Assalamualaikum wbt.
Anda pernah mencuba Herbal Blend? Krim pelbagai guna yang sangat laris seperti pisang panas.
Saya baru berkesempatan menggunakannya sendiri baru-baru ini. Bukan sengaja mahu lambat cuba tetapi baru ada sebab untuk menggunakannya.
Tidak tahu apa sebab dan bagaimana terjadi, tiba-tiba sahaja badan saya dipenuhi ruam yang amat gatal terutamanya jika berpeluh atau panas. Ia sudah berlarutan hingga beberapa hari dan makin banyak.
Saya agak keberatan pada mulanya untuk mencuba Herbal Blend kerana ianya bermentol. Saya memang tidak sukakan losyen atau krim yang bermentol. Tetapi akhirnya saya cuba juga, bukannya mahal pun. Untuk 1 tiub sebesar ubat gigi yang besar tu baru berharga RM27.50 bagi yang bukan ahli. Untuk ahli semestinya lebih murah.
Jadi saya pun mencuba, sapukan di bahagian badan yang ada ruam . Menakjubkan, saya langsung tidak berasa gatal lagi di tempat ruam tersebut. Jika tidak memang asyik bergaru saja. Bau mentolnya tidaklah kuat seperti yang saya bayangkan. Sangat sedikit dan tidak mengganggu bagi saya tak tidak gemarkannya.
Kemudian saya merasakan yang tangan saya sangat lembut. Terus saya sapukan di siku, lutut dan kaki yang terasa kering. Hasilnya? kulit terasa lembap dan lembut. Siapa tak suka kan?
Langsung saya sapukan juga di lutut, siku Hanna. Saya beri sedikit di tangannya untuk dia mencuba menyapu sendiri seperti mana saya lakukan. Hanis tidak terlepas, bahagian pelipat yang kering, leher yang selalu terkena ruam peluh saya sapukan Herbal Blend rata-rata. Ternyata ia cukup melembapkan.
Oh, anda tak perlu risau.. krim pelbagai guna ini selamat digunakan bagi bayi dan kanak kanak kerana ianya tanpa PARABEN. Apakah Paraben? Ianya sejenih bahan kimia yang merbahaya yang banyak digunakan bagi meningkatkan jangka hayat bahan seperti syampu dan losyen dan boleh menyebabkan kanser.
Jika anda berminat untuk mendapatkkannya, hubungi saya segera kerana STOK SANGAT TERHAD.
Anda boleh rujuk entri ini bagi mengetahui apa lagi kegunaan Herbal Blend. Sebenarnya banyak lagi kegunaan krim ini yang tidak disenaraikan. Daripada feedback rakan-rakan yang telah menggunakan, semuanya berpuas hati dan mereka menggunakannya untuk pelbagai jenis penyakit atau masalah kulit.
Anda tak perlu risau, krim pelbagai guna Herbal Blend selamat digunakan. Lebih menarik ianya tidak mengandungi bahan kimia merbahaya.. jadinya sesuai digunakan seisi keluarga.
Berminat?
Hubungi saya segera ya!
Saya adalah wakil Shaklee bagi penghantaran ke seluruh Malaysia. Pilihan COD di kawasan Pandan Perdana , Maluri, KLCC, Ampang dan sekitar.
0 comments:
Post a Comment