Monday, May 18, 2015

6 Tips Mengurangkan Bengkak Susu dengan Cepat

Bengkak susu dan Ibu Menyusu dah jadi macam kawan baik kan. Setakat ni, belum pernah saya jumpa mana-mana ibu menyusu yang tak pernah kena bengkak susu. Saya sendiri dah banyak kali kena bengkak susu sampai demam.

Ingatkan itu dah kira pengalaman paling teruk, rupanya ada kawan saya sampai kena operate buang nanah yang disebabkan oleh kelenjar susu yang tersumbat. Mendengar cerita dia tu memang scary.

Jom baca lebih lanjut, cara untuk mengurangkan bengkak susu

bengkak susu

6 Tips Mengurangkan Bengkak Susu


1. Tambah kekerapan direct feeding sehingga payudara betul-betul kosong

2. Jika bayi menolak, cuba untuk pam. Walaupun susu tidak keluar dengan banyak, ia meransang pengeluaran susu dari kelenjar susu yang tersumbat.

3. Tuam bahagian yang sakit dengan botol susu yang diisi air panas

4. Lakukan urutan menggunakan sikat dari arah pangkal payudara ke nipple. Atau lakukan urutan seperti di dalam gambar.
atasi bengkak susu
Urutan mengurangkan bengkak susu


5. Letakkan kobis sejuk di dalam coli. Ia memberi efek mengurangkan bengkak. Elakkan dari menutupi bahagian nipple. Tidak digalakkan untuk diletakkan lebih dari sejam kerana boleh menyebabkan penghasilan susu berkurang.

6. Ambil Lecithin dalam jumlah yang disarankan. Ia mampu melancarkan pengaliran darah dan menggalakkan pengeluaran susu dari kelenjar yang tersumbat.

Lecithin menjadi teman baik ibu-ibu Breastfeeding


Bengkak Susu tidak boleh dibiarkan berlarutan kerana boleh menyebabkan nanah dan hanya boleh dibersihkan melalui pembedahan.

Pembedahan membuang nanah

Jika ia berlaku, ibu perlu mengambil antibiotik bagi mengelakkan jangkitan. Sepanjang tempoh Pengambilan antibiotik ,ibu tidak boleh menyusukan bayi.

Mahukan alternatif yang lebih natural bagi antibiotik? Nantikan next entry ya.
Atau hubungi saya di 0195537657 untuk mengetahuinya segera.




About Fadh Yunus

Ibu kepada 3 orang anak. Pernah bekerja di salah sebuah syarikat Oil dan Gas selama 7 tahun dan kini memilih untuk terus berimpian dan menjadi suri rumah berpendapatan dengan Shaklee.

You Might Also Like

0 comments:

Post a Comment