Yuran Brainy Bunch 2016

36 comments
Mahal ke yuran tadika Brainy Bunch yang gah dengan namanya BrainyBunch International Montessory? Tahap antarabangsa dah tu namanya kan? Bagi kita golongan sederhana pastinya rasa takut dan langsung tak nak masukkan Brainy Bunch ni dalam senarai pendek tadika untuk anak-anak..

Usah risau, dulu saya fikir macam tu jugak.. siap masa kat opis dulu , bila seorang supervisor tu bagi tau anak dia masuk Brainy Bunch, kawan-kawan lain ni trus buat ayat kagum. " Wooo! Brainy Bunch.. power aahh ko! Anak aku tadika biasa-biasa dekat umah je.. "

Ehem.. jika di KL atau lembah kelang, tadika biasa-biasa tu pun kebanyakannya yuran mencecah 300 ringgit juga. So, nanti boleh buat kira-kira semula ye... 

Bagi saya, kelebihan Brainy Bunch ni ada beberapa berbanding dengan yang lain..

1. Menggunakan kaedah montessori.
2. English Medium.
3. Islamic education. 
4. Bukan franchise. Segala yuran dibayar terus kepada akaun HQ Brainy Bunch, guru-guru dilatih dan terlatih mengikut standard yang sama. Kalau ada problem atau komplen pun boleh terus direct pada HQ.
5. Sistem yang tersusun dan sistematik
5. Makanan yang disediakan halal dan disediakan sendiri oleh chef

Ada banyak tadika lain yang juga mempunyai 2-3 kelebihan yang sama, namun saya belum jumpa tadika yang mempunyai yang mempunyai kesemua kelebihan ini. Kalau ada mohon share juga ye..



Ok, untuk yuran @ Fee Structure untuk tadika Brainy Bunch di seluruh Malaysia, boleh rujuk gambar kat bawah. Basically lebih kurang sama je dengan yuran tahun lepas. Cuma ada tambahan Monthly Donation untuk Tabung Kemanusiaan Syria dan Gaza. Itu pun termasuk dalam kategori optional.

Tak kira samada anak kita tu kategori playhouse ( 2-3 tahun) atau preschool ( 4-6 tahun) , yurannya sama je tau. 

Yuran Brainy Bunch International Montessory 2016
Jom kira yuran yang wajib dulu.. untuk dibayar semasa pendaftaran

Annual Registration : RM600 
Yuran Bulanan : RM330 ( Regular Program) di Type B Campus
Material ( Term 1) : RM370
Little Scientist ( Term 1) : RM150 

Jumlah : RM1450

Kalau anak korang baru nak register BBIM, kena la beli baju kan.. Beg tu takyah la, guna je beg yang ada atau beli la ikut design yang anak-anak suka.

Gala Uniform : RM50
Sports Uniform : RM50

 Jumlah : RM1550

Untuk yuran aktiviti lain, bila nak join nanti baru bayar pun ok..Macam tahun 2015 ni, Hanis cuma join sukan, field trip dan graduation je. Hanna pulak, sebabkan dia enroll dah tengah tahun.. so dia cuma join graduation day je.. Field trip hanya untuk anak-anak 4,5 dan 6 tahun.

Dan jika korang rasa nak bagi anak-anak join taekwondo ataupun belajar Mandarin ( tak semua kampus ada ni), boleh la bayar yuran tambahan tu.

Hari tu masa saya berbincang dengan Branch Manager Kampus Seremban 2, baru saya tahu yang bagi student yang dalam program Star dan Full Day, tak perlu bayar lebih untuk taekwondo. kiranya dah include sekali la.

Apa beza Regular, Star dan Full Day Programme?


Regular : 8 pagi - 12 tengah hari ( morning snack)
Star : 8 pagi -3 petang ( morning snack, lunch)
Full Day : 8 pagi - 6.30 petang ( morning snack, lunch, tak sure ada minum ptg ke tak)

Jika korang pilih untuk program Star atau Full Day, boleh je hantar anak-anak seawal 7.30 pagi.

Untuk detail aktiviti sepanjang hari, eloklah berbincang face-to-face dengan branch manager di kampus terdekat.

Apa beza Type A dan Type B


Sejujurnya saya sendiri pun tak pasti.. haha.. asyik lupa je nak tanya apa beza 2 ni. Cuma yang pernah diberitahu, Type A ni kategori Elite. Apa maksud elite tu saya tak sure.  

Update: Type A atau B tu dikelaskan mengikut kadar sewa tempat tersebut.
Maka, sebenarnya tak betul la yang dikatakan kampus elite tu ye.  

