Berbaloi ke bermalam di Pullman Kuala Lumpur?

Leave a Comment
Bulan April memang bulan yang agak mencabar buat saya. Hanna kena chicken pox, lepas tu berjangkit pulak pada Naufal. Bila teringat ada Shaklee Conference pada 29 April, terus mengorat incik Husband untuk guna offer yang dia bagi hari tu. Katanya  bajet kali ni RM350, terus terasa kesukarannya.. haha. Area Sunway memang dah beyond limit dah.

Dok usha Majestic, tulis kat Agoda tu RM320 sekali breakfast tapi bila dengan tax cecah 460 satu malam. Tetiba nampak Pullman . Location wise memang dah strategik , tak jauh dari Sunway dan KL Sentral.

So booking la Deluxe Room King Bed. Total sekali dengan sarapan untuk 2 orang dan tax adalah RM331.50. Kembang hidung kejap bila bagi tau harga tu kat husband sebab dapat yang kurang dari bajet dia. hahaha

Jom tengok rupa biliknya dan jugak paling penting untuk anak-anak adalah swimming pool...

swimming pool yang besar. Belakang seat sana tu ada jacuzzi

Antara perkara yang best adalah, swimming pool dia tak dalam sangat dan paling penting tak panas terik walaupun masa tu dah pukul 10 pagi. rasanya memang perfect location untuk swimming pool. 

kids pool at pullman KL

Naufal ni tak suka sejuk, so dia main air je
 Masa baru sampai tu tak sempat nak ambil gambar, so sebelum check out kemas-kemas kan sikit untuk ambil gambar

Bilik air pun luas..
bath tub, toilet with bidet, sink and separate shower
Blind kat belah kiri tu boleh bukak tau, so boleh dapat view Federal Hiway..

seronok diorang ni sambung berendam kat bath tub



Bilik yang luas dan selesa

swafoto dulu sebelum check out
Mesti korang tertanya-tanya kan, sedap tak breakfast kat situ? My personal opinion, sedap dan sangat variety. Malangnya saya tak dapat nak cuba banyak sebab Naufal meragam pagi tu. Dapat la makan nasi lemak dengan rendang kambing, bubur ikan, pau, smoothie, muffin, waffle, roti bakar, bread butter pudding dan beberapa lagi. Cuma tak sangka, masa kitorang turun breakfast tu, ramainya la guest hotel tu. hehehe.. full house kot cafe tu.

ni je sempat ambil gambar sebelum si Naufal meragam
So, berbaloi ke tidak bermalam disini? Bagi saya cukup berbaloi sebab bantal dia pun super comfy. Walaupun terletak betul-betul bersebelahan federal highway , namun ia tidak mengganggu kami untuk tidur lena. Sound proof dia power tu rasanya. Bunyi tren pun tak dengar tau.

Saya siap dah register untuk Le Accor Membership. Next time rasanya boleh la jadi pilihan lagi.Kena gemukkan lagi la bonus Shaklee bagi boleh masuk lebih lagi dalam tabung travel.hehe..

Nak join buat bisnes Shaklee?
Jom!

Nur Fadhilah Yunus ( SID: 889805)
SMS/Whatsapp : 0195537657
FB : Nur Fadhilah
IG: by_fadhilah
FB Page : Vitamagic Shoppe
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment