Cuti Sekolah: Nak main dimana?

4 comments
Assalamualaikum wbt dan selamat bercuti!~

Apa aktiviti anda dan anak-anak di musim cuti ini? Tak tahu kemana nak bawa anak-anak sebab anda ada anak bawah 2 tahun?

Bagi yang di sekitar Lembah Kelang.. apa kata ke Kidz Paradise di Mines Shopping Mall di Seri Kembangan. Bagi saya ianya adalah suatu tempat yang berbeza berbanding indoor playland yang lain.

Nak tahu kenapa?

Tengok la dulu gambar-gambar ni ye

Antara kemudahan dan permainan yang terdapat di sini



Biji Kasia

Info mengenai Biji Kasia
memanjat..berlari..
Koleksi gambar lawatan terdahulu

Kali pertama saya membawa Hanis dan Hanna adalah semasa mereka  masing-masing berumur 2 tahun 9 bulan dan 9 bulan. Dan kemudian saya terus membeli voucher untuk 8 entry yang ketika itu berharga RM150. Tak lama lepas saya beli tu terus naik harga sedikit. Tetapi masih berbaloi berbanding harga tiket per entry yang mencecah RM38 bagi hujung minggu.  Jika anda sangat sukakan tempat ini, boleh juga mendaftar keahlian setahun yang berharga RM650 bagi unlimited access untuk setahun.


Unik di sini...

Anak-anak saya sangat suka bermain bahagian ala-ala pasir. Ia sebenarnya adalah biji Kasia yang rasanya sedikit pahit dan mempunyai khasiat tersendiri. Pada saya tak la risau sangat kalau Hanna masukkan biji ni dalam mulut, tak merbahaya untuk kesihatan. :)

Fasiliti di KIDZ PARADISE


Bilik baby :- ruang tertutup bagi ibu breastfeeding, changing table, katil budak, sinki, air panas untuk membancuh susu.

Loker:- loker berkunci yang dikenakan bayaran RM10 sebagai deposit, dan wang anda akan dipulangkan apabila anda memulangkan kunci loker.

Bangku panjang & meja :- Ruang bagi ibu bapa menunggu dan memerhatikan anak-anak bermain.

WIFI Percuma :- Akses WIFI percuma bagi semua pengunjung Kidz Paradise

Makanan Ringan :- Seperti tempat-tempat lain, makanan dan minuman dari luar adalah tidak dibenarkan. Namun begitu sekiranya anda membawa botol air minuman anak anda, tidak lah pula akan ditegah. Anda boleh memesan makanan ringan seperti nugget, french fries dan sebagainya sekiranya perlu. Minuman didalam tin juga dijual disini.

Bilik Aktiviti :- Sekiranya anda merancang untuk mengadakan parti hari jadi disini, Kidz Paradise mempunyai sebuah bilik yang boleh memuatkan kira-kira 40 orang budak. Untuk maklumat lanjut mengenai harga dan pakej, boleh la hubungi terus Kidz Paradise ye.

Perkara paling saya tak suka..


Seronok tu memang tak terkata, untuk beberapa jam Hanis & Hanna di sana memang langsung takkan ingat untuk mintak iPad. Dari satu bahagian ke bahagian lain, seolah-olah tak penat langsung. Kalau setakat 2 jam tu memang tiada masalah bagi kanak-kanak.
Bukan setakat saya , malah saya lihat ramai ibu bapa lain mengalami kesukaran mengajak anak-anak untuk balik. Memang mencabar kebijaksaan mak ayah. Sementara saya nak pakaikan kasut Hanis, Hanna cuba untuk masuk ke dalam kawasan main 'pasir'. Sementara nak pakaikan kasut Hanna, Hanis pulak nak lari masuk dalam balik. Jadi, sila bersedia ye.. hehe

Harga Tiket Kidz Paradise


Harga tiket bagi hari biasa (weekdays) adalah RM25 bagi budak berusia 6 bulan ke atas. Manakala hujung minggu adalah RM38. Namun begitu anda boleh memilih untuk membeli vaucher untuk 8 entry (RM150) atau 15 entry (RM250). Dan vaucher tersebut valid selama 1 tahun. Oleh kerana saya beli vaucher tersebut pada bulan Mei 2014, jadi saya akan datang lagi sehingga Mei tahun depan.


Lokasi Kidz Paradise


Bagi anda yang tidak biasa ke Mines, mungkin tidak akan terjumpa Kidz Paradise ni. Saya pun tahu dari seorang member. Lokasinya agak tersorok, di tingkat 4, East Court, Mines Shopping Mall.


Tips untuk melindungi anak dari jangkitan selsema dan demam


Sekiranya anda risau anak-anak anda mudah mendapat jangkitan selsema atau demam, jom lindungi anak-anak 

1- Cuci tangan anak anda dengan sabun setelah keluar dari tempat bermain. Alternatif lain, gunakan hand sanitizer. Selalunya kuman mudah merebak melalui tangan yang menyentuh permainan yang dicemari dan kemudiannya menyentuh mulut atau hidung.

2- Elakkan dari membawa anak keluar sekiranya mereka tidak sihat, kerana ketika itu sistem pertahanan badan sedang lemah dan mudah mendapat penyakit lain

3- Saya memberikan minyak ikan Omegaguard sebiji kepada Hanis ( 3 tahun ) dan Hanna ( 1 tahun ) bagi membantu meningkatkan antibodi tubuh mereka. Sebagai tambahan, setengah sachet Nutriferon setiap 2 minggu untuk Hanis dan secubit Nutriferon untuk Hanna.

Selamat bermain ~




Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

4 comments:

  1. menarik la tempat ni...tp jauh la pulak dr rumah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dari Damansara agak jauh, maybe area damansara ada kot yang macam ni..

      Delete
  2. pernah tengok dr luar je..mmg syok tgk mainan dia ni..insyaallah coming soon nak ajak jgk bdk2 ni masuk

    ReplyDelete