Sunday, July 20, 2014

Tips mengelakkan mengantuk ketika memandu

Assalamualaikum & Selamat Membaca

Cuaca panas terik mudah ataupun badan yang penat akan membuatkan kita mudah merasa mengantuk ketika memandu. Tambahan pula di musim perayaan nanti kita akan banyak memandu untuk pulang ke kampung dan beraya ke rumah saudara mara. Dan sesungguhnya memandu ketika mengantuk adalah suatu keadaaan yang amat merbahaya dan boleh menyebabkan kemalangan, Walaubagaimanapun, sebagai pemandu kita boleh mengambil langkah berjaga-jaga.



Jom saya kongsikan tips mengelakkan mengantuk ketika memandu

Rancang perjalanan anda
Sekiranya anda mudah mengantuk ketika memandu di waktu malam, cuba elakkan daripada memandu di waktu malam.Sekiranya anda terpaksa, cuba untuk mendapatkan rehat yang secukupnya sebelum memandu. Saya sendiri lebih suka memandu ketika waktu pagi ketika badan masih segar dan bertenaga

Bawa rakan atau teman memandu
Bawalah seorang yang boleh meneman anda ketika memandu. Sekiranya anda mempunyai teman berborak dan bergelak ketawa, ia boleh membantu mengurangkan rasa mengantuk ketika memandu. Rakan anda juga boleh tolong menghulurkan makanan atau minuman kepada anda. Oh,  pastikan anda tidak terganggu dengan perbualan hingga tidak fokus dengan pemanduan ye.

Pasang radio atau lagu dengan kuat
Jika saya memandu bersendirian, saya akan pastikan suasana di dalam kereta tidak sunyi kerana saya akan mudah terlena. Biasanya saya akan berkaraoke sendirian. Walaupun suara tak sesedap Siti Nurhaliza, tapi bukan ada orang lain yang mendengar kan? hihi. layankan saja lagu-lagu atau siaran yang anda suka.

Berehat sebentar jika perlu
Jika anda sudah terasa seperti memandu dalam keadaan khayal kerana mengantuk, lebih baik anda berhenti berehat di R&R. Pilih untu berhenti di tempat yang ramai orang. Jika pada waktu malam, berhenti di bawah lampu dan berhampiran dengan medan selera.Tidur selama 15-20 minit yang nyenyak mampu membuatkan anda lebih segar untuk meneruskan pemanduan.

Pilih kenderaan teman di jalan
Biasanya akan ada kereta lain yang mempunyai tahap kelajuan yang lebih kurang sama dengan kita kan?
Saya suka pilih 1 dan akan menjadikannya "teman". Jika kereta tersebut memotong, saya juga akan mencari peluang untuk memotong. Ianya akan membuatkan otak sedikit bergeliga dan alert. Tak semestinya anda perlu mengikut kereta tersebut hingga sampai ke destinasi. Sekiranya anda rasa sudah bosan atau kehilangan kereta tersebut, boleh pilih kereta lain pulak. hihi..

Bawa bekalan minuman dan makanan ringan 
Saya suka membawa bekal seperti kekacang,buah-buahan potong atau keropok yang mudah dimakan. Pastikan bekalan tersebut diletakkan ditempat yang mudah dicapai oleh anda.Walaupun anak-anak tidur, saya boleh mendapatkannya dengan mudah. Sebelum ini, jika diwaktu siang, saya suka membawa bekal air kopi tetapi jika di waktu malam, saya akan mencari alternatif lain kerana kesan kopi tersebut akan membuatkan saya tidak boleh tidur lena setelah sampai di destinasi.

Oleh kerana saya masih menyusukan, saya juga perlu mengurangkan minum kopi. Bulan lepas, saya telah mencuba 1 minuman energy booster yang mudah dan membuatkan mata saya buntang ketika memandu. Ianya adalah Cinch Energy Tea Mix. Ketika itu saya dalam perjalanan pulang dari Ipoh ke KL, belum sampai Tapah saya dah rasa agak khayal dan menguap beberapa kali. Saya tidak boleh berhenti tidur kerana perlu sampai ke KL dengan segera. Mujur saya teringatkan yang saya ada 1 sachet Cinch Tea.
Semasa berhenti rehat di R&R Tapah, saya tuangkan sachet teh tersebut ke dalam botol air mineral saya dan goncang. Alhamdulillah saya boleh teruskan pemanduan dan selamat sampai ke KL tanpa rasa mengantuk.

Dapat apa-apa tips berguna? Selamat mencuba! Jika anda juga mempunyai tips anda yang tersendiri, bolehlah tinggalkan komen dan berkongsi dengan pembaca lain.

Selamat memandu dengan selamat &  Berhati-hati di jalan raya.
 Selamat Hari Raya Aidilfitri 
Maaf Zahir Batin


Love,
Mamamyras






About Fadh Yunus

Ibu kepada 3 orang anak. Pernah bekerja di salah sebuah syarikat Oil dan Gas selama 7 tahun dan kini memilih untuk terus berimpian dan menjadi suri rumah berpendapatan dengan Shaklee.

You Might Also Like

8 comments:

  1. Sama la Kita keta Akan penuh ngan mcm2 makanan.bila sampai kampung sambung penat nak cuci kereta.huhu...

    ReplyDelete
  2. mostly tips di atas mmg selalu buat time travel balik kg. satu lg kalo minum cinch tea ni, rasa cergas je, mmg rekomended la ambik time travel..

    ReplyDelete
  3. Makanan ringan tu mmg tak le tinggal..even co driver pun mengunyah mengalahkan driver..hehe..

    nt nak cubalah Cinch Energy Tea tu..suh che abg segar bugar driving nt..

    ReplyDelete
  4. Yupp.. Saya pun suka cinch tea!!

    ReplyDelete
  5. Cinch tea mmg jadi teman setia sepanjang ramadhan ni..kalu termiss ambil masa sahur, alamatnya sepanjang hari dok tersengguk..huhu..

    nak balik raya ni pon nak kena xtra energy even dok dlm kete je dan bukan lah awok yg drive kan..hehe..tp sbb nak handle anak2 ngan keadaan traffic yg surely akan jem punya..huhu..penah balik raya 2 tahun lepas, perjalanan sepatutnya 6jam, jadi 14jam!! hamik ko..anak pon dah xkeruan dlm kete..

    ReplyDelete
  6. eh, lebih kurang sama la tips kita! bab makanan ringan tu wajib ada, satu lg saya suka berkonvoi so senang sikit taklah rasa sorang2 sangat

    ReplyDelete
  7. hahaha..yg pasang radio kuat2 tu selalu buat..mmg karaoke la dlm kete

    ReplyDelete