Thursday, January 15, 2015

Bento Mee Goreng Untuk Anak Ke Tadika

Bento ni dalam bahasa Jepun. Dalam bahasa Melayu adalah bekal. Sebenarnya tak fikir pun nak berbento ni, sebab kat tadika memang ada disediakan makanan semasa rehat. Tapi tetiba hanis ni boleh pulak request nak bawak itu ini ke tadika.. makanya, harus la mama turutkan. Gara-gara nak buat anak gembira ke tadika.

Paling haru, semalam hanis request nak bawak mee. hahaha~ memang jenuh la nak berperang kat dapur di subuh hari kan? Pukul berapa nak start masak ni? Mujur la jugak hanis request tu awal, so sempat la mama ni buat plan.. hihi

Persediaan Awal

Untuk menu dinner semalam, saya masak nasi goreng cina je. Dari sebelum maghrib tu saya dah keluarkan udang untuk defrost. So lepas solat maghrib, saya start la menggoreng nasi. Tapi, saya sediakan bahan extra cket.  Saya kupas sekali bawang untuk mee goreng hari ini. Udang pon saya kopek siap-siap.

Bawang merah & bawang putih yang siap ditumbuk saya simpankan dalam mangkuk bertutup. Udang & sotong pun saya bersihkan dan potong siap-siap dan simpan dalam bekas. Keduanya disimpan dalam peti ais. Tak perlu masuk freezer ye.

Bangun awal

Disebabkan ini kali pertama nak bangun awal sebab nak masak, saya sampai termimpi-mimpi! Dah tu asyik terjaga je risau terbangun lambat. Tapi akhirnya memang terlambat pun. hahaha. Saya plan nak bangun pukul 5. Sempat la nak update blog, tahajud dulu sebelum subuh. Sekali sedar2 dah pukul 5.35pagi daaa.. Makanya lps subuh terus la masuk dapur. Pung pang pung pang... 6.45 siap masak sekali dengan bancuh air ribena. Kemas dapur kejap pastu terus kejut Hanis dan Hanna.

Amek masa 10 minit jugak la, baru Hanis ready nak bangun. Siap kena berdukung lagi ke bilik air.

Lepas mandi, saya tanya Hanis.. nak makan mee ke koko crunch? ( sbb malam td dia cakap nak makan koko crunch) so dia jawab koko crunch. Tapi taknak buh susu.. hihi

So dah buh koko crunch, saya amek la mee untuk diri sendiri dan suap Hanna. Sekali Hanis pun mintak mee jugak.. Mujur la memang masak lebih. haha~

Lambat ke Tadika

Punya la melayan Hanis makan, kasik vitamin C & Omegaguard dulu lepas makan tu. Akhirnya 8.10pagi baru keluar rumah. Tunggu lif lambat pulak.. makanya 8.25pagi baru sampai tadika. takpe la hanis, yang penting perut dah kenyang kan? baru la boleh belajar dengan baik nanti..

Hanis kata.. sedappp~

Mee Tak Habis, Jadi Rezeki Mak Buyung


Pukul 12 tengah hari, jemput hanis dari tadika dan terus ke Wangsa Maju. Saje la nak lunch ngan adik sekali nak ke Branch Shaklee kat situ. So, kitorang decide untuk makan di Dapur Penyet. Bila check bekal hanis dalam beg ada lagi balance tak habis.. sebabkan punya la lama nak dapat makanan,  si mak buyung dan budak balik tadika ni beroperasi menghabiskan mee goreng tu semua. haha. Lagi sedap dari mee goreng mamak katanya.

Alhamdulillah puas hati kan bila makanan yang kita buat habis dimakan. Langsung lupa dah penat nak kena bangun awal pagi tu.. hihi.

Esok kita buat sandwich la pulak kot.. senang sikit nak prepare. hihi~

*entry ni takde gamba mee yang bekalnya. I lupa la nak amek di pagi hari..

Love,

Mamamyras
About Fadh Yunus

Ibu kepada 3 orang anak. Pernah bekerja di salah sebuah syarikat Oil dan Gas selama 7 tahun dan kini memilih untuk terus berimpian dan menjadi suri rumah berpendapatan dengan Shaklee.

You Might Also Like

0 comments:

Post a Comment