Tuesday, May 9, 2017

2 Minit je Untuk Cuci Mekap. Boleh ke?

Minggu lepas TuRBO Leaders ada sesi photoshoot di Vista Alam , Shah Alam. Maka untuk mendapatkan gambar yang cantik, kena la mekap sikit bagi berseri muka. Bermula dari pukul 3.15 petang sampai la jam 6.30 petang. Lepas tu mula la kalut nak solat asar. Biasanya boleh terus ambil wuduk je, tapi ni sebab muka dah tebal dengan foundation, primer dan segala mekap so kena la dicuci dulu. Kalau tak , mana nak sampai wuduk tu ke kulit.

Saya memang jarang sangat bermekap. Apatah lagi nak bermekap tebal begini.  Kalau sendiri nak mekap pun setakat bedak, lipstick dan jugak eye liner je. Apapun terima kasih sangat pada Kak Min & Mel yang tolong merias wajahku.


Hasil dimekapkan oleh Kak Min & Mel
Bila tiba masa nak bersihkan mekap, semua pun pakat guna Nutriwhite Makeup remover. Memang senang sangat rupanya, just picit je kat jari dan gosokkan guna jari di seluruh wajah termasuk di bahagian mata dan bibir. Gosok secara lembut je, tak perlu kasar-kasar ok! Lepas tu boleh la bilas dengan air. 2 minit je dah boleh berwuduk.

Hasilnya memang clean & clear tau.. habis semua kesan mekap hilang. Dan lagi best bila kulit muka rasa lembut je.

Kalau biasa guna makeup remover jenis minyak tu kan rasa berminyak habis satu muka especially part mata tu. Aduhh, memang tak suka betul la rasa berminyak tu. Silap-silap gosok, mata pun pedih.

Tapi dengan Nutriwhite makeup remover ni, mata tak pedih, kulit pun tak rasa berminyak ataupun kering kerana ianya gel ringan yang sesuai untuk semua jenis kulit.


Mudah sangat nak bersihkan mekap guna Makeup remover ni


Makeup remover yang best ni mengandungi ekstrak tunas pokok Bic yang bertindak menyingkirkan sel-sel kulit mati tanpa merosakkan kulit. Itu yang rasa kulit pun lembut je lepas guna.

Ia juga mengandungi Aloe yang menyegarkan dan menegangkan kulit. Percayalah, lepas cuci tu rasa macam nak pegang-pegang je kulit muka. hahaha~

makeup remover tidak berminyak
Makeup remover terbaik
Usah risau ye, kalau pun korang jenis yang mekap sekali sekala je macam saya,  makeup remover ni takkan terbazir sebabnya kita boleh gunakan ia setiap hari sebelum mencuci muka dengan Nutriwhite Gentle Deep Foaming Cleanser.

Kalau tak guna makeup kenapa kena guna makeup remover?

Makeup remover lain memang tak perlu guna kalau kita tak pakai mekap. Namun Gentle Action Makeup Remover ni sangat sesuai dipakai setiap hari bagi menyingkirkan kesan bedak, foundation yang kita sapu di muka.

Paling best, whiteheads dan blackheads pun boleh hilang jugak!

Dah kata tak rajin mekap, so kena la jugak bersihkan muka dengan baik supaya kulit nampak lebih cantik tanpa mekap. Natural beauty gitu kan?

So, lepas ni anda wajib ada makeup remover ni tau. Kalau belum ada, jom order hari ni.
Whatsapp saya di www.wassap.my/60195537657 ye.

Nur Fadhilah Yunus ( SID: 889805)
SMS/Whatsapp : 0195537657
FB : Nur Fadhilah
IG: by_fadhilah
FB Page : Vitamagic Shoppe
About Fadh Yunus

Ibu kepada 3 orang anak. Pernah bekerja di salah sebuah syarikat Oil dan Gas selama 7 tahun dan kini memilih untuk terus berimpian dan menjadi suri rumah berpendapatan dengan Shaklee.

You Might Also Like

0 comments:

Post a Comment