berimpian dan menjadi suri rumah berpendapatan dengan Shaklee.

You Might Also Like

3 comments: