Friday, August 1, 2014

Cara mudah hilangkan kesan makanan pada pakaian


Assalamualaikum wbt.

Saya percaya bukan hanya saya tetapi ramai  pembaca  lain yang pernah atau sedang mengalami masalah seperti ini.

Apatah lagi di musim perayaan ini, banyak rumah terbuka perlu dihadiri dalam satu hari. Keluar rumah di pagi hari, malam nanti baru balik. Bagi yang mempunyai anak kecil wajib membawa pakaian ganti lebih sebagai persediaan jika terjadinya insiden tak terjangka.

Semalam saya, Emak , adik dan hanis Hanna beraya ke Bagan Datoh. Sebelum pulang kami dibekalkan dengan sepeket buatan sendiri yang sangat lah lembut. Itu memang feveret saya! Hihi. Bukan main suka saya bila tau mak mertua adik nak kasik. 
Dalam kegembiraan dan keterujaan itu saya lupa untuk menggantungkan paket tersebut tetapi diletakkan di atas tempat duduk belakang. Kami bertolak balik kira-kira jam 7.15 malam sebelum hari gelap. Singgah sebentar di Petronas Simpang Empat dan terus ke Masjid Teluk Intan. Ketika itu, Hanis & Hanna tak turun dari kereta .Usai solat Isyak, kami berpusing2 di bandar teluk intan mencari kedai makan yang masih buka. Cadangnya nak  makan Mastan Ghani, sekali sume branches dia tutup daaaa. Okeh. Kecewa. Akhirnye kami ke Ghulam Rasul. Ketika itulah saya terkejut mendapati belakang baju hanis kotor. Mulanya saya sangkakan ianya krim coklat dari  roti, bila dipegang terasa melekit. Aduhh! Dodol!!!! Memang penuh di belakang baju hanis. Kat poket seluar pun ada. Saya suluh ke dalam kereta, dalam gelap tu boleh nampak kesan-kesan dodol melekat di tempat duduk belakang. Aduhai. 
Apa nak buat? Dah jadi.. Hmmm.
So hanis g makan kedai tu dengan baju comot. Oke, mama dh malas nak tukar baju hanis. Tapi sebab lepas makan tu dia boleh pulak 'yak' , Makanya kena la singgah lagi stesen minyak. Masa tu baru tukar baju hanis. 

Awalnya saya bingung, macam mana la nak cuci baju hanis ni, seat kereta lagi..
Tiba-tiba pagi tadi dapat ilham! Jeng jeng.. 

Sebelum shoot ke Gerik pagi tadi, singgah dulu Kat Shaklee Ipoh. Apa yang saya beli???  

Taraaa!

So bila sampai rumah malam ni tadi, saya terus spray Basic H yang dah dicairkan ni ke baju dan seluar hanis. Immediately menampakkan kesan. Dodol yang keras kat baju tu terus nampak lembut. Saya berus sikit di bawah aliran air di sinki, terus bersih! Kesan krim coklat yang setompok pun hilang dengan mudah!

Kalau takde Basic H ni jenuh jugak rasanya menyental ni, boleh rosak la baju raya.. Hukhuk. 

Oke, saya menyesal tak amek gamba. Lupaaaaa.. Bila dah siap basuh baru teringat.

Esok pagi saya nak cuci seat kereta plak. Nanti saya update apa hasilnya ye.. 

Dalam perjalanan ke Gerik siang tadi ada insiden lain jadi kat saya dan Basic H jadi penyelamat. Dah la takde baju spare.. Hmm.. Esok lusa saya cerita pulak ye.

Rasanya lepas ni harus saya simpan Basic H ni dalam kereta. Mana nak tau macam-macam hal boleh terjadi. 

1000 jenis kotoran dan kesan degil InsyaAllah boleh dibersihkan dengan Basic H.Semestinya tanpa bahan kimia. Selamat & Semulajadi.


Penggunaannya pun mudah. Sebotol Basic H ni boleh bertahan lama. Hanya beberapa titik diperlukan untuk 500ml air.
Pilihan bijak bagi anda yang suka berjimat.


Jika anda berminat untuk dapatkan Basic H yang powerful ni, boleh saya segera!

Walau dimana anda berada di Malaysia ni, usah risau.. Saya boleh pos kepada anda. 

Hubungi saya segera untuk mendapatkan Pencuci Serbaguna yang selamat dan semulajadi.

Salam Sayang,
Ilah.

SMS/ WA : 0195537657
FB Page : Vitamagic Shoppe



About Fadh Yunus

Ibu kepada 3 orang anak. Pernah bekerja di salah sebuah syarikat Oil dan Gas selama 7 tahun dan kini memilih untuk terus berimpian dan menjadi suri rumah berpendapatan dengan Shaklee.

You Might Also Like

6 comments:

  1. Citer pasal Basih-H pun dah boleh buat bersiri2 punya citer...Good idea suh simpan basih H dlm kete, biasa guna dlm umah je...Tambah2 ada anak kecik, elok sgt prepare satu letak dlm kete :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. highly recommended. musim raya ni byk berjalan, elok sangat la bawak bekal basic H.

      Delete
  2. Wahh..beli basic h mmg dpt skali spray bottle tu ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fara, kalo beli 1 set Get Clean yang dapat botol spray tu. skali dengan non woven bag.

      Delete
  3. Bgsnye...setakat ni baru guna utk cuci lantai je..mmg best

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun sebelum ni guna untuk cuci lantai je, ni baru terasa yang Basic H ni sangat multi purpose. hihi

      Delete