Dulu saya ingatkan kalau type A tu lot rumah, type B tu lot kedai.. rupanya salah.. hehe

Tahun 2015, Hanis dan Hanna belajar di kampus Pandan Indah. Dari pemerhatian saya, diorang ni memang suka sangat pergi school. Banyak aktiviti kot.. tu yang best. Kawan-kawan pun ramai.

Untuk tahun depan, InsyaAllah diorang akan sambung lagi di BBIM namun di kampus Seremban 2.
Dulu kampus Seremban 2 ni kat lot kedai, dalam cuti sekolah ni baru berpindah ke Saujana Tropika, S2 Heights. Kalau korang lalu kat jalan  dari tol Seremban menghala ke Sendayan / Enstek , boleh nampak je rumah warna kuning ni kat atas bukit tepi jalan belah kiri. Lepas tu pandai-pandai la guna sense of direction untuk ke sana ye.. haha. Sori sori.. ikut je signboard Saujana Tropika, lepas tu rasanya senang je nak cari.


Lokasi baru Kampus Brainy Bunch Seremban 2


Diharapkan dengan sedikit penjelasan ni, lebih mudah untuk korang buat pertimbangan ye..
Kalau dah nekad nak pilih Brainy Bunch sebagai tadika  untuk anak korang, cepat-cepat telefon kampus terdekat tu ye. Sebab saya dengar ada yang dah full..

Ok bai!~

Feel free to share with your friends and families ya~

-Mamamyras-



Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

36 comments:

  1. Untuk yg ada niat nk hantar anak ke bbim. Mohon pikir 1000000 kali..indah khabar dari rupa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. SETUJU. ANAK SAYA DULU PERGI SEKOLAH TADIKA CINA DI CHERAS, ELOK TERJAGA MAKAN MINUM, DISIPLIN, MINUM AIR KERAP,SEKOLAH BERSIH, MASING-MASING IBU BAPA KENA BELIKAN COT SUPAYA ANAK TAK BERCAMPUR GUNA COT ORANG LAIN ( HYGIENINC) CIKGU-CIKGU NYA VERY ATTENTIVE DAN MOTHERLY,KALAU PERGI SCHOOL VISIT, TAK BAWAK BUDAK RAMAI-RAMAI SANGAT. PALING RAMAI PON DALAM 25 ORANG BUDAK JE. ANAK SAYA JARANG SAKIT MASA PERGI TADIKA TU. TAPI BILA PINDAH RUMAH, TERPAKSA HANTAR BRAINY BUNCH AMPANG POINT, BUDAK2 RAMAI SANGAT, TADIKA SESAK, BUDAK2 TAK MINUM KE APA PON TAK PERASAN, BOTOL AIR BAWA SELALU TAK JUMPA, BAWA TUPPERWARE MAKAN PON SELALU HILANG. SEJAK MASUK BULAN JAN 2016 HINGGA JULY 2016ANAK-ANAK SAYA DAH 8 KALI DEMAM. DAPAT HFMD, DAPAT FUNGAL INFECTION ( SHARE COT), BAWA AIR, AIR TAK LUAK, KADANG2 TAK SUSU( ANAK TERTINGGAL KAN BOTOL SUSU DALAM KERETA DAN AUNTIE LANGSUNG TAK CONTACT TANYA MANA PERGI BOTOL SUSU).. BILA BUAT EVENT SUKA LA CAMPUR DENGAN CAWANGAN LAIN SAMPAI KAN DAH TAK TERKAWAL, TERMASUK LA MASA SUKAN DAN THE MOST PROUD EVENT- KIDZANIA VISIT. DAH RUPA CIRCUS PON ADA. BUDAK2 TAK TERKAWAL, MAK BAPAK ANXIOUS NAK TENGOK ANAK NAIK BAS, BUDAK YANG FULL DAY PON CIKGU/ AUNTIE TAK PERASAN IKUT MAK NYA BALIK!!.. AND THE LIST GOES ON... HAIH.. SEKARANG TENGAH CARI KINDY LAIN YANG BOLEH OFFER TRANSIT/DAYCARE TAPI TAK CROWDED MACAM BB AMPANG POINT

      Delete
    2. Tak dinafikan setiap kita punyai pendapat dan pengalaman sendiri. Kita bebas memilih Taska & tadika terbaik untuk anak2. Risiko untuk mendapat jangkitan HFMD, demam , selsema tu of Sy bukan salah pihak tadika, selalunya ibu bapa yang mengambil kesempatan menghantar anak yang tak sihat ke tadika. Sy rasa jika Puan Ada tak puas hati dengan BBIM, elok Puan terus ajukan pd pihak pengurusan supaya diorg boleh ambil tindakan sewajarnya. Dulu Sy pernah bg feedback psl byk sgt junk food Yg anak2 Sy dpt masa birthday party kwn2 yang diadakan setiap minggu. Alhamdulillah Sy tengok tahun ni, ada perubahan walaupun masih Ada ibu bapa yang bekalkan junk food Dlm goodie bag birthday anak mereka. So, apa Yg Sy boleh buat.. Sy bg tau anak2 Sy Yg candy & jajan tu tak elok utk otak. Dan mereka menerimanya dengan baik .
      So, Sy rasa kalau Puan rasa branch tu terlalu crowded, maybe Puan boleh tukarkan ke branch lain atau tadika lain Ikut keselesaan Puan.

      Delete
    3. Ye.anak saya pun sama.
      Air saya isi dari rumah tak habis.
      Kata cikgunya,kami beri minum ikut masa.
      Bagi saya,air masak perlu beri minum bila mereka perlu kecuali kalau makan berat,minum milo ke apa,baru ikut masa jadual.
      Nonsense jawapan dari cikgunya..
      Betul apa anonymous ni ckp,fikir banyak kali,sy sebab berpengalaman hantar anak ke sana dan mungkin expectation saya terlalu tinggi,tapi tak ada lah tinggi,saya tekankan dari segi hygiene,communication and personal skills.. Tetapi brainy bunch xdapat beri apa yg sy mahu.harga mahal saja.

      Delete
    4. Dan,
      Satu hari tu,kami saja nak test security brainy bunch.guess what, dorang xpernah verify sape yg boleh ambil anak2..

      Masa ambil anak,sesiapa je boleh ambil anak.maksudnya,haritu saya ke bb sungai buloh nak ambil anak sedara, cikgu sana main bagi je anak sdare tu tanpa call mak sedara saya untuk beritahu saya dah amek anak dia.mak sedara sy ckp 2x dh berlaku,haritu suami dia ambil anak xberitahu dia,dia plak baru balik keje terus ke brainy bunch,cikgu kata,suami akak dh dtg ambil..tengok.ini bukan rekaan.tlg tekankan hal ni bila htr anak ke sana.
      Tsb sg buloh tu byk kes rompak kt tingkat bawah tu.
      Kalau orang yang datang culik or rompak macamana? Nauzubillah..
      Saya minta jauh perkara begini berlaku pada anak2,

      Delete
  2. Sedang pertimbangkan. Tp yg dikatakan oleh parent anonymous ni kenapa ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. so far sy hantar anak sy kat bbim shah alam xd masalah..awal 3tahun (playhouse)..alhamdulillah anak sy xd masalah pergi ke sekolah...dia seronok dan enjoy..communication skill dia skarng pun makin baik...peramah..alhamdulillah bibir dia xlekang dari bzikir..banyak doa yang dia dah hafal..makin berdisiplin.. sgt helpful..alhamdulillah..syukur sgt2 mmg banyak perubahan..tq aunty's bbim shah alam..

      Delete
    2. Sy perasan perkara yang sama jugak. Anak Sy Yg baru 3 tahun tu suka sgt berzikir mcm menyanyi je.

      Delete
  3. Sedang pertimbangkan. Tp yg dikatakan oleh parent anonymous ni kenapa ye?

    ReplyDelete
  4. Kalau mencari tadika di Seremban 2, jgn lupa but perbandingan dengan tadika krista. Muridnya ramai excel di sekolah rendah. Sy Tanya guru sekolah rendah di sks2a dn mereka recommend krista. Sy hantar anak disini. Just sharing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Krista juga pernah saya pertimbangkan. Cuma Sy mengambil saranan Emak Sy supaya ada pendidikan agama yang diterapkan sekali kerana tempoh usia inilah masa terbaik untuk mendidik mereka. Dan InsyaAllah akademik juga menyusul.

      Delete
    2. Saya pergi krista s2 baru2 ini dan Tanya ttg pengajian agame di sini.Alhamdulillah. mereka offer dua2. Akademik dn agama. Elok berjumpa dgn pengetuanya. Sy akan daftAR anak di sini

      Delete
  5. Thanks for your info! Barakallah

    ReplyDelete
  6. Bole cuba Albaghdadi playtime center. Byk branch jugak. Yuran berpatutan. Ikut lokasi ctr. Ada akademik dan islamik. Anak2 boleh khatam AlQuran sebelum masuk sekolah. So da jimat yuran antar gi kafa sbb kat situ pun ajar fardu ain. Yg bestnye bacaan dlm solat tu hafal kalah budak sekolah menengah kadang2. Ada hafazan surah pas tu tahu ayat tu turun kat mana surah ke berapa dll. Sbg alternatif kpd parents yg cari tadika islam yg seimbang akademik n diniyah. Bukan montesori tapi yuran da msk bahasa arab.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas saranan Puan. InsyaAllah boleh saya tgk2 nanti jika Ada yang berdekatan . ๐Ÿ˜Š

      Delete
  7. Assalamualikum, saya terbaca review pasal BBIM. Saya dah pon enroll untuk anak saya next year. Tapi start Januari lah. Kira umur masa tu 1 tahun 10 bulan. Huuuuu...insyaAllah saya tawakal dan redha..thanks ya bagi review bagus camni..cuma apa apa pon setiap tadika mana mana pon akan ada positif negatif. Just harapkan yang baik2 jela untuk anak kite..

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju dengan puan. semoga pilihan kita adalah yang terbaik buat anak-anak. jika ada sebarang isu, eloklah disuarakan terus kepada pihak berkenaan.

      Delete
  8. Sebenarnya brainy bunch ni,bkn kate xelok,dia ikut branch,kalau ikut cikgu baik,baik la kalau cikgu tahu nk handle kids,maka berbaloi la bayarannya..brainy bunch ni jenama je.ramai kawan anak sy studi tadika biasa,anak dorg byk improvement..

    Haritu nk htr anak kt brainy bunch,transit satu hari rm30,tp kalau kite dh registered anak,ot selepas 12.30nn adalah rm10 per hour.what the heck!
    Lg mahal dia caj existing students utk ot.

    Pengalaman sy htr anak ke brainy bunch secara transit(unregistered student), anak sy tkot dgn teqcher,even transit for 2 weeks,tetap dia nangis xmo dgn sorg teacher ni,cikgu kate anak makan byk,tp anak sy kebulur balik rumah..anak sy happy at school it just he wasn't happy with the teacher dan lepas htr ke bb,few perangai dia sy kenal pasti,suka pukul org,masukkan duit dan benda kcik dlm tlinga,dlm mulut dia atau mulut org.so benda2 ni merisaukan sy sbnrnya.

    For me,kalau korang dok putrajaya,kota dsara,kl sentral,bangsar,situ branch mungkin bagus,kalau luar dr kaw tu...hmm...entahla..ni according to my frens yg htr bangsar,situ cikgu pon reti ckp english.

    Positifkan jela kalau dh register anak
    Brainy bunch kt sg buloh ni,dorg xbg ibubapa dtg visit during school hours,maksudnya for new parents yg planning nak enrol anak di bb,blh visit after 1pm,pelikkan.kite as a parent wondering what our kid will doing at the school,the activities and all that.why tadika lain blh buat mcm tu,why bb xblh.

    Sy ni fikir banyak kali nk enrol anak kt tadika tdekat,
    Ikutkan ati nk htr international school je,sbb dh thu outcomes study sana,
    Tp sbb anak bru 2thn lebih,kena htr tadika biasa dlu la.
    Selepas dicatur dipilih,brainy bunch ni xjadi la kot tmbh2 area sini.

    Konklusinya,brainy bunch ni sekadar brand.kalau nk htr anak ke bb,htr ditempat sy mentioned diatas baru korang thu kualiti nya setanding dgn bayaran.sbb kebanyakkan centre bb lain semua indah khabar dari rupA,english pon ��������cuma hrpkan manager je reti ckp english.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq for your feedback. cuma kalau nak kata sekadar brand, tadika lain yang guna kaedah franchise lagi tak terjaga kualitinya. sekadar meminjam nama & sistem, pengurusan ikut pada pemilik tadika itu sendiri. dan saya akui setiap branch punyai kualiti guru yang berbezA seperti mana semua sekolah di dunia.

      Delete
  9. Waaa...baru ingat nak hantar Jasmine ke BB Ampang Point, demam 8 kali dlm tempoh 6 bulan dan macam2 lagi?? Haishh..trauma kembali...T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. pilihlah yang bersesuaian dengan anak wani. ada budak punyai sistem imun kuat. budak lain abes demam pun, dia ok je. branch ampang point mmg ramai student jadi risiko untuk dapat jangkitan tu mayble lebih la bagi anak anak yang punyai sistem imun rendah. di branch S2, jumlah student 50 orang je. Alhamdulillah so far diorang takde demam atau kena apa2 jangkitan dari kawan2 lain. kalau diorang tak sihat pun, kita jaga kat rumah sampai betul2 sihat baru hantar ke tadika.

