Wednesday, July 9, 2014

Kawal gula dalam darah sebelum kedua dua kaki anda dipotong

Alhamdulillah hari ini diberi kekuatan dan kesihatan bagi meneruskan puasa hari ke 11.
Hari ini saya ingin berkongsi dengan pembaca mengenai penyakit diabetes yang dihidapi 1 daripada 7 dewasa di Malaysia.
Jika di hospital dan klinik kerajaan, kebanyakan yang menunggu giliran berjumpa doktor dan mengambil ubat adalah pesakit kencing manis & darah tinggi.



Bagi populasi 25ribu orang  di sebuah daerah kecil, jumlah pesakit Kencing Manis adalah seramai lebih dari 600 orang . Dan kebanyakannya adalah berbangsa Melayu.

70% daripada pesakit kencing manis adalah kategori "Uncontrolled Diabetes " atau Diabetes Tidak Terkawal. Bagi pesakit Diabetes kategori ini, jika dibiarkan berlarutan akan menyebabkan komplikasi yang lebih serius sehingga menyebabkan kematian.

Jika anda fikir hanya orang yang obes dan dewasa berisiko menghidap Diabetes, anda salah! Remaja malah kanak kanak juga ada yang menghidap Diabetes.

Cuba fikir sejenak.. kenapa ramai sangat yang menghidap penyakit kencing manis di Malaysia?

Faktor utama peningkatan pesakit Kencing Manis adalah amalan gaya hidup tidak sihat. Tidak melakukan senaman. Senaman adalah penting untuk memastikan aliran darah sentiasa berjalan lancar dan otot pernafasan sentiasa kuat. Apabila anda tidak melakukan senaman, kadar metabolisma akan menurun. Akibatnya semakin banyak karbohidrat tidak terbakar dan ia akan merangsang peningkatan jumlah gula di dalam darah.

Faktor kedua adalah pemakanan yang tinggi gula. Beras, roti, minuman berkarbonat, minuman 3 in 1 yang mempunyai kadar gula yang sangat tinggi. Budaya lepak di kedai di tengah malam sambil minum air yang manis adalah salah satu penyumbang yang besar bagi penyakit ini.

Manakala faktor genetik atau keturunan bukanlah suatu faktor yang besar bagi penyakit diabetes.


Tahukah anda?

  • Terdapat lebih Lima juta penghidap kencing manis di Malaysia dan jumlahnya meningkat dari setahun ke setahun.
     
  • Pada tahun 2012, lebih 2.6 juta manusia di kesan menghidap penyakit kencing manis. Bayangkan, hanya dalam masa setahun seramai 2.6 juta di kesan menghidap penyakit kencing manis.
     
  • Dari jumlah lebih lima juta penghidap penyakit kencing manis di Malaysia ini, lebih 25 peratus mengalami situasi yang kronik di mana ia memerlukan penjagaan yang serius.
     
  • Penyakit kencing manis sebenarnya adalah penyakit kronik di mana ia boleh membawa maut kepada seseorang. Jadi, jika anda inginkan kehidupan yang sihat, anda perlu jaga diri anda dari terkena penyakit kencing manis.

 

 

Bagaimana Resveraterol membantu penghidap diabetes lebih sihat?

Resveratrol dan polifenol dapat memberi manfaat kepada pesakit diabetes dengan:

Memperlahankan atau mengurangkan Sindrom Resistansi Insulin (“metabolic syndrome”) 
Resveraterol adalah antioksidan yang berkuasa untuk membantu melindungi dan membaiki sel yang rosak.  Jadi, pengambilannya secara berterusan dapat memberi manfaat dalam mengurangkan Metabolic Syndrome yang mengarah kepada penyakit kardiovaskular dan kencing manis yang disebabkan oleh kerosakan gen.

Mengawal kepekatan gula dalam darah
Karbohidrat yang dicerna akan menghasilkan gula yang memberikan kita tenaga. Walau bagaimanapun, pengambilan karbohidrat yang tinggi seperti nasi akan menyebabkan kandungan gula dalam darah kita meningkat. Polifenol yang terkandung dalam anggur muscadine akan melambatkan pencernaan dan penyerapan karbohidrat dalam darah dan seterusnya mengelakkan pengumpulan gula yang tinggi yang menyebabkan kencing manis.

Mengelakkan kerosakan mata, menggalakkan penyembuhan luka dengan segera
Polifenol Anthocyanins bertindak dengan membantu dalam membaiki penglihatan dan menyembuhkan luka dengan segera.

Mencegah pembentukan Protein AGE
Protein AGE (advanced glycation end products) terhasil daripada protein dan gula berlebihan dalam badan. Ia boleh menyebabkan atherosclerotic, sel mati dan komplikasi penyakit kencing manis. Salah satu dari mekanisma anti-penuaan Resveraterol adalah dengan memperlahankan penbentukan protein AGE ini.
credit : superbvitamin 

Anda tak perlu lagi tunggu lebih lama dan membiarkan ia makin tidak terkawal...
Tambahkan Resveraterol di dalam nutrisi harian kita untuk membantu kita mengawal masalah diabetes.

Hubungi saya segera untuk mendapatkan suplemen yang kaya dengan Resveraterol jika anda tidak mahu kaki anda dipotong bulan bulan depan.
Anda pasti tidak akan menyesal.

Bertindak segera!






About Fadh Yunus

Ibu kepada 3 orang anak. Pernah bekerja di salah sebuah syarikat Oil dan Gas selama 7 tahun dan kini memilih untuk terus berimpian dan menjadi suri rumah berpendapatan dengan Shaklee.

You Might Also Like

0 comments:

Post a Comment