BEG DOReMoN MaMa~

3 comments
Assalamualaikum wbt dan selamat membaca!

Perasan tak ? Beg ibu-ibu selalunya lebih besar atau jika kecil, penuh dengan segala barang! Kadang-kadang sampai tak boleh nak zip. Agak-agaknya apa la yang banyak sangat dalam tu ye?

Untuk kes saya, makin besar beg makin banyak isi dan makin berat! 
Oleh itu saya telah membuat keputusan untuk membawa beg bersaiz sederhana. Besar sedikit dari saiz A4 je kot beg saya sekarang. Tapi berat woo~ Sebabnya selalu sangat overloaded. Kadang-kadang doorgift kenduri kahwin pun boleh sumbat dalam ni.

Beg Doremon Mama yang selalu overloaded


Jom tengok apa la yang berat sangat beg doremon saya tu kan? haha

IPhone 

Rasanya saya takkan keluar rumah tanpa fon. Noktah. Sanggup patah balik kalau tertinggal.
Hadiah anniversary tahun lepas. Casing bajet comel. haha

Pouch bedak

Asalnya dulu pouch ni Ada bedak, lipstik 3, lipgloss , Lip balm, Eyeliner & miniature perfume. Tapi hari ini, cuma tinggal 2 lipstik  & bedak kompak. Semuanya gara-gara sebab nak sorokkan dari Hanis Hanna. Dah tak ingat pulak tu sorok kat mana. Sighhh~
Pouch RM2.50 beli di MR DIY

Power bank 

Ini adalah item wajib rasanya bagi semua yang menggunakan smartphone dan selalu On The Go. Saya tak pernah beli pun, mujur la dapat hadiah dari opis dulu. Sangat berjasa power bank ni. Hehe

Kotak ubat mama

Tu gelaran yang diberi oleh Hanis bila cuba menyelamatkan pill box tu dari dimain oleh Hanna.
"Hanna, tu kotak ubat mama!"
Dalam pill box ni selalunya ada Omegaguard, Lecithin sebagai bekal selepas makan dan vitamin asas B-Complex, Vita C & Vitalea sebabnya kadang-kadang bila sibuk uruskan anak-anak, dah masuk dalam kereta baru teringat. Jadi , pill box ni la penyelamat hari saya!
Handy Pill Box

Diapers 

Kalau setakat keluar berjalan sekejap-sekejap memang tak berapa nak rajin bawak diaper bag. So, biasanya memang sumbat je sekeping diaper hanis, sekeping Hanna punya.
L untuk Hanis, M untuk Hanna

Purse

Kalau takde purse ni, apa lah ertinya bawak handbag hatta Prada skali pun. hahaha~
Ok, tak. saya tak pakai Prada ( lagi). Buat masa ini hanya beg Chap Kunci atau kadang-kadang tukar Longchamp atau the big C. ehh..melalut plak. hahaha~
Dalam purse ni la terkandung segala azimat. Duit, IC, Lesen, Kad AEON dan segala macam kad lagi.. huhu~
Purse kesayangan saya.3 tahun dah kot guna..

Brooch

Disebabkan selalu sangat ada insiden brooch tercabut, hilang dan sebagainya. Makanya haruslah kena ada spare. Sangat berguna tau!

Tisu


Dah jadi mak anak dua ni, mesti nak kena ada la tisu dalam beg. Nak pulak anak-anak kecik lagi kan, air tumpah la, tercalit krim roti la,buat lap hingus la, dan segala macam insiden yang nak guna tisu ni kan.

Business Card

Bagi memenuhkan lagi beg doremon mama ni, ada la jugak terselit business card 5-6 keping. Ye laa.. dah nama pun businesswoman kan. Jadi, bila-bila berjumpa orang dan terbukak cerita tu, mudah la memanjangkan cerita. Hulur je 2-3 keping kad. Oh. Kad ini saya tempah pada Rekaneka. Design cantik, harga berpatutan.

Contact Me!


Fuhhhh... tu macam kesimpulan 9 dalam 1 kan? Padahal dalam 9 tu macam ada yang beranak-anak lagi.

Patut ke saya guna beg besar sedikit? hehe~

 

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

3 comments:

  1. macam2 ada...mmg dah macam poket doraemon :)

    ReplyDelete
  2. Poket 4D doraemon dia bersambung dengan poket lain. Aku rasa beg doraemon ko ni tentu bersambung beg husband, hahah

    ReplyDelete