Sunday, May 17, 2015

Apa yang Bestnya Bisnes Shaklee berbanding yang lain?

Banyak sangat MLM dan kat Malaysia dan terlalu banyak peluang perniagaan terbuka luas untuk kita semua. Namun daripada yang beribu tu, kenapa saya dan anda perlu pilih Shaklee.

Jawapan kepada keraguan anda ada disini


Harus diingat setiap bisnes ada peluang dan cabaran yang tersendiri. Mungkin kita memilih untuk membuka kedai dobi dengan modal RM30k dan setiap hari pelanggan tak pernah putus sebab semua orang nak basuh baju kan? Namun cabaran lain yang datang, mesin rosak, pelanggan tak ambil baju , baju pelanggan rosak dan sebagainya.

Atau mungkin kita lebih suka untuk menjual produk dengan brand sendiri seperti kebanyakan artis lakukan sekarang.  Jom kita tengok apa yang bestnya bisnes networking ni berbanding yang lain.




Tak Perlu Cipta Produk

Untuk memulakan bisnes dengan brand sendiri, bermakna kita perlu cipta produk tersebut kan?
Tahukah anda, proses untuk membangunkan suatu produk itu sangat sukar? Sebagai contoh jika kita mahu menjual tudung dengan brand sendiri. Kita perlu membeli kain berkodi-kodi bagi mendapatkan harga murah, mengupah tukang jahit, memastikan jahitan setiap tukang jahit menghasilkan kualiti yang sama, perlu fikir marketing plan dan bermacam lagi. Kalau kualiti tak sama, nanti customer pulak akan complaint kan?

Oleh sebab itu, kebanyakan peniaga memilih untuk outsource proses pembuatan produk dan kemudiannya di berikan label brand sendiri dan dijual dengan harga 2-3 kali ganda. Maksud outsource disini adalah sebagai contoh, mana-mana jenama kosmetik dan penjagaan diri. Brand ABC minta kilang losyen untuk hasilkan losyen yang dicampur ektraks halia, susu kambing dan kurma. Kemudian terus dilabel mengikut brandnya tanpa betul-betul mengetahui samada selamat atau tidak produk yang dihasilkan.

Ataupun bagi company besar yang mempunyai brand hebat yang menjual pakaian, mereka akan mendapatkan membeli dari pembuat yang diketahui tahap kualitinya dan dilabelkan dengan jenama mereka . Setelah itu, dijual dengan harga 2-3 kali ganda semata-mata kerana telah di labelkan.

Bagi pakaian, tidaklah menjadi kerisauan untuk digunakan oleh sesiapapun kan? Hanya harganya sahaja yang lebih. Namun bagi produk kesihatan ataupun kosmetik, tidak hairanlah jika pemilik label sendiri pun tak berani nak menggunakan produk yang dijual.
 
Menariknya Shaklee, kita jual produk yang kita sendiri pakai tanpa rasa risau atau serba salah produk tersebut selamat atau tidak. Shaklee mempunyai team R&D dan Saintis yang menjalankan ribuan ujian berterusan ke atas setiap produk yang dihasilkan. Semata-mata bagi memastikan ianya betul-betul selamat untuk jangka masa panjang. Kumpulan Leaders yang layak menyertai Global Conference tahun lepas berpeluang ke HQ Shaklee di California dan berjumpa sendiri dengan para Saintis Shaklee.

Komited. 300Juta USD dilaburkan demi anda.


Oleh itu, kita tak perlu bersusah payah nak fikir untuk hasilkan produk untuk dijual. Mudahkan?

Dari kesihatan sehinggalah keperluan rumah
Kenapa Shaklee?

Tak Perlu Kedai dan Modal


Bagi membolehkan kita mula berniaga produk Shaklee, hanya perlu mendaftar keahlian seumur hidup sebanyak RM69 ( termasuk GST) dan terus boleh berniaga. Kita tak perlu memiliki booth atau kedai atau modal yang besar. Apabila mendapat order dari customer,  kita hanya perlu membuat order terus kepada Shaklee samada melalui sistem online atau ke mana-mana branch di seluruh Malaysia.

Suami saya dah banyak kali tercetus idea untuk pelbagai bisnes, namun bila dikira-kira modal dan keuntungan, memang rasa tak berbaloi. Nak kena sewa tapak kedai, upah pekerja, melatih pekerja, pekerja berhenti dan cari lagi yang baru, latih lagi, marketing, dan segala macam benda.

