Wednesday, January 15, 2020

New YEAR, New LIFESTYLE

Tak ada kereta terbang tak apa, yang penting pemikiran kita, lifestyle kita yang berubah jadi lebih maju.

Bagi yang mempunyai anak kecil, ajarkan anak supaya duduk di car seat sepanjang perjalanan tak kira destinasi dekat tau jauh. Usah anggap ia sebagai peraturan, namun usaha kita sebagai ibu bapa untuk jaminan keselamatan anak-anak. Daripada bayar RM300 duit saman, nilai tu dah boleh dapat sebijik CRS untuk anak.

Kaki bawang, kaki kecam, kaki viral elok la bawak berubah. Risau nanti tak terjawab di akhirat. Kita baca cerita orang , kita ambil pengajaran.. tak perlu komen lebih-lebih. Sebab risau nanti memaku dulang paku serpih, mengata orang kita yang lebih.

Skincare dan krim yang bagi putih dalam3 hari, jerawat hilang kulit menipis semua tu elok lah dilupakan. Sedarlah yang kulit tanpa jerawat, putih melepak tu bukan ukuran kulit cantik. Kulit yang cantik adalah kulit yang sihat tak kira apapun warna kulit asal kita. Kalau tak, takde la negro menang ratu cantik..kan?



Banyak lagi nak bebel, tapi kita simpan untuk video la pulak.. 
Subscribe Youtube Channel Fadh Yunus for more informative content.. 
Insyaallah to be updated this week.

Tahun 2020 ni jom kita berubah kepada lifestyle yang lebih sihat. Yang mana azam tak tercapai dari 2-3 tahun cepas tu elok kita usahakan bagi tercapai.

Empower yourself with knowledge ! 
Baca buku bukan muka buku..

xoxo..

Fadh Yunus
About Fadh Yunus

Ibu kepada 3 orang anak. Pernah bekerja di salah sebuah syarikat Oil dan Gas selama 7 tahun dan kini memilih untuk terus berimpian dan menjadi suri rumah berpendapatan dengan Shaklee.

You Might Also Like

0 comments:

Post a Comment