Pelik ke cucuk vaksin di hospital swasta?

Leave a Comment

Masa tunggu giliran untuk jumpa doktor siang tadi, saje la sembang dengan patient di sebelah.. tetiba dia tanya..


"Bawak anak jumpa doktor ke ?"


" iye.. ๐Ÿ˜Š"


"Nampak sihat je.. "


" dia cucuk setahun ni.. "


Lepas tu terus puan tu membisu.. kenapa agaknya ye?


Adakah pelik bawak anak jumpa pakar setiap kali cucuk vaksin? 


Adakah sebab saya tak pilih untuk ambil vaksin yang diberikan percuma di KKIA menjadikan saya orang yang membazir?


Bukan sekali, tapi dah beberapa kali conversation begini yang tetiba jadi sangat awkward. Seolah-olah saya ni yang pelik. 


Macam pelik sangat ke saya tak pernah ke KKIA? Ye, memang saya tak pernah. Dari pregnant sampai sekarang..  menjadikan saya memang tak tahu pun prosedurnya bagaimana.


Dari Hanis sampai ke Naufal memang saya bawak jumpa Paed setiap kali cucuk. Pada saya, itu juga peluang untuk saya berbincang dan bertanya tentang progress pembesaran anak-anak. 


Masa Hanis dulu , bertukar 3 tempat baru jumpa Paed yang saya selesa. Yang pertama saya tukar sebab Paed tu tak fully support BF, no 2 pulak sebab beliau pindah ke hospital yang jauh . Menemukan kami dengan Paed yang memahami dan mahu berbincang dengan telus. alhamdulillah untuk Naufal, saya masih ok dengan yang sekarang sejak lahir.


Saya tak pernah pun punyai pandangan berbeza pada ibu bapa yang bawa anak cucuk di klinik gomen . Saya yakin mereka juga mempunyai sebab tersendiri dan yakin pilihan mereka terbaik. 


So , boleh tak jangan buat saya ni macam pelik sangat ? ๐Ÿ˜…

 

Baru ni je terjumpa geng yang sama .. bila saya cerita, akak tu cakap " sama la dengan akak pun " ๐Ÿ˜ 

Masa tu baru terasa kurang pelik sikit.. hehe


Sebenarnya apa ye yang difikirkan? Musyil ni.. ke saya je banyak sangat fikir ๐Ÿ˜‚


 


Btw, doktor dah bagi green light untuk start suplemen pada naufal. Saya pun dah bagi tau apa yang saya beri.. ๐Ÿ˜Š


Kalau ibu-ibu mencari suplemen untuk anak, boleh la pm saya. 

Klik je link ni untuk kita sembang2 ye..

www.wassap.my/60195537657


Terima kasih sebab sudi baca bebelan saya di malam hari ni



Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment