Thursday, August 21, 2014

Kabel Charger terbakar!

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera

Entry ini adalah sebagai peringatan buat diri sendiri dan pengguna IPhone 5 , 5c , 5s & Ipad dan lain-lain..

Tak murah kan beli fon dan iPad ? Biasanya orang lebih menitik berat penjagaan fon lebih daripada kabel pengecasnya. Guna casing cantik, screenprotector lagi, tak boleh ada bubble atas calar walau segaris sure nak cepat-cepat tukar. Cukup memajukan bisnes aksesori telefon ni kan.. Hehe

Tahun ni saya telah terpaksa berbelanja lebih disebabkan kecuaian saya. Sakit hati bila terkenangkannya. Bulan lepas , MacBook kena dihantar servis sebab bateri bloated. 1 sebab je.. Overcharged.

Minggu ni pulak kabel fon terbakar. Macam mana tau terbakar?  Kabel tu jadi panas, warna kable bertukar perang kekuningan, hampir nak melecur jari saya masa nak cabut kan dari fon . Mujur jugak cepat saya sedar dan cabutkan, kalau tak mungkin fon yang boleh rosak !  


Bahagian ni memang dah lama terbengkok sedikit tapi masih berfungsi.Lama-lama wayar kat dalam tu putus dan terbakar.orang kat kedai hr tu bagi tau wayar kat dalam tu halus dan mudah putus. Kena extra care.

Nak tak nak kena la beli baru. Wajib yang ori pulak tu, yang konon-konon compatible langsung tak berfungsi bila dicuba. Kata salesman kat situ ada fon yang boleh guna dan ada yang tak boleh guna kabel yang tak ori. Dulu boleh je, tapi Apple makin bijak.. huhu~ 

So sila lah jaga charger anda sepenuh hati. Kalau tidak bersedialah untuk melebur lagi duit lagi. Kabel ni yang ori ada 2 saiz, 1 meter dan 2 meter. Dan semestinya harga pun berbeza. Untuk yang 1 meter, harganya adalah RM79. huahuahua~ Manakala bagi yang 2 meter, RM128 jika tak silap. Bukan dapat skali ngan kepala charger, kabel semata-mata okeh! Dah nak sama harga ESP sebalang. Kalau beli vitamin C pun cukup utk bekal 6 bulan. hahaha~ 

Lepas ni memang akan ku sayang dan belai selalu la charger ooi!

Pesanan ikhlas,

Mamamyras




About Fadh Yunus

Ibu kepada 3 orang anak. Pernah bekerja di salah sebuah syarikat Oil dan Gas selama 7 tahun dan kini memilih untuk terus berimpian dan menjadi suri rumah berpendapatan dengan Shaklee.

You Might Also Like

2 comments:

  1. Alhamdulillah sy bukan pengguna jenama apple..hehehe

    ReplyDelete
  2. Fuyoo...mahal nye kabel charger iphone...huhu, extra care for cable jgk la pasni wpun mel guna samsung je...

    ReplyDelete