Tuesday, November 18, 2014

Suami komen payudara kendur seperti nenek! Tapi umur baru 30..

Sentappp mak!
Walaupun dalam nada gurauan tapi mesejnya jelas, terang dan nyata. Ianya seolah-olah memberi hint yang payudara kita dah tak tegang dan anjal seperti baru berkahwin dahulu. Siapa yang nak disalahkan dalam hal ini? Anak lahir selang setahun, dan setiap anak tu diberi susu badan. Breast yang dulukan tegang dan mantap kini makin melayut dan kendur. Malunya rasa bila ditegur oleh suami..rasa macam tak cukup kain nak sorok muka.

Mujur jugaklah kita cepat terasa bila suami bagi komen tu , boleh la jugak kita usahakan. Daripada tetiba nanti suami salahkan kita bila terkantoi main kayu tiga... tak cukup air mata nangis nanti rasanya.

Jom dapatkan payudara macam Che Ta! hihi..

Kenapa payudara kendur?

Ada beberapa sebab yang biasa dan kadang-kadang kita tak tahu atau tak ambil kisah namun ramai wanita yang mengalaminya.. nak tau? baca sampai habis ye..

Kenaikan atau penurunan berat secara mendadak

Payudara adalah bahagian badan yang sensitif dengan perubahan mendadak kenaikan atau penurunan berat badan. Bagi kita yang mengandung, paling tidak harus naik 10 kilo kan? Lepas bersalin bila amalkan Set Berpantang Supermom dalam masa 3 bulan cuti tu dah kurus ramping, perut pun kempis.
Jika kita berdiet sehingga berat turun 10 kilo dalam 2 minggu, itu namanya perubahan mendadak.  Kita akan kehilangan muscle dan sebahagian lemak di dada, dan payudara pun akan kendur..

Pemakain coli yang tidak sesuai

Berapa kerap kita menukar coli? Setahun sekali.. atau 2 tahun sekali? Sebaiknya tukar coli setiap 3-4 bulan atau jika didapati coli makin longgar atau terlalu ketat. Pastikan bahagian belakang tidak terangkat. Jika kita memakai coli dan saiz cup yang betul, coli kita takkan kelihatan seperti gambar dibawah.

ini tanda anda kena tukar coli anda

Cara memakai coli yang betul untuk elak payudara melayut
Bagi ibu yang masih menyusukan dan memakai nursing bra juga wajib memilih saiz dengan betul. Saiz coli semasa baru bersalin mungkin lebih besar dari waktu anda mula bekerja setelah cuti bersalin 3 bulan.

Posisi tidur mengiring

Jika anda jenis yang tidur tanpa coli dan suka tidur dalam posisi mengiring, payudara anda akan lebih cepat mengendur. Ini kerana kurangnya support kepada payudara.  Tidur terlentang adalah alternatif yang baik atau pakailah sleeping bra yang tidak mempunyai wire namun masih memberi support.
Haa..tidur meniarap lagi la tak digalakkan ya.


Atasinya sekarang!


Walaupun suami dah memberikan komen yang pedas, belum terlambat untuk kita mengubah persepsi suami. Takmo la nanti suami kita jadi macam suami Mah pulak... Naudzubillah.
Jom tengok macam mana caranya, mudah dah boleh dibuat dirumah je.

 

Senaman payudara


Terdapat beberapa cara senaman yang boleh membantu kita membina muscle di dada dan seterusnya membuatkan breast menjadi lebih mantap. Senaman ni diajar oleh cikgu aerobik saya di pejabat. Sukar untuk kami tidak percaya apabila melihat sendiri susuk tubuh cikgu yang mantap walaupun berusia melebihi 40 tahun. Kalah badan anak dara..

Senaman yang diajar mudah sangat untuk dibuat.

  1. Berdiri tegak, angkat kedua tangan kehadapan dan silangkan kedua tangan seperti dalam gambar.
  2. Genggam lengan kanan dengan tangan kiri dan genggam lengan kiri dengan tangan kanan.
  3. Tolak/gerakkan genggaman tangan dengan kuat sedikit ke arah siku
  4. Tukar posisi tangan.

Senaman untuk payudara, saya minta anak jadi model.


Ulang sehingga 50 kali setiap hari untuk mendapatkan hasil yang mantap. Makcik dan akak- akak dalam kelas aerobik tu, kalau bab senaman yang ni semua buat bersungguh-sungguh. hehe..
Kalau korang masih ragu-ragu, boleh refer kat video ni. ada juga ditunjukkan cara secara detail.





 sumber : youtube

 

Urutan sendiri di rumah

Dengan cara urutan juga kita boleh meransang agar payudara kembali mantap.
Kita boleh melakukan urutan sendiri sendiri ataupun meminta bantuan suami yang memberikan komplen.. hihi.. Caranya mudah sahaja..

1 - Letakkan tapak  tangan di sebelah luar payudara dan tolak perlahan-lahan ke tengah
2 - Ulang 10-15 kali
3 - Letakkan tapak tangan di sebelah bawah payudara dan tolak perlahan-lahan ke atas
4 - Ulang 10-15 kali

Suplemen untuk payudara


Selain daripada membuat senaman dan urutan, kita juga perlu membekalkan payudara dengan kolagen agar kulitnya lebih cepat tegang dan lembut. Bagi suami, payudara tu kan seolah-olah tempat untuk ditakluki. Lagi disukai bila payudara mantap dan gebu. Tak perlu la sampai buat pembedahan untuk membesarkan payudara pulak, itu dah nampak sangat tipunya.

Protien juga salah satu nutrisi yang diperlukan untuk untuk mengelakkan payudara menjadi labuh sehingga boleh diselak ke belakang macam shawl.  haha.. itu la perumpamaan yang kawan saya bagi bila saya share mengenai senaman di atas di dalam group whatsapp.Protien seperti diketahui ramai mudah didapati melalui daging dan kekacang, tapi awas kandungan kolesterol di dalam daging.

Sumber protien yang saya sarankan adalah Energizing Soy Protien (ESP) yang tidak mengandungi Kolesterol dan kaya dengan asid amino penting untuk tubuh. Kesan dari pengambilan ESP secara berterusan bukan sahaja membuatkan payudara lebih anjal malah kulit juga makin cerah dan berseri-seri.

Selamat mencuba ye kawan-kawan. Sebelum tidur nanti boleh la minum kolagen bersama ESP ye.
Kalau belum ada ESP dan kolagen boleh hubungi saya di 0195537657, saya boleh poskan cecepat..jangan risau.
Nak tak kalau saya bagi tahu ada cara untuk anda jimat lagi sehingga 30%?
Hubungi saya cepat-cepat sebelum suami anda terus memerli baikk lagi.. 

Nur Fadhilah Yunus ( ID: 889805)
SMS/Whatsapp : 0195537657
FB : Nur Fadhilah
FB Page : Vitamagic Shoppe


About Fadh Yunus

Ibu kepada 3 orang anak. Pernah bekerja di salah sebuah syarikat Oil dan Gas selama 7 tahun dan kini memilih untuk terus berimpian dan menjadi suri rumah berpendapatan dengan Shaklee.

You Might Also Like

2 comments: