Mungkin dulu kita aktif bersukan, sebab itu kadar metabolisme menjadi tinggi.. banyak tenaga yang yang digunakan. Sekarang kerjanya duduk di hadapan komputer dari 8 pagi hingga 5 petang. Kadar metabolisme semestinya akan berkurang.
Bagi wanita yang tidak Hamil, kadar metabolisme ( Resting Metabolisme Rate) adalah di antara 1000-1400Kcal. Manakala bagi lelaki, kadar metabolisme yang normal adalah diantara 1500-2000Kcal. Lebih tinggi dan berat seseorang, maka lebih tinggi kadar metabolisme yang sepatutnya.
Jom tengok apa penyebab kadar metabolisme seseorang menjadi tinggi atau rendah..
- Orang yang lebih berotot mempunyai kadar metabolisme yang lebih tinggi. Jika sekadar hilang lemak tapi otot tidak bertambah, ia tidak merubah apa2.
- Semakin meningkat usia seseorang, makin menurunlah kadar metabolisme beliau. Sebab itu ada orang yang walaupun tabiat pemakanan sama tidak berubah untuk tapi makin menggemuk.. hihi
- Kadar metabolisme boleh menurun disebabkan oleh faktor genetik.
- Tinggal di tempat yang bersuhu rendah meningkatkan kadar metabolisme. Berbanding dengan orang yang tinggal di tempat yang bercuaca panas seperti KL, mereka yang tinggal di London memerlukan lebih usaha untuk bergerak. Sebab itu kadar metabolisme mereka lebih tinggi.
- Tabiat makan dengan kerap dalam saiz hidangan yang kecil membantu meningkatkan metabolisme
- Ibu Hamil mempunyai kadar metabolisme yang lebih tinggi disebabkan oleh hormon ibu hamil.
- Pengambilan suplemen boleh meningkatkan kadar metabolisme. Cuba Cinch Energy Tea untuk pilihan yang semulajadi. Sangat sesuai dijadikan hidangan minum petang.
- Crash diet atau diet mendadak boleh meningkatkan kadar metabolisme. Namun ianya hanya untuk sementara.
Semoga bermanfaat! Jangan lupa share kepada rakan-rakan ye~
Salam sayang,
Nur Fadhilah Yunus ( ID: 889805)
SMS/Whatsapp : 0195537657
FB : Nur Fadhilah
FB Page : Vitamagic Shoppe
0 comments:
Post a Comment