      Delete
  10. testimonial dari parents yang hantar anak ke bbim desa pandan ada x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. salam...puan dah antar ank ke bbim desa pandan ke? bole share x mcm mana perkembangan ank puan? tahun depan ank saya dah masuk 5 tahun. igt mcm nk antar ank ke bbim desa pandan je sbb dekat sangat ngan rumah sy di blok G kat situ :)..
      thanks ye..

      Delete
    3. wsalam. dulu saya hantar anak saya ke BBIM pandan indah. tapi sekarang ni dah pindah ke seremban 2 sebab kami dah berpindah

      Delete
  11. salam..saya hantar anak di bb putrajaya dri umur dia 2 taun sehinga sekrag nak masuk 5 tahun..saya rase keputusan saya tepat..anak perempuan saya bole bercakap english asas..matematik..bacaan al quran..solat..membaca..kesemua keperluan asas anak di jaga dengan baik..setiap hujung tahun ade convo yang perlu dihadiri oleh saya n isteri..anak biasaye participate dlm aktiviti konvo tersebut..saya kira ini adalah usaha guru yang anak saya pangil aunty menerapkan konsep montesori atau fun learning...so far 750 sebulan sgt berbaloi dengan pendidikan yang anak saya dpt..alhamdulilah

    ReplyDelete
  12. good sharing.
    kadang memang brand gah tapi outcome negetif. tapi bukan semua.bergantung kepada tenaga pengajar handle pelajar. di taman cempaka ampang ada 1 tadika 550 pembelajaran al quran. kalau tengok feedback dr parents & perkembangan anak2 sgt menarik mghafaz ayat al quran. tadika nie rumah bawah. baru beroperasi bulan ogos tapi result studnt ostanding. boleh tengok di fb APC Taman Cempaka Ampang.
    Masih boleh survey lagi.

    ReplyDelete
  13. Salam...sy seorg parent yg from kl city centre.. dipindahkan ke manjung,perak... totally outback...nak cari taska yg elok pun jadi masaalah. Mujur ada brainy bunch 1 buka di sini. I have never had any problems with my son. He's always into religious stories and mulut x pernah lekang dari membaca ayat2 lazim. He is even taught to solat... membaca... menghafal..and practical skills. Truly awesome stuff. Even teachers juga...tersangat2 ramah..penyayang..they look at kids a s leaders..not just assets for them to get income. Conclusion is .. franchise or not..totally depends on the teachers. If cikgu ok..maka ok... if tidak ok...hmmm...

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Jokes. Let me tell you, my son was treated badly by few teachers just because he has autism. And yet they tell people that they can handle for mild autism. Dont simply say you can handle autism if you dont even have legal cert in autism. To handle and to really teach autism kids are two different things. Dear parents, please think. Where do you want to go actually. Learn. Ask the experts about what a child should learn during 0-7 years. Tx

      Delete
  14. Saya rasa kita pelru fikirkan semula kenapa ibu bapa perlu meletakkan tanggungjawab mendidik dan mengasuh anak dalam islam kepada sekolah. Hafalan surah dan doa? Pasti abim pun ada. Anak anak beka kita ke akhirat. Jangan sama nilaikan kualiti dengan duit. RM 750 berbaloi. Sekolah hanya support system. Memang kita dah akhir zaman - agama dipergunakan sebagai produk. Tolong lah fikir balik. Pilihan awak untuk hantar ke mana mana sekolah yang awak mampu. Tapi jangan mengangkat sesuatu institusi hingga ke tahap "anak saya berjaya hafal doa ini surah itu ini". Semuanya atas izin Allah. Hati berbolak balik. Iman turun naik. Fikir fikirkan. Sekadar pendapat saya, ibu yang nak kejar bacaan alfatihah pertama untuk anak anak saya, saham syurga saya. Amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih di atas pendapat puan. Tak semua ibu bapa punyai asas dan kemahiran untuk melatih dan mendidik anak mereka . mungkin mereka yang memilih untuk membayar RM750 sebulan punyai sebab dan pendirian mereka sendiri tanpa perlu kita judge dan bandingkan dengan pilihan kita. Ada orang hantar anak ke pengasuh dengan bayaran RM300 pun dah rasa mahal, namun kenapa ada orang sanggup membayar lebih dari RM1000 untuk pengasuh anaknya? Semoga setiap usaha ibu ayah untuk memberikan pendidikan awal diberkati tanpa mengira pilihan mereka.

      Delete