Thursday, November 6, 2014

Anak selalu sakit, Ibu selalu cuti .Apa nak buat?

Cuti sekolah dah nak mula tapi anda hampir kehabisan cuti. Cuti tahunan 21 hari tu habis sebab EL 2 hari sebulan. Duit pun dah banyak berhabis membeli segala macam jenis ubat. Tapi setiap bulan sama tetap kena EL jugak sebab pihak taska tidak membenarkan anak yang tidak sihat dihantar ke taska.

Bila anak sakit, memang si ibulah yang biasanya akan mengambil EL @ Emergency Leave kan?  Namun jika berlarutan demamnya, terpaksa pula bergilir-gilir dengan si Ayah. Si ibu di pejabat tak senang duduk memikirkan anak di rumah. Tanpa sedar, cuti tahunan hanya tinggal 3 hari. Itupun nanti nak simpan kalau anak tak sihat lagi bulan ni dan bulan depan. So bila masa nak bercuti bersama anak-anak ni?




Jom saya kongsikan apa sebab utama kanak-kanak mudah jatuh sakit cara mengatasinya.. Nak tahu? teruskan membaca.

Sebelum tu, jom kita dengar apa kata dua orang ibu tentang  anaknya selalu sakit



3 Sebab kanak kanak mudah jatuh sakit


  1. Kanak kanak sering terdedah kepada persekitaran yang tidak bersih. Mungkin kita telah mengajar anak supaya membasuh tangan sebelum makan namun apabila mereka bermain dengan kanak-kanak lain, kuman mudah berjangkit. Sekiranya anak kita mempunyai sistem pertahanan badan yang lemah, kuman mudah menjangkiti dan penyakit pun datang. Bila mereka tidak sihat, selera makan akan berkurang dan badan akan makin lemah.


 2. Kesibukan ibu bapa bekerja banyak menyumbang kepada pemakanan kanak-kanak  yang kurang seimbang. Dalam satu minggu, mungkin 2-3 kali akan kita akan membawa anak-anak ke KFC atau MarryBrown, membuat pesanan Pizza Hut dari rumah ataupun memasak sosej dan nugget sebagai snek atau sarapan. Mereka mungkin kenyang namun pernah tak kita terfikir tentang keperluan nutrisi mereka yang sedang membesar. Semakin kerap kita memberikan makanan yang telah diproses, semakin kurang nutrisi yang diberikan, namun kalorinya mungkin sangat tinggi dan tidak sesuai dengan mereka.



3. Rasa macam tak lengkap jika kita tak membelikan iPad untuk anak-anak kan? Kita merasakan mereka layak mendapatkannya kerana kita bekerja keras siang malam kerana mereka. Saya pun telah terperangkap dalam jerat gadget ini. Apabila Tab rosak, saya belikan iPad. Kononnya supaya anak saya tidak mengganggu saya membuat kerja dan mereka dapat belajar menggunakan iPad. Lama kelamaan anak saya seolah-olah tidak mempedulikan mainan yang berkotak-kotak. Masanya lebih banyak dihabiskan dengan iPad. Bila dah asyik dengan iPad, semestinya dia tak bergerak aktif. Bila dipanggil pun kadang-kadang tak dengar.

Kita merasakan yang kita sudah pun memberikan yang terbaik untuk mereka, rupanya kita meletakkan sebelah kaki mereka ke dalam senarai pesakit di klinik. Jika dibiarkan berterusan, bukan setakat seorang anak menjadi pengunjung tetap klinik, malah kesemua anak kita pun juga mungkin turut sama.

Cara mengatasi anak selalu sakit


Saya sendiri runsing dan kerap berfikir kenapa dahulu anak sulung saya kerap demam. Pada mulanya saya beranggapan yang ianya adalah perkara biasa bagi kanak-kanak. Hampir setiap bulan saya akan EL kerana Hanis demam. Bila dah demam, kuat pulak memerap. Ternyata sangkaan saya kurang tepat. Jadi saya mula membuat perubahan dalam jadual seharian.

