Tuesday, July 28, 2015

Apps wajib untuk kaki shopping online supaya tak kantoi dengan suami

Dalam newsfeed di FB dan Insta siapa yang tiada iklan? Bila dah hari-hari tengok mesti akan terjebak jugak untuk kita beli kan? Daripada shawl yang cantik-cantik untuk diri sendiri, sampai la baju anak. Kalau tiap-tiap minggu encik poslaju sampai tu suami yang menerimanya, tak ke haru? hahaha

Saya terjumpa penyelesaian masalah kantoi dengan suami sebab rajin shopping online bila jalan-jalan kat blog barelysupermommy. Mengikut review Dr Halina, AfterShip ni boleh track parcel kita dari almost semua courier services company.  Bila terbaca entry dia ni, terus je saya install untuk test. 
parcel tracker yang sangat membantu kaki shopping
 
Masa mula- mula cuba untuk track parcel, update agak lambat. Namun selepas tu memang laju je update.  Apa yang menariknya, kita boleh mengagak bila parcel akan sampai ke pintu rumah. So bila dah tau tu boleh la standby je tunggu kan? Kalau kita beli hadiah nak buat surprise pada suami pun senang. Takle kantoi suami yang bukak pintu terima parcel bila encik poslaju @ penghantar kurier  sampai kan? 

Dan rasanya bila gunakan apps ni, kes-kes online seller nak tipu kata barang dah pos pun kita bole elakkan.  Bila seller bagi no tracking, kita masukkan je terus nombor tu dan terus boleh dapat update. 

detail update  tentang status terkini

Setakat ni saya dah test guna dengan GDEX dan Poslaju. So far so good. Saya track parcel customer saya, dan lagi best.. saya dapat notification bila parcel dah sampai. Dan terus saya tanya customer betul ke parcel dah sampai, haa..terkejut la dia macam mana saya tahu.. kan best camtu.

Sangat mudah, sebab saya tak perlu simpan no tracking tu di tempat lain. Cuma masukkan sekali je, dah boleh dapat info sampai la parcel tu sampai kepada customer. Tak payah nak copy paste banyak kali kat website. 


Haaa! Apa lagi? 

Install la sekarang. Aftership Package Tracker tersedia bagi semua pengguna smartphone, iOS dan juga Android.


Selamat bershopping!

eh.

Selamat tracking!
hehe~

p.s.: saya tiada kaitan dengan pembuat apps ni ye, saja nak share sebab best.

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Love,
Mamamyras.



Read More

Wednesday, July 1, 2015

3 Cara Yang Boleh Dilakukan Apabila Bateri Kereta Mati Supaya Anda Tidak Panik

Semalam , selepas menghantar vitamin ke Menara Exxonmobil saya terus ke Shaklee Branch di Sri Rampai. Tak lama pun, lebih kurang 15-20 minit je dah selesai urusan. So terus la masuk kereta nak terus hantar Vitamin ke pantai dalam pulak. Tiba-tiba bila nak start enjin, dengar ada bunyi bergetar. Lampu di panel meter pon menyala kejap pastu padam. Erkkk...

Saya biar sekejap dan cuba lagi.. ternyata masih sama. Saya tunggu seminit dan cuba lagi. Still sama jugak.. huhuhu. Cuba untuk bertenang kejap dan call husband. 3-4 kali call semua masuk voice mail. Aduhhh..apa nak buat ni. Guruh dah berdentum. Jam dah pukul 4.30 petang. Kalau lambat ni, jalan sure dah jem. Lama termenung, mati kutu orang kata. Cuba call service centre line busy pulak. Call husband pun still masuk voice mail.

Cara Pertama : Minta Bantuan untuk jumpstart dari bateri kereta lain


upacara jump start kereta comelku


Tetiba baru teringat sebelah Shaklee tu ada bengkel. Eh, tapi takut dan segan pulak sorang-sorang nak pergi mintak tolong. So saya pun masuk semula ke dalam Shaklee dan cakap dengan Nurul, Nutritionist kat kaunter tu. Mujur la memang dah kenal dan selalu sembang kan. Kalau tak segan le jugak.. Staff lelaki lain semua tengah sibuk sebab hari closing, memang begitulah kebiasaannya.

So Nurul pun teman saya ke bengkel sebelah dan saya cakap dengan mekanik tu nak mintak tolong tengokkan kereta yang tak boleh start. "Bateri kong kot". Dia tanya kereta apa? sebab dia cuma tahu repair BMW je. hahaha~ kereta comelku memang belum la lagi BMW atau jelmaannya.

Tapi dia kata takpe dia cuba tengok dan terus bawak cable untuk jumper dan kereta ke sebelah kereta saya. Sebenarnya, dalam kepala saya langsung tak terfikir nak guna jumper. Bila dia sebut baru lah ting! terfikir perkara yang sama. huhu~

Paling kelakar, saya tak ingat kat mana tuil untuk buka bonet enjin. hahahaha~ ye laaa.. mana la pernah kubukak sendiri kannn.. rupanya ada di bahagian pintu penumpang . ngeh ngeh..


Dan apabila selesai upacara "jump start" bateri tu, mekanik tu sebenarnya suruh saya terus balik rumah. Tapi saya fikir kalau saya balik nanti esok pagi tak boleh start lagi.

kalau korang tak kenal, inilah rupa cable jumper
Ohh.. kalaupun korang ada cable tu dalam kereta tapi tak pernah buat sendiri, dinasihatkan supaya tidak cuba jaya kerana berisiko kereta terbakar. Lebih baik biar orang yang berpengalaman yang buat ye..

Back to my story.. Jadi bila tanya dengan Nurul, katanya kat row belakang-belakang tu ada banyak bengkel lain. Saya pun pergi je la terjah  je la ke salah satu bengkel ni. Dari jauh tengok nama macam bengkel melayu, so saya cuba je la. 



Bila mekanik tu pulak datang tengok, katanya bateri dah kembang sebab panas. Tu yang jadi lebih cepat kong. Bateri jenis tu patutnya tak sesuai pakai kat Malaysia. Kat negara asal kereta tu boleh la.. huhu.. so dia nasihatkan guna la cover bateri tu supaya bateri tak cepat panas.

Dan bila dia check, bateri yang sesuai untuk kereta tu ada stok. So boleh la diorang tukarkan. Actually ada dua option, samada Panasonic yang berharga RM418 ataupun Century yang berharga RM350. Kalau harga seratus dua berani la jugak nak decide sendiri, tapi bila melibatkan kereta dan harga pun cecah 400 ringgit, risau la jugak takut kena tipu.

Saya cakap kejap, nak call husband tanya dia.. Untuk kesekian kalinya call tak jugak dapat. So nak tak nak kena la decide sendiri dan saya pilih Century sebab macam selalu dengar je kan orang pakai kat kereta. Panasonic tu yang taunya bateri yang masuk dalam kamera atau jam dinding je.. hehehe

Tak lama lepas tu baru la husband call balik. Rupanya fon dia silent mode, pastu dia dok sibuk masak kat dapur. Dah selesai masak baru dia tengok fon. Hmmm... memang saya dah agak dah sebenarnya. Sebab memang dia selalu begitu. Tujuan silent fon? Wallahu'alam.

Pukul 6 selesai tukar bateri dan gerak la balik ke rumah. Masa tu cuma fikir nak sampai rumah cepat sebab belum solat asar. Bengkel tu pulak takde kemudahan untuk solat. Mujur Allah bagi petunjuk untuk ikut Duke dan menghala ke MRR2. Ajaib la jugak, di bulan puasa ni.. jem cuma 7 minit je ( waze yang bagi tau). Tu pun saya cuma dapat bukak waze bila dah masuk MRR2.

Selamat sampai rumah pukul 6.40 petang dan terus la solat.

Cara Kedua : Call Hotline Syarikat Insurans Kereta


Hari ini tetiba ada la kawan ni mesej bagi tau.. lain kali kalau jadi lagi bateri mati tu, boleh call hotline company insurans. Diorang akan quote harga bateri dan kalau kita setuju, runner akan datang bawak bateri ganti.

Biasanya tak ambil masa lama sebab company insurans ni akan cari runner yang paling dekat dengan lokasi kita.

Harga bateri yang biasanya dibagi mungkin lebih 10-20 ringgit dari harga kat kedai. Kira ok la kan.. cara yang mudah.

