Wednesday, December 3, 2014

Mudahnya Menyusukan Bayi Pramatang Tanpa Mengganggu Ibu Berpantang

Susu ibu merupakan susu yang amat diperlukan oleh bayi pramatang untuk terus berjuang dan melawan sebarang jangkitan. Susu ibu adalah lebih mudah dihadam berbanding susu formula khas bayi pramatang. Ia mengandungi hormon semulajadi dan agen tumbesaran yang membantu si kecil membesar dengan kuat dan sihat.

Semakin awal bayi dilahirkan, semakin tinggi risiko untuk mendapat pelbagai komplikasi penyakit. Oleh itu, sangat penting bayi dibekalkan dengan nutrisi terbaik. Namun begitu, bagi kebanyakan ibu yang melahirkan bayi pramatang, susu masih tidak dapat dihasilkan.


Bayi pramatang memerlukan penjagaan rapi



Sebelum kita masuk ke bab yang lebih detail, jom dengar dulu bagaimana seorang ibu yang mempunyai anak pramatang berusaha untuk menyusukan anaknya..




Menyusu Anak Pramatang Memang Mencabar, Apa Yg Perlu BUAT? from iReach HD on Vimeo.


Secara umumnya..untuk memudahkan penjagaan bayi pramatang , ingatlah 5S: (sumber:theasianparent)

1. Sentuhan ibu
Sentuhan ibu merupakan faktor utama dalam memastikan bayi pramatang berada dalam keadaan stabil dan selamat. Dakaplah bayi rapat ke dada anda. Pergerakan ini bukan sahaja boleh menenangkan bayi, malahan ia juga boleh membantu merapatkan hubungan antara ibu dan anak.

Sentuhan kasih sayang yang amat bermakna


2. Suara ibu menenangkan jiwa
Suara ibu juga mampu membantu menenangkan bayi pramatang anda.
Cuba luangkan masa berbicara dengan bayi pramatang anda dan ucapkan kata-kata penuh kasih sayang kepadanya walaupun bayi sedang tidur.

Bisikan si ibu menenangkan bayi

3. Susu ibu paling sesuai
Susu ibu sudah terbukti secara klinikal mengandungi segala nutrien dan zat yang penting. Oleh itu, ia merupakan makanan terbaik bagi bayi pramatang. Sekiranya anda tidak dapat menyusukan bayi anda atas sebab tertentu, bincanglah dengan doktor anda segera mengenai sebarang alternatif terbaik bagi susu ibu.

4. Semak keadaan bayi
Bayi pramatang mempunyai keadaan fizikal yang lebih lemah berbanding bayi yang dilahirkan cukup tempohnya. Oleh itu, bayi pramatang sudah pasti akan mempunyai keperluan yang lebih mendesak. Sentiasa perhatikan perubahan bayi pramatang anda dan rujuklah pada pakar perubatan sekiranya berlaku sebarang perubahan ketara.

Biasanya, sekembalinya bayi pramatang dari hospital, mereka akan tidur sehingga 15 ke 22 jam sehari. Bayi pramatang biasanya tidak begitu menangis . Mereka akan lebih banyak menangis bila semakin hampir dengan tarikh sepatunya diahirkan.

5. Selitkan masa peribadi untuk ibu 
Pastikan anda sebagai penjaga utama bayi mempunyai masa rehat untuk diri sendiri. Kami di sini amat memahami intuisi ibu untuk menjaga bayi mereka dengan sesempurna mungkin, namun jika anda sendiri tidak bertenaga, masakan anda mempunyai tenaga yang cukup untuk menjaga bayi anda?
Apa yang penting, jangan lupakan bahawa anda telah berjaya melahirkan seorang lagi insan ke dunia ini. Jangan patah semangat dan terus berusaha demi anda dan juga bayi anda!

Namun, dalam entry ini saya hanya ingin menyentuh 2 perkara yang selalu menjadi dilema ibu
  1. Cara ibu mendapatkan susu dengan cepat 
  2. Cepat sihat dan kurus walaupun tak makan jamu semasa berpantang 

Cara ibu mendapatkan susu dengan cepat


Lebih cepat bayi mencapai berat minima yang ditetapkan iaitu 1.5kg, maka akan lebih cepatlah bayi akan dibenarkan pulang ke rumah. Ada yang hanya mengambil masa beberapa hari, namun ada juga yang sehingga berbulan-bulan kerana berat bayi yang sentiasa turun naik. 

Bayi pramatang kebiasaannya tidak pandai untuk menyusu secara terus ( direct breastfeeding), oleh itu ibu haruslah mengepam susu dan membekalkannya kepada pihak hospital. Mengepam juga adalah salah satu cara menggalakan penghasilan susu awal. Sekiranya mampu, boleh memilih untuk menggunakan cara double pumping yang dikatakan lebih membantu dalam menghasilkan susu yang banyak.


