Tuesday, November 11, 2014

Cara berjimat Ketika Melancong Tanpa Membazir Membeli Air Mineral Mahal

Berapa harga sebotol air mineral di Langkawi? RM3 untuk yang bersaiz 1.5liter kan? Biasanya jika melancong bersama 5 orang ahli keluarga, memerlukan 3-4 botol air mineral setiap hari. Jika melancong 3 hari atau 5 hari, cuba anda buat kira-kira.

Itu kalau di Langkawi, kalau di Pulau Tioman, Redang dan lain-lain? Lagi mahal rasanya..
Habis tu macam mana nak berjimat? 



Kalau anda nak tahu apa secret weapon saya untuk berjimat ketika travel.. Baca sampai habis ya.

Sepanjang 2 bulan suami bercuti ni, hampir separuh daripadanya dipenuhi dengan Kursus Wajib. Kalau tak hadir kursus tak boleh naik pangkat. So, nak tak nak kena la hadir jugak. Kursus bukan sehari dua pulak tu. 3 x 5 hari dan 1 x 3 hari. Ok, yang 3 hari tu suami pergi sorang tak bawak kami anak beranak.

Cuba agak berapa botol air mineral yang dibeli sepanjang Kursus 1 minggu? ( suami kursus, bawak isteri dan anak-anak)

15 botol 1.5liter.

Itu tak termasuk botol kecil yang diberi kepada suami di dalam kelas.

Itu kisah kami yang mengikut suami berkursus. Dan semasa kami melancong ke Kota Kinabalu baru-baru ini, kami membeli kira-kira 10botol air mineral. Walaupun payah, tetap kena minum air mencukupi, sebab kami taknak dehydrated. Nanti tak larat pulak nak berjalan.Rugi travel jauh-jauh.

Di rumah, suami dah pasang kan penapis  air Coway . So memang senang la, takyah susah-susah nak masak air atau simpan air dalam peti sejuk. Kan best kalau boleh angkut penapis air tu ke mana-mana.. Hihi.. Takde la membazir beli lagi air mineral.

Sebabkan dah syok dengan adanya penapis air coway yang tak boleh nak ubah tu, sampai terlupa yang saya pernah membeli jag penapis air awal tahun lepas. Masa mengemas dapur hari tu, baru la terjumpa balik. Syok bukan main lagi la rasanya. So, untuk Kursus minggu ni, boleh berjimat yeay! Tak perlu lagi beli air mineral banyak-banyak. Kurang la sikit beban nak angkut ke bilik kat tingkat 4.

Inilah rupanya jag penapis air yang ringan, mudah dibawa ke mana-mana, nak guna pun senang, tak guna elektrik ataupun bateri. Jag ini diperbuat dari plastik standard BPA-Free

Mula-mula dulu memang di pandang enteng oleh suami sebab dia kata leceh, kena tadah air, tunggu air di tapis baru boleh minum. Tapi, bila saya tunjuk kira-kira  harga 1 liter air yang ditapis tu hanyalah RM0.14,  barulah dia setuju. 

Sebelum saya beli dulu, saya dah kaji siap-siap dah, betul je jag air ni boleh tapis segala klorin, plumbum dan bendasing dan bahan pencemaran lain yang terkandung dalam air pili? Namun tidak menghilang kan zat dan mineral baik. 


Risau jugak saya, harga jag tu bukan setakat seringgit dua.. So kena la kaji betul-betul. Dah la masa tu guna duit sendiri pulak tu. Lagi la I berkira. Hihi

So bila dah study, buat perbandingan, kira harga dan segala bendalah barulah kita beli. Dengan harga yang dibayar tu, terasa macam tak percaya dengan kualiti kebersihan air yang ditapis. Plumbum yang biasanya tak dapat ditapis oleh kebanyakan penapis air pun boleh dihilangkan. Selain itu, ia juga boleh Menapis lebih dari 50 bahan pencemaran di dalam air yang boleh membahayakan kesihatan.

Lebih meyakinkan bila ianya diiktiraf oleh WQA ( Water Quality Assosiation). Maknanya bukan setakat syok sendiri je la water filter ni dihasilkan.



Macam mana nak tahu bila nak kena tukar filter? 


Itulah kegunaan meter automatik pada penutup jag. So kita confirm dapat minum air yang bersih, bebas dari pencemaran bila dah ditapis guna penapis air ni.

1 filter tu mampu menapis sehingga 80gelen air dengan efektif. Bila meter tu dah tunjuk nombor berwarna merah, tukar lah filter. Kalau kita konon-konon nak jimat, melambat-lambat kan tukar tu, kita bukannya tipu jag tu tapi tipu diri sendiri. ( ini idea suami kononnya takmo tuang air ikut bahagian yang ada meter tu) hehe

Selain dari kita yang suka travel, rupanya jag penapis air ni pun boleh digunakan oleh student yang tinggal di asrama dan tiada kemudahan water filter. Bila adik saya kat Unimap tu sebut barulah saya terfikir kelebihan jag penapis air ni dibuat dalam rupa bentuk macam ni.

So, kalau kita tak suka rasa was-was dengan kebersihan air yang diminum bila travel,  risaukan bahan tercemar dalam air yang kita guna untuk bancuh susu anak, itu maknanya kita mesti dapatkan Set Jag Penapis Air ni. Dengan harga mampu milik untuk set permulaan, semua orang boleh memilikinya. Lepas ni duit yang kita selalu guna untuk beli air mineral boleh lah masuk dalam tabung anak-anak.

Hubungi saya di 0195537657 bagi mendapatkan Get Clean Water Pitcher anda hari ini juga. 


About Fadh Yunus

Ibu kepada 3 orang anak. Pernah bekerja di salah sebuah syarikat Oil dan Gas selama 7 tahun dan kini memilih untuk terus berimpian dan menjadi suri rumah berpendapatan dengan Shaklee.

You Might Also Like

0 comments:

Post a Comment