Friday, December 19, 2014

DIY : Homemade playdoh yang murah dan mudah

Si Hanis ni  kalau dapat main playdoh memang tak boleh duduk berjam-jam sampai keras punggung dan playdoh tu dikerjakannya. Tapi lepas tu tak reti pulak nak simpan balik, bersepah-sepah. Maka, bila dah keras dan hancur mama sapu je la masuk tong sampah.  Hari ini, sebab kesian Hanis asyik mintak nak main playdoh, so ku usahakan untuk buat sendiri playdoh.

Sebenarnya dah lama dah google, bahan pun dah beli. So apa lagi.. menguli tepung la hari ini..

Saya refer cara buat homemade playdoh ni di youtube tapi saya olah sedikit.

Bahan-bahan

4 cawan tepung gandum
2 cawan garam halus ( sebaiknya guna table salt)
1 cawan air
1 sudu kecil minyak jagung
2 Pewarna makanan ( pink & hijau )
 *boleh guna warna yang disukai
Pewarna untuk playdoh


Cara penyediaan

1. Gaul sebati garam dan tepung di dalam 1 mangkuk. Ketepikan

2. Sediakan 2 mangkuk lain

3. Titikkan pewarna pink, setengah cawan air dan separuh sudu kecil minyak kedalam mangkuk 1

4. Ulang langkah sama menggunakan warna hijau ke dalam mangkuk 2

5. Bahagikan campuran tepung kepada dua dan masukkan ke dalam mangkuk 1 dan 2

6. Gaulkan dan uli sampai sebati. Adunan akan rasa melekit pada awal-awalnya.

Jika perlu, Tambah beberapa titik minyak & air untuk mendapatkan kelembutan doh yang disukai tapi jangan terlampau lembut.

Jadi la sekuntum bunga..hihi
Kalau dah mengadap, memang tak bangun..

Pesan kat anak-anak jangan lupa simpan dalam bekas kedap udara selepas main ye.

Oh, si Hanna ada cuba juga nak masukkan playdoh ni dalam mulut tapi lepas tu cepat-cepat dia keluarkan balik. sebab teramatlah masin  rasanya. Kalau dia lalu telan pun tak risau sebab tiada bahan merbahaya.

Selamat mencuba!

*aktiviti ini boleh mengajak anak-anak berimaginasi dengan membentuk segala benda yang disekeliling juga menggalakkan perkembangan skil motor anak-anak.






About Fadh Yunus

Ibu kepada 3 orang anak. Pernah bekerja di salah sebuah syarikat Oil dan Gas selama 7 tahun dan kini memilih untuk terus berimpian dan menjadi suri rumah berpendapatan dengan Shaklee.

You Might Also Like

4 comments:

  1. Enjoy main palestesin ni dgn anak2 sbb mengasah kreativiti mereka. X risau kalo depa mkn sbb selamat.

    ReplyDelete
  2. betul sue. diorg x sanggup pun nak makan.. hihi

    ReplyDelete