Lebih aktiviti fizikal, kurang iPad

 

4 kali seminggu, saya akan bawa anak saya bermain di taman samada Indoor ataupun outdoor. Saya biarkan dia berlari, melompat dan bersosial dengan kanak-kanak lain. Pada mulanya memang agak mengambil masa, kadang-kadang sampai sejam dok menunggu anak bermain. Bila dah makin kerap, 15 minit pun dia dah cukup buat dia balik dengan happy. Tiada lagi meronta-ronta berguling di lantai.

Rancang menu makanan seminggu


Walaupun saya kini suri rumah, namun kesibukan setiap hari kadang-kadang membuatkan saya tak sempat berfikir apa nak masak. Beberapa bulan lepas saya terjumpa 1 tips supaya dapat memasak dengan cepat. Setiap hari Ahad, rancang menu Breakfast, Lunch, Dinner dan juga snek. Saya tuliskan di black board dan gantung di fridge, so senang nak refer. Nak shopping barang dapur pun mudah. Saya dah cuba, dan memang boleh siap masak kurang dari 30 minit. Bila buat camni, memang kurang membeli makanan segera.


Bekalkan makanan tambahan kepada anak-anak

 

Walaupun setiap hari kita memasak untuk anak-anak, namun kita tetap tidak mampu mengawal ketepatan nutrisi yang mereka dapat. Jika anda pernah membaca entry saya sebelum ini mengenai suplemen yang dicadangkan oleh Doktor Pakar Kanak Kanak kepada Hanna yang berumur setahun, anda mesti dah tahu. Sehingga ke hari ini, usianya 1 tahun 3 bulan, saya rasa hanya sekali Hanna pernah demam. Sangat berbeza dengan kakaknya yang dulu sangat kerap demam. Padahal Hanis juga minum susu badan sepenuhnya sehingga usia 1 tahun 2 bulan. Ternyata antibodi Hanna lebih kuat dari Hanis. Sehingga ke hari ini, setitik pun paracetamol tak pernah masuk ke mulut Hanna. Bila dia selsema, saya hanya pastikan dia diberikan vitamin C & Omega setiap hari. Alhamdulillah, bijak pun bijak. Sel-sel otak dia berhubung baik la tu..



Anda juga boleh mencuba tips tambahan yang sangat simple macam kacang putih

  • Tukar bahan pencuci rumah berasaskan kimia kepada bahan organik jika anak mempunyai alahan/asma. Anda boleh mencuba Get Clean sebagai alternatif.
  • Buka tingkap rumah setiap hari bagi memastikan udara di dalam rumah sentiasa bertukar. Barulah dapat udara yang bersih.
  • Semasa anak demam atau selsema, anda boleh cuba meletakkan sehiris bawang merah di dalam  bilik atau ruang tamu. Ia mampu menyerap bakteria & virus penyebab demam.



Agak-agak tahun depan boleh tak guna cuti anda untuk percutian indah di tepi pantai? Bukan setakat sekali, 2-3 kali setahun pun mungkin berlebih lagi cuti tu kan. Kalau ada bajet lebih, nak ke luar negara pun boleh.

Lepas ni boleh la cuba tips-tips yang saya kongsikan tu ye. Jika anda tak tahu di mana nak dapatkan suplemen untuk anak-anak, boleh hubungi saya di 0195537657. Nanti saya cadangkan yang mana paling sesuai untuk anak anda.

Salam Sayang,

Nur Fadhilah Yunus ( ID: 889805)
SMS/Whatsapp : 0195537657
FB : Nur Fadhilah
FB Page : Vitamagic Shoppe


 Kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan dan saudara mara jika anda rasakan ianya bermanfaat. Mereka mungkin akan berterima kasih kepada anda.

About Fadh Yunus

Ibu kepada 3 orang anak. Pernah bekerja di salah sebuah syarikat Oil dan Gas selama 7 tahun dan kini memilih untuk terus berimpian dan menjadi suri rumah berpendapatan dengan Shaklee.

You Might Also Like

6 comments:

  1. manfaat jadual tu. tq. sebab tiap kali pagi je xtau nak masak ape kat baby. agak pening di situ hehe.. thanks

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila ada jadual ni boleh jimatkan masa berfikir tu kan.. hihi

      Delete
  2. sy pun dah buat:
    1) bekalkan suplemen utk anak2
    2) tukar pencuci bebas bhn kimia
    3) buka tingkap
    4) letak bwg merah (huhu berbau bilik dgn bau bwg)

    ReplyDelete