Menggunakan double pump membolehkan ibu mengepam sambil berehat


Bagi memastikan bekalan susu yang mencukupi, ibu mestilah sihat dan rajin mengepam setiap 3 jam. Ya, setiap 3 jam without failed. Apabila badan sihat, InsyaAllah tiada masalah untuk menghasilkan susu yang banyak. Jika ibu terlalu stress dan tak cukup rehat, penghasilan susu mungkin akan terjejas.

Pengambilan vitamin dan makanan tambahan merupakan pilihan yang selamat dan mudah berbanding mengambil jamu kerana bayi pramatang adalah sangat sensitif. Shaklee mempunyai pilihan suplemen yang sesuai bagi ibu yang menyusukan bayi pramatang. Ia membantu menggalakan penghasilan susu disamping badan yang sihat dan bertenaga.

Harus diingat bahawa ibu mesti mengamalkan tahap kebersihan yang tinggi semasa proses mengepam dan menguruskan susu. Seorang kawan saya yang melahirkan anak kembar pramatang pernah disuruh untuk membuang susu yang dipam kerana doktor risaukan susunya telah tercemar. Alangkah sedih rasanya apabila susah payah si ibu mengepam disia-siakan.

Namun begitu, sekiranya ibu masih tidak mampu membekalkan susu yang mencukupi, mungkin boleh dipertimbangkan untuk mendapatkan bekalan susu daripada ibu susuan. Harus diingat bagi Muslim bahawa ibu mestilah mendapatkan persetujuan suami dan memastikan si anak menjaga hubungan baik dengan ibu susuannya sehingga dewasa.

 Cepat sihat dan kurus walaupun tak makan jamu semasa berpantang


Kebanyakan ibu yang melahirkan bayi pramatang terpaksa 'melupakan' keperluan untuk berpantang kerana desakan hati yang risaukan perkembangan bayi di NICU. Walaupun mungkin tak sampai 30 minggu didalam kandungan, tak sanggup rasanya jika sicomel anugerah terindah tidak mendapat sokongan sebaiknya.

Apabila terpaksa berulang alik ke hospital setiap hari, sudah pastinya si ibu tidak dapat berehat secukupnya. Dah la susah hati sebab asyik teringatkan anak di hospital, luka jahitan pun masih terasa perit. Kalau yang kena czer, nak bangun dari katil pun rasa nak menitik air mata. Sakit di tempat pembedahan ditambah dengan sakit rindukan anak di hospital.

Bagi setiap ibu yang baru bersalin, semestinya keinginan untuk kurus seperti sebelum mengandung membuak-buak. Tapi disebabkan terpaksa berkejar ke hospital, nak bertungku pun terpaksa curi masa, apatah lagi nak berbengkung dan bertangas. Apa pilihan yang ada? Kalau tak sihat nanti siapa pula nak berulang alik ke hospital?

Oleh itu, saya amat bersetuju dengan pilihan yang dibuat oleh Puan Hidayah dengan memilih Set Berpantang dan dilengkapkan lagi dengan set penyusuan. Semata-mata kerana anak tersayang. Satu perkara yang akan membuatkan ibu berpuas hati kerana ia juga membantu ibu untuk kembali langsing dan perut pun kempis macam anak dara.

Tempoh berpantang adalah tempoh paling ideal untuk kurus dengan cepat. Jika tidak dapat nak melilit bengkung bertali panjang, cuba dapatkan bengkung moden yang menggunakan zip. Penggunaannya mudah dan tak perlukan bantuan orang lain. Selain dari bengkung, secara peribadi saya menyarankan ibu memakai girdle panjang sekurang-kurangnya 8 jam sehari. Kalau susah nak pakai waktu siang, pakai waktu malam pun boleh. Nak kesan lagi cepat, pakailah 24 jam.

Memakai girdle panjang membantu ibu cepat kurus

Besar harapan saya agar coretan ini dapat membantu ibu yang sedang resah kembali tersenyum. Jangan sedih, jangan stress.. nanti susu kurang.. hihi.

Buat suami dan ahli keluarga lain, berikan sokongan sepenuhnya buat si ibu untuk melalui fasa peralihan ini tanpa merasa trauma.

Bagi mendapatkan Set Berpantang dan Penyusuan bagi bayi pramatang dengan segera, boleh hubungi saya di 0195537657 pada bila-bila masa. Saya akan hantarkan dengan segera tak kira di hospital mahupun di rumah.

Nur Fadhilah Yunus ( ID: 889805)
SMS/Whatsapp : 0195537657
FB : Nur Fadhilah
FB Page : Vitamagic Shoppe


About Fadh Yunus

Ibu kepada 3 orang anak. Pernah bekerja di salah sebuah syarikat Oil dan Gas selama 7 tahun dan kini memilih untuk terus berimpian dan menjadi suri rumah berpendapatan dengan Shaklee.

You Might Also Like

0 comments:

Post a Comment