Thursday, August 14, 2014

SYOKNYA RAYA! tapi....

Assalamualaikum dan Salam Aidilfitri..

Hujung minggu di bulan Syawal ni rasanya berderet dah jemputan rumah terbuka, kenduri kendara, majlis kesyukuran , birthday parti dan macam-macam majlis yang pastinya akan makan. kan kan? hihi~

Alhamdulillah kita masih sihat, diberi rezeki untuk menziarahi sahabat handai saudara mara di musim perayaan ni. Walaupun berderet rumah terbuka perlu dihadiri, mesti tak rasa pun penat kan? Sampai la masa jejak kaki ke rumah di malam hari. Masa tu anak-anak mula meragam, badan pun dah rasa sengal-sengal, perut pun mula memulas.. dan mata pun mengantuk.

Bestnya kalau boleh tidur terus macam zaman single dulu kan? takde pun nak fikir anak-anak ke, suami ke.. kalau tak mandi pun terus tidur pun takde siapa nak komplen. hihi..

Dah, tak payah nak berangan! hihi~ semua tu tinggal kenangan.

Kalau anak-anak tak meragam dan boleh terus tidur sebab dah keletihan dan kekenyangan memang terbaik! esok boleh sambung jalan-jalan beraya sakan lagi.

Sabtu lalu saya ke majlis raya dan sambutan hari jadi anak "ex-ofismate" di Subang Parkhomes.
Ya, saya SANGAT PENAT. Hanis dan Hanna pun sama. Buktinya..tak lama lepas kereta bergerak, terus diorang terlelap. Diorang penat bermain dan berlari ke sana sini, saya penat mengejar Hanna!Bila dah penat kejar, dukung. TANGAN LENGUH wooo dukung lama-lama. Saya pulak jenis tak reti nak dukung Hanna belah kanan. Hmm.. memang terbaik la kan?

Saya sangat penat sehinggakan HILANG SELERA nak makan malam. Makanan ada, tapi memang takde selera. Tapi saya tak boleh jika tak makan langsung, risau kena gastrik pulak. So, nak bagi ada tenaga sikit saya bancuh PERFORMANCE DRINK. Tak lama lepas tu barulah rasa segar sedikit dan ada selera untuk menjamah makanan. Dulu pernah saya kepenatan sangat balik kerja weekend, sampai rumah jam 8 malam.. tak dinner, lepas tu 4 hari menanggung muntah-muntah dan cirit birit . Dan itu adalah angkara GASTRIK.

Malam tu pulak TIDUR LEWAT, sebab dah janji dengan kakak ipar yang datang dari jauh untuk berkongsi ilmu yang sedikit ini tentang nak buat blog. Alang2 tu saya sempat la mengarang sedikit entry ini, ( tapi tak berjaya post) hehe..  Pukul 3 pagi kot baru tido. Dah la sebelum tu 5 kanak-kanak riang ( Hanis, Hanna bergabung dengan 3 sepupu) ni tak nak tidur. Masing-masing seolah2 mendapat adrenalin terlebih. Dah dipaksa dan dimarah baru nak tidur. Haish!~

Hasilnya.. pukul 7.30 baru terjaga. Lepas siapkan sarapan, (saya prepare, kakak ipar masak) ..dah suap kanak-kanak ni makan, baru la nak sibuk menggosok baju untuk ke event raya di petang hari.
Alhamdulillah, berjaya sampai ke Grand BlueWave Shah Alam sebelum jam 1 petang. Ketuk ketuk Aidilfitri iReach yang awesome ni adalah untuk semua warga iReach family di bawah Presidential Master Lyna Noh. Aktivitinya... makan..makan..makan.. sehingga 6 petang. hihi~ Cerita lanjut dalam entry lain ye.

Nak diceritakannya.. bila balik tu rasa macam TAK KENYANG! apa pasal eh? rasa macam makan byk round dah tadi.. Nasi briyani, ayam golek, lemang, rendang, ketupat, puding coklat, buah-buahan, rojak dan segala macam makanan lah! tp setiap pinggan yang diambil tu kongsi ngan hanis hanna..pastu mood makan mcm terganggu dek ulser yang sebijik dalam mulut ni. huhuhu~ tak bestnya! Ini lah dugaan.. Tgh syok makan, si Hanna berak. Kena la dicuci.. Bila dia dah aktif balik, nak kena diperhatikan.. masa dia dok main ngan budak2 lain kat atas pentas tak risau, tapi bila dia turun dari pentas tu yang risau.. merata jalannya.. huhu. Siap nak ke tangga di luar dewan lagi tuh! So, agak2 bila masa saya dapat makan betul-betul.. ?

Walau penat macam mana sekalipun.... ukhuwah yang terjalin tu yang saya amat saya suka. Seronok tengok Hanis Hanna bermain dengan kanak-kanak lain.

Dah makan macam-macam kan? Cuba kira kejap JUMLAH KALORI . Tak sanggup kan? So nak kena buat apa? Korek tekak kasik muntah balik semua makanan tu? huish! takmo takmo... RUGI!

Kolesterol belum kira lagi tu kan? 

Jadinya..Balik dari majlis raya ke kenduri ke makan makan-makan ke, saya confirm akan telan Omegaguard. Kasik bakar balik! huahuahua~ ( monster mode) Sebelum tidur saya telan pulak Ostematrix dan Alfalfa.. utk tidur yang nyenyak dan bantu pelawasan yang lancar keesokan pagi.

Maka boleh lah kita teruskan aktiviti raya hujung minggu nanti. Setiap Sabtu dan Ahad  sehingga ke 31 Ogos, tiada hari yang lapang. Penuh dengan aktiviti raya dan sebagainya. Saya suka! hihi.. baru la RAYA, kan? Bagi yang bekerja, mesti tak putus-putus majlis makan di serata tempat kan? Open House Department, tingkat, jabatan dan sebagainya. Jika tak dikawal, bersiap sedia lah untuk beli baju dan seluar baru bila dapat gaji nanti.. hehe .

Bagaimana nak kawal berat ketika musim raya?

Anda juga boleh kawal berat yang ideal sepanjang musim raya ini dengan mengambil SET RAYA OHSEM!

Ada apa dalam SET RAYA OHSEM?


# Omegaguard / Lecithin untuk membakar lemak
# Phytocol-ST untuk menghalang penyerapan kolesterol
# Herblax / Alfalfa untuk membantu proses detoks dan pelawasan

Jangan tunggu lama-lama, hubungi saya sekarang untuk mendapatkannya hari ini!

Hubungi saya !

SMS/Whatsapp : 0195537657
FB : Nur Fadhilah
FB Page : Vitamagic Shoppe















About Fadh Yunus

Ibu kepada 3 orang anak. Pernah bekerja di salah sebuah syarikat Oil dan Gas selama 7 tahun dan kini memilih untuk terus berimpian dan menjadi suri rumah berpendapatan dengan Shaklee.

You Might Also Like

1 comment:

  1. Patutla mama kurus, asyik mengejar ank je.

    Jom dptkan set raya ohsem. Sy dah pin cuba. Anda bila lg?

    ReplyDelete