Tapi kalau perempuan sorang-sorang tu better panggil la jugak kawan datang kalau kat tempat sunyi. Make sure dalam phonebook ada simpan nombor hotline tu tau. Sebabnya kalau tetiba fon takde line internet, mana nak menggagau cari? hehe~ ( saya pun baru save)

Jika kereta anda dilindungi Etiqa Insurans, save nombor ni ye .. 1-800-88-6491 . 24 hours Emergency and Car Breakdown Assistance.

Hotline Etiqa


Kawan yang memberikan maklumat ni bagi tau, dia dah banyak kali guna cara ni dan memang reliable. Runner tu biasanya datang naik motor. So untuk atasi jem kat KL ni memang sesuai la.

Cara Ketiga: Hubungi Century Battery Assist


Ini hasil google malam ni tadi. Boleh rupanya dapatkan terus khidmat dari Century Battery Assist.
Call je number yang ada dalam gambar tu ye.

Runner akan datang bawa portable battery dan juga bateri baru. Mengikut review yang saya baca, servis dia ok, cepat dan harga lebih kurang macam kat kedai.

Kalau sesiapa dah cuba, bagi feedback sikit
Kiranya boleh la dijadikan pilihan dikala terdesak kan?

Diharapkan entry ni berguna sebagai rujukan dikala terdesak dan mati kutu lagi..

Selamat Berpuasa~

p.s. :Kalau rasa tak larat nak puasa, tu tandanya korang kena dapatkan suplemen dari saya. hehe~

Xoxo,
Mamamyras
Read More

Friday, June 26, 2015

Adakah Gastrik Penghalang Anda Berpuasa? Ketahui cara menghilangkannya buat selama-lamanya

Biasanya bulan puasa ni ramai yang akan kena gastrik. Bagi penghidap gastrik, lagi la diorang ni risau dan susah hati sebab susah nak berpuasa. Sejak di Universiti, saya mula diserang gastrik sebab tak jaga makan. Kesannya memang terasa dan menggangu aktiviti harian bila ia menyerang.

Gastrik boleh diatasi ye..tak perlu menderita pun

Penyakit gastrik adalah penyakit yang disebabkan oleh radang atau hakisan pada dinding perut. Penyakit ini boleh terjadi secara mengejut ( Gastrik Akut) atau terjadi secara perlahan ( Gastrik Kronik). Keadaan ini terjadi disebabkan oleh jus asid perut yang berlebihan sehingga terjadinya radang atau hakisan di dinding perut.

Gastrik boleh terjadi kepada semua peringkat usia tetapi risiko untuk menghidap penyakit gastrik akan bertambah apabila usia seseorang meningkat.

Punca Gastrik


Menurut Dr Rushdan Abd Aziz di dalam artikelnya di Majalah Rapi, ada beberapa punca yang menyebabkan seseorang itu mengalami gastrik. Antaranya:
  • Jangkitan kuman (Helicobacter pylori)
  • Pengambilan ubat penahan sakit secara berterusan
  • Pengambilan minuman beralkohol yang berlebihan
  • Amalan pengambilan makanan secara tidak menentu
  • Peningkatan usia
  • Tekanan perasaan
Ini bermakna , jika kita tidak pernah  mendapat gastrik sebelum ini kita tetap berisiko mendapat serangan gastrik sebab semua orang melalui peningkatan usia dan selalu stress dengan kerja kan?

Simptom Gastrik


Bagi yang dah biasa atau selalu mendapat gastrik, simptom baru nak bermula je dah boleh tahu. Namun bagi yang tak pernah kena gastrik, biasanya akan rasa konfius bila kena tu..

Kenal pasti simptom awal  sebelum ia melarat


  • Sakit pada bahagian atas perut. Kesakitan ini mungkin bertambah atau berkurangan dengan pengambilan makanan. Biasa juga disebut pedih ulu hati.
  • Kembung perut , rasa macam nak burrppp je.. macam banyak angin
  • Loya dan muntah . kalau yang serius boleh muntah darah
  • Hilang selera makan
  • Najis berwarna hitam
Sebenarnya, penyakit gastrik yang tidak terkawal boleh menjejaskan ibadah puasa yang dilakukan dan berkemungkinan besar tidak dapat menunaikan ibadah berpuasa. Malah simptom gastrik pesakit akan bertambah teruk apabila seseorang meneruskan berpuasa. Walau bagaimanapun, sekiranya penyakit gastrik berjaya diatasi, seseorang itu boleh berpuasa dengan lengkap.

Namun, sekiranya pesakit meneruskan berpuasa, berkemungkinan besar penyakit gastrik akan menjadi bertambah teruk sehingga menyebabkan ulser perut.

Tips Mengelak serangan Gastrik


  1. Amalkan jadual pemakanan yang teratur . Berbuka dulu dengan makanan yang ringan seperti kurma dan buah-buahan segar. Solat maghrib dan lepas tu baru makan makanan yang berat. Balik moreh, makan la snek ringan. Kalau berat nanti ada potensi menggemuk pulakk.. haha. Dan paling penting mesti sahur dengan hidangan berat. Jika terlambat bangun sahur, minum protien shake seperti ESP yang mempunyai indeks glisemik rendah. Kalau minum protien, perut lebih kenyang. 
  2. Elakkan dari mengambil makanan proses yang mengandungi gula ringkas ( seperti gula dan tepung) dan juga makanan yang menggemukkan ( seperti kek, coklat, gula-gula, kerepek). Ini kerana makanan kumpulan ini melepaskan tenaga dengan cepat ( fast burning)
  3. Elakkan minuman berkarbonat dan berkafein seperti teh dan kopi yang merupakan minuman diuretik, sebab ia boleh menyebabkan kehilangan air yang cepat melalui kencing. Lagi la berisiko untuk dehydrated.
  4. Kurangkan penggunaan garam/kiub perasa/sos dan gantikan dengan rempah ratus semulajadi di dalam masakan. Masakan pun biasanya akan rasa lebih sedap. Cubalah! 
  5. Kurangkan pengambilan makanan yang pedas dan berempah walaupun memang menyelerakan kerana ia boleh menyebabkan perut menjadi luka.
Kesemua tips tu memang saya sendiri amalkan sejak 3 tahun lepas. Walaupun saya ni hantu kopi, dan segala makanan manis macam kek, coklat dan lain-lain tu, untuk bulan puasa saya cuba elakkan. Kalau teringin sangat , amek je la rasa sikit. Kalau tak nanti adi kempunan plak kan..

gastrik
bila gastrik tiada, nak berpuasa pun senang

Alhamdulillah, dapat juga saya melalui Ramadhan tanpa diserang gastrik dan tanpa ubat.  Bila takde gastrik, nak solat terawih, baca quran pun mudah dan tak terganggu. Setiap hari semasa bersahur, saya mesti mengambil ESP yang diperbuat daripada soya organik dan dicampur susu segar.

Sebagai backup jika terkena juga gastrik( naudzubillah) saya ada sentiasa simpan sebotol peppermint ginger yang sangat membantu membuang angin bila gastrik.. Atas bawah keluar angin..hehe

Puan Farahana menghidap gastrik kronik selama 10 tahun , bila kena gastrik nak makan pun muntah, nak jalan pun terbongkok-bongkok sebab sakit yang amat sangat, terpaksa pergi berurut dan jumpa doktor. Tapi selepas bersalin anak kedua, secara tak sengaja gastrik dah hilang walaupun kadang-kadang terlambat breakfast atau lunch. Nak tau tak macam mana gastrik beliau boleh hilang? Kena tonton video ni..





Jika anda nak merasai pengalaman berpuasa tanpa diganggu gastrik, cubalah bersahur dengan ESP seperti yang saya lakukan. Aktiviti harian tidak akan terganggu kerana gastrik, malah lebih bertenaga sehingga waktu berbuka.

Hubungi saya di 019 5537657 jika anda mahu pengalaman gastrik hilang seperti Puan Farahana . Setiap pembelian akan disertakan dengan cara pengambilan yang paling efektif bagi mengatasi gastrik. Variasi menu ESP pun saya akan kongsikan.

