Thursday, December 18, 2014

7 TIPS Buat Sale Melalui Instagram Untuk Usahawan Internet

Ramai yang ada akaun instagram tapi tak digunakan sepenuhnya ( mcm saya..hehe) Padahal ramai yang menjadikan Instagram lubuk duit dengan hanya berkongsi gambar.



Nak tau 7 Strategi menggunakan Instagram ?


#1 Lengkapkan Instagram Profile Anda


Dalam Instagram ada 1 page yang dinamakan "profile" khas untuk setiap pengguna Instagram. Melalui "profile", pelawat-pelawat boleh mengenali bisnes kita dengan lebih baik dengan melihat gambar-gambar yang kita pernah upload sebelum ini.

Sebelum kita post sebarang gambar, pastikan kita dah lengkapkan info berkaitan bisnes kita di bahagian "bio". So senang la nanti orang lain nak kenal kita sebelum mereka berminat nak klik button "follow".

#2 Anjurkan Contest


Instagram sangat popular digunakan sebagai platform membuat pertandingan gambar. Apa yang perlu dilakukan adalah meminta pelanggan-pelanggan membuat tagging pada gambar mereka menggunakan #hashtag yang anda tetapkan. Kemudian minta orang lain atau rakan-rakan mereka memberikan vote dengan cara klik "like" pada gambar mereka.

#hashtag adalah perkara yang penting di dalam instagram. Sebelum mengupload apa-apa gambar, cari dan semak dulu hashtag-hashtag yang telah digunakan dan mungkin berkaitan dengan gambar anda.

3# Ambil Gambar yang menarik dengan sudut yang unik


Terdapat berbilion gambar di dalam instagram. Amat sukar untuk membuatkan gambar anda menonjol. Terdapat banyak perkara yang anda boleh buat dengan cahaya, tetapi kaedah cepat untuk membuatkan foto anda lain dari yang lain adalah dengan mengambil gambar dari sudut yang unik.

Anda tidak memerlukan kamera DSLR yang mahal untuk membolehkan anda berjaya di dalam pemasaran menggunakan Instagram. Smartphone yang dimiliki cukup untuk anda menghasilkan gambar yang menarik. Apa yang penting adalah teknik semasa mengambil gambar. Luangkan sedikit masa untuk belajar dan membaca panduan mengambil gambar menggunakan telefon.

Dengan mengambil gambar yang cun, gambar produk anda akan menjadi lebih professional dan sudah pasti bakal pelanggan juga akan tertarik. Instagram juga menawarkan lebih 12  image filter automatic dan mempunyai kesan yang berbeza.

#4 Promosi secara Soft-Selling


Tujuan asal instagram diwujudkan adalan untuk bersosial dan bukan 100% untuk pemasaran. Promosi secara langsung akan menimbulkan rasa kurang senang terhadap penggunanya kerana mereka menggunakan instagram untuk bersosial. Ada sesetengah yang agak sensitif dengan aktiviti jual-menjual dan promosi secara melampau. Oleh itu cuba kurangkan ayat-ayat hard sell di dalam post. Berkongsi dari hati tentunya dapat menyentuh perasaan pengguna.

Anda cepat merasa penat dan letih menguruskan bisnes? Dapatkan Vitamin untuk diri anda hari ini..

#5 Post pada Waktu Puncak


Apabila anda membuat post di Instagram, anda perlu kaji dan perhatikan bilakh post anda mendapat like dan komen yang tinggi. Gunakan waktu tersebut apabila anda mahukan post anda mendapat capaian yang tinggi dari kalangan followers.

Dengan cara ini, anda akan dapat mengetahui bilakah waktu untuk membuat post yang benar-benar mendapat sambutan dari pengguna. Secara tidak langsung, anda akan dapat mempromosikan produk anda secara soft selling kerana terdapat aktiviti di dalam post anda.

#6 Balas Semua Komen yang Diterima


Hargai setiap pengguna yang telah sudi meluangkan masa mereka memberikan komen pada gambar-gambar yang anda upload di Instagram. anda perlu respon terhadap komen-komen dari pengunjung. Berikan penghargaan kepada semua pengguna yang telah memberi komitmen untuk Like dan komen post-post anda. Apabila anda membalas komen mereka, sekurang-kurangnya mereka akan asa dihargai.

#7 Berikan Follower "Kod Diskaun"


Topshop.com adalah merupakan sebuah gedung pakaian wanita dengan pengikut Instagram seramai 3 juta orang.

Mereka sentiasa mengemaskini Instagram mereka dengan gambar-gambar pakaian, aksesori dan juga pelanggan-pelanggan mereka. Kadang kala mereka juga akan mengupload gambar "kod diskaun" di Instagram mereka.

Disebabkan itu, bilangan follower mereka sentiasa meningkat dengan mendadak dan setiap gambar yang di post akan mendapat Like dan komen yang banyak sehingga puluhan ribu. Mereka benar-benar membina perhubungan dengan pengikut mereka.

Ini semua adalah cara yang baik untuk membina pengikut Instagram anda dan akan menggalakkan lebih ramai pelanggan datang berkunjung

Melihat kelebihan yang diceritakan, amatlah rugi jika kita mengabaikan teknik pemasaran melalui Instagram, memandangkan kini terdapat hampir 8 juta rakyat Malaysia yang memiliki smartphone dan hampir setiap smartphone boleh memuat turun aplikasi Instagram.

Belum ada Instagram? Mungkin inilah masanya untuk anda mempertimbangkannya. Selamat berjaya!


Sumber: Inspirasi Kejayaan Isu 18

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=78d69f40906679a976dc4d45cebffbe6

Nur Fadhilah Yunus ( ID: 889805)
SMS/Whatsapp : 0195537657
FB : Nur Fadhilah
FB Page : Vitamagic Shoppe

About Fadh Yunus

Ibu kepada 3 orang anak. Pernah bekerja di salah sebuah syarikat Oil dan Gas selama 7 tahun dan kini memilih untuk terus berimpian dan menjadi suri rumah berpendapatan dengan Shaklee.

You Might Also Like

1 comment: