Thursday, August 7, 2014

SUPLEMEN TERBAIK untuk bayi 1 tahun seperti saranan Pakar Kanak-kanak

Alhamdulillah Hanna genap umur setaun pada 31 julai lalu. Tapi saya takde buat sambutan atau majlis pun sebab dia belum ingat pun lagi rasanya. Namun saya tetap memanjatkan kesyukuran atas nikmat kesihatan dan rezeki yang dikurniakan buat Hanna Humaira'.

kanak-kanak sihat


Semalam saya berkesempatan membawa Hanna checkup & cucuk vaksin setahun. Walaupun ramai yang tidak bersependapat untuk memberikan vaksin kepada anak2, saya memilih untuk mengikut nasihat doktor dalam hal ini. Jangan berkecil hati, setiap orang mempunyai pendirian sendiri yang wajib kita hormati.

Doktor pakar kanak-kanak yang saya temui adalah Doktor Anthony James Mansul di PCMC. Orangnya sangat ramah dan sangat sukakan kanak-kanak. Setiap kali keluar dari biliknya saya tak pernah rasa tak puas hati. Segala kemusykilan terjawab tanpa rasa terpaksa atau didesak untuk melakukan apa sahaja. Seingat saya jarang sangat beliau prescribe ubat untuk anak-anak saya. Selalunya beliau memberikan nasihat seperti alternatif selain dari memberikan ubat melainkan benar-benar perlu. Alhamdulillah setakat ni saya tiada pengalaman tidak menyenangkan bersama beliau.

Oleh kerana semalam kurang pesakit, jadi dapatlah bersembang lebih lama dengan beliau. Kami berbincang tentang perkembangan , keceriaan , pemakanan , dan sebarang kerisauan yang Ada.

Jika dilihat di Graf ketinggian, Hanna tidak berada di garis ketinggian seperti Hanis. Beratnya juga tidak naik sejajar. Sepatutnya berat budak umur setahun adalah 3x berat lahir. Maknanya jika lahir dengan berat 3kilo, maka sebaiknya ketika usia 1tahun Beratnya adalah 9kilo.
Berat Hanna semalam adalah 7.8kilo. 

Doktor kata ini adalah normal,pehanya masih penuh berisi.Pada Usia sekarang mungkin hanya pipi dan perut yang bulat sedikit. Hihi. Jadi tak perlu risau. Hanna pun dah mula berjalan dan sangat aktif, lagi penyebab kehilangan lemak.

Bercerita soal makanan, saya beritahu yang Hanna hanya minat nak makan makanan seperti dewasa. Tak layan dah bubur. Dr. Anthony sangat suka mendengarnya. Katanya tak bagus sebenarnya bagi makanan yang dikisar terlalu lama untuk bayi. Cukup dengan makanan yang dicincang. Organ dalaman dan sistem pencernaan bayi cukup matang ketika usianya 9 bulan. 
Cuma perlu pastikan Hanna tidak sembelit dengan memberikan beliau buah dan air yang mencukupi. 
Alhamdulillah Hanna tiada masalah untuk minum air masak dan makan buah-buahan.

Hmm.. Cerita pasal najis pun masuk semalam. Kalau nak tahu budak tu sembelit ke tidak , pastikan najisnya tidak bulat-bulat seperti tahi kambing. Ia sepatutnya lembut. Kekerapan yang mencapai 2-3x sehari juga tidak menjadi masalah. Hanna ni dulu jika membuang sekali sehari dengan banyak, sekarang sikit-sikit tapi kerap. Buat perabih diapers je.. Hihi

Bila bercerita mengenai makanan tambahan, Dr mencadangkan pemberian Omega yang berfungsi selain untuk perkembangan otak, ia juga membantu meningkatkan sistem imun tubuh. Maka dapat mengurangkan risiko anak-anak mendapat jangkitan. Sebaiknya2 ia adalah dalam bentuk kapsul dan bukannya cecair yang di tambah perisa.

Anda tahu Omega pilihan saya ? 

Omega 3 untuk kanak-kanak
Menepati dos yang diperlukan oleh kanak-kanak


Beliau juga amat menggalakkan pengambilan probiotic bagi membantu penghadaman yang baik dan juga 1 sudu kecil madu lebah yang sangat baik untuk kesihatan menyeluruh. 
Beliau mencadangkan Yakult sebagai sumber probiotic yang mudah didapati. Bagi madu, apa sahaja madu di pasaran boleh diberikan. Tapi pastikan ianya asli.

Beliau juga menyebut banyak lagi jenis vitamin dan zat seperti zinc yang baik. Saya terlupa nak tanya kenapa zinc? Kerana tak pernah saya dgr cadangan sebegitu. Tetapi bila disebut segala macam vitamin itu, saya hanya terbayangkan mealshake yang kaya dengan khasiat yang diperlukan.
Bagaimana nak berikan Hanna mealshake sedang kan dia tak minum FM? Macam2 cara ada, Mealshake kan rasa vanila yang sedAp dan boleh dicampur dengan macam-macam minuman. Nanti saya share caranya ye. 

Oleh kerana Hanna masih menyusu badan sepenuhnya , Doktor Anthony agak risau jika Hanna tak pandai minum menggunakan cawan. See.. Sgt concern! Hihi. Saya beritahu yang Hanna sedang belajar minum menggunakan cawan dan straw. 

Alhamdulillah sekali lagi kami keluar dari bilik doktor dengan gembira. Hanna pun nangis kejap je masa kena cucuk sebab dia marah kena pegang. Bila dilepaskan untuk sambung main, terus sengih. Hanna oh Hanna~

Jika ibu dan ayah hebat nak berikan anak anda suplemen terbaik, hubungi saya segera ya!

With love,
Mamamyra

Shaklee Independent Distributor





About Fadh Yunus

Ibu kepada 3 orang anak. Pernah bekerja di salah sebuah syarikat Oil dan Gas selama 7 tahun dan kini memilih untuk terus berimpian dan menjadi suri rumah berpendapatan dengan Shaklee.

You Might Also Like

8 comments:

  1. Hanna yg comel, happy belated bufday. Smg membesar menjadi ank yg solehah. Bestkan dpt paed yg baik & concern psl anak kita..

    Untugla amik vit shaklee. Patutla hanna dan hanis sihat & bijak..alhamdulillah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq sue, anak2 yang membesar dgn shaklee insyaallah sihat

      Delete
  2. Saya tunggu tunggu.resepi mealshake anda ye.. hehe

    ReplyDelete
  3. yakult dan vitagen sangat bagus untuk probiotic anak2..doc kt klinik kaksu p slalu sarankan utk ambik probiotic ni kerap pun xpe..anak2 lagila sukakan..p pasaraya yg tu rembat dulu:-)..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila dah beli kena sorok2 plak dlm peti ais, kalo tak mmg tak sedar abesnye.. hehe

      Delete
  4. yesza....omega guard dgn mealshake, mmg terbaik utk anak kita kan...

    ReplyDelete
  5. mealshake n omega mmg terbaik utk kanak2..omega since preggy pon dah amalkan..of coz kita nk yg terbaik utk anak kita kan ;)

    ReplyDelete