Salam Ramadhan , Salam Sayang,

Mamamyras


Nur Fadhilah Yunus ( ID: 889805)
SMS/Whatsapp : 0195537657
FB : Nur Fadhilah
FB Page : Vitamagic Shoppe

Read More

Thursday, June 25, 2015

Rahsia Ibu Menyusu Berpuasa di Bulan Ramadhan Namun Tetap Bertenaga


Jika anda merasakan bahawa Ibu Menyusu tidak boleh berpuasa, anda perlu membaca entry ini sehingga habis. Sebagai seorang ibu yang pastinya mempunyai kelaziman untuk mengandung dan menyusukan anak, ia adalah bonus dan tidak sepatutnya menjadi halangan untuk berpuasa.





Puan Salwa  pernah berkongsi pengalaman turun 20 kilo selepas bersalin dan kini beliau berkongsi rahsia dan pengalaman 7 tahun Ramadhan berpuasa semasa hamil, menyusukan atau kedua-duanya sekali.

Ada 4 Rahsia yang dikongsikan oleh Puan Salwa..

 Pastikan anda mendapat kesemuanya ya~




 Amacam, rasa-rasa boleh tak nak berpuasa. Bukan setakat menahan lapar dan dahaga sahaja , pastu anak-anak terbiar, rumah tak terurus dan pergi kerja macam zombi.

Haaa.. bila kata berpuasa, semestinya dalam keadaan yang bertenaga dan masih dapat membekalkan susu yang mencukupi buat anak. Bila anak dapat cukup susu, dia takde la meragam kan? Mudahlah bagi kita untuk menjaganya.

Sekiranya anda mengalami keadaan seperti berikut, eloklah berbuka. Islam tidak menggalakkan kita berpuasa jika ia memudaratkan.

1. Dehydration @ Terhidrasi
Jika anda merasa dahaga yang amat sangat dan bibir pun dah kering sangat. Maka, bolehlah berbuka puasa.

2. Rasa hampir pitam
Bila kita terhidrasi, badan akan hilang imbangan. Tekanan darah akan naik dan boleh menyebabkan kita pitam.

3. Kekeringan susu untuk anak
Sekiranya ia berlaku, ibu yang berpuasa hendaklah segera berbuka.  Tambahan pula jika anak sudah meragam kerana tak dapat cukup susu terutamanya yang berusia dia bawah 6 bulan. Jika anak yang berusia melebihi 1 tahun, boleh cuba diberikan makanan dan minuman lain yang mengenyangkan.

Apapun ianya berbalik kepada pertimbangan si ibu. Kita tidak boleh sengaja tidak berpuasa semata-mata kerana perasaan takut akan terjadinya perkara seperti di atas, namun harus untuk berbuka jika memudaratkan. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang di dalam hati kita.

Jika kita tekad untuk berpuasa, Allah akan berikan ilham untuk kita mendapatkan cara yang dapat membantu. Rukhsah yang diberikan tidak bererti kita boleh mengambil mudah soal berpuasa di bulan Ramadhan.

Testimoni berpuasa dengan Set Menyusu dan Triple Gem


"Saya mula mengambil set penyusuan dan triple Gem ( ESP, Mealshakes + Performance) kerana saya kehilangan hampir 500oz EBM sebulan sebelum Ramadhan 2012. Pada mulanya saya tidak yakin, namun tetap jugak ambil secara konsisten sepanjang berpuasa. Alhamdulillah saya dapat mengekalkan hasil mengepam sebanyak 4-6oz pada setiap sesi dan ianya mencukupi untuk bekalan harian anak saya.

Lebih menarik, saya tidak berasa haus yang terlampau dan masih bertenaga apabila balik dari kerja. Selepas dari itu, tiap2 kali ramadhan saya akan pastikan saya mempunyai stok Set Penyusuan dan triple gem."

