Bukannya wajib pun nak potong Astro tapi buat apa nak bayar lebih, rumah pun kecik. TV pun ada 1 je.Masa untuk tengok TV pun limited sekarang ni. Takmo la redundant. Membajirrrr! Bak kata Encik yang datang pasang Unifi semalam, Saluran Hypp TV ni tak best sangat la, Internet je heaven. Mau taknye.. Kalau dah amek yang 10MB mana tak berdesup laju mendownload movie.
Astro-zombies |
6 Alasan kenapa kami bertukar!
- Bila hujan je, siaran Astro terganggu. Sampaikan Si hanis pun dah tau, kalau tetiba tv jadi gelap ada tulisan kat bawah tu, hujan la maknanya. Takyah tengok kat luar pun tau dah.
- Bayar mahal tapi asyik ulang cerita sama je. Sampai saya dah boleh hafal dialog dalam cerita Hi-5 tu. Bukan 1 channel je gitu tapi hampir semua. Dalam sehari 2 -3 kali ulang cerita sama je.
- Internet Streamyx ni selowwww macam siput. Ya Rabbi, memang stress kalau nak tengok youtube pun loading bukan main lama. Bayar dah 110 tapi macam tu jugak.
- Guna streamyx tak boleh download guna torrent. Terbantut 1 aktiviti encik suami sewaktu cuti.
- Line internet senang kena curi. Ni la risiko dok kat apartmen ni, ramai pulak tu yang makin bijak nak curi line kan.
- Jimat la sikit. Sebelum ni bayar Streamyx RM113.15 + Astro ( Service Pack 1) RM143. Guna Unifi jimat RM56 ringgit, dapat speed yang laju giler.
Lagipun I kan dah tak cukup masa layan tv, internet laju lagi penting wooo~
Buat masa ni belum sempat explore lagi berapa banyak saluran tv yang ada ni. Masa go through semalam, few astro channel pun ada jugak.
Kalau tak cukup duit nak beli internet laju, jom buat side income dengan Shaklee! awesome beb!
tahniah kerana membuat pilihan yang bijak!
ReplyDeleteberjaya ber'hijrah' walaupun agak terlambat :)
Delete