Cara Buat Pisang Goreng Cheese Coklat Untuk Yang Baru Belajar Masak

5 comments
Sejak balik dari KK beberapa bulan lepas asyik teringat-ingat pada Pisang Goreng Cheese itu. Ada jugak jumpa orang jual kat sekitar KL dan Ipoh ni tapi mahalnya melampau! Beli sekali sekala boleh la, tapi tak dapat la nak beli selalu kan.

So, saya google la resipi..tapi kebanyakannya tak cerita apa pisang nak guna. Saya memang failed bab pisang apa nak guna ni. Setelah beberapa kali cubaan, ada yg berjaya dan tidak. So sekarang boleh la nak berkongsi cara buat yang paling senang dan confirm jadi.

Bahan-bahan


1. Pisang Abu / Awak / Cavendish
Pastikan pisang dah warna kuning tp tak terlalu masak sebab nanti kalau goreng jadi lembik. Kalau masih hijau pulak nanti kelat.

2. Tepung goreng pisang - beli je cap apa pun kat pasaraya tu ok je. Saya pernah beli Adabi dan ada 1 lagi tak ingat cap kat tesco. Dua-dua hasilkan kerangupan yang berbeza. Kalau pandai campur sendiri tepung beras & tepung gandum lagi bagus..hihi

3. Secubit garam

4. Air

5. Sirap Coklat Hersheys





6. Mozzarela Cheese -diparut. Boleh beli yang siap diparut atau yang seketul dan parut sendiri

sirap coklat hersheys
Coklat ni best..hihi

Cara-cara penyediaan


1 - Hiris pisang - dibelah 2 atau hiris 3 secara menyerong bergantung kepada saiz pisang
2 - Bancuh tepung dengan air. Pastikan tidak terlalu cair kalau nak pisang tu jadi rangup. Bubuh secubit garam.
3 - Goreng dalam minyak panas. Bila dah bertukar jadi warna keperangan, balik-balikkan dan lepas tu boleh angkat.
4 - Tuangkan sirap coklat ke atas pisang panas.
5 - Taburkan parutan cheese

Yeay, siap untuk dimakan!

Option lain kalau taknak guna coklat adalah gula melaka. Kat Tesco ke Aeon pun ada jual. Yang ni kena parut.

Gula Melaka
Saya pernah cuba guna brown sugar tapi tak jadi sedap.. guna gula merah ni jugak yang terasa 'kick'! hihi~

Dan hasilnya...

Sedap dimakan panas-panas..

Selamat mencuba! Boleh la buat as appetizer atau minum petang di kala hujan lebat. hihi

Anak tiada selera makan dan sering sakit?


Nur Fadhilah Yunus ( ID: 889805)
SMS/Whatsapp : 0195537657
FB : Nur Fadhilah
FB Page : Vitamagic Shoppe
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

5 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih admind.boleh cuba dan nampak sedap...

    ReplyDelete
  3. Terima kasih admind.boleh cuba dan nampak sedap...

    ReplyDelete
  4. akak..kalau yang dorang guna kaler2 tu, ape plak..? chocolate perisa ker..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak. Tak sure la plak. Selalu Akak guna choc tu je

      Delete