Perasaan terganggu sedikit 2 hari ni sebab kena selsema. Bukan saya sorang tapi sekali dengan Hanis. Tidur pun terganggu sebab hidung tersumbat.Tiap kali Hanis bersin, mama yang kena berlari ke dia untuk lap hingus. Bertuah kan? dia sanggup tunggu je sampai mama datang.
Ada sekali tu dia paksa mama Solat kat ruang tamu sebab nak teman dia tengok tv. Tengah solat tetiba Hanis bersin. haha~ agak-agak apa dia buat dengan hingus tu? dia nak panggil mama, dia tau mama tak kan jawab sebab tengah solat. Saya rasa bersin kali tu hasilnya memang meriah, boleh tau bila dengar bunyi bersin tu. ( Ok mama memang tak khusyuk solat) Lekas-lekas saya habiskan solat, lari amek tisu.
Itupun..ada sebahagian hasil hingus yang meleleh kena bibir dia dah jilat! Euwwww~
Saya terus suruh dia pergi basuh tangan dan muka.
Saya kasik warning skali.
"Kalau nak tidur dengan mama, jangan makan hingus! "
" Okay2..nak tidur ngan mama", sengih hanis.
Hehe.
Sebenarnya dah lama hanis tak kena selsema , batuk atau demam. Ubat-ubat yang dulu doktor kasik pun semuanya saya dah buang sebab dah expired. Entah virus datang dari mana yang tetiba kami boleh kena selsema skali. Mujur Hanna tak jangkit. Kuat agaknya antibodi Hanna.
Dan sesungguhnya saya rasa membazir je kalau setakat selsema sikit g jumpa doktor dan amek ubat.
Jika anda rimas melihat anak anda soksek berhingus, sapukan sedikit kunyit hidup di batang hidungnya. Tapi sedikit je tau, sebab kunyit ni panas. Memang akan nampak kuning la sikit hidungnya, tapi takpe. Petua ni cikgu taska Hanis dulu yang bagi, pernah dicuba dan berkesan. Memang kering hingusnya. Disebabkan sekarang ni takde kunyit di rumah, so apa yang saya boleh buat?
Jika anda rimas melihat anak anda soksek berhingus, sapukan sedikit kunyit hidup di batang hidungnya. Tapi sedikit je tau, sebab kunyit ni panas. Memang akan nampak kuning la sikit hidungnya, tapi takpe. Petua ni cikgu taska Hanis dulu yang bagi, pernah dicuba dan berkesan. Memang kering hingusnya. Disebabkan sekarang ni takde kunyit di rumah, so apa yang saya boleh buat?
Omegaguard & Nutriferon untuk tingkatkan antibodi dan sistem imun
Hanis memang dah biasa makan Omegaguard, tapi bila dia selsema dan batuk ni saya bagi dia lebih kerap. Sebiji sehari. Hari ini, rasanya dah berkurang sedikit bersin tapi ade dengar bunyi batuk berkahak. Susah pulak tu nak suruh minum air masak. Asyik minta nak eskrem pop yang ada dalam fridge tu. Semalam sebab tak lalu nak dengar Hanis nak nangis mintak aiskrim, saya bagi la jugak. Bila dah terbatuk masa makan aiskrim baru la dia tau nak berhenti. hehe.
Si Hanis ni, dah terbatuk-batuk pun dia telan balik kahak tu. Takde idea pulak nak kasik warning yang ni.. hihi.. Tapi takpe la kot, InsyaAllah nanti sihat la tu. Omegaguard tu insyaAllah boleh tolong cairkan kahak dia, nanti akan ku fikirkan idea nak suruh dia buang kahak tu.
Bila dia selsema ni, baru la saya nak cuba bagi Nutriferon. Kononnya nak kasik serbuk tu camtu je macam yang saya biasa buat, tapi dia rasa sikit dah kata tak sedap. Oke, terpaksa la mama bancuh dengan air suku cawan.. Sib baik hanis habiskan.
Vicks yang mengandungi Extract Eucalyptus
Semasa berjalan ke Gold Coast tahun lepas, sibuk kawan-kawan opis ni kirim suh beli Eucalyptus Oil. Saya yang tercengang-cengang masa tu tak tau apekebendanya. hihi.. Rupanya banyak kegunaan dan manfaatnya. Salah satunya adalah untuk selsema. Dan kegunaan lainya adalah sebagai bahan pencuci yang sangat efektif! Cara guna semua ada cerita kat botol tu. Dulu susah nak jumpa minyak ni kat pasaran Malaysia, sekarang ni dah banyak. So takyah susah-susah kirim dah.
Jika anda perasan, salah satu bahan dalam Vicks adalah Eucalyptus Extract.Selama ni memang ramai yang dah biasa pakai kan? tapi tak tahu apa bahannya.. Bagi bayi dan kanak-kanak, ada Vicks yang special , bukan yang biasa orang dewasa guna tu tau. Vicks Baby Balsam ni untuk baby 3 bulan ke atas sahaja.
Dan disebabkan ini je yang ada kat rumah sekarang, maka mama pun guna yang sama untuk disapu di dada & belakang. Dipercayai boleh membantu melegakan batuk dan selsema. hihi~
Untuk mama, extra vitamin boleh dimakan. Apa dia? Semestinya Sustained Release Vitamin C.
Bila tak sihat ni, lain sedikit cara makannya, supaya hasilnya pun berbeza. Terasa bestnye ada vitamin Shaklee ni kat rumah, takyah susah-susah fikir nak cari ubat lain. Macam mana caranya? ni saya simpan untuk entry lain pulak la ye..
Alhamdulillah, Allah temukan saya dengan semuanya yang terbaik di Dunia. Rupanya tabiat saya yang dari dulu tak suka makan ubat yang dapat dari klinik tu ada sebabnya.Ye laa, dalam doa dok mintak yang terbaik kan? Tak sedar rupanya tabiat tu sebab Allah nak bagi kita mencari yang terbaik.
Dan sejujurnya saya tak pernah rasa terbeban nak beli Vitamin Shaklee semua ni. Tiap-tiap bulan Alhamdulillah ada je rezeki untuk topup bekalan. Bila tengok anak-anak sihat dan bijak, ibu mana yang suka kan? hehe
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Vitamin Semulajadi yang terbaik ini, usah ragu-ragu.. hubungi saya segera. Jika anda di sekitar KL, InsyaAllah saya boleh hantarkan. Namun jika anda di luar KL.. saya gunakan servis poslaju untuk hantarkan.
Bagaimana nak hubungi saya?
SMS/Whatsapp saya di nombor 0195537657. Jika tak tau nak tulis apa, type je " Saya nak Shaklee" . InsyaAllah saya akan respon secepat mungkin. Senang kan?
Moga anda mendapat manfaat dari cerita saya yang tak sihat ni. :)
Salam sayang,
Ilah.
Smg cepat sembuh ye...berjangkit time kenduri/open house la kot...
ReplyDeleteNk bg ank suka minum try bg botol air yg ada katun feveret dia, manatau nnt dia suka
Alhamdulillah...omega mmg cepat sembuhkan batuk dan selsema anak2 mel...vita-c mmg feveret mel, selsema jarang nk menyerang, klu ada cubaan nk menyerang pun cepat je ditewaskan, hehe
ReplyDelete