Thursday, September 18, 2014

CABARAN BLOGGING 30 HARI : Siapa saya?

Assalamualaikum wbt..

Siapa kenal saya ?

Bukan setakat nama, umur, isteri siapa, anak nama apa?

Okeh. Tak kenal maka tak cinta kan? Bukan nak suruh bercinta dengan saya, tetapi bila dah kenal.. mudah nak berkawan kan?

Meh nak cerita sikit... ala-ala autobiografi macam masa zaman sekolah dulu...

Hmm.. budak sekolah sekarang tak buat dah kot kan? ada buku cantik, mintak kawan-kawan tulis. Siap ada kata-kata hikmat lagi tu. Saya masih simpan lagi buku tu dari zaman sekolah rendah. Agaknya kalau saya cuba contact ikut alamat yang ada dalam tu, belum tentu surat tu sampai kepada kawan tu kan? hehe~

Nama: 

Nur Fadhilah Yunus

D.O.B : 

24 Nov 1984 ( saya tak sorok usia saya.. hehe.. bangga lagi ada, sebab dan nak cecah usia 30 bulan 11 ni. hehe~)

P.O.B :

 Teluk Intan ( saya dilahirkan di rumah sebab masa tu Hospital Teluk Intan banjir!)

Sekolah:

Taski Abim Teluk Intan ( 1988)
Taski Abim Parit ( 1989)
Tabika Kemas Parit (1990)

SRK Iskandar Shah, Parit ( 1 Kuning , 2 Kuning, 3 Kuning, 4 Kuning )
SRK Sultan Abdul Aziz , Teluk Intan ( 4 Hijau, 5 Merah, 6 Merah )
SK Sungai Rokam, Ipoh (6 Ungu kot )

Banyak kan tadika dan sekolah rendah saya? tuh laaa.. dulu sebab ikut Mak yang selalu kena ditukarkan ke daerah lain-lain, makanya kena la ikut. Tu tak kira lagi sekolah agama rakyat! hehe~
Kalau ada sesiapa yang pernah sekelas masa sekolah rendah dulu, contact la saya ye~

Sekolah Raja (P) Ta'ayah, Ipoh ( 1997-2001)

Universiti Tenaga Nasional ( 2002-2007 )

Pengalaman Kerja:

Multimedia Tutor di Edubox , Sunway ( Latihan Industri: 2006)
Server Analyst di ExxonMobil Business Support Centre (2007-2014)
WAHM - Shaklee Independent Distributor ( 2014 - ...)

Status:

Berkahwin ( 150510) dengan Khairul Naim Suahadah
Dikurniakan 2 orang cahaya mata Hanis Ameera (2011) dan Hanna Humaira' ( 2013)


6 Pengalaman Paling Tidak Boleh Dilupakan


Lulus 1st Dan Taekwondo (2005 tapi sampai grad Uniten pun tak dpt sijil)
Hari Pertama bekerja di KLCC
1st Business Trip ke Hong Kong pada 2008
Beli Kereta Pertama pada 2008 - tapi kena curi pada 2010 ( i Miss U Myviku~ )
Belayar dengan kapal LNG Bintulu-Jepun-Bintulu-Jepun-Bintulu selama sebulan
VBAC pada 2013



Pengalaman Jatuh Cinta dengan Shaklee:


Seperti kebanyakan ibu-ibu lain yang bekerja dan breastfeeding, saya risau susu saya merudum  ketika hampir bulan puasa. Ketika itu, hanis baru berusia 1 tahun. Demi menjayakan cita-cita mahu menyusukan Hanis sehingga 2 tahun, saya berkenalan dengan Set Ibu Menyusu. Sangat gembira dengan hasilnya.. dan terus saya menggunakannya sehingga kini dengan mencuba pelbagai lagi produk Shaklee yang lain.


Sekian, lain-lain cerita kena baca entry-entry lain ye~






About Fadh Yunus

Ibu kepada 3 orang anak. Pernah bekerja di salah sebuah syarikat Oil dan Gas selama 7 tahun dan kini memilih untuk terus berimpian dan menjadi suri rumah berpendapatan dengan Shaklee.

You Might Also Like

4 comments:

  1. Yg gmbr no 3 tu, akk ke yg pakai bj color putih tu...laki blkg akk tu sape kak...syok tgk gmbr2 lama...menggamit kenangan silam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pandai sue teka. Yg tu Abg akak, ni masa majlis khatan & bertindik

      Delete
  2. lucu kalu tgk gamba2 lama ni..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gamba masa kecik2 semua dgn cousins yg ramai.. Huhu

      Delete