Dah lama dah sebenarnya saya mengamalkan pengambilan ESP Shaklee ni. Saya percaya ramai juga yang telah mengamalkannya. Walaupun pernah mendengar dan membaca di FB dan banyak tempat lain tentang keburukan mengamalkan Soya.
Soya Organik pilihan terbaik |
Sebelum saya bercerita lanjut, suka untuk saya jelaskan sedikit tentang perbezaan soya yang menjadi asas Energizing Soy Protein (ESP) dan 96% soya lain di dunia. ESP adalah diperbuat daripada soya yang tidak diubah secara genetik ( Non-GMO Soy) yakni boleh juga disebut sebagai organik. Berbanding dengan soya yang lain yang diubah secara genetik kerana ingin mempercepatkan pengeluarannya atas bagi memenuhi permintaan yang tinggi dari pasaran.
Cuba bayangkan apabila keadaan asal sesuatu yang dijadikan Tuhan itu diubah, tidak mustahil ia boleh mendatangkan kemudaratan bagi sesiapa yang mengambilnya secara berlebihan. Walaupun Soya ESP adalah dari sumber organik, ada had pengambilan setiap hari yang disarankan. Bukannya boleh diminum sehingga 10 cawan sehari.
Kesan Bagi Ibu Menyusukan
Saya mula mengamalkan Shaklee ESP sejak 2012 , iaitu sebahagian daripada Set Mighty 3 Gems yang amat disarankan sebagai persediaan bulan puasa bagi Ibu Menyusu. Alhamdulillah , saya serasi dengan ESP. Walaupun tidak dapat tingkatkan produksi susu ketika bulan puasa, tetapi ia tetap sama.. 4-6oz bagi setiap sesi mengepam di pejabat.
Selain dari bulan puasa saya tetap mengamalkan ESP sebagai sarapan yang pantas disediakan. Ada juga hari yang saya ponteng, kadang-kadang lupa, kadang kadang malas. huhu~
Tetapi apa yang perasan, jika saya tak minum ESP di pagi atau malam hari, susu yang dipam kelihatan cair. Bila konsisten minum ESP selama beberapa hari, EBM nampak lebih pekat. Di pejabat, kadang-kadang compare dengan susu lain dalam fridge di Mother's Room. Ada yang nampak pekat dan ada yang cair. Bila susu lebih pekat, semestinya baby lebih kenyang.
Kesan Bagi Ibu Hamil
Walaupun saya berhenti menyusukan Hanis ketika Hanis berusia 1 tahun 2 bulan kerana saya pregnant, saya masih meneruskan pengambilan ESP yang juga digalakkan semasa mengandung. Bukan sebagai suplemen utama tetapi ia bonus. Ternyata saya tidak menyesal.
Mengawal Tahap Gula Dalam Darah
Alhamdulillah, walaupun hampir setiap hari sepanjang saya mengandung saya bersarapan dengan teh tarik dan roti canai pisang ( yang tinggi gula, kalori dan kolesterol) , tahap gula dalam darah saya tetap di paras normal. Saya tidak pernah kena ambil MGTT test yang selalu menjadi mimpi ngeri kebanyakan ibu mengandung.Hanna dilahirkan secara SVD dan hampir sepenuhnya Natural birth , dan dengan saiz normal bagi kebanyakan bayi. Walaupun pada hakikatnya saya memang kuat makan dan minum minuman manis sepanjang mengandung.
Kenaikan Berat Optimum
Jumlah kenaikan berat saya sepanjang mengandungkan Hanna adalah kurang dari 10kilo. Banyak komen yang saya dapat mengatakan saya tak kelihatan seperti ibu mengandung jika dilihat dari belakang. Bila kenaikan tidak banyak, maka mudah la juga bagi saya untuk kembali kurus selepas bersalin, kan? Sejujurnya berat badan saya turun lebih banyak dari yang naik sepanjang mengandung. Maknanya apa?Semasa pregnant --> naik 10 kilo
Selepas bersalin --> turun 15 kilo dan lagi 2 kilo
Okeh..tutup mulut yang terngaga tu! hihi
Tak, saya bukan jenis yang habis pantang je terus masuk gym. Dulu ye, saya rajin. Sekarang kasut Reebok yang cantik tu tersimpan kat mana pun saya tak ingat. Huh. membazir.
Stretch Mark makin pudar dan hilang
Tak perlu lagi malu dengan suami.. |
"Stretch mark ko dah hilang eh?"
Terpinga-pinga jugak la saya bila dia tegur camtu.. Saya yang tengok hari-hari memang tak perasan perbezaannya. Dia yang baru bersalin 4 bulan lepas, masih jelas stretch mark nya.
Pernah la saya terbaca post dari seorang kawan mengenai perkara sama tapi masa tu saya tak percaya, sehinggalah ia terbukti pada diri saya sendiri.
Bagi ibu yang mempunyai kelebihan tiada sejalur pun kesan regangan di perut, mungkin tak berapa mengerti perasaan saya, tetapi bagi kami yang pernah terasa "huduh" melihat stretch mark sendiri dan belum sempat ia hilang dah mengandung lagi.. tuhan saja yang mengerti perasaan ini.... huuuu~ terasa emo sket.
Berapa lama ia hilang? Saya kira lebih kurang usia Hanna setahun. Seingat saya dulu masa baru- baru mengandungkan Hanna, stretch mark masa mengandungkan Hanis masih jelas.
Kesan - kesan lain
Gastrik terkawal
Sejak dari bila entah saya kena gastrik,tak boleh lewat atau salah makan, sure kena. Dulu.. G*viscon dan segala macam jenis ubat saya cuba tapi rasa macam tak membantu sangat. Bila pregnant dan menyusukan.. lagi mudah kena gastrik. Namun sejak ada ESP, Alhamdulillah jarang sangat kena gastrik atau pedih ulu hati. Jika terasa dah pedih ulu hati, cepat-cepat saya bancuh ESP. Alhamdulillah cepat lega. Bukan hanya saya, tapi mak saya juga mengakuinya setelah mencuba ESP.Gastrik..jika dibiarkan akan menjadi kritikal |
Setakat ini, itu saja yang saya dapat ceritakan berdasarkan pengalaman saya sendiri . Mungkin tak membawa makna pada orang lain tetapi bagi saya, ESP sangat membantu saya.
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Energizing Soy Protien ini, hubungi saya segera! Harga 1 canister yang penuh khasiat ini hanyalah RM150 dan boleh dikongsi seisi keluarga. Jika anda mahukan harga yang lebih murah, jom mendaftar sebagai ahli.
Hubungi saya sekarang untuk kesihatan anda yang lebih baik.
Salam sayang,
Ilah.
Pengedar Sah Shaklee (SID: 889805)
Penghantaran dan COD dibuat bagi kawasan Kuala Lumpur dan pengeposan dibuat ke seluruh Malaysia.
Terlampau byk keistimewaan esp ni ye..patutlah esp ni hot product..sesiapa yg x cuba mmg sgt rugi..
ReplyDeleteCepat2 contact mama ilah utk order ye..esp mmg terbaik!
for stretchmarks..yup, still usaha utk hilangkan stretchmarks hodoh ni...mmg nmpk perbezaan sejak amalkan esp
ReplyDeletememang amek masa Mel..tapi memang akan hilang..hehe~ happy sgt bila tgk dah xde stretch mark huduh ni.
Delete