Hujung minggu lepas saya adalah antara hujung minggu yang padat tetapi sangat best!
Alhamdulillah saya berpeluang bersama-sama hampir 200 orang SID lain menyertai Bengkel Nutrisi di Berjaya Times Square Hotel. Ianya adalah suatu peluang yang sangat berharga kerana tidak semua orang mendapat peluang yang sama. Bukan sebab Shaklee pilih kasih tetapi ramai yang berebut untuk membeli tiket.
Seperti kebanyakan aktiviti dan majlis Shaklee sememangnya "Kids and Baby Friendly". Bermakna ibu dan ayah boleh membawa anak-anak bersama di dalam majlis/kelas. Sejujurnya walaupun ramai kanak-kanak dan bayi namun perjalanan majlis@ kelas langsung tidak terganggu.
Sepanjang hari, kami belajar mengenai keunikan setiap produk Shaklee. Ternyata setiap satu produk telah menjalani proses pembuatan dan kajian yang sangat panjang. Bukan hanya kajian sebelum menghasilkan sesuatu produk, tetapi kajian berterusan bagi memastikan setiap botol yang dijual menepati standard yang telah ditetapkan. Bersesuaian dengan motto Shaklee Sentiasa Selamat, Berkesan dan Semulajadi. Tanpa kompromi.
Sebagai contoh, apabila Sustained Release Vitamin C diformulasi semula , ia perlu menjalani proses yang sangat banyak sebelum boleh dipasarkan. Hampir 1 tahun lamanya kami ternanti-nanti kemunculan semula produk yang menjadi kegemaran ramai. Hanya setelah mendapat pengesahan dari Kementerian Kesihatan Malaysia, barulah ia dijual.
Antara lain adalah bagaimana Shaklee berusaha menghasilkan produk terbaik di pasaran, bukan hanya semata-mata hanya mahu menjual produk, tetapi mestilah yang terbaik.
Sepanjang masa, kami dibekalkan dengan ESP dan Performance Drink yang boleh dibancuh sendiri. Belum lagi nak cerita tentang makan tengahari yang ohsem! Makanan yang banyak dan sangat sedap. Ada lauk ayam, kambing, ikan, sotong dan sayur. Tak lupa sup, roti, buah-buahan, kek dan aneka manisan. Habis lunch, semua senyum kekenyangan. heeee~
Shaklee juga menyediakan 1 bilik khas untuk peserta menunaikan solat di tingkat yang sama. Jadi kami tak perlulah berebut-rebut dengan tetamu hotel lain yang turut menggunakan surau hotel. Rasa sungguh istimewa!
Sepanjang bengkel berlangsung, semua peserta boleh mendapatkan hadiah-hadiah apabila menjawab soalan yang diberikan. Dan yang lebih bernilai adalah Sijil dari Shaklee University. Oleh kerana saya tidak memberikan nama sebelum bengkel , jadi saya perlu menunggu Sijil dipos oleh Shaklee.
Amat dikesali, saya hanya sempat mengambil gambar-gambar dari Slide Presentation, tetapi tiada gambar sendiri.. huhu~
Walau apapun, insyaAllah saya akan cuba untuk memanfaatkan segala ilmu yang telah digali untuk kebaikan semua. Semua konsultasi adalah berdasarkan ilmu dan pengalaman saya dan rakan-rakan Shaklee yang lain.
Berminat nak join Bengkel Nutrisi Shaklee?
Jom mendaftar sebagai ahli!
Hubungi saya..
Ilah
SMS/Whatsapp : 0195537657
Yup, sangat best dapat join bengkel ni..Shaklee memang komited dengan setiap produknya...
ReplyDelete