"Anak berusia satu tahun, demand untuk susu ibu masih tinggi. Puan Fahidayu berkerja luar namun hasil perahan susu tetap maintain lebih dari 10-12oz  sehari"
susu maintain lebih 10-12oz sehari walaupun bekerja luar


Beliau mula mengambil ESP semasa berpuasa kerana menyusukan anak. Kesannya, kulit makin cerah, rambut gugur kurang dan jerawat segan nak tumbuh

bonus: kulit makin cerah, rambut gugur kurang

Istimewa bagi setiap pembelian Set Penyusuan + Triple Gems, anda akan mendapat lifetime consultation beserta perkara seperti di bawah

  • Variasi resipi ESP , Performance Drink & Mealshakes yang membuatkan ramai jatuh cinta dengan Triple Gems
  • Jadual lengkap cara pengambilan vitamin di bulan puasa
  • Tips bagi memastikan penghasilan susu maintain di bulan puasa
Hubungi saya di nombor 0195537657 dengan segera bagi mendapatkan konsultasi eksklusif . Penghantaran segera ke seluruh Malaysia.

Nak dapatkan Vitalea Percuma?

Anda hanya perlu mendaftar keahlian seumur hidup dengan membayar sebanyak RM79 dan secara automatik layak mendapat sebotol Vitalea yang berharga RM88.75. Tawaran terhad ini sempena ulangtahun Vitalea yang ke 100 tahun tau, dan untuk masa terhad sahaja. Anda mesti merebut peluang ini. ( saya register dulu pun tak dapat... hehe)
Ibu menyusu amat disarankan mengambil Vitalea

Semoga Ramadhan kali ini adalah yang terbaik buat kita semua walaupun perlu menyusukan anak. Ia adalah pengorbanan yang besar dan hanya mampu dibalas oleh Allah.

Selamat Menjalani Ibadah Puasa~

Salam Sayang,

Nur Fadhilah Yunus ( ID: 889805)
SMS/Whatsapp : 0195537657
FB : Nur Fadhilah
FB Page : Vitamagic Shoppe

Read More

Monday, June 22, 2015

Progress Report Day. Apa cerita Hanis selepas 6 bulan di BBIM?

Sabtu lepas adalah hari perjumpaan ibu bapa dan guru untuk mendapatkan report anak-anak di tadika. Bukan tadika Hanis je, namun rasanya kebanyakan tadika lain pun buat semalam jugak. Cuak le jugak nak tahu progress Hanis ni. Macam main-main je pergi tadika kan...berbaloi ke tak tiap-tiap hari hantar ambil si Hanis ni.

Progress Report Day ni sebenarnya bermula jam 9 pagi sampai 12 tengah hari. Punya la macam-macam hal nak disiapkan, pukul 11.30 baru kitorang berjaya keluar rumah. Mujur la dekat je dan tak jem. 10 minit dah sampai. Ramai juga ibu bapa yang masih ada. Kebetulan pula untuk group Hanis masa tu teacher dia dah Free. So, masuk dan terus berbincang. Ada juga group lain yang kelihatan ibu bapa menunggu giliran untuk berjumpa teacher bagi group anak masing-masing.

First Day Hanis ke BBIM


Jauh disudut hati kecil, saya pernah rasa sedikit menyesal sebab tak berjaya lengkapkan penyusuan susu ibu selama 2 tahun buat Hanis.Sebab saya pernah terbaca yang anak yang BF cukup dua tahun, adalah lebih bijak berbanding yang tidak. So Ada la sedikit kerisauan. Sape taknak anak bijak kan?

Mujur la saya tidak kata NO semasa Hanis pertama kali  mintak Omegaguard yang sebenarnya saya yang makan sebagai suplemen sepanjang hamilkan Hanna. Sejak dari tu, memang itulah feveret dia.
Jika anda tertanya-tanya, boleh ke suplemen ibu dimakan oleh kanak-kanak? Kebanyakannya TIDAK BOLEH. Namun istimewanya Omegaguard, saiz bagi setiap kapsul adalah 300mg sahaja. Jadi ianya menepati dos yang diperlukan oleh kanak-kanak dan ibu Hamil.

Dulu memang tak boleh leka, Omegaguard tu boleh jadi gula-gula untuk Hanis. Sekarang dah bijak sikit, boleh dengar arahan untuk ambil sebiji je. Kadang2 la, dia mengelat dan ambil lebih.


rajin posing dan bergaya

Hari ni, bila dilaporkan perkembangan dia sebagai budak berusia 4 tahun adalah jauh lebih baik dari sebahagian kanak-kanak lain yang lebih tua, rasa macam tak percaya.

Markah untuk first term assessment, 28/30. Yang salah tu pun sebab no 6 terbalik, no 5 macam cacing sikit. No 9 dah dekat nak rupa no 8. Haha.Nak kena praktis lagi menulis dengan betul.
We were surprised when her Teacher told that she's the best girl for 4 years old student. 

Assessment paper Hanis


Walapun ada pelat lagi sikit dan kadang-kadang gagap, Hanis boleh membaca Al Fatihah dengan baik . Sama kuat dengan suara daddy waktu solat. Yang biasa saya dengar di rumah, doa sebelum tidur, doa makan, bagi Salam dan menjawab salam. Di Tadika, baca doa sekali dengan English translations. Bila sama-sama dengan kawan tu lagi la bersemangat kan.

Hanis sangat suka menyanyi, lagu My Little Pony yang mama pun tak pernah dengar tu dia boleh hapal. Bab menyanyi, menari.. memang terer. Otak dia punya absorption sangat tinggi sekarang. Geleng kepala opah mendengarnya. Lepas ni bagi betul sebutan asmaul husna la ye, baru opah senyum sampai telinga.

Paling tak sangka, Hanis selalu share makanan dengan kawan-kawan walaupun sebenarnya dia lapar. Mulianya hatimu wahai anak. Ini report dari Aunty Diyana.. Hihi

Hari ni, hilang dah rasa menyesal tu. rasa lebih yakin nak bagi Hanis Hanna makan omega hari-hari. 

Kenapa saya Beri Omegaguard kepada Hanis dan Hanna?


Berbeza dengan minyak ikan lain yang berada di pasaran, Omegaguard mengandungi 90% DHA dan EPA. Ianya telah melalui proses penyulingan berganda bagi memastikan is bebas dari merkuri yang biasanya tinggi bagi ikan laut dalam.

Dan sebab lain adalah ianya berdasarkan saranan dari Doktor Pakar Kanak-Kanak, Dr Anthony yang mencadangkan pengambilan Omega 3 yang berasal dari minyak ikan dan bukan dari hati ikan. Ianya bukan sahaja bagi menggalakkan perkembangan otak , namun Omega 3 amat baik untuk meningkatkan antibodi anak secara semulajadi.

Dan memang benar, sejak Hanis mengamalkan Omega, jarang sangat dia sakit.Jika ada simptom nak demam pun cepat je baik. Jadi memang kurang la sangat kemungkinan untuk cuti EL sebab anak sakit. 

Montesori Terbaik Buat Hanis


Selepas 6 bulan di BBIM, saya dan suami lebih yakin bahawa kaedah montessori yang digunakan di BBIM adalah terbaik buat Hanis. Bukan nak kata kaedah tradisional di tadika lain tidak bagus, namun mengikut apa yang saya selidik.. ianya lebih fleksibel. Progress setiap student mungkin berbeza, dan tak perlu ikut rentak student yang lain. Kata Aunty Diyana, lagi 2-3 minggu Hanis dah boleh mula buku 'Tambah'. Agak laju la jugak bagi kanak-kanak usia 4 tahun.

Mungkinlah jugak kerana Teachernya yang baik hati. Layankan aje karenah anak-anak ni. Aunty Diyana ni teacher untuk group Brilliance. Katanya Hanis ni ikut mood jugak bila nak buat kerja yang dibagi. Kalau tengah buat Math tu, tetiba dia kata nak nyanyi.. aunty Diyana bukak je lagu bagi dia nyanyi dan menari sekejap dengan kawan lain. Lepas tu dia sambung la buat tugasan yang diberi.

Sejak dua bulan kebelakangan ni, Hanis selalu bawak balik buku. Pelik la jugak mulanya. Sebab dulu kata diorang ni takde homework. Bila ditanya, rupanya Hanis yang request nak homework. Bila kat rumah, kadang-kadang dia sendiri je bukak buku dan tanya Mama macam mana nak buat. Saya memang takkan la buatkan untuk Hanis. Ada jugak masanya bawak balik buku tapi tak buat homework. hihi

Buat chocolate marshmallow




Assessment day


Brilliance Group


Antara soalan yang suami saya tanya pada Aunty Diyana semalam , ada tak Hanis ni berebut barang dengan kawan-kawan. Ye tak, kalau kat rumah boleh tahan jugak berebut barang dengan Hanna. Ada juga rupanya, bila diberi pensel warna.. dia mintak yang panjang, taknak yang pendek. ahaha.. memilih juga rupanya si Hanis ni.

Sebenarnya sejak sebelum berkahwin lagi saya memang dah suka kaedah montesori ni. Kihkih. Punya la lama dah berangan kan. ahaks~ Semuanya gara-gara melihat senior di Uni buat projek tahun akhir untuk tadika montesori.

Dan sebab lain, rasa tak berapa berkenan melihat cara pembelajaran tadika di sebelah taska yang Hanis tinggal dulu semasa saya masih bekerja. Suara cikgu je dah boleh dengar dari jauh. hihi

Walaupun Hanis hanya mengikuti program Regular ( separuh hari) , setakat ini memang rasa puas hati dengan perkembangan Hanis. Dengan nenek pun kadang-kadang dia speaking. Hahaha. Kalau dia duduk je kat rumah tahun ni, saya tak yakin saya mampu mengajar Hanis dengan baik.

Moga kami sekeluarga dimurahkan rezeki supaya Hanis dapat join program Star atau Full Day pulak tahun depan.

Doakan kami ye ☺️


#progressreportday

Love,
Mamamyras
Read More

Sunday, May 31, 2015

8 Langkah Mengemas Beg Supaya Muat Banyak Baju

Entry ini khas untuk kaki travel yang selalu pening nak mengemas beg sebab selalu rasa tak muat. Cara kemas beg paling cool dan senang ni saya terjumpa kat FB. Rasanya kalau tak tulis kat blog confirm lepas ni tak jumpa dah. kan? Jom kita cuba supaya semua baju mak ayah dan anak-anak muat dalam satu luggage.


1. Mula-mula, asingkan baju.Untuk pakaian nipis seperti tshirt, blouse dan selendang, lipat dua dan gulungkan. Bukan sekadar lipat macam nak simpan dalam almari ye :)

Kalau travel ke tempat yang perlukan kita bawak jaket, lipat dua dan kalau yang labuh tu, lipat sikit bahagian kaki ikut saiz beg.


2. Untuk pakaian dalam, masukkan seluar dalam kedalam bra dan masukkan dalam satu beg atau uncang kecil. Sebaiknya beg yang lembut dan mudah dibentuk macam uncang kain atau beg plastik. Tujuannya supaya pakaian dalam tersebut senang disumbat didalam beg dan tiada insiden seluar dalam jatuh tergolek bila tiba-tiba kita kena bukak beg di airport :)

3. Susunkan gulungan baju dan selendang di dalam beg. Kalau risau gulungan terbuka atau nak gulungan lebih kemas, letak rubber band di dua penghujung gulungan baju.


4. Bila dah penuh satu lapisan, letakkan seluar, skirt seperti di dalam gambar.


5. Susun lagi satu lapisan gulungan baju . Jika tidak penuh, letakkan uncang pakaian dalam atau stokin bagi memastikan lapisan baju jadi sekata.


 

6. Kemudian, susunkan jaket di bahagian atas.


7. Ok, bila dah letak jaket dan baju sejuk tu, lipatkan kaki seluar ke atas jaket. Dengan cara ini kita dapat mengurangkan kedutan pada seluar.


8. Dan akhir sekali, selitkan stokin , tali pinggang dan charger telefon, camera dan segala aksesori di celah-celah ruang yang ada.


Taraaaa! dah siap. percayalah.. lebih banyak baju boleh masuk jika kita susun mengikut cara ini. Dan lagi best, tak perlu bawak iron.. kihkih. Bukan semua hotel ada sediakan iron kan..




Selamat mencuba dan selamat bercuti!

Jika sering mengantuk semasa memandu, dapatkan tips best di entry sini ye~

Salam Sayang,
Ilah @ Mamamyras~


Jika anda rasakan tips ni sangat cool,  kongsikan kepada rakan-rakan dan saudara mara ye~

Nur Fadhilah Yunus
SMS/Whatsapp : 0195537657
FB : Nur Fadhilah
FB Page : Vitamagic Shoppe

Read More