Sunday, November 9, 2014

Pengalaman Beraya di atas Kapal dan bershopping di Jepun

Bukan kapal cruise dan semestinya bukan kapal pelayaran mewah. Tengok kali pertama pun dah terasa macam diri sendiri adalah semut yang melihat kereta Mini Cooper S. Itulah Puteri Zamrud 1, kapal LNG milik MISC.

Aidilfitri 2011, adalah raya pertama saya setelah bergelar seorang isteri. Rasa macam tak sanggup kan, nak beraya tanpa suami. So kami ambil keputusan untuk saya mengambil cuti 2 minggu agar dapat beraya di atas kapal.*tapi ter extend lagi 2 minggu... hihi.


Puteri Zamrud 1

Persediaan awal sebelum menaiki kapal


Bukannya mudah nak ikut sebuah kapal belayar dari satu negara ke negara lain. Banyak prosedure dan syarat yang perlu dipatuhi.

1- Passport dengan tempoh minima 6 bulan sebelum expired. Ini adalah syarat biasa untuk sesiapa yang travel ke luar negara.

2- Suntikan vaksin sebagai perlindungan agar tak mudah dijangkiti wabak di negara dilawati. Oleh kerana jadual perjalanan kapal mungkin berubah, jadi saya perlu mengambil beberapa suntikan. Kos ditanggung sendiri.

3- Memohon cuti. Oleh kerana saya telah menggunakan cuti yang agak lama semasa cuti kahwin pada bulan 5, maka baki cuti saya hanya tinggal beberapa hari. Saya terpaksa memohon untuk meminjam cuti dari tahun 2012 bagi mencukupkan bilangan hari. Bukan senang pulak tu, borang tu kena dapatkan approval Business Services Manager, Boss No 2 dalam Malaysia. Fuhhh~ Borang tu 5-6 kali diperbetulkan ayatnya agar jelas dan tepat. Alhamdulillah, selepas 1 pembetulan kecil oleh BSM terus dapat approval. Lega mokcik .

4- Booking Flight . Oleh kerana kapal yang dinaiki oleh suami hanya mengambil Gas di Bintulu, jadi saya perlu terbang ke sana sebelum boleh menaiki kapal. Urusan tiket kapal terbang diuruskan sepenuhnya oleh syarikat suami.

5 - Semak jadual perjalanan KLIA Transit. Untuk memastikan saya tidak terlepas masa yang ditetapkan.

Hari Travel ke Bintulu


Flight ke Bintulu adalah pada pukul 10.55 pagi. Jadi saya perlu berada di KLIA sebelum jam 8.55pagi. Oleh itu masa terbaik untuk keluar dari rumah adalah jam 7 pagi.
Dari rumah, saya ambil teksi terus ke Stesen ERL di Bandar Tasik Selatan dan terus mengambil ERL ke KLIA.

Ini kali kedua saya travel bersendirian , jadi saya sudah boleh agak masa yang diperlukan untuk sarapan sorok-sorok dan berlegar-legar di KLIA. Baru la fefeeling travellers tegar kan? Oleh kerana ketika itu adalah bulan puasa, jadi saya tak boleh makan secara terbuka di restoran. Tak pasal-pasal kena naik van jenazah pulak nanti. So, saya beli di KFC dan makan di dalam surau.

Tiba di Bintulu, saya dengan selamber tak hulurkan passport di kaunter imigresen. ( Sape suh encik suami tak brief awal2 kan? hehe) Bila keluar, dah nampak nama saya ditayangkan menggunakan kertas A4. Terus masuk Van dan bergerak terus ke pelabuhan. Rasanya ambil masa 45 minit dari Airport ke Pelabuhan.

Sebelum tiba di kawasan pelabuhan, driver tu dah pesan siap-siap..Tak boleh amek gambar. Ok fine. Henfon pun tak boleh digunakan. Kena turun kan pos pengawal, tandatangan buku rekod, masuk balik dalam van dan terus ke parking yang paling dekat dengan kapal

Dah sampai tu, driver tu tak cakap pun mana satu kapal yang saya kena pergi. Padahal ada 2 kapal kat situ. Dengan terhegeh-hegeh menarik luggage sambil rasa tercengang dan teruja tengok kapal besar tu buat pertama kalinya, saya jalan je la ke kapal yang disebelah kanan. Jarak nak kena jalan tu 700 meter rasanya. Dengan jayanya, Encik Suami tak tau pun bini dia dah sampai.Macam mana nak bagi tau dia ni? Takkan nak pandai-pandai panjat tangga kapal yang 90 darjah tu.  Mujur la tak pakai heels. Kalau tak, mau kena perli baikk sampai bercucu cicit..

Nasib baik ada pondok yang betul-betul kat sebelah kapal berlabuh. Tak lama tu baru la encik suami turun dari kapal.

Selepas memanjat tangga 90 darjah yang tinggi giler tu baru sampai ke dek. Petang tu keluar balik ke bandar Bintulu, mencari jajan2 bekal 2 minggu. Padahal atas kapal tu segala jenis makanan ado. sajeee cuci mata.

And the journey begins..


Keesokan harinya, bila kapal mula berlayar, terputus la segala hubungan komunikasi dengan orang-orang di daratan. Kemudahan telekomunikasi yang ada hanyalah telefon satelit yang dicas 10USD untuk 20 minit call dan juga email yang servernya selalu down. Disebabkan lg sehari je nak raya, so saya pun merajinkan diri sama-sama menghias lounge ikut tema raya. Masa tu jugaklah sebenarnya saya belajar membuat ketupat.


Kami baru 1st time belaja buat ketupat

Di pagi raya, memang takde la takbir raya..tapi pagi-pagi lagi encik suami dah turun ke Lounge untuk Solat Sunat Aidilfitri. So lepas tu baru la kami sama-sama ke Lounge untuk beraya! Makanan memang tak kalah. Ketupat, rendang, sate, kek,kuih raya, nasi minyak semua ada...  tanpa perlu nak berpeluh2 di dapur, dah siap terhidang. Kelasss gitu kan?

 Lepas dah makan, kita bergambar! sama la kan kalau beraya kat rumah pun kan? Biasanya lepas tu kita berjalan ke rumah sedara mara, kat atas kapal tu kte beraya ke Bridge di dek 6. 1 benda yang saya belajar hari tu adalah macam mana arah perjalanan kapal ditentukan. Selama ni saya tau drive kereta dan basikal je, motor pun failed. So lepas ni boleh la memasang cita-cita nak ada kapal layar pulak kan! InsyaAllah.
Gamba ni kalau hantar kat Utusan best gak kan?





So, apa lagi aktiviti di Hari Raya di tengah laut? Main lah, apa lagi! Disamping sebagai aktiviti menghilangkan stress dan penat bekerja, kira macam aktiviti untuk bonding la jugak. Atas kapal yang tak sampai 40 orang pun, memang boleh kenal semua orang. Saya join jugak sebagai pemerhati dan tukang gelak.
Game pukul bantal

Dah puas main segala macam game termasuklah terjun kolam yang diisi air laut, malam tu ada pulak karaoke dan live band. So kira agak happening la jugak, dapat la juga mengubat hati masing-masing yang rindukan kampung halaman dan orang-orang terchenta.





Segala makanan raya semua ada!
Selepas 7 hari di lautan, kapal berlabuh di Jepun. Yeay, shopping time! Dalam masa 24 jam kapal discharge gas tu la, anak-anak kapal ni ambil peluang berjalan-jalan makan angin. Pergi la mana pun asalkan tak terlepas trip balik ke kapal malam tu jugak. Masa tu memang excited tak terkata, dapat jugak jejak kaki ke Negara Matahari Terbit. Freee pulak tu!

Visiting pass
Dah puas shopping, makan dan jalan-jalan so balik la ke kapal. Kami naik 1st bus keluar dan last bus balik ke kapal. Esok paginya kira-kira jam 10 pagi, kapal belayar semula ke lautan untuk kembali ke Bintulu.


Aktiviti Harian...



Sepanjang beberapa hari kat atas kapal, aktiviti utama saya adalah marathon menghabiskan semua drama korea, movie, novel, majalah. Pagi2 suami akan turun ke pergi kerja, bila rehat dia hantarkan sarapan ke bilik. Lunch dan dinner barulah saya join encik suami lunch di lounge. Sempat jugak saya belajar membuat sushi, menebar roti canai dan membuat pizza. Tu semua aktiviti waktu malam di galley.

Bila berkesempatan, lepas suami habis kerja pukul 5 kami bermain pingpong atau lepak-lepak layan cornetto yang diambil sendiri di peti ais sebesar bilik sebelah galley. hihi~ Bab makanan memang heaven. Lunch hari ahad selalunya akan makan makanan barat, chicken chop ke, sirloin steak. Hassle free. Duduk makan je. Tapi kenapa ntah, berat badan sama je walaupun sebulan ku dok makan tidur kat sana. hihi~

Crew ID

Kepada bakal-bakal isteri Deck Officer @ Engineer kat kapal, kalau korang nak merasa makan angin FREE ke luar negara, lepas kahwin tu ikut je la laki korang. Tambahan pulak kalau time raya husband kena kerja, pergi je amek pengalaman beraya kat sana. Keluarga kat kampung sure lagi teruja kita balik bawak souvenirs. Nanti dah beranak pinak memang takde chance la nak ikut. Kena tunggu anak dah besar, boleh la kot nak tinggalkan 2 minggu. Itu pun kalau korang tak kerja la kan. Kalau setakat buat Shaklee dari rumah macam I takde masalah la kan setakat nak bercuti 2 minggu tu. Eh, sebulan pun takpe! hihi~





About Fadh Yunus

Ibu kepada 3 orang anak. Pernah bekerja di salah sebuah syarikat Oil dan Gas selama 7 tahun dan kini memilih untuk terus berimpian dan menjadi suri rumah berpendapatan dengan Shaklee.

You Might Also Like

0 comments:

Post a Comment