Assalamualaikum wbt.
Bagi ibu-ibu yang mempunyai anak kecil pastinya banyak membeli lampin pakai buang a.k.a diapers atau banyak yang menyebut pampers kan?
Jika anak seorang, sekurang-kuranya 2 paket jumbo diapers akan digunakan. Jika lebih lagi anak yang masih menggunakan lampin, pasti lebih lagi kan?
Apa yang biasanya anda buat dgn plastik tersebut?Kenyuk dan masuk dalam tong sampah? Hmm.. Apa kata anda jadikan ia sebagai plastik sampah? Plastiknya pun tebal dan berkualiti . Bukannya nipis seperti kebanyakan plastik yang didapati dari supermarket dan kedai-kedai.
Bagaimana caranya?
Mudah sangat !
Anda hanya perlu pastikan koyakan plastik tersebut hanya di satu side.
Bagi yang menggunakan lampin jenama Huggies, hanya perlu koyak mengikut garis koyak sedia ada. Biasanya saya hanya koyakkan sedikit semasa baru membuka plastik dan bila nak guna semula plastik baru di koyak dari hujung ke hujung. Jika anda menggunakan lampin jenama lain pun, tiada masalah.
Plastik lampin yang telah kosong hanya perlu dilipat dan disimpan di dalam laci, jadi mudah di ambil apabila perlu.
Walaupun mungkin tidak menggantikan penggunaan plastik sampah sepenuhnya, ia pastinya dapat mengurangkan sedikit. Jika dikira dengan jangka masa panjang, banyak juga dapat dijimatkan.
Jika anda ada cadangan lain cara penggunaan semula barangan di rumah, boleh la dikongsikan!
Suka post ni..
ReplyDeleteRecycle..kadang buat jg cara ni..
Jimat beg plastik sampah..
Betul! Saya pun selalu recycle plastik diapers ni..
ReplyDeletekdg2 kalau bnyk smpah nak buang mmg plastik diapers nila yg jdk mangsa..hihihi
Hahaha..sama la kita..mmg jd plastik sampah
ReplyDelete