Akhirnya, saya cakap dengan suami..takpe bang, saya buat bisnes Shaklee je la, dok umah jaga anak-anak, hantar amek anak ke sekolah sendiri, bulan-bulan dapat untung dan bonus, kumpul point utk free trip, cukup setahun amek award. Hati pun senang takde nak fikir pasal modal dan kerugian.


Tak risau customer nak saman


Banyak sangat isu timbul customer nak saman company yang jual produk suplemen sebab menyebabkan diorang mendapat penyakit. Tiap-tiap tahun, mesti ada dengar cerita yang lebih kurang sama berulang kali.

Dengan Shaklee, memang tak risau.. kalau customer nak complaint apa-apa, boleh bagi je email ke customerinquiry@shaklee.com.my. Jika ada laporan doktor yang menyatakan dia dapat penyakit tu sebab makan suplemen Shaklee, lampirkan sekali laporan tu. Nanti email tu akan disampaikan kepada saintis Shaklee untuk dijawab. Pihak pengurusan tertinggi akan menghubungi customer tersebut sendiri.

Setakat ini, walaupun selalu dihujani pelbagai isu.. Semuanya selesai dengan baik. Cikgu Mary yang kecoh tahun lepas konon-konon GLA penyebab dia mendapat Cyst, sekarang senyap je. Saintis Shaklee pun dah keluarkan kenyataan berkaitan.
Perbezaan Shaklee yang sangat menjaga kualiti

Semua produk yang dikeluarkan Shaklee telah pun lulus ujian klinikal yang dijalankan. Bukan sekadar 1 ujian, namun beribu ujian. Di Malaysia sendiri, Shaklee dah bertapak selama 30 tahun. Ramai penjual Shaklee yang turut mengamalkan vitamin-vitamin Shaklee ni berpuluh tahun dan Alhamdulillah mereka masih sihat dan tahap kesihatan mereka jauh lebih baik dari rakan seusia.

Ok... sekarang saya nak share 3 lagi tawaran yang disediakan Shaklee untuk semua

Cash Bonus


Bagi setiap Shaklee Independent Distributor (SID), Shaklee menawarkan pelbagai jenis insentif. Salah satu yang paling mudah untuk dicapai adalah Cash Bonus bermula RM 23 apabila mencapai minimum UV 150, sehingga ratusan ribu ringgit. Bukan sekadar bonus jualan sehingga 21% nilai jualan, malah terdapat juga bonus kepimpinan sehingga 6 level. Tiada istilah mengkayakan upline,  kerana siapa yang berusaha dia confirm dapat yang setimpal. Nak kenaikan bonus berapa pun tiada yang menghalang.

Semua orang layak dapat bonus.


Tidak seperti kebanyakan MLM lain, yang mana downline boleh naik rank sehingga menjadi Master Coordinator yang berpendapatan sekurang-kurangnya 5 angka setiap bulan walaupun upline masih di level Supervisor dengan pendapatan 2 ribu sebulan. Adil bukan?

Convention


Setiap SID yang efektif sebagai leader secara automatik akan mengumpul point kelayakan untuk menyertai trip percuma ke luar negara ataupun ke National Conference berdasarkan jumlah point yang terkumpul. Tidak kira walau apapun rank seseorang, asalkan cukup point.. dapatlah join. Kesemua kemudahan yang disediakan bertaraf 5 bintang. Bukan sekadar bilik penginapan, malah duit poket dan luggage juga diberi percuma bagi yang menyertai trip ke luar negara. Bukan setakat itu, pelbagai surprise disediakan.

Best kan.. dapat pergi FREE lagi besttt


Bagi Muslim, boleh memilih samada untuk menyertai International Trip ke Italy (2015) ataupun umrah dan ziarah. Walaupun saya belum cukup point, namun keterujaan tu memang terasa sangat. huhu~  Takpe, saya tengah berusaha untuk Global Conference di US 2016.

Apalagi yang best semasa convention selain dapat award? Kalau tanya pada yang pernah pergi.. sehari pun tak cukup nak bercerita uolss~

Car Bonus


Berbeza dengan syarikat MLM lain, Shaklee tidak menghadiahkan kereta. Namun Shaklee memberikan Bonus Kereta dan terpulang kepada penerima untuk memilih kereta disukai ataupun menggunakan Bonus tersebut untuk kegunaan lain. Bayangkan.. guna kereta secara percuma.. company bayar tiap-tiap bulan. best kannnn?

Ehemm, saya dah nampak bayang dah kereta apa nak beli dengan duit Car Bonus nanti.. InsyaAllah. Doakan saya ye.. Amin.

My Dream Car. Comel je kan.. ahaks~

Support Group yang sangat awesome

Saya amat bersyukur, saya berada di dalam business support group yang sangat-sangat awesome. Bukan sekadar 1 level, malah sehingga 4 level dan semuanya sangatlah supportive. Saya bermula dengan Zero, dan Alhamdulillah mereka yang lebih berpengalaman tak pernah lokek berkongsi ilmu.
"Help Others to Help Others", itulah salah satu moto yang sangat terkesan di hati saya. Kini ia menjadi tanggungjawab saya untuk membantu anda supaya anda dapat membantu lebih ramai orang untuk sama-sama berjaya.

Lebih awesome, di dalam support group ini.. upline kami sangat bermurah hati untuk memberikan pelbagai hadiah dan insentif menggunakan duit poket mereka sendiri. Antara yang terbaru, kepingan emas 999 sebanyak 3 gram dan Iphone 6 plus 128GB. Bersinar-sinar mata kan. :)

Dulu saya skeptikal dengan MLM...


Dulu saya agak skeptikal untuk menyertai bisnes MLM sebab banyak yang maaf saya katakan menipu. Produk tidak berkualiti, lebih kepada head hunting, bonus besar cuma upline je boleh dapat dan bermacam lagi. Yuran penyertaan pula sangatlah mahal. Kalau sekadar nak jadi ahli, bayar murah.. insentif kurang. Jika nak jadi pengedar atau stokis, mesti beli pakej ribuan ringgit..insentif yang dijanjikan juga lebih.

Saya ter'join' Shaklee pun dulu sebenarnya sekadar untuk mendapatkan harga yang murah. Produknya sangat bagus dan berkesan. Dan hanya selepas itu, barulah saya bercadang untuk menyebar kebaikannya kepada orang lain. Tiada yuran tambahan, tiada pakej yang mahal. Yuran RM 65 ( dulu tiada GST) yang saya bayar itulah sahaja yang melayakkan kita bergelar SID. Kalau sekadar nak makan sendiri pun boleh, tapi kalau dah boleh jana pendapatan lebih... kenapa nak tolak, kan?
Shaklee di dunia
Shaklee kini di 8 Negara

100 tahun Shaklee dah bertapak di US, lebih 20 tahun di Malaysia.. jika tidak kerana kualitinya yang sangat tip top, mesti dah berkubur dah Shaklee ni kan. Pengguna Shaklee yang dah 20 tahun tu mesti dah alami sakit kritikal kesan pengambilan produk untuk jangka masa lama. Namun, sehingga kini belum ada satu pun produk Shaklee yang ditarik balik lesen KKM ataupun disahkan sebagai punca seseorang mendapat penyakit. Makin sihat, makin handsome, makin muda adalah! ahaks~

Sebenarnya banyak lagi perkara yang syok sangat sampai walaupun ada yang offer untuk jual brand sendiri pun saya reject! haha~

Saya 24jam suri rumah, buat bisnes ni part time

Kalau korang betul-betul nak jana puluhan ribu ringgit, jom! saya bantu anda! Nanti saya akan kongsikan lagi segala macam tips dan kesyokkan bisnes Shaklee ni. Ramai orang dah kenal kan? Senang sebenarnya nak jual.. So apalagi? Whatsapp saya, Mentor Bisnes Anda di 0195537657.

Fast Action Fast Result~

Salam Kejayaan,


Nur Fadhilah Yunus ( ID: 889805)
SMS/Whatsapp : 0195537657
FB : Nur Fadhilah
FB Page : Vitamagic Shoppe
About Fadh Yunus

Ibu kepada 3 orang anak. Pernah bekerja di salah sebuah syarikat Oil dan Gas selama 7 tahun dan kini memilih untuk terus berimpian dan menjadi suri rumah berpendapatan dengan Shaklee.

You Might Also Like

0 comments:

Post a Comment