Wednesday, November 26, 2014

6 TIPS Membakar Kalori Untuk Wanita Bekerja Dengan Usaha Minimum

Bagi wanita yang bekerja, tak mudah rasanya untuk kita pastikan pembakaran kalori setiap hari  lebih tinggi dari kalori di dalam makanan yang kita ambil. Nak join kelas aerobik seminggu sekali  waktu lunch break pun asyik terponteng je, apatah lagi nak ke gim selepas waktu kerja. Kalau lambat keluar dari pejabat nanti tersangkut dalam jammed pulak. Sudahnya langsung tak payah..

Dulu rasa badan macam ringan, sekarang nak melangkah pun rasa macam berat je.. Bila nak mula bersenam ni? Setiap hari kalau tak dapat kopi.. adoiii~ rasa macam lemah lesu je macam kakak manis ni..







Kalau anda masih tak tahu, sebenarnya ada cara yang mudah dan paling best tidak memakan masa yang banyak untuk membakar kita lebih kalori.

Nak tahu tak? Ada 6 Tips membakar kalori dengan mudah bagi wanita bekerja

1. Membeli Belah


Tiada wanita di dalam dunia ni yang tak suka membeli beli rasanya. Kalau yang dalam pantang pun sanggup membeli beli secara online sebab nak hilangkan gian. Semasa bershopping pun kita boleh membakar kalori sebenarnya. Paling efektif adalah semasa membeli barangan dapur bersama anak-anak di pasaraya.


Hanis yang selalunya duduk di celah-celah barang..
Aktiviti menarik dan menolak troli yang dipenuhi anak-anak dan barang dapur selama sejam boleh membakar 243 kalori ( berdasarkan berat individu 68kg). Itu belum lagi kalau tiba-tiba nak mengejar anak yang berlari ke sana ke mari. Haa! kan makin banyak kalori terbakar.

Kate pun pulangkan troli selepas guna.. hihi


Nak bakar lebih banyak? Jangan lupa hantarkan troli ke tempat asal setelah digunakan macam Kate Middleton.

2. Mengemas Rumah


Rutin Harian seperti mengemas rumah selama 26 minit boleh membakar 100 kalori. Menyapu lantai selama 30 minit boleh membakar 118 kalori, kalau mop sekali boleh bakar lebih sedikit iaitu 129 kalori. Bila dah bosan dengan susun atur perabot di ruang tamu, kerja-kerja menyusun atur tersebut boleh membakar 200 kalori. Banyak tu kan?

Buat ibu-ibu yang selalu mengeluh anak suka sepahkan mainan ( seperti saya ) , lepas ni anggaplah ianya aktiviti membakar lebih kalori. Ajak sekali anak-anak mengemas pun boleh. Banyak kalori terbakar tanpa perlu ke gim.

Jika ibu-ibu risaukan tentang bahan kimia di dalam pencuci lantai, cuba gunakan Basic H yang tidak mengandungi bahan kimia dan tak perlu bilas. Selamat untuk kanak-kanak dan bayi.

3. Menggunakan Tangga Selain Lif


Bagi kita yang tinggal di pangsapuri ataupun kondo, apa kata kita cuba untuk menggunakan tangga. Untuk permulaan, mungkin boleh keluar dari lif 1 atau 2 tingkat lebih rendah dan kemudian naik tangga. Selepas rasa agak selesa,  kurangkan lagi 1 atau 2 tingkat.

Untuk yang tinggal di rumah teres, boleh la gunakan taktik yang sama di pejabat ye. Setakat nak pergi hantar dokumen ke tingkat yang lain, lagi cepat rasanya jika menggunakan tangga. Opps! berhati-hati jika anda memakai high heels. Gunakan handrails sebagai langkah keselamatan.

Naik tangga sebagai aktiviti bersenam
Bila kita menaiki tangga dengan langkah sederhana, ia menggalakan otot di bahagian bawah badan untuk bekerja keras dan juga meningkatkan kadar degupan jantung.

Mana tau, jikalau terjadi lif rosak..anda tentu sahaja boleh naik ke tingkat sepuluh tanpa mengeluh.

Tak larat nak naik tangga sebab sakit lutut, mungkin ada boleh mencuba Set Sakit Lutut. Ramai yang dah kembali tersenyum dan boleh berlari tanpa rasa lutut longgar lagi

4. Menari Ketika Bersiap Ke Kerja




Sambil-sambil nak menggosok baju, mengeringkan rambut, melilit shawl dan sebagainya, apa kata kita pasangkan lagu-lagu kegemaran kita yang ada di dalam playlist iPod tu. Kalau ada lagu rancak, lagi syok rasanya untuk menari. Gerakkan badan ke kiri ke kanan, ikut irama.. nak nyanyi sekali pun boleh.Tapi jangan kuat sangat ye volume lagu tu, risau kena jerit dengan jiran pulak nanti. hehe~

5. Makan Sarapan Sebelum Memulakan Hari


Apabila kita mengambil sarapan, kita memberi isyarat kepada tubuh untuk membakar lebih kalori. Lebih baik sekiranya sarapan yang diambil adalah yang rendah lemak dan rendah kalori. Kalau bosan dengan sarapan yang sama setiap hari, cuba shake ESP yang dicampur susu segar dan buah strawberi. Bukan sahaja sedap, malah mengenyangkan! Paling best, ia sesuai untuk sesiapa yang sedang berdiet kerana ia tidak mempunyai kolesterol dan rendah kalori.

So yummy~ rasa macam nak buat sekarang je..


6. Parking di Tempat Yang Jauh


Seboleh-bolehnya kita kita akan cari parking yang paling dekat dengan pintu pejabat kan? hihi.. Lepas ini cuba tukar. Cari tempat yang jauh sedikit dan agak redup ( jika open parking). Bila nak balik di petang hari, tidak lah kepanasan bila masuk dalam kereta.

Biasanya saya hanya memakai sandals atau kasut bertapak rendah untuk berjalan dari kereta ke pejabat. Di bawah meja saya ada 3-4 pasang kasut dan high heels untuk digunakan di pejabat. Bila nak keluar lunch pun saya akan pakai kasut yang bertapak rendah. Langkah pun boleh la laju sedikit.Ye la.. nak berjalan ke KLCC tu boleh tahan penat kalau pakai kasut  tumit tirus setinggi 2 inci.

Kalau kita berjaya amalkan 6 cara mudah ni, kurang lah sedikit rasa serba salah sebab tak sempat nak ke gim tu..

Jika anda sering mengalami sakit belakang ketika membongkok atau sakit punggung semasa duduk, anda mungkin mengalami masalah sama seperti Puan Ida.




Untuk mendapatkan hasil pembakaran kalori yang lebih efisyen, saya mengamalkan pengambilan Lecithin setiap hari. Ia terbukti meningkatkan metabolisma dan membakar lebih kalori. Memang berpeluh-peluh kalau ambil lecithin sebelum mengemas rumah.

Jom lah cuba dan kongsikan kepada rakan-rakan!

Nur Fadhilah Yunus ( ID: 889805)
SMS/Whatsapp : 0195537657
FB : Nur Fadhilah
FB Page : Vitamagic Shoppe

About Fadh Yunus

Ibu kepada 3 orang anak. Pernah bekerja di salah sebuah syarikat Oil dan Gas selama 7 tahun dan kini memilih untuk terus berimpian dan menjadi suri rumah berpendapatan dengan Shaklee.

You Might Also Like

0 comments